Belanjawan 2019 Tanpa Cukai Utama Baru


Diterbitkan 2 Nov 2018, 5:25 petang

BELANJAWAN 2019 | Putrajaya tidak akan memperkenalkan sebarang cukai utama baru di bawah Belanjawan 2019 walaupun berlaku pengurangan pendapatan ekoran pemansuhan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Pada masa sama beberapa langkah baru diperkenalkan oleh kerajaan seperti pengenalan cukai gula dan pertambahan nilai yuran bagi lesen judi.

Ia dijangka dapat memberi kesan pertambahan yang signifikan kepada pendapatan kerajaan.

Sebaliknya Putrajaya akan meningkatkan pendapatan bukan cukai melalui pelaburan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan - terutama Petronas - untuk mengatasi kekurangan berkenaan.

Pada Belanjawan 2018, BN - yang menjadi kerajaan ketika itu - menganggarkan 22.8 peratus pendapatannya adalah datang dari cukai secara langsung yang turut melibatkan GST.

Di bawah Pakatan Harapan (HARAPAN) kerajaan menganggarkan hanya 13.1 peratus pendapatannya datang melalui cukai secara langsung.

Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) - yang turut berada dalam kategori cukai secara langsung - dijangka hanya menjana pendapatan sebanyak RM20.7 bilion pada 2019.

Kerajaan BN sebelum ini mengunjurkan RM43.8 bilion melalui GST semasa membetangkan Belanjawan 2018. Unjuran kekurangan hasil pemansuhan GST ialah sekurang-kurangnya RM22 bilion pada 2019.

Aktiviti pelaburan tak terjejas

Selain itu kerajaan semasa menjangkakan mengumpul RM23.1 bilion pada 2018 dan ia melibatkan gabungan kutipan GST (sehingga Jun lalu sebelum ia dimansuhkan) dan SST sejak Sept (apabila SST dilaksanakan).

Putrajaya akan berusaha untuk meningkatkan pendapatan bukan cukai kepada 27.2 peratus di bawah Bajet 2019.

Secara bandingan hasil bukan cukai buat kerajaan hanya terdiri daripada 17.2 peratus di bawah Belanjawan 2018.

Kerajaan HARAPAN menjangkakan sebahagian besar pendapatan bukan cukai datang dari GLIC di bawah kategori "pendapatan pelaburan".

Di bawah Belanjawan 2018, kerajaan BN menjangkakan pendapatan pelaburan sebanyak RM24.588 bilion. Kerajaan HARAPAN kini mengunjurkan RM36.937 bilion tahun ini dan RM59.523 bilion pada 2019.

"Sebahagian besar pulangan pelaburan adalah dividen daripada Petronas berjumlah RM54 bilion, dengan RM30 bilion daripadanya ialah dividen khas Petronas yang akan digunakan untuk membayar balik bayaran semua cukai tertunggak (GST).

"Sumber untuk membiayai dividen khas itu adalah dari pendapatan terkumpul Petronas.

"Penggunaan pendapatan tidak akan menjejaskan pembiayaan aktiviti pelaburan semasa kerana dana bagi aktiviti tersebut telah diambil kira dalam pelan perbelanjaan modal mereka," kata laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2018/11/belanjawan-2019-tanpa-cukai-utama-baru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rumusan Belanjawan 2019 32 Intipati Utama Belanjawan Pertama Kerajaan Pakatan Harapan Ph

Rumusan Belanjawan 2019 32 Intipati Utama Belanjawan Pertama Kerajaan Pakatan Harapan Ph

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 1244 hits
Rumusan Belanjawan 2019Belanjawan 2019Berikut merupakan intipati utama Belanjawan negara bagi tahun 2019 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng di Dewan Rakyat semalam Lim Guan Eng1 Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan Sekolah Keban...
Belanjawan 2019

Belanjawan 2019

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 873 hits
Belanjawan 2019 Nantikan pembentangan Belanjawan 2019 oleh Menteri Kewangan YB Lim Guan Eng pada hari ini Jumaat 2 November 2018 jam 4 petang Dapatkan maklumat terkini tentang Belanjawan 2019 melalui laman media sosial rasmi Kementerian Kew...
Bea Cukai Keluarkan Aturan Baru Permudah Ketahui Nilai Dan Biaya Saat Impor

Bea Cukai Keluarkan Aturan Baru Permudah Ketahui Nilai Dan Biaya Saat Impor

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 345 hits
Pengguna jasa dituntut untuk memiliki pengetahuan dalam menentukan komponen biaya yang harus dimasukkan ketika mereka menentukan besarnya nilai pabean sebagai dasar untuk penghitungan bea masuk dan pajak dalam rangka impor tambah Ambang
Inti Pati Belanjawan 2019

Inti Pati Belanjawan 2019

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 554 hits
MALAYSIA GAZETTE Bangunan Kementerian Kewangan foto HAZROL ZAINAL 02 NOVEMBER 2018 KUALA LUMPUR Berikut ialah inti pati Belanjawan 2019 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng Belanjawan 2019 bertemakan Malaysia Wibawa Ekonomi ...
Bn Kembalikan Semula Gst Dengan Kadar 3 Dalam Belanjawan Bayangan 2019

Bn Kembalikan Semula Gst Dengan Kadar 3 Dalam Belanjawan Bayangan 2019

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 695 hits
KUALA LUMPUR Barisan Nasional hari ini membentangkan Inisiatif Ekonomi Rakyat satu belanjawan bayangan 2019 yang antara lain mencadangkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan dikembalikan pada kadar tiga peratus Bentang Belanjawan BN 2019Pengeru...
Ringkasan Dan Rumusan Intipati Belanjawan 2019

Ringkasan Dan Rumusan Intipati Belanjawan 2019

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 1486 hits
Menteri Kewangan YB Lim Guan Eng telah pun membentangkan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat pada hari ini Jumaat 2 November 2018 bermula jam 4 petang tadi Belanjawan 2019 kali ini bertemakan Malaysia Wibawa Ekonomi Dinamik Rakyat Sejahtera Ia ...
Defisit Fiskal Belanjawan 2019 Kerana 1mdb Atau Kerana Pemansuhan Gst

Defisit Fiskal Belanjawan 2019 Kerana 1mdb Atau Kerana Pemansuhan Gst

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 414 hits
Defisit fiskal negara bagi tahun 2018 bukan kerana 1MDB sebaliknya kerana PH menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan kekurangan RM50 bilion tahun ini Defisit ini sebab m...
Keningau Voters Weigh Dynasty Politics Against Village Realities

Kepentingan Hubungan Seks Suami Isteri

Pelukan Teddy Cinta Yang Tak Pernah Pudar

Whatsapp Tambah Baik Ciri About Kini Seakan Notes Di Instagram

Istanbul Aku Datang Day 1

Irresistible Beef Tehari Recipe In Bangla

Gusi Sihat Gigi Kekal Kenali Penyakit Gusi Dan Rawat Sebelum Parah

Ringgit Makin Kuat Media Indonesia Dakwa Ini 3 Senjata Rahsia Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cukuplah Allah Sebagai Pentadbir

Avocado Scrambled Egg Toast Sedap Sarapan Sihat Mengenyangkan

Nabila Maharani Tak Butuh Syarat Chord

Sebab Di Sebalik Setiap Yang Kita Lalui

What If The 2 Stroke Twin Enduro That Suzuki Never Made

Kelas Seliaan Negeri 2026 Permohonan Semakan Tawaran