Belanjawan Kompromi Dibuat Menteri Tanda Pembangkang Menang Anwar


malaysiakini.com
Diterbitkan Hari ini 1:29 pm

Presiden PKR Anwar Ibrahim hari ini menegaskan kompromi yang dibuat Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz dalam Belanjawan 2021 adalah kemenangan untuk rakyat dan pembangkang

Anwar mempertahankan langkah PH yang tidak meminta pengundian belah bahagi untuk Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 di Dewan Rakyat khamis lalu.

"Seminggu sebelum (pengundian), saya keluarkan kenyataan. Jika cadangan kami tidak dipenuhi, kami akan tolak Belanjawan 2021 secara keseluruhan. Apa yang berlaku ialah menteri kewangan membuat kompromi besar," katanya dalam wawancara bersama portal The Vibes yang diterbitkan hari ini.

"Jika kompromi dibuat membantu mereka yang menyimpan wang di bank, nelayan, petani, penjawat awam, pegutas barisan depan yang melawan Covid-19, mengapa kita perlu tolak (belanjawan)?

"Bagaimana kita akan jelaskan kepada orang ramai? Ini yang mereka mahu. Tengku Zafrul akur (kepada desakan PH). Adakah kita masih tolak? Atas dasar apa?" katanya.

Antara perubahan yang dibuat adalah meluaskan progran pengeluaran akaun 1 KWSP i-Sinar untuk merangkumi semua pencarum yang terjejas pendapatan, dengan peningkatan had keluar kepada RM10,000, serta moratorium pinjaman bank secara automatik kepada golongan B40 dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

"Secara (undi) suara kita menolak tetapi tidak menggesa belah bahagi untuk memberi laluan kepada perbahasan di peringkat jawatankuasa. Keputusan besar adalah pada 15 Disember, untuk menerima atau menolak belanjawan. Itu pusingan terakhir," katanya lagi.

Menurut Anwar, penolakan di peringkat jawatankuasa masih memberi kesan sama dengan penolakan di peringkat dasar.

Di peringkat dasar, Anwar berkata pembangkang dari satu segi telah memang kerana banyak cadangan mereka diterima.

"Bagi saya, kita boleh dikatakan menang kerana banyak permintaan kita, termasuk yang dibuat ahli Parlimen kerajaan, telah diterima. Walaupun tidak sema, tetapi sebahagiannya," katanya.

Katanya lagi, kompromi yang dibuat juga menunjukkan kerajaan tidak bersedia berdepan Parlimen dengan belanjawan asal.

Dalam kenyataannya selepas sidang 26 Nov lalu, Anwar berikrar pihaknya akan meminta undi belah bahagi diadakan semasa peringkat jawatankuasa ketika anggota parlimen membahaskan perbelanjaan setiap kementerian.

Menjelaskan tindakannya setelah mengadakan pertemuan dengan ahli Parlimen PH, Anwar berkata gabungan itu tetap menentang belanjawan yang dibentangkan Perikatan Nasional (PN) atas sebab beberapa isu utama yang tidak dijawab, seperti perbelanjaan "tidak realistik".

Terdahulu, Anwar dihujani kritikan termasuk dari dalam PH sendiri setelah arahan saat akhir agar gabungan itu tidak meneruskan undi belah bahagi.

Keesokannya, tiga ahli Parlimen PKR menyifatkan arahan itu sebagai mengecewakan memandangkan mereka sudah bersedia untuk menolak Belanjawan 2021.

Kenyatan itu dikeluarkan bersama oleh Akmal Nasir (Johor Bahru), Hassan Karim (Pasir Gudang) dan Nurul Izzah Anwar (Permatang Pauh).

"Ahli parlimen dipilih oleh rakyat untuk mewakili kepentingan mereka; dan sepanjang menggalas tanggungjawab itu, jelas kami tidak sempurna; tetapi kami perlu terus berusaha memenuhi harapan ramai," kata mereka.

Ketua Parlimen DAP Anthony Loke turut memohon maaf kepada anggota dan penyokong parti itu kerana tidak meneruskan undi belah bahagi.

"Sebagai ketua Parlimen untuk ahli Parlimen DAP, saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap keputusan saya untuk memberikan arahan kepada ahli-ahli Parlimen DAP untuk tidak bangun meminta undi belah bahagi selepas mendapat mesej daripada pihak ketua pembangkang," katanya.

