Belajar Tentang Coklat Di Chocolate Museum Kota Damansara
Assalamualaikum
Mesti teruja kan bila baca perkataan coklat tu. Sape je yang tak suka coklat, betul tak? Tak kira lah budak kecik, yang dewasa dan yang berumur pun sukakan coklat. Selama ni asyik makan coklat tanpa tau tentang coklat. Kali ni Fatin berpeluang timba ilmu pasal coklat.
Tentang Chocolate Museum 1.0
Dibuka pada 2013, Chocolate Museum pertama di Malaysia (Chocolate Museum 1.0) telah menerima ramai pelawat, dan dalam masa yang sama, Chocolate Museum memberi konsep elemen asas 3E kepada pelawat iaitu pendidikan mengenai pengalaman koko dan coklat (Education regarding cocoa and chocolate), pengalaman dalam proses membuat coklat (Experience of chocolate-making process) dan membeli belah coklat yang menyeronokkan (Enjoyable shopping)
Oleh kerana telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari orang ramai, Chocolate Museum 1.0 telah menjadi terlalu kecil untuk menampung bilangan pelawat yang ramai maka terciptalah Chocolate Museum 2.0 yang lebih besar dan memaparkan persembahan yang lebih menarik
Chocolate Museum 2.0Chocolate Museum 2.0 ialah ciptaan semula dari Chocolate Museum 1.0 oleh Kumpulan DR Group Holdings Sdn Bhd, di mana objektif utama adalah untuk meningkatkan pengalaman pelawat melalui tarikan yang menakjubkan, karya seni asli dan fakta yang menarik
Walaupun ia dikaitkan secara fizikal dengan Chocolate Museum 1.0, Chocolate Museum 2.0 membezakannya sebagai muzium generasi akan datang dengan menghasilkan paparan asli dan yang pertama termasuklah:Replika Saiz Nyawa Pokok Koko MalaysiaLoacker Town (Jenama air No 1 di seluruh dunia)Buku Bacaan Setinggi 10 kaki100 pieces Koleksi Patung Asli Kawad LembuSneak Peak of LIVE Chocolate Factory (limited viewing)Koleksi Arca Coklat Artistik (dengan sokongan kerjasama dengan institusi pengajian tinggi tempatan untuk mempromosikan bakat Malaysia)Set Kereta Api Coklat Model 35 kaki panjang - Model Tolok Dalaman Terbesar 1 Set Kereta Api di Malaysia! Replika Koleksi Model Kapal Skala SejarahPotret Kolaj menggunakan coklat m&m (potret Tun Dr Mahathir Mohamad menggunakan 5,359 keping choco m&m's) Dinding Seni 3D Coklat Venice Menara Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dibuat menggunakan 525 kg coklat Crazy Mirrors
Potret Tun Dr Mahathir Mohamad
Crazy Mirrors
Chocolate Lab
Habis tour kat Museum 2.0, kite join chocolate lab pulak. Bagi peluang kat anak pengalaman buat coklat. Padahal ibu dia pun semangat macam dia jugak 😜
Harga Chocolate Lab ikut pakej:Junior Chocolatier RM39 - chocolate dipped marshmallows and chocolate barAdvance Chocolatier RM54 - chocolate dipped marshmallows, chocolate bar, moulded chocolate and chocolate stencilJunior Chocolate House RM59 - 550g of chocolates for individualAdvance Chocolate House RM159 - 1kg of chocolate for groupHarga ni untuk per person ya. Kalau untuk Advance Chocolate House tu harga 1 group max 4 pax/person. Lagi jimat yang tu la. And yang best, coklat yang kite buat tu boleh bawak balik ya. Seronok! Btw, setiap pakej tu termasuk lawatan Chocolate Museum 1.0 dan 2.0
Dah ready nak buat coklat
Ini pakej Advance Chocolatier. Untuk decoration atau filling coklat pun disediakan. Jangan bawak balik mould tu pulak 😆
Bagi lah peluang kat Fayyra buat apa yang dia nak. Janji dia puas hati, ibu okay je
Happening sangat sebab ramai join chocolate lab masa tu
FIDANI - Finest Chocolate Creation
FIDANI telah mencipta coklat buatan tangan terbaik untuk peminat coklat di Malaysia dan di seluruh dunia sejak tahun 1999. Menggunakan coklat berkualiti terbaik dan 100% cocoa butter, terdapat 70 perisa berbeza dan dan lebih 200 jenis filling untuk dipilih. FIDANI juga membuat coklat custom made design untuk majlis perkahwinan, majlis koperat, dan apa apa jenis majlis
FIDANI menetapkan dari hari pertama untuk menerokai pasaran premium. Falsafah kami adalah untuk menyediakan hadiah yang paling berprestij kepada kumpulan masyarakat tinggi dengan janji hanya coklat gourmet berkualiti terbaik kepada pencinta coklat
Mereka mempunyai hadiah coklat yang menarik untuk majlis-majlis khas, dan coklat yang menarik untuk dimakan sendiri. FIDANI akan membawa SENYUMAN ke wajah anda; jadikan lawatan anda satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan
Jenama FIDANI kini boleh didapati di KLIA 1 dan 2, Mitsui Premium Outlet, Souq Shoppe @ Masjid Putra, Putrajaya, Genting Premium Outlet, Johor Premium Outlet
Waktu operasi:Buka setiap hari10 pagi hingga 5 petang
Contact:017-910 4439 (Customer Service / Booking)017-208 4892 (Shop)03-7490 4260 (Office)
Alamat: Chocolate Museum @ Kota DamansaraNo. 2, Jalan Teknologi 3/5, Taman Sains Selangor 1,47810 Kota Damansara, Selangor
Website: www.chocolatemuseum.myFacebook: Chocolate MuseumInstagram: @chocolate_museum_kdTiktok: @chocolatemuseum
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fatindiana.com/2022/09/chocolate-museum-kota-damansara.html