Belanjawan 2021 Kearah Peningkatan Kualiti Kerja Penjawat Awam Dalam Norma Kerja Baharu


 Oleh Jennifah Nordin
Menteri Kewangan dalam program bual bicara di sebuah stesen televisyen swasta baru-baru ini menyatakan Kerajaan dijangka akan membentang Belanjawan 2021 pada bulan November.
Keperluan pembentangan belanjawan ini selari dengan peruntukan Perlembagaan Malaysia artikel 99 (Penyata Kewangan Tahunan) dan Seksyen 16 Akta tatacara Kewangan 1957 (Penyata Akaun Tahunan). Belanjawan Negara juga merupakan satu dokumen penting yang menjadi rujukan kepada kerajaan untuk mentafsirkan kesemua polisi dan projek kerajaan dalam bentuk Ringgit Malaysia.
Selain daripada peruntukan belanjawan untuk sektor ekonomi, antara skop belanjawan yang menjadi tumpuan utama pembayar cukai negara adalah insentif yang diberikan kepada penjawat awam.
Pada suku ketiga tahun 2019, negara merekodkan 1.7 juta rakyat Malaysia yang berkhidmat di pelbagai sektor kerajaan di peringkat kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, kerajaan tempatan dan badan berkanun persekutuan dan negeri.
Dianggarkan 62 peratus daripada 1.7 juta kakitangan awam ini melibatkan perjawatan di sektor kesihatan, pendidikan, tentera dan polis (Sarawak Voice, 25 Disember 2019).
Melihat kepada jumlah penjawat awam ini, maka tidak hairan jika insentif kepada penjawat awam menjadi satu agenda utama belanjawan tahunan negara.
Covid-19: Norma Dan Budaya Kerja Baharu Penjawat Awam
Sepanjang usaha menangani pandemik Covid-19, bersama-sama barisan hadapan terutamanya sektor kesihatan dan badan beruniform lain seperti polis, bomba, pertahanan awam dan tentera, penjawat awam yang lain turut diarahkan untuk bekerja dari rumah (BDR) untuk memastikan kerja-kerja jabatan tidak terjejas.
Di sektor pendidikan pula mereka diarahkan untuk melaksanakan pembelajaran atas talian. Kebiasaan baharu ini menuntut pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit dikalangan penjawat awam. Barisan hadapan berkorban masa dan tenaga demi mengekang penularan dan merawat pesakit Covid-19.

Penjawat awam yang BDR pula menggunakan peralatan peribadi sendiri atau membeli peralatan pejabat seperti mesin pencetak, komputer, rangkaian internet dan perabot yang sesuai untuk menyediakan ruang kerja yang terbaik.
Begitu juga para pendidik yang perlu membeli peralatan yang sesuai untuk memastikan keberkesanan pembelajaran secara maya seperti mikrofon, alat pandang dengar, projektor dan rangkaian internet.
Tetapi norma dan budaya kerja baharu ini juga datatang dengan implikasi emosi yang besar. Keperluan menyeimbangkan tanggungjawab di rumah dan tanggungjawab terhadap majikan menuntut pengorbanan dan komitmen yang tinggi.

Sering kita mendengar luahan penjawat awam di mana mereka mendapat arahan kerja tidak mengira masa dan terpaksa berjaga malam untuk menyiapkan kerja. Ada juga yang mengadu tentang bil elektrik yang melambung naik dengan norma baru kerja ini.  
Dalam masa yang sama penjawat awam ini juga mempunyai anak-anak yang bersekolah yang sedang melalui pembelajaran secara maya. Anak-anaik ini juga memerlukan komputer riba, rangkaian internet, tablet dan telefon bimbit.
Bagi penjawat awam yang kurang berkemampuan, ini menuntut satu anjakan minda dan pengorbanan kewangan yang besar. Namun penjawat awam dengan rela hati melakukan semua ini atas nilai tanggungjawab demi memastikan perkhidmatan awam tetap berjalan lancar.
Cadangan Insentif Penjawat Awam Dalam Belanjawan 2021
Melihat kepada kos dan implikasi norma dan budaya baharu kerja ini, dicadangkan agar kerajaan menimbangkan 7 insentif seperti dibawah dalam belanjawan 2021;
i. Menaik dan memperkenal elaun kritikal barisan sektor kesihatan dan barisan hadapan lain seperti bomba, polis dan tentera.
ii. Insentif one-off kepada penjawat awam di sektor kesihatan sebagai penghargaan atas khidmat bakti mereka sepanjang Covid-19.
iii. Rebat cukai khas untuk pembelian peralatan komputer bagi diri sendiri dan anak.
iv. Rebat cukai khas untuk para pendidik dalam menyediakan kemudahan pembelajaran dan pengajaran.
v. Rebat cukai khas untuk pembelian rangkaian internet bagi diri sendiri dan anak. Pada tahun 2019 pengecualian cukai ini termasuk dalam kategori gaya hidup dengan maksimum amaun RM2,500.
vi. Kerjasama dengan mana-mana syarikat insuran untuk memastikan semua penjawat awam dilindungi dengan premium insuran mampu bayar.
vii. Rebat cukai kepada penjawat awam dalam pembelian peralatan pejabat.
viii. Rebat cukai untuk kos pembayaran bil elektrik dalam amaun yang tertentu.
Kita memahami kesungguhan kerajaan untuk mengiktiraf sumbangan penjawat awam selama ini. Pada masa yang sama, kita juga menyedari kerajaan berdepan dengan kekangan kewangan dari segi jumlah pendapatan dan cukai negara yang boleh dikutip.
Apapun, jika ada ruang di mana yang boleh, kita minta kerajaan pertimbang cadangan di atas. Apa yang akan disedia atau diberi oleh kerajaan dalam belanjawan 2021 nanti, ia akan menjadi teras kepada penjawat awam untuk terus meningkatkan kualiti kerja perkidmatan awam.
Jika sebaliknya, ia tetap juga akan dihargai kerana rakyat Malaysia tahu kerajaan telah dan akan melakukan yang terbaik demi kemaslahatan semua. SM