Ada juga pihak yang mendakwa Anwar bekerjasama dengan sejumlah pihak dalam Umno yang tidak berpuas hati dengan kerajaan PN, tetapi mereka akhirnya tidak jadi untuk menolak belanjawan itu.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/11/belanjawan-kompromi-dibuat-menteri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pembangkang Menang Belanjawan 2021 Kerajaan Pn Menang Diiktiraf

Pembangkang Menang Belanjawan 2021 Kerajaan Pn Menang Diiktiraf

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 383 hits
Undian Belanjawan 2021 berakhir dengan kesudahan yang tidak dijangka Arahan ketua pembangkang Anwar Ibrahim di saat saat akhir mengubah keputusan belanjawan yang mana sebelum ini ahli ahli Parlimen Pakatan Harapan cuba mengucar ngacirkan me...
Warisan Tidak Hadir Parlimen Kerana Tolak Anwar Mahu Kepimpinan Baru Terajui Pembangkang

Warisan Tidak Hadir Parlimen Kerana Tolak Anwar Mahu Kepimpinan Baru Terajui Pembangkang

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 242 hits
mykmu netKetika sesetengah orang berdebar debar menanti hasil bantahan blok pembangkang ke atas Rang Undang undang Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat hari ini ada satu hal yang jelas Tiada seorang pun ahli parlimen Warisan hadir Ia menjejaskan...
Jangan Rai Terlalu Awal Belanjawan Boleh Ditolak Peringkat Jawatankuasa Kata Anwar

Jangan Rai Terlalu Awal Belanjawan Boleh Ditolak Peringkat Jawatankuasa Kata Anwar

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 270 hits
November 26 2020 PETALING JAYA Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mengingatkan Ahli Parlimen pemerintah supaya jangan meraikan kemenangan terlalu awal kerana Belanjawan 2021 masih boleh ditolak di peringkat jawatankuasa walaupun lulus di perin...
Anwar Minta Rakan Biarkan Belanjawan Lulus Dulu Supaya Walaun Pancut Awal

Anwar Minta Rakan Biarkan Belanjawan Lulus Dulu Supaya Walaun Pancut Awal

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 182 hits
Bob KelanangKOH KOH KOH JILAKER Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata dia telah meminta Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng untuk tidak melakukan undi belah bahagi pada Belanjawan 2021 hari ini Ini kerana kata An...
Ramai Yang Percaya Saya Halang Anwar Jadi Perdana Menteri Tapi Sebenarnya Anwar Tak Mampu Jadi Pm Kata Tun M

Ramai Yang Percaya Saya Halang Anwar Jadi Perdana Menteri Tapi Sebenarnya Anwar Tak Mampu Jadi Pm Kata Tun M

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 370 hits
KUALA LUMPUR Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menjawab dakwaan bahawa beliau merupakan punca yang menyebabkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dapat menjadi perdana menteri Penjelasan itu dibuat dalam posting terbaru yan...
Apakah Ketua Pembangkang Akan Letak Jawatan Annuar Soal Anwar

Apakah Ketua Pembangkang Akan Letak Jawatan Annuar Soal Anwar

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 283 hits
KUALA LUMPUR 30 Nov Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa mempersoalkan sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melepaskan jawatan sebagai ketua pembangkang di parlimen Kenyataan Annuar itu dibuat selepas pembangkang gagal dalam undi bel...
Tidak Mahu Di Lihat Menolak Anwar Meminta Rakan Biarkan Belanjawan 2021 Di Lulus Dulu

Tidak Mahu Di Lihat Menolak Anwar Meminta Rakan Biarkan Belanjawan 2021 Di Lulus Dulu

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 230 hits
KUALA LUMPUR Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dia telah meminta Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng untuk tidak melakukan undi belah bahagi pada Belanjawan 2021 hari ini Ini kerana kata Anwar dia ...
Ahli Parlimen Pembangkang Keliru Dengan Undi Belanjawan Kata Baru

Ahli Parlimen Pembangkang Keliru Dengan Undi Belanjawan Kata Baru

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 248 hits
KUCHING Ahli Parlimen Selangau Baru Bian berkata kekeliruan dalam kalangan ahli Parlimen pembangkang menyebabkan Belanjawan 2021 diluluskan di peringkat dasar semalam Ahli Parlimen dari Parti Sarawak Bersatu itu yang dipercayai seorang dari...
Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Apom Manis Bubur Campur

Consultant

Slot168 Top 10 By Dawna Happy168 Life Slot168 25 2568


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Resepi Kerabu Nangka Muda Stail Kenduri Di Kedah

Pakej Haji Swasta Premium 2025 Bersama Mkm Ticketing Travel Tours

Guru Membuat Kerja Sambilan Merosakkan Institusi Pendidikan Negara

Special Offer Kepada Non Muslim

The Role Of Tankless Water Heaters In Contemporary Home Design

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order