Belanja Harta Serta Buat Kebaikan



 Harta yang diperoleh dari sumber halal memberi keberkatan kepada pemiliknya. Dengannya dapat dibelanjakan untuk keperluan diri sendiri dan ahli keluarga. Kekayaan dimiliki menjadi sumber kebahagiaan selagi ia dibelanjakan ke arah kebaikan.
 

Firman Allah bermaksud: “Oleh itu bertakwalah kepada Allah sedaya upaya kamu; dan dengarlah (pengajaran-Nya) serta taatlah (perintah-Nya); dan belanjakanlah harta kamu (serta berbuatlah) kebajikan untuk diri kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi tabiat bakhil, merekalah orang yang berjaya.” - (Surah al-Taghabun, ayat 16)
 

Jelas sekali, harta yang dibelanjakan mengikut tuntutan syariat adalah kebajikan, yakni mendatangkan pahala yang menjadi bekalan di akhirat. Justeru, sesiapa yang mencari harta dan membelanjakannya memperoleh kebahagian di dunia dan akhirat.
 

Muslim yang berbuat kebajikan dengan harta yang dimiliki adalah antara orang yang berjaya. Mereka berjihad dengan menggunakan harta untuk mendapat keredaan Allah SWT. Para sahabat Rasulullah SAW sanggup membelanjakan harta yang dimiliki demi mengembangkan syiar Islam.
 

Sebaliknya, sesiapa mengamalkan sikap bakhil membawa kepada kehidupan lebih keliru dan celaru kerana terlalu sayangkan harta hingga menjadi beban kepadanya. Harta dimiliki tidak membawa apa-apa erti kerana tidak dibelanjakan. 
 

Harta yang berada di tangan orang bakhil akan menjadi bahan membakar dirinya di akhirat. Disebabkan teramat sayangkan harta sehingga tidak dikeluarkan zakat atau menghalangnya daripada melakukan perkara wajib lain.
 

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan adapun orang-orang yang bakhil dan merasa dirinya cukup serta mendustakan pahala yang baik (syurga), maka Kami akan menyediakan baginya (jalan) yang susah. Dan apabila dia telah binasa, hartanya tidak akan bermunafaat baginya.” - (Surah al-Lail, ayat 8 – 11).
 

Golongan kaya harus bersyukur dengan nikmat Allah SWT kepadanya. Allah SWT akan menambah kurnia-Nya kepada hamba yang bersyukur dan melaknati mereka yang angkuh dengan kekayaan. 
 

Harta menjadi ujian besar kepada manusia hingga ada yang memilih kufur disebabkan sayangkan harta. Inilah yang dilalui oleh Qarun apabila ingkar mengeluarkan zakat, sedangkan sebelum itu dia termasuk golongan beriman dan menjadi pengikut setia kepada Nabi Musa.
 

Betapa indahnya ajaran Islam dalam soal rezeki dan harta. Mencari rezeki dikira jihad dan membelanjakannya kepada kebaikan juga satu pahala. Maka sepatutnya setiap muslim berlumba-lumba mencari rezeki kerana bukan saja untuk memenuhi keperluan hidup di dunia, bahkan lebih penting lagi memberi kebaikan untuk bekalan di akhirat. 
 

Rezeki yang diperoleh hendaklah dibelanjakan dan sedikit disimpan untuk kegunaan masa depan. Harta juga perlu dibelanjakan ke jalan Allah SWT, yakni hal-hal berkaitan kebajikan seperti zakat, sedekah, wakaf dan sebagainya.
 

Firman-Nya bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan serta memberi bantuan kepada kaum kerabat (keluarga), dan melarang melakukan perbuatan-perbuatan keji dan mungkar serta kezaliman.” (Surah an-Nahl, ayat 90).
 

Sesiapa membelanjakan hartanya kepada perkara kejahatan adalah seburuk-buruk perbuatan, yang mana hartanya berkurangan, sedangkan dosanya bertambah. 
 

Lebih buruk jika harta dibelanjakan untuk membeli arak, dadah dan seumpamanya yang membahayakan kesihatan. Harta yang sepatutnya mendatangan kebaikan telah bertukar membawa bala.  
 

Jadikan amalan membelanjakan harta untuk menolong orang lain. Sesunguhnya, Allah SWT memberikan kejayaan bagi orang yang tolong menolong dalam perkara kebaikan dan berjihad ke jalan Allah. 
 

Perbuatan menolong orang lain, sebenarnya 'menolong' diri sendiri. Mereka dijanjikan beroleh kebahagiaan hidup dan semakin dimurahkan rezekinya yang tidak disangka-sangka. 
 

Firman-Nya dalam surah al-Baqarah ayat 245 bermaksud: “Sesiapa orang yang mahu memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya? Dan (ingatlah), Allah jualah yang menyempitkan dan meluaskan (pemberian rezeki), dan kepada-Nyalah kamu semua dikembalikan.”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://hwaliman.blogspot.com/2023/10/btg.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fitnah Jahat Serta Keterlaluan Shahaniza Buat Laporan Polis Terhadap Razak Bidin

Fitnah Jahat Serta Keterlaluan Shahaniza Buat Laporan Polis Terhadap Razak Bidin

papar berkaitan - pada 12/10/2023 - jumlah : 213 hits
MARAN Satu laporan polis telah dibuat oleh Ketua UMNO Bahagian Maran Dato Sri Shahaniza Shamsuddin terhadap pemilik akaun facebook Razak Bidin di Ibu Pejabat Polis Daerah Maran malam tadi Laporan dibuat susulan kenyataan melampau berniat ja...
Bantuan Rm2000 Kepada Penjawat Awam Untuk Gred 56 Kebawah Serta Inisiatif Pekerja Swasta Dalam Pembentangan Bajet 2024

Bantuan Rm2000 Kepada Penjawat Awam Untuk Gred 56 Kebawah Serta Inisiatif Pekerja Swasta Dalam Pembentangan Bajet 2024

papar berkaitan - pada 14/10/2023 - jumlah : 355 hits
bantuan rm2000 kepada penjawat awam Dalam pembentangan Bajet 2024 hari ini kerajaan akan salurkan bantuan RM2000 kepada penjawat awam tahun hadapan Kerajaan telah mengumumkan bahawa Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Aw...
Senarai Politeknik Di Malaysia Serta Kursus Yang Ditawarkan

Senarai Politeknik Di Malaysia Serta Kursus Yang Ditawarkan

papar berkaitan - pada 19/10/2023 - jumlah : 194 hits
Di Malaysia terdapat beberapa Politeknik yang menawarkan pelbagai kursus kepada pelajar pelajar yang ingin mengejar pendidikan dalam bidang bidang tertentu Tentunya ramai pelajar yang ingin menyambung pengajian tinggi mereka di Politeknik Y...
Pasangan Suami Isteri Siswazah Usim Serta 20 Ahli Keluarga Maut Serangan Di Gaza

Pasangan Suami Isteri Siswazah Usim Serta 20 Ahli Keluarga Maut Serangan Di Gaza

papar berkaitan - pada 10/10/2023 - jumlah : 245 hits
Latifah Arifinam hmetro com myMOHAMMED isterinya Kholoud dan empat daripada lima anak mereka Hasan 13 Obaida 9 Khalid 7 dan Amro 4 maut dalam serangan rejim Israel di perkampungan mereka di Bait Hanon utara Gaza FOTO ihsan pembacaKuala Lump...
Perlu Ke Saya Tunjuk Kebaikan Di Media Sosial Elisya Sandha Bersuara Ditegur Seksi Amp Tiada Sensitiviti

Perlu Ke Saya Tunjuk Kebaikan Di Media Sosial Elisya Sandha Bersuara Ditegur Seksi Amp Tiada Sensitiviti

papar berkaitan - pada 22/10/2023 - jumlah : 166 hits
Pelakon Elisya Sandha tampil bersuara mengenai teguran dan tuduhan warganet yang mengatakan dirinya tidak sensitif dengan isu yang sedang berlaku di Palestin Perlu ke tunjuk kebaikan di media sosial Elisya yang juga adik kepada aktres Fasha...
Kebaikan Dan Kelebihan Penapis Air Mudah Alih Kenko

Kebaikan Dan Kelebihan Penapis Air Mudah Alih Kenko

papar berkaitan - pada 14/10/2023 - jumlah : 266 hits
Kebaikan Dan Kelebihan Penapis Air Mudah Alih Jika dilihat secara kasarnya dengan penapis air terlalu banyak keluaran jenama penapis air dipasaran kini Antara jenama penapis air yang bersaing hebat di pasaran Malaysia khususnya adalah seper...
Asam Jawa Kebaikan Dan Khasiatnya

Asam Jawa Kebaikan Dan Khasiatnya

papar berkaitan - pada 14/10/2023 - jumlah : 373 hits
Siapa pernah tengok atau nampak buah asam jawa Kalau korang nak tau asam jawa ni ada dua jenis iaitu jenis yang manis dan yang masam Kandungan utama dalam asam jawa ialah asid gula vitamin B dan kandungan kalsium yang tinggi Kegunaan asam j...
Rahsia Lemon Dan Kebaikan Minum Air Lemon Setiap Pagi

Rahsia Lemon Dan Kebaikan Minum Air Lemon Setiap Pagi

papar berkaitan - pada 17/10/2023 - jumlah : 438 hits
Lemon memang femes dengan khasiatnya sebagai antibakteria dan antiviral yang kuat serta sebagai kuasa untuk boost immune system Lemon jugak terkenal sebagai ubat kurus kerana jus limau membantu dalam proses pencernaan dan sebagai pembersih ...
Cara Buat Google Form Kehadiran Kuiz Dan Lain Lain Serta Cara Untuk Guru Buat Soalan Melalui Borang Google Form

Cara Buat Google Form Kehadiran Kuiz Dan Lain Lain Serta Cara Untuk Guru Buat Soalan Melalui Borang Google Form

papar berkaitan - pada 23/10/2023 - jumlah : 152 hits
Cara buat google form adalah sangat mudah dengan hanya 4 langkah awal sahaja Penggunaan adalah sangat diperlukan bagi membuat rekod kehadiran menjawab responden mengumpul data dan lain lain kegunaan lagi Selain itu para guru juga mengambil ...
Rafizi Ramli Protes Pemilihan Pkr Ini Yang Berlaku Sebenarnya

Need And Want

Sepak Takraw Piala Asia Penantian 34 Tahun Regu Berpasukan Berlarutan Thailand Tewaskan Malaysia 2 0

Jodoh Itu Memang Takdir Tetapi Kamu Berhak Memilih Jodoh Terbaikmu

Gempar Shamsul Iskandar Dedah Kenapa Pmx Mahu Singkirkan Rafizi Ma

11 Kandang Terbakar Lebih 600 000 Ekor Ayam Mati

Tingkatan Enam Masuk Kampus Kpm Mulakan Projek Rintis Di Usm Ukm

Makan Malam Di Rodakafe Kulai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perut Lembu Air Asam

Folder Custom Untuk Persaraan Pilihan Bijak Organisasi Profesional

Three Innovative Power Products By Cuktech

Amalan Doa Daripada Habib Umar Bin Hafidz Untuk Anak Yang Nakal

Sambutan Hari Guru Di Sekolah Dengan Tema Hobi Guru

Mutiara Terhasil Luka Jadi Nilai