Belanjawan Paling Genting Dalam Sejarah Malaysia




SHAH ALAM - Belanjawan 2021 disifatkan sebagai bajet paling genting dalam sejarah 63 tahun penubuhan Malaysia berikutan situasi politik semasa tanah air.
Pensyarah Undang-Undang, Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berkata, ini merupakan kali pertama dalam sejarah Malaysia timbul isu besar membabitkan kelulusan belanjawan.
“Hal ini terjadi disebabkan tiada majoriti yang jelas dalam Dewan Rakyat di pihak kerajaan. Walaupun ada majoriti, ia majoriti mudah yang sangat kecil iaitu antara tiga atau empat undi sahaja,” kata Nik Ahmad Kamal kepada Sinar Harian di sini semalam.
Tambah beliau, memburukkan lagi keadaan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri dilihat bermasalah apabila ia tidak mendapat kata sepakat sepenuhnya daripada parti-parti dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).
“Pergeseran dan perpecahan yang berlaku dalam PN ditambah dengan pelbagai kenyataan antaranya daripada Setiausaha Agung Barisan Nasional, Tan Sri Annuar Musa yang menyeru UMNO menyokong penuh meluluskan Belanjawan 2021 tetapi surat Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah pula mengusulkan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.
“Malah, lebih membimbangkan Ku Li turut mengumumkan tidak akan mengambil bahagian dalam perbahasan di Dewan Rakyat pada Khamis (hari ini) yang mungkin menyebabkan PN sudah kekurangan satu undi,” hujahnya lagi.
Tambah Nik Ahmad Kamal, di atas kertas mungkin PN tiada masalah untuk mendapatkan kelulusan Belanjawan 2021, namun apa yang menjadi persoalan ketika ini adalah sebahagian pemimpin politik mempunyai percaturan sendiri dalam memastikan belanjawan diluluskan mengikut acuan yang dikehendaki.
“Sebagai contoh Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri menyatakan sokongan bersyarat terhadap Belanjawan 2021 dengan menuntut kerajaan membenarkan pengeluaran one-off sehingga RM10,000 daripada akaun satu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selain melanjutkan moratorium.
“Kita nantikan esok (hari ini), mungkin juga kerajaan dapat mencapai kompromi dengan pihak pembangkang dalam perincian inti pati Belanjawan 2021, kita tidak tahu,” katanya.
Nik Ahmad Kamal


Di atas kertas kerajaan PN ketika ini hanya memiliki kelebihan majoriti mudah sebanyak empat undi berbanding pembangkang. PN di Dewan Rakyat mempunyai 111 ahli Parlimen manakala blok pembangkang memiliki 107 ahli Parlimen.
Terdapat dua wakil rakyat Bebas masing-masing Ahli Parlimen Lubok Antu, Tambat@Jugah Muyang dan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik yang berkemungkinan boleh menjadi king maker nasib Belanjawan 2021.
Dalam pada itu, Penolong Profesor Sains Politik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar mendedahkan Belanjawan 2021 dilihat agak terumbang-ambing berikutan beberapa wakil rakyat UMNO masih berbelah bagi menyatakan sokongan.
“Tiada jaminan kukuh apabila terdapat ahli Parlimen UMNO yang membangkitkan beberapa permintaan untuk dimasukkan dalam Belanjawan 2021. Jika tidak dipenuhi, ada kemungkinan yang mereka ini akan menolak belanjawan,” ujar Tunku Mohar di sini semalam.
Tegas beliau, pengundian untuk meluluskan Belanjawan 2021 pada hari ini amat penting kerana ia menyalurkan peruntukan untuk pembangunan negara dan perbelanjaan kerajaan.
“Dari segi pentadbiran pula, ia menguji setakat mana kerajaan responsif kepada wakil rakyat dan seluruh rakyat amnya. Dan dari segi politik, sama ada kerajaan ini mempunyai sokongan majoriti ahli-ahli Parlimen,” katanya lagi.
Bagaimanapun, akui Tunku Mohar, kerajaan PN tidak boleh terlalu berharap kepada pihak pembangkang walaupun titah Yang di-Pertuan Agong sebelum ini mahukan ahli politik bersatu dan mengutamakan kebajikan rakyat.
“Seruan Yang di-Pertuan Agong bukanlah satu cek kosong untuk kerajaan tidak mendengar cadangan daripada pembangkang dan juga sebahagian daripada sekutunya sendiri,” katanya.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/11/belanjawan-paling-genting-dalam-sejarah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Durian Makanan Paling Sedap Di Malaysia Tapi Ramai Yang Tak Suka

Durian Makanan Paling Sedap Di Malaysia Tapi Ramai Yang Tak Suka

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 753 hits
DURIAN MAKANAN PALING SEDAP DI MALAYSIA TAPI RAMAI YANG TAK SUKA Setiap kali tiba musim durian ramai yang mencari cari gerai menjual durian Satu kepuasan bila dapat makan durian yang berisi tebal dan sedap Baunya saja sudah buat ramai tak s...
Mungkin Saya Orang Paling Dibenci Di Malaysia Sekarang

Mungkin Saya Orang Paling Dibenci Di Malaysia Sekarang

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 310 hits
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja belum membuat keputusan membenarkan pengeluaran wang dari Akaun 1 dan masih dalam peringkat perbincangan dengan Kementerian Kewangan Ketua Pegawai Eksekutifnya Tunku Alizakri Alias berkata KWSP tidak akan meng...
10 Artis Malaysia Paling Cantik 2020 Dengan Latar Belakang Pendidikan Amat Mengagumkan

10 Artis Malaysia Paling Cantik 2020 Dengan Latar Belakang Pendidikan Amat Mengagumkan

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 411 hits
Artis Malaysia Paling Cantik 2020 Perasaan tak masyarakat kita masih gemar meletakkan label terhadap selebriti tempatan terutamanya artis wanita sebagai tidak berpelajaran tinggi malah ia seperti sudah menjadi satu kebiasaan Kononnya artis ...
Platform Jana Pendapatan Pasif Paling Selamat Di Malaysia Di B4u Trades Investment

Platform Jana Pendapatan Pasif Paling Selamat Di Malaysia Di B4u Trades Investment

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 382 hits
Platform Jana Pendapatan Pasif Paling Selamat Di Malaysia Di B4U Trades Investment B4U Trades Investment merupakan platform jana pendapatan pasif The post appeared first on
5 Pemain Bola Sepak Malaysia Paling Kaya

5 Pemain Bola Sepak Malaysia Paling Kaya

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 1190 hits
Pemain bola sepak Malaysia paling kaya Tidak dinafikan kerjaya sebagai pemain bola sepak Malaysia boleh menjanjikan gaji lumayan jika memiliki bakat luar biasa dan mampu bermain di peringkat tertinggi secara konsisten Sebelum revolusi bola ...
Belanjawan 2021 Tiga Fokus Utama Kebimbangan Rakyat Perlu Dipinda O2 Malaysia

Belanjawan 2021 Tiga Fokus Utama Kebimbangan Rakyat Perlu Dipinda O2 Malaysia

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 249 hits
Kerajaan disaran meminda Rang Undang Undang Perbekalan 2021 dalam memastikan penyampaian yang lebih menyeluruh dapat dinikmati rakyat Penganalisis Penyelidikan O2 Malaysia Anis Anwar Suhaimi berkata ia meliputi tiga perkara asas iaitu ranta...
Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Selepas Parlimen Luluskan Belanjawan 2021

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Selepas Parlimen Luluskan Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 333 hits
KUALA LUMPUR Bursa Malaysia ditutup tinggi selepas Belanjawan 2021 diluluskan di Parlimen hari ini Pada penutup indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI melonjak 14 53 mata kepada 1 612 11 berbanding 1 597 58 ketika ditutup semalam Inde...
Gandingan Ratu Irama Malaysia Amp Ratu Dangdut Paling Dinanti Ini Lagu Duet Di Gv7 Esok

Gandingan Ratu Irama Malaysia Amp Ratu Dangdut Paling Dinanti Ini Lagu Duet Di Gv7 Esok

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 256 hits
Sebaik sahaja tema duet Doble Special diumumkan ramai yang menantikan persembahan para bintang pada minggu keenam Antara yang menjadi sebutan peminat GV7 ialah gandingan Ratu Irama Malaysia Noraniza Idris dan Ratu Dangdut Amelina yang diber...
Muhyiddin Pm Paling Lemah Dalam Sejarah

Muhyiddin Pm Paling Lemah Dalam Sejarah

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 186 hits
TS Shahrir Samad Saya ditanya mengapa perlu saya hujahkan bahawa TS Muhyiddin Yasin adalah PM yang paling lemah dalam sejarah negara Kepimpinan lemah tidak membawa kebaikan bagi rakyat dan negara ketika rakyat berhadapan dengan kesan mencab...
Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya

Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Pm Political Stability Making Malaysia Valued Investment Destination

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Honor Lancar Empat Peranti Baharu Honor Pad 9 5g Honor X7b 5g Honor Magicbook X 16 Honor Band 9



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Video 2 Helikopter Bertembung Ketika Raptai Di Pangkalan Tldm Lumut

9 Tips Mengajar Murid Kelas Belakang

Status Puasa Qadha Puasa 6 Syawal

Pesawat Helikopter Tldm Di Lumut Terhempas

Lirik Lagu Kembali Pulang Feby Putri Ft Suara Kayu

Filem Memoir Seorang Guru