Belanjawan2021 Tak Bantu Kakitangan Syarikat Penerbangan Diberhenti Kerja Nufam


 

Kumpulan kebajikan kakitangan syarikat penerbangan, Kesatuan Kebangsaan Anak-anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam) tidak melihat Belanjawan 2021 akan memberi impak besar buat bekas kakitangan syarikat penerbangan diberhentikan kerja yang ketika ini bergelut untuk menampung kehidupan mereka.


Presiden Nufam Ismail Nasaruddin berkata, inisiatif program latihan dan penempatan semula bagi 8,000 kakitangan syarikat penerbangan tidak memberi sebarang erti jika industri penerbangan negara tidak diberikan perhatian, memandangkan ia hanya akan mencipta lebih banyak penganggur pada masa depan.


“Saya nampak ada RM50 juta diperuntukkan untuk program latihan dan penempatan semula, bagi saya ini adalah bajet yang biasa oleh kerajaan. Kita sebenarnya hendak lihat bajet yang boleh melindungi industri penerbangan dan ekonomi negara secara keseluruhannya.


“Sepatutnya perlu ada lebih perlindungan kepada syarikat penerbangan dan pelancongan memandangkan mereka terlibat isu pembuangan pekerja. Jika berterusan, nampak gayanya tahun depan akan lebih banyak pembuangan,” katanya kepada FMT.
Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz ketika membentangkan Belanjawan 2021 berkata, kerajaan akan menyediakan program latihan dan penempatan semula bagi 8,000 kakitangan syarikat penerbangan di Malaysia dengan peruntukan RM50 juta.


Ismail berkata, Tengku Zafrul sendiri tidak menyatakan secara jelas apakah program latihan akan diberikan kepada bekas kakitangan syarikat penerbangan, memandangkan sebilangan besar kakitangan terbabit mempunyai kemahiran tertentu.


“Kita juga hampa apabila kerajaan hanya memperuntukkan pengeluaran RM500 akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Hakikatnya, bekas kakitangan syarikat penerbangan ini ada antara mereka memang sudah tidak ada sumber kewangan lain.


“Sepatutnya, peruntukkan juga untuk mereka yang sudah kehilangan kerja ini peruntukan memulakan perniagaan. Galakkan mereka ceburi bidang perniagaan. Kini, apakah mereka yang kehilangan kerja ini juga layak untuk memohon sebarang pinjaman disebutkan kerajaan? Saya rasa tidak,” katanya.




Awal Oktober lalu, AirAsia Bhd dan AirAsia X Bhd mengesahkan syarikat penerbangan tambang rendah itu terpaksa memberhentikan 10% daripada keseluruhan 24,000 tenaga kerjanya. Awal Jun lalu, AirAsia sendiri sudah mengurangkan lebih 250 pekerjanya akibat penularan Covid-19.


Malindo Airways Sdn Bhd juga tidak terkecuali mengambil langkah memberhentikan pekerjanya, apabila dilapor akan memberhentikan sekitar 2,200 kakitangan atau lebih daripada separuh tenaga kerjanya yang berjumlah 3,200.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mustapa Mohamed di Dewan Rakyat mengakui, industri penerbangan negara dan pelancongan kini antara sektor terjejas teruk akibat Covid-19. Malah, dilaporkan antara Julai dan Ogos pasaran buruh mencatatkan kadar 4.7%.


Ketika ini, kerajaan persekutuan masih kekal dengan dasar untuk tidak membuka pintu sempadan kepada mana-mana pihak kecuali kategori tertentu, berikutan wabak Covid-19 yang sudah memasuki gelombang ke-3 dalam negara.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/11/belanjawan2021-tak-bantu-kakitangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selangor Wujud Peluang Kerja Bantu Belia Exco

Selangor Wujud Peluang Kerja Bantu Belia Exco

papar berkaitan - pada 31/10/2020 - jumlah : 254 hits
SHAH ALAM 30 OKT Kerajaan Selangor serius membantu golongan belia mendapatkan pekerjaaan apabila menyediakan RM76 juta menerusi Belanjawan Selangor 2021 EXCO pembangunan generasi muda berkata peruntukan lebih besar kali ini dilihat bertujua...
Skytrax Melancarkan Markah Penilaian Keselamatan Covid 19 Untuk Syarikat Penerbangan

Skytrax Melancarkan Markah Penilaian Keselamatan Covid 19 Untuk Syarikat Penerbangan

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 116 hits
Industri penerbangan adalah antara yang terkesan teruk akibat penularan wabak Covid 19 Di Malaysia sahaja ribuan pekerja syarikat penerbangan kehilangan sumber pencarian kerana tiada penerbangan dibenarkan Sebagai langkah mengembalikan kepe...
Buat Kerja Ala Kadar Now Nak Play Victim Awal Ashaari Mahu Syarikat Hiasan Jumpa Face To Face

Buat Kerja Ala Kadar Now Nak Play Victim Awal Ashaari Mahu Syarikat Hiasan Jumpa Face To Face

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 269 hits
Sebelum ini pelakon dan pengacara terkenal Awal Ashaari meluahkan rasa kesal dan tidak puas hati dengan hasil kerja sebuah syarikat perabot dan hiasan dalaman rumah yang dikatakan membuat kerja tangkap muat di rumahnya Menurut pengacara ter...
Perkeso Tawar Bantuan Staf Industri Penerbangan Hilang Kerja

Perkeso Tawar Bantuan Staf Industri Penerbangan Hilang Kerja

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 293 hits
KUALA LUMPUR 2 NOV Pertubuhan Keselamatan Sosial komited dan sedia membantu kakitangan syarikat penerbangan tempatan yang diberhentikan kerja melalui faedah Sistem Insurans Pekerjaan sedia ada dan bantuan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi ...
Inisiatif Mystep Kerajaan Tawar 50 000 Peluang Kerja Secara Kontrak Di Sektor Awam Glc

Inisiatif Mystep Kerajaan Tawar 50 000 Peluang Kerja Secara Kontrak Di Sektor Awam Glc

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 312 hits
Sebanyak 50 000 peluang pekerjaan kontrak sektor awam dan GLC di bawah inisiatif MySTEP dengan peruntukan lebih RM700 juta Inisiatif MySTEP dengan peruntukan lebih RM700 juta tawar 50 000 peluang pekerjaan kontrak sektor awam dan GLC BERNAM...
Cikgu Dipecat Lepas Tersebar Video Aksi Temuduga Kerja Atas Sofa Di Internet

Cikgu Dipecat Lepas Tersebar Video Aksi Temuduga Kerja Atas Sofa Di Internet

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 262 hits
SEORANG guru wanita dari Republik Czech dibuang kerja selepas pelajarnya menjumpai video ujibakat pencarian bintang lucah yang dilakonnya tersebar di Internet baru baru ini Selepas ibu bapa pelajarnya mengetahui perkara tersebut pihak sekol...
Terima Audiensi Bem Ptkin Stafsus Jokowi Ajak Mahasiswa Susun Turunan Uu Cipta Kerja

Terima Audiensi Bem Ptkin Stafsus Jokowi Ajak Mahasiswa Susun Turunan Uu Cipta Kerja

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 167 hits
Koordinator Pusat DEMA PTKIN se Indonesia Ongky Fachrur Rozie mengatakan kepada Aminuddin tidak menolak keseluruhan UU tersebut Tetapi ada beberapa klaster yang perlu dikritisi
Exco Lebih 9 000 Individu Hilang Kerja Setakat September

Exco Lebih 9 000 Individu Hilang Kerja Setakat September

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 234 hits
SHAH ALAM 6 NOV Seramai 9 423 individu di negeri ini diberhentikan kerja antara 1 Januari hingga 30 September lalu kata EXCO pembangunan modal insan Mohd Khairuddin Othman berkata laporan oleh Jabatan Tenaga Kerja Selangor melibatkan 8 165 ...
Bekas Pengurus Tertekan Dibuang Kerja Rempuh Kilang Amp Baling Petrol

Bekas Pengurus Tertekan Dibuang Kerja Rempuh Kilang Amp Baling Petrol

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 249 hits
Akibat terlalu tertekan selepas diberhentikan kerja seorang bekas pengurus bertindak merempuh masuk ke kawasan kilang dengan membaling petrol dan melarikan diri sebelum maut dirempuh treler di Jalan Kuala Kangsar Rempuh kilang lepas dibuang...
Jkn Pahang Rampas Produk Ubat Tidak Berdaftar Kosmetik Tiada Notifikasi Bernilai Rm1 Juta

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja

The Hardest Singing Show

Cerita Foto Sepanjang Minggu

Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam Zaki Azeman

Jadilah Wanita Yang Mahal Thalia Baiduri Harap Wanita Jaga Darjat Jangan Bergaduh Kerana Buaya

Jpsm Mengesahkan Kegiatan Pembalakan Di Bukit Beserah Berlaku Dalam Kawasan Tanah Persendirian

Kkb Polls Indians And The Futility Of Voting



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Baby Car Seat Malaysia Safety Standards What Parents Need To Know

Antara Momen Yang Umi Akan Rindu

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Leave Pang Alone Skjcs Aren T Illegal Umno Man Tells Fadhli

Titah Hasrat Dan Pandangan Tuanku