*PENULIS adalah Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi UiTM Kampus Sabah, Kota Kinabalu

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/07/belanjawan-2021-kearah-peningkatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Pertimbang Kerja Dari Rumah Penjawat Awam

Kerajaan Pertimbang Kerja Dari Rumah Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 252 hits
KUALA LUMPUR 13 JULAI Kerajaan sedang mempertimbangkan secara mendalam untuk meneruskan pelaksanaan Bekerja Dari Rumah sebagai amalan normal baharu dalam perkhidmatan awam kata Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali Bagaimanapun k...
Jangan Ambil Mudah Ancaman Covid 19 Disiplin Ikut Norma Baharu

Jangan Ambil Mudah Ancaman Covid 19 Disiplin Ikut Norma Baharu

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 417 hits
SHAH ALAM 21 JULAI Rakyat Selangor digesa terus peka dan berdisiplin mematuhi norma baharu kerana negeri ini pernah mencatatkan kes tertinggi jangkitan Covid 19 Pasukan Petugas Pencegahan Covid 19 Selangor berkata kebebasan dinikmati hari i...
Rutin Harian Norma Baharu 2020

Rutin Harian Norma Baharu 2020

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 353 hits
Kemain mask spiderman plakNorma baharu 2020Rutin Irfan cikgu serta kengkawannya setiap hari Semoga cepatlah berlalu Covid 19 ni Aamiin
Pendekatan Norma Baharu Atasi Kemiskinan Pengangguran Anwar

Pendekatan Norma Baharu Atasi Kemiskinan Pengangguran Anwar

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 245 hits
SHAH ALAM 15 JULAI Pendekatan ekonomi perlu bersesuaian dengan norma baharu bagi mengatasi masalah kemiskinan penduduk kata ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penularan Covid 19 juga menyebabkan jumlah pengangguran meningkat...
Tatacara Pembukaan Semula Sekolah Norma Baharu

Tatacara Pembukaan Semula Sekolah Norma Baharu

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 313 hits
Yang dihormati Tarikh 13 Julai 2020 Ibu bapa Penjaga Murid SMK Segambut Kuala Lumpur TATACARA PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH NORMA BAHARU 1 Pandemik COVID 19 memberi kesan yang cukup mendalam kepada sektor pendidikan di mana sekolah terpaksa ditu...
Sesi Persekolahan Prasekolah Norma Baharu Skkk2

Sesi Persekolahan Prasekolah Norma Baharu Skkk2

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 404 hits
Sk Kubang Kerian 2 Tanggal 1 Julai 2020 Prasekolah Skkk2 telah memulakan sesi persekolahan di dalam musim PKPP bagi sesi 2020 Sambutan daripada murid murid dari Kelas Pra Al Biruni dan Al Farabi di hari pertama ini amat menggalakkan Proses ...
Maghi Candat Sotong Kini Bermula Dengan Norma Baharu

Maghi Candat Sotong Kini Bermula Dengan Norma Baharu

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 288 hits
MARANG 11 Julai Penganjuran Program Maghi Candat Sotong oleh kerajaan negeri menjadi program pelancongan pertama di Terengganu selepas diumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan dan Teknolo...
Bantuan Khas Rm500 Untuk Penjawat Awam Pahang

Bantuan Khas Rm500 Untuk Penjawat Awam Pahang

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 252 hits
Bantuan khas RM500 akan dibayar kepada kira kira 8 000 penjawat awam di Pahang untuk membantu mereka dalam mendepani impak nbsp ekonomi disebabkan pandemik COVID 19 Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata bantuan khas b...
Kembali Ke Sekolah Norma Baharu Tahun 5 Dan 6

Kembali Ke Sekolah Norma Baharu Tahun 5 Dan 6

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 449 hits
Sk Kubang Kerian 2 Tanggal 15 Julai 2020 Sesi persekolahan Norma Baharu telah dibuka kepada murid murid Tahun 5 dan 6 Sebanyak 5 buah kelas bagi Tahun 5 dan 4 buah kelas bagi Tahun 6 telah mula beroperasi bermula hari ini Murid murid dikehe...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner