Belanjawan 2021 Selangor Harap Aeroangkasa Jalur Lebar Jadi Tumpuan
Bernama

Menteri  Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata sektor aeroangkasa di  negeri itu kini berdepan cabaran getir dan pihaknya memerlukan sokongan  Kerajaan Persekutuan untuk memastikan kelangsungan industri berkenaan.  -Gambar fail SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor berharap sektor aeroangkasa, infrastruktur  jalur lebar dan pembinaan hospital baharu menjadi antara tumpuan  Belanjawan 2021 yang dijadual dibentangkan pada Jumaat ini
 Menteri  Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata sektor aeroangkasa di  negeri itu kini berdepan cabaran getir dan pihaknya memerlukan sokongan  Kerajaan Persekutuan untuk memastikan kelangsungan industri berkenaan
 "Pada  masa ini, hanya sekitar 10,000 kapal terbang sahaja yang bergerak di  seluruh dunia berbanding kira-kira 25,000 sebelum penularan pandemik  COVID-19. Ini menunjukkan hampir 60 peratus sektor berkenaan berdepan  masalah besar
 "Negara Eropah dan Amerika  Syarikat juga memperkukuhkan sektor tersebut bagi memastikan  kelangsungannya kerana permintaan terhadap industri itu pastinya lebih  besar selepas pandemik COVID-19 pulih," katanya kepada pemberita di lobi  Dewan Undangan Negeri di sini hari ini
 Beliau  berkata pembangunan infrastruktur jalur lebar di Selangor juga dilihat  perlu diberi pertimbangan dalam pembentangan belanjawan itu kerana  ketika ini, capaian jalur lebar di negeri berkenaan adalah pada kadar 60  hingga 70 peratus
 Amirudin berkata  mesyuarat terakhir Jawatankuasa Pembangunan Negeri Selangor sebelum ini  menyasarkan infrastruktur jalur lebar siap menjelang 2022 namun jika ia  dilengkapkan lebih awal, segala projek berkaitan dalam mencapai aspirasi  menjadi negeri pintar dapat dilaksanakan
 "Kerajaan  negeri juga berharap kemudahan awam seperti hospital baharu dapat  dibina di lokasi berkepadatan penduduk yang tinggi di Selangor. Hospital  Tengku Ampuan Rahimah contohnya, mengalami kesesakan pesakit yang  kritikal
 "Apatah lagi ketika ini  Hospital Sungai Buloh sudah dijadikan hospital COVID-19 menyebabkan  pesakit lain terpaksa dihantar ke hospital berdekatan
 "Disebabkan  itu, Selangor amat memerlukan hospital yang berkemampuan (menampung  jumlah pesakit) dengan kepakaran yang tinggi," katanya
 Justeru,  beliau berkata kerajaan negeri berharap cadangan pembinaan hospital  baharu dapat dimasukkan dalam Belanjawan 2021 kerana sebidang tanah  berkeluasan 20 hektar di Meru, Klang sudah disediakan untuk tujuan itu
 Pada  masa sama, Amirudin berkata pihaknya turut mengharapkan keterbukaan  Kerajaan Persekutuan dalam menyalurkan lebih dana kepada Selangor  melalui belanjawan itu untuk dimanfaatkan sebaiknya memandangkan 24.5  peratus Keluaran Dalam Negara Kasar peringkat nasional adalah  disumbangkan negeri tersebut.-- BERNAMA
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/11/belanjawan-2021-selangor-harap.html