Cara Buat Google Form Kehadiran Kuiz Dan Lain Lain Serta Cara Untuk Guru Buat Soalan Melalui Borang Google Form


Cara buat google form adalah sangat mudah dengan hanya 4 langkah awal sahaja. Penggunaan google form adalah sangat diperlukan bagi membuat rekod kehadiran, menjawab responden, mengumpul data dan lain-lain kegunaan lagi.
Selain itu, para guru juga mengambil inisiatif untuk mengadakan pentaksiran secara atas talian melalui cara buat google form yang diperkenalkan dalam pelbagai cara dan subjek dalam bentuk soalan objektif serta subjektif ikut pilihan guru.
Sesuai dengan peredaran zaman yang semakin canggih, kini dengan penggunaan cara buat goole form adalah sesuatu yang penting terutama dalam dunia pendidikan yang mana banyak kegunaan kepada guru.
Kegunaan dan Cara Buat Google Form Mengikut Ciri Apakah Itu Google Form? Google Form adalah salah satu aplikasi yang terdapat di dalam Google Drive. Ia membolehkan pengguna mencipta borang dalam talian untuk mengumpul maklumat. Maklumat yang diterima akan secara automatik disimpan dalam format Google Spreadsheet dan boleh dimuat turun dalam format Excel dan CSV untuk penggunaan seperti penggabungan surat (mail merge) dan lain-lain.
Ciri-Ciri Penggunaan Google Form Terdapa banyak ciri-ciri dalam menggunakan google form di masa kini. Dengan berbekalkan borang google form, pengguna dapat memanfaatkan sebaik mungkin untuk mengumpul data dan respon orang ramai. Berikut adalah jadual berkenaan jenis penggunaan google form:
Jenis PenggunaanPenerangan Penggunaan Google FormBorang PendaftaranGoogle Form boleh digunakan untuk membuat borang pendaftaran, di mana individu atau peserta dapat mengisi maklumat mereka seperti nama, alamat, nombor telefon, dan sebagainya. Ini sangat berguna dalam pengurusan penyertaan dalam acara, kursus, atau program.Ujian dalam Talian (Online)Semasa PKP pandemik Covid, ramai guru dan pensyarah menggunakan google form sebagai ujian peperiksaan. Dengan memasukkan soalan-soalan yang diperlukan bersama dengan pilihan jawapan yang betul. Pelajar boleh menjawab ujian ini secara dalam talian dan Google Form akan mengira jumlah jawapan yang betul dan memberikan pengiraan secara automatik.KuizUntuk penilaian online bagi menguji kefahaman dan markah untuk para pelajar, pihak Universiti kebiasaanya menggunakan google form sebagai kuiz untuk beberapa subjek. Bergantung kepada pensyarah, penggunaan kuiz dianggap lebih efisien dan berkesan dengan sistemnya hanya membenar pelajar menjawab satu kali percubaan sahaja. Pensyarah akan mengisi soalan dan jawapan yang boleh dalam pelbagai bentuk jawapan seperti objektif dan subjektif.Borang Maklum BalasBorang google form juga terkenal dengan cara mudah untuk mendapatkan maklum balas berkenaan persoalan yang berkaitan dengan isu semasa, kesedaran umum dan lain-lain tema yang boleh dibawa untuk mendapatkan maklum balas secara online. Mudah dengan borang google form yang boleh disebar hanya dengan klik.Borang TinjauanGoogle Form juga sering digunakan untuk membuat borang tinjauan atau responden. Anda boleh mengumpulkan data dalam borang ini untuk analisis, seperti mengukur kepuasan pelanggan, melakukan penyelidikan semasa, atau mengumpulkan data penyelidikan untuk pelbagai matlamat. Kemudian, anda boleh menggunakan beberapa fitur yang disediakan google form untuk meletakkan peratusan dan membuat carta dengan mudah.Cara buat google form mudah untuk kesemua kegunaan diatas, anda boleh merujuk pada bahagian bawah. Cara Buat Google Form dan Cara Buat Soalan Untuk Kegunaan Guru Cara Buat Google Form Dengan 4 Langkah Mudah Terdapat cara yang mudah untuk para pengguna membuat google form. Berikut adalah dikongsikan cara buat google form melalui google drive seperti dibawah:
Langkah 1 : Butang New > Google Forms
Tukarkan tajuk borang (form) yang dihasilkan dengan menekan pada Untitled form.
Langkah 2 : Edit Questions
Secara umumnya, setiap Soalan (Questions) yang dibina mempunyai ruangan :
Penulisan Soalan (Question Title) Pilihan Form/Format Jawapan yang dikehendaki (Question Type) Ruangan Penulisan Jawapan adalah berbeza mengikut pilihan question type Terdapat 9 pilihan form jawapan yang dikehendaki yang boleh dilakukan oleh Google Form. Seperti paparan dibawah:
Langkah 3 : Change Theme
Langkah ini membolehkan pengguna untuk menukarkan tema latar belakang borang yang dihasilkan. Klik pada Change theme dan pengguna boleh memilih tema yang disukai. Selain itu, pengguna juga boleh untuk mengubah ayat mengikut kesukaan dan boleh juga meletakkan gambar milik pengguna sendiri dengan menukar pada bahagian “header”.
Langkah 4 : View Responses
Membolehkan anda untuk melihat maklumat yang berjaya disimpan hasil dari maklumat yang dimasukkan oleh responden melalui borang yang dihasilkan menggunakan Google Form. Bagi pengalaman yang lebih efisien, anda boleh klik link to sheet untuk memantau hasil jawapan oleh responden dengan lebin terperinci bersama maklumat-maklumat melalui google sheet.
Selain itu, anda juga boleh untuk memuat turun maklumat hasil dapatan borang google form melalui butang “option” yang terdapat pada bahagian responses.
Panduan Untuk Guru Bina Soalan atau Ujian Pentaksiran Dengan Borang Google Form Setelah anda memahami setiap jenis soalan yang ada di dalam Google Form, sekarang ditunjukkan panduan membina soalan pentaksiran untuk kegunaan guru. Dalam panduan cara buat google form ini contoh pentaksiran bagi matapelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Tahun 4 digunakan. Berikut adalah beberapa langkah mudah yang boleh anda ikuti:
Langkah 1: Menamakan Borang
Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah memberi nama kepada borang yang akan anda bina.
Langkah 2: Maklumat Asas
Sebelum anda memulakan pembinaan soalan, pastikan setiap soalan pentaksiran dimulakan dengan elemen maklumat asas seperti Nama Murid, Kelas, dan E-mel Murid. Pastikan anda menandakan kotak “Required question.”
Langkah 3: Membuat Halaman Baru
Anda boleh membuat halaman baru untuk memulakan soalan pentaksiran. Caranya adalah dengan:
Pilih “Add section” dari menu “Tambah item.” Masukkan tajuk halaman baru (pilihan). Langkah 4: Membina Soalan
Anda boleh memulakan pembinaan soalan dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
Pilih “Jenis Soalan” (Question Type) seperti “Pilihan berganda” (Multiple choice). Masukkan soalan dalam kotak “Tajuk Soalan” (Question Title). Masukkan 4 pilihan jawapan dalam kotak jawapan. Tandakan kotak “Shuffle option order” dalam menu “Tetapan Lanjutan” (Advance settings) agar urutan pilihan jawapan berbeza untuk setiap murid saat menjawab soalan. Setelah selesai, klik butang “Selesai” (Done). Untuk menambah soalan seterusnya, klik “Tambah item” dan pilih “Jenis Soalan” (Question type) seperti “Pilihan berganda” (Multiple Choice). Anda boleh membuat sebanyak item yang diperlukan, bergantung pada tahap kemahiran murid.
Setelah selesai membina item-item, di bahagian bawah borang, terdapat bahagian dimana anda boleh membuat beberapa tetapan berikut:
Anda boleh untuk tukar respon mesej yang akan disampaikan kepada pelajar setelah selesai menjawab semua soalan. Anda juga boleh memberi pautan untuk pelajar menjawab semula soalan. Anda boleh memberi pautan kepada pengguna untuk melihat rumusan respon pelajar-pelajar lain dalam bentuk graf dan carta. Anda boleh membenarkan para pelajar untuk mengubah jawapan mereka setelah dihantar. Langkah 5: Memberikan Pautan Borang kepada Pelajar
Untuk memberikan pautan borang kepada pengguna, ikuti langkah berikut:
Klik butang “Hantar Borang” (Send form), dan satu tetingkap akan muncul. Salin pautan yang diberikan dengan mengklik pada URL yang diberikan atau tekan Ctrl + C. Jika pautan terlalu panjang, anda boleh memendekkannya menggunakan perkhidmatan memendekkan URL seperti Google URL Shortener (goo.gl). Langkah 6: Melihat Jawapan Pelajar
Setelah pelajar selesai menjawab, anda boleh melihat respons jawapan pengguna secara langsung melalui “View Responses.”
Semua respons akan dikumpulkan dalam Google Sheets, yang membolehkan anda untuk melihat, menganalisis, dan menyimpan data dengan mudah.
Dengan mengikuti panduan ini, anda dapat membuat soalan pentaksiran dan mengumpulkan respons dari pelajar dengan lebih berkesan menggunakan Google Forms.
Soalan FAQs Berkenaan Cara Buat Google Form Apakah Google Forms? Google Forms adalah fitur yang percuma dalam rangkaian Google Workspace yang membolehkan pengguna membuat soal-selidik dalam talian, borang pendaftaran, atau borang kaji selidik.
Adakah dengan guna cara buat google form adalah selamat? Google Forms adalah perkhidmatan yang selamat, tetapi pengguna perlu menguruskan kelulusan pautan borang serta mengawal siapa yang mempunyai akses kepada borang tersebut.
Adakah saya perlu akaun Google untuk menggunakan google form? Ya, anda perlu memiliki akaun Google untuk cara buat google form dan mengendalikan Google Forms. Namun, responden tidak perlu memiliki akaun Google untuk menjawab soal-selidik.
Bagaimana untuk ubah tema sesuai dengan kehendak kita? Semasa anda dalam urusan cara buat google form, anda boleh rujuk cara berikut:
✔Klik “customise theme.”
✔Pilih tema yang sesuai di bawah “Tema.”
Nota: Tema hanya akan tersedia untuk bagi admin yang membuat form sahaja.
Bagaimana untuk saya copy form atau kuiz yang sedia ada? Anda boleh membuat borang atau kuiz baru berdasarkan borang atau kuiz yang sedia ada. Ini berguna jika anda ingin membuat versi yang sedikit berbeza atau jika anda ingin menyesuaikan untuk respon yang berbeza.
✔Buka borang atau kuiz di Google Forms yang ingin disalin.
✔Klik “Lebih banyak” di sudut kanan atas, kemudian pilih “Buat salinan.”
Beri nama salinan baru tersebut.
✔Jika anda ingin mengubah lokasi fail di Google Drive, klik folder dan tentukan lokasi baru.
✔Untuk berkongsi salinan dengan orang yang sama, tandakan kotak “Kongsi dengan orang yang sama.”
✔Klik OK.
Bagaimana saya boleh ubah mesej pengesahan selepas responden habis menjawab? Anda boleh menyesuaikan atau meletakkan mesej pengesahan yang diterima oleh individu yang menghantar borang atau kuiz dalam Google Forms. Ia membolehkan anda memberi maklum balas khusus, contohnya, memberitahu bila tarikh keputusan soalan pentaksiran akan diumumkan.
Anda boleh edit mesej pengesahan yang diterima oleh individu setelah mereka menghantar borang dengan cara berikut:
✔Buka borang di Google Forms.
✔Di bahagian atas borang, klik “Tetapan.”
✔Sebelah “Presentation” klik tanda panah ke bawah.
✔Sebelah “Confirmation message” klik “Edit.”
✔Masukkan mesej yang sesuai.
✔Klik “Simpan.”
Bagaimana saya boleh rawakkan soalan dan jawapan? Melalui cara buat google form, anda juga boleh untuk merandomkan urutan soalan atau jawapan dalam borang atau kuiz. Ini membantu mengelakkan bias respons dan mengumpulkan data yang lebih tepat dengan urutan soalan dan jawapan akan berbeza untuk setiap individu yang mengisi dan menjawab borang.
Untuk random urutan soalan:
✔Di bahagian atas borang, klik “Tetapan.”
✔Sebelah “Pembentangan,” klik tanda panah ke bawah.
✔Di bawah “Pembentangan borang,” hidupkan “Shuffle question order.”
Anda boleh mengacaukan jawapan untuk soalan pilihan berganda, peti tandakan, dan tajuk turun:
✔Klik soalan yang ingin anda kacaukan jawapan.
✔Di bahagian kanan bawah, klik “Lebih.”
✔Klik “Shuffle option order.”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2023/10/cara-buat-google-form.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Tuntutan Hadhanah Di Mahkamah Syariah Serta 4 Kesan Kepada Anak Anak

Cara Tuntutan Hadhanah Di Mahkamah Syariah Serta 4 Kesan Kepada Anak Anak

papar berkaitan - pada 25/10/2023 - jumlah : 157 hits
Ramai yang cakna mengenai bab faraid atau isu mengenai pembahagian harta Namun bagaimana pula ilmu tuntutan hadhanah atau hak penjagaan anak anak Ya hak hadhanah merupakan 1 lagi cabang ilmu yang sangat indah untuk kita pelajari dan fahami ...
10 Cara Cepat Approve Google Adsense Menurut Kebijakan Terbaru

10 Cara Cepat Approve Google Adsense Menurut Kebijakan Terbaru

papar berkaitan - pada 16/10/2023 - jumlah : 225 hits
BloggerBorneo Com Google AdSense adalah salah satu program periklanan paling populer di dunia yang memungkinkan pemilik situs web dan blogger menghasilkan uang dari konten online mereka Akan tetapi mendapatkan persetujuan Google AdSense bis...
Cara Agar Artikel Blog Muncul Di Google News Discover

Cara Agar Artikel Blog Muncul Di Google News Discover

papar berkaitan - pada 16/10/2023 - jumlah : 309 hits
Mungkin sebagian dari anda belum kenal dengan trik ini dan kalaupun sebagiannya sudah bisa saja anda jadi salah satu dari banyaknya pengguna yang mentok dengan kendala penolakannya ketika mendaftarkan blog mereka ke google news Gampang gamp...
The Colours Of Life Perkongsian 1 Hari 1 Hadis Jadilah Cermin Mukmin Lain

The Colours Of Life Perkongsian 1 Hari 1 Hadis Jadilah Cermin Mukmin Lain

papar berkaitan - pada 16/10/2023 - jumlah : 219 hits
The Colours of Life PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Jadilah Cermin Mukmin Lain Daripada Abu Hurairah dari Rasulullah SAW bersabda Seorang mukmin itu cermin bagi mukmin yang lain dan seorang mukmin itu saudara bagi mukmin yang lain ia membantu sa...
Minta Maaf Kurang Matang Buat Orang Lain Kurang Senang Bella Astillah Nafi Insecure Peluang Kedua Bukti Percaya Suami

Minta Maaf Kurang Matang Buat Orang Lain Kurang Senang Bella Astillah Nafi Insecure Peluang Kedua Bukti Percaya Suami

papar berkaitan - pada 20/10/2023 - jumlah : 107 hits
Melalui sesi temubual bersama pihak mStar pelakon serta penyanyi Bella Astillah menyangkal dakwaan orang ramai mengenai dirinya 8216 insecure 8217 selepas kelihatan tidak mempercayai suami Aliff Aziz yang pernah terlibat dengan kontroversi ...
Kanak Kanak Tercampak Keluar Kereta Dilanggar 2 Kenderaan Lain

Kanak Kanak Tercampak Keluar Kereta Dilanggar 2 Kenderaan Lain

papar berkaitan - pada 19/10/2023 - jumlah : 242 hits
Hidayatidayu Razaliam hmetro com myKota Bharu Kanak kanak lelaki bernasib baik apabila terselamat selepas tercampak keluar dari kenderaan yang dipercayai dipandu ahli keluarganya sebelum dilanggar dua kenderaan lain di Jalan Sultan Yahya Pe...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco