Belanjawan 2021 Bukti Umno Terus Kena Buli Takkan Tak Reti Reti Lagi


 
Semalam, melalui laman Facebooknya, Najib Razak mengeluh mengenai kedudukan BN yang tidak diberi sebarang peranan dalam penyediaan Belanjawan 2021.
Kata beliiau, walaupun BN merupakan sebahagian daripada kerajaan PN, tetapi tiada seorang pun wakil gabungan itu dilantik dalam Majlis Tindakan Ekonomi yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.
Sebagai membuktikan kata-katanya, Najib turut memaparkan keanggotaan Majlis Tindakan Ekonomi untuk menjelaskan dakwaan mengapa BN mengkritik Belanjawan 2021 sedangkan ia sebahagian daripada kerajaan PN.
Bagi memainkan peranannya membela dan memenuhi keperluan rakyat, menurut Najib lagi, BN akan menggunakan saluran perbahasan di Dewan Rakyat untuk tujuan tersebut.


Jika kita masih ingat, wakil UMNO hanya dijemput untuk memberi cadangan bagi penyediaan Belanjawan 2021 ini pada 1 November iaitu enam hari sebelum ia dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 6 November lalu.
Makna kata, sudahlah tiada wakil UMNO dan BN dalam Majlis Tindakan Ekonomi, dijemput untuk mengemukakan cadangan pula hanyalah di saat-saat akhir saja.
Jemputan itu tidak lebih sekadar melepaskan batuk ditangga kerana tidak mustahil ketika itu proses penyediaan teks belanjawan sudah pun 99 peratus siap disediakan.
Sebab itu, dua cadangan pokok yang dikemukan UMNO untuk Belanjawan 2021 – pengeluaran Akaun 1 KWSP sehingga RM10 ribu dan melanjutkan moratoriim pinjaman bank, langsung tidak dipedulikan kerajaan.
Dalam erti kata lain, menyisihkan suara dan peranan UMNO itu lebih membuktikan semakin masa berlalu, semakin parti itu dibuli oleh Bersatu dan PN.
Kedudukan UMNO dan BN yang mempunyai jumlah kerusi Parlimen terbesar dalam kerajaan PN tidak memberi makna walau sebelah mata sekali pun.
Sebelum ini, UMNO dibuli kerana diberi kementerian yang tidak penting, Muhyiddin melantik beberapa menteri UMNO ikut pilihannya sendiri, melantik hanya satu menteri kanan daripada UMNO, tetapi dua daripada Bersatu, memintas UMNO dalam PRN Sabah untuk merampas jawatan Ketua Menteri dan terakhir dilaporkan hanya sedia melantik Timbalan Perdana Menteri daripada UMNO jika calonnya bukan Zahid Hamidi.
Buli, buli, buli…..

Yang nyata dan tanpa keraguan lagi, perkembangan ini memungkinkan Muhyiddin terus mencari jalan untuk membuli lagi UMNO selepas ini bagi tujuan mengukuhkan kedudukan Bersatu.
Matlamat akhir Muhyiddin tentulah untuk menjadikan Bersatu sebagai pengganti kepada UMNO.
Maka, takkan UMNO masih tak reti-reti dan mahu terus dibuli lagi, lagi dan lagi oleh Muhyiddin dan Bersatu?
Belanjawan 2021 sebenarnya adalah medan terbaik untuk UMNO menamatkan pembulian itu dan sebelum Bersatu berjaya melangkah lebih jauh untuk mencapai apa yang dihasratkannya.
UMNO mesti terus berjuang mengangkat cadangannya sebelum ini sambil melakukan tekanan dalam perbahasan Belanjawan 2021 kali ini.
Najib sendiri dalam tulisan di media sosialnya mengatakan beliau akan terus berjuang dan melawan sehingga rakyat dapat memperolehi pelanjutan moratorium pinjaman bank.
Memang itulah yang sepatutnya dilakukan oleh Najib, UMNO dan BN, malah mereka mesti senada dengan Anwar Ibrahim yang dalam ucapan perbahasan semalam memberi amaran tidak akan menyokong kelulusan Belanjawan 2021 sekiranya kerajaan tidak melakukan sebarang pindaan.
Tiga perkara ditekankan Anwar perlu dipinda ialah moratorium, KWSP dan peruntukan besar untuk Jasa.
Sekiranya sehingga ke sudah kerajaan masih juga berdegil, pilihan yang terbaik dan wajar bagi Najib yang kini mengetuai BNBBC ialah mengajak seramai mungkin Ahli Parlimen BN untuk tidak menyokong kelulusan Belanjawan 2021.
Bukan saja dengan bertindak demikian akan membolehkan kerajaan dijatuhkan dan sama ada selepas itu bakal diadakan PRU atau tidak, yang penting belanjawan baru yang dibentangkan kemudiannya pastilah yang benar-benar pro sebagaimana keinginan BN sendiri.
Sekaligus juga, ia mampu meletakkan tanda titik kepada pembulian berterusan terhadap UMNO.
 (Shahbudindotcom 10/11/2020)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/11/belanjawan-2021-bukti-umno-terus-kena.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belanjawan 2021 Agong Hargai Permuafakatan Kerajaan Pembangkang

Belanjawan 2021 Agong Hargai Permuafakatan Kerajaan Pembangkang

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 455 hits
YANG di Pertuan Agong menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan dan parti parti politik di atas semangat bipartisan dan permuafakatan yang ditunjukkan dalam Belanjawan 2021 Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah turut menzahir...
Sokong Belanjawan 2021 Pejuang Takkan Sign Blank Cek

Sokong Belanjawan 2021 Pejuang Takkan Sign Blank Cek

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 241 hits
LANGKAWI Parti Pejuang Tanah Air yang belum diluluskan pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia bersedia menyokong Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 6 November ini Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mo...
6062 Aktiviti Bicara Belanjawan 2021 Bersama Toqqi Di Facebook Umno Online Ppim 06 11 2020

6062 Aktiviti Bicara Belanjawan 2021 Bersama Toqqi Di Facebook Umno Online Ppim 06 11 2020

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 440 hits
Saksikan Bicara Belanjawan 2021 bersama Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi yang akan bersiaran di Facebook UMNO Online pada jam 3 00 petang ini
Belanjawan 2021 Santuni Pandangan Umno Walau Ada Beza Jumlah Bantuan

Belanjawan 2021 Santuni Pandangan Umno Walau Ada Beza Jumlah Bantuan

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 363 hits
Dr Asyraf Wajdi Dusuki Meskipun terdapat perbezaan jumlah bantuan yang dituntut Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata secara dasarnya Menteri Kewangan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz menyantuni pandangan partinya Sebagai c...
Umno Kalah Pru Jika Sokong Belanjawan 2021

Umno Kalah Pru Jika Sokong Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 250 hits
Shahbudin HusinCadangan asal berkenaan pengeluaran wang sehingga RM10 ribu daripada Akaun 1 KWSP yang dikemukakan UMNO adalah melibatkan 4 7 juta pencarum tetapi melalui pembentangan oleh Tengku Zafrul tadi selain jumlah yang dibenarkan han...
Belanjawan 2021 Umno Serah Memorandum Suara Hati Rakyat Kepada Menteri Kewangan

Belanjawan 2021 Umno Serah Memorandum Suara Hati Rakyat Kepada Menteri Kewangan

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 408 hits
KUALA LUMPUR UMNO hari ini menyerahkan Memorandum Suara Hati Rakyat terhadap Belanjawan 2021 kepada Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz di Putrajaya Memorandum tersebut mengandungi 10 cadangan utama untuk memastikan peningk...
Belanjawan 2021 Bukti Kerajaan Prihatin Bantu Depani Cabaran Ekonomi

Belanjawan 2021 Bukti Kerajaan Prihatin Bantu Depani Cabaran Ekonomi

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 340 hits
Oleh Athirah Huda Zalhe BANGI 20 Rabiulawal 1442H Jumaat Dalam keadaan negara berdepan krisis kesihatan dan ekonomi akibat pandemik COVID 19 Belanjawan 2021 bajet kali pertama dibentang Perikatan Nasional disifatkan satu inisiatif yang memp...
Belanjawan 2021 Pandangan Awal Pemuda Umno

Belanjawan 2021 Pandangan Awal Pemuda Umno

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 243 hits
1 Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia secara dasarnya mendapati Bajet ini menepati prinsip prinsip yang digariskan di dalam Memorandum Suara Rakyat yang kami serahkan pada Menteri tempoh hari antara lainya berpaksikan kepada Belanjawan Mengemba...
Belanjawan 2021 Ada Apa Untuk Belia

Belanjawan 2021 Ada Apa Untuk Belia

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 314 hits
Pada 5 November 2020Oleh Farid MauludSidang Parlimen Sesi Perbentangan Belanjawan 2021 merupakan sesi yang sangat penting kepada seluruh rakyat Malaysia untuk mendengar inisiatif kerajaan dalam menangani kesusahan rakyat semasa musim Covid1...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp