Menarik Di Chocolate Museum Kota Damansara
hai assalammualaikum
Menarik Di Chocolate Museum Kota Damansara - Kalau sebut je coklat, mesti korang suka kan termasukla nad. Hati rasa gembira bila dapat makan coklat. Selama hidup ni tau makan coklat je, tapi korang ada tak ambil tau sejarah dan fakta tentang coklat? Mungkin ada, mungkin tak. Yela, coklat yang nad maksudkan bukan satu, tapi pelbagai coklat yang ada di pasaran. Hah, kalau korang nak tau sejarah pasal coklat, macam mana terhasil, korang boleh pergi ke Chocolate Museum di Kota Damansara
Sesuai sangat bawak anak-anak ke sini, boleh diaorang belajar berkenaan coklat. Lagipun tempat ni bukan sahaja tengok coklat semata, tapi ada banyak tarikan menarik dalam Chocolate Museum ni, tentang fakta dan sejarah coklat. Hah meh nad kongsi dengan korang ye
Menarik Di Chocolate Museum Kota Damansara
Dibuka pada 2013, Chocolate Museum pertama di Malaysia ("Chocolate Museum 1.0") telah menerima ramai pelawat. Chocolate Museum memberi konsep elemen asas 3E kepada pelawat iaitu pendidikan mengenai pengalaman koko dan coklat ( Education regarding cocoa and chocolate), pengalaman dalam proses membuat coklat ( Experience of chocolate-making process) dan membeli belah coklat yang menyeronokkan ( Enjoyable shopping )
Chocolate Museum 1.0 telah mendapat sambutan ramai dan terpaksa membuka Chocolate 2.0 dengan lebih besar dan menarik
Chocolate Museum 2.0 ialah ciptaan semula Chocolate Museum 1.0 oleh Dr Grow Holdings Sdn Bhd dengan objektif tarikan yang lebih menarik , karya seni asli dan fakta tentang coklat
Harga masuk Chocolate Museum Kota Damansara
Types Of Visitor
Normal Price
Fees
( Promotions )
Adult (18 years and above)
RM10
RM 5
Children of student ( 7 years and above )
With valid identification card or in school uniform
RM 3
Pre School Children and below 6 years old
RM 2
Disable Person or Kids below 3 years old
Free
Free Entry
Sesiap yang nak datang secara berkumpulan, korang boleh layari www.chocolatemuseum.my untuk tempahan
Apa yang menarik di dalam Chocolate Museum Kota Damansara ni, hah jom tengok.
1) Replika pokok koko MalaysiaDekat sini boleh tengok pokok replika koko sebenar. Coklat diperbuat daripada biji koko yang diproses. Dekat sini pun ada ditunjukkan biji koko yang korang boleh pegang dan rasa sendiri
2) Loacker Town ( Wafer brand Worldwide No 1 )Tempat menarik untuk bergambar. Dekat sini juga ada tv menunjukkan tentang coklat
3) 10 Foot tall reading bookdekat sini korang boleh baca sejarah dan fakta tentang setiap coklat yang ada. Bagus tau, sekurangnya kita tau bagaimana terhasilnya semua coklat tu
4) 100 pieces original 'Cow Parade' Figurines CollectionCorak bentuk lembu yang dipamerkan sangat menarik dan unik
5) Tinjau Kilang Coklat LIVE ( tontonan terhad )Waktu ni dapatla tengok kilang coklat, tapi tak boleh ambil gambar
6) Koleksi Artistic Chocolate Sculpture ( sebagai sokongan dan kerjasama dengan institusi untuk mempromosikan bakat Malaysia)
7) KL Chocolate Train - 35 kaki panjang set model coklat train - the biggest in-door Gauge 1 model train set in Malaysia
8) Replika Koleksi Model Kapal Skala Sejarah
9) Gambar Tun DrMahathir Muhammad dan Tun Siti Hasmah menggunakan ciklat m&m's. Sebanyak 5359 coklat m&m's digunakan untuk membuat potrait ini
10) Coklat Venice 3D Art WallBergambar sebagai kenangan..hehe
11) Coklat bentuk Kuala Lumpur City Centre ( KLCC) Towers dibuat dengan 525kg coklatKagum tengok coklat KLCC ni. Bukan senang nak buat ni
12) Cermin ajaib ( Crazy Mirrors)Hiburan yang ada di Chocolate Museum, cermin ajaib ni..hahaa
Dengan kerjasama jenama coklat antarabangsa yang terkenal, Chocolate Museum 2.0 turut mempamerkan sejarah unik jenama terkenal iaitu Neuhaus ( pencipta coklat praline ), Nestle's Kit Kat, Cadbury, Nutella, Lindt, Hershey' dan banyak lagi
Demo Chcocolate
Lepas tu, kitaorang tengok demo buat coklat oleh chef. Kitaorang tengok dari luar cermin. Chef akan terangkan tentang coklat sambil buat coklat. Coklat yang dibuat dan dimasukkan ke dalam bekas akan dibekukan ke dalam peti ais. Chef dah siap-siap buat yang dah disejukkan, lepas tu dapat kitaorang rasa coklat tu
Chocolate Lab
Paling menyeronokkan dekat Chocolate Museum, nad dengan anak-anak dapat merasai pengalaman membuat coklat. Makmal Coklat atau Chocolate Lab ni pengunjung dapat membuat coklat. Nak buat aktiviti ni ada bayaran
Untuk Chocolate Lab ni ada 4 pakej bayaran, RM39, RM50, RM54 dan RM1591) Junior Chocolatier ( RM 39 per person ) - Pakej ni buat chