Asam Jawa Kebaikan Dan Khasiatnya
Siapa pernah tengok atau nampak buah asam jawa? Kalau korang nak tau, asam jawa ni ada dua jenis iaitu jenis yang manis dan yang masam. Kandungan utama dalam asam jawa ialah asid, gula, vitamin B dan kandungan kalsium yang tinggi. Kegunaan asam jawa dari segi perubatan tak terkira banyaknya
Untuk tujuan komersial, selalunya asam jawa dijadikan asas bahan penyejuk dalam ubat demam dan sebagai julap bagi mengatasi masalah perut kembung. Sama ada dimakan begitu sahaja atau dicampur dengan jus limau, madu atau susu, asam jawa amat berkesan dalam mengatasi masalah penghadaman, penyakit hempedu dan kekurangan vitamin C (skurvi). Amalan ini juga telah terbukti secara klinikal di beberapa negara seperti di India
Asam jawa, kebaikan dan khasiatnya. Kredit Google.
Antara beberapa petua rawatan menggunakan asam jawa yang boleh diamalkan ialah;
1. Demam panas
Yang ni pernah jugak guna masa anak cikla demam time dorang kecik kecik dulu. Caranya, ambil segenggam asam jawa yang kemudiannya diramas di dalam semangkuk air. Pastu air tersebut dilumurkan di atas kepala anak sambil berselawat
2. Sakit perut
Ambillah segenggam asam jawa yang kemudiannya diramas dan sapu air tadi kat perut. Biarkan sekejap sebelum dibilas dengan air bersih. 3. Sakit asma
Rebuslah 2 potong kulit asam jawa dengan seliter air sampai ia mendidih pastu tapis. Kemudian, minumlah air rebusan tersebut 2 kali sehari.
4. Batuk dan perit tekak
Caranya dengan mengambil air asam jawa, dicampurkan bersama gula dan air. kemudian ditapis, minum seperti biasa
Asam jawa, kebaikan dan khasiatnya. Kredit Google.
5. Luka dan bisul
Daun muda asam jawa ditumbuk lumat dan di tampal untuk mengubati penyakit reumatisme, luka dan bisul
6. Alergik
Ambillah 2-3 golong buah asam jawa yang telah tua, garam secukupnya, 1/4 senduk kapur sirih. Rebus semua bahan di atas dengan 3 gelas air sampai mendidih hingga tinggal 2 gelas dan tapis. Kemudian diminum 2 kali sehari, pagi dan petang
7. Bengkak disengat lipan atau lebah
Sediakan 3-5 biji asam jawa dan minyak kayu putih secukupnya. Biji asam jawa tadi ditumbuk halus. Kemudian bahagian yang bengkak itu dibersihkan dulu dengan kain dan dibasahkan kain tersebut bersama dengan minyak kayu putih. Selepas itu taburkan atau tempelkan bahan tersebut diatas bahagian anggota yang bengkak
Moga bermanfaat.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ciklapunyabelog.blogspot.com/2023/10/asam-jawa-kebaikan-dan-khasiatnya.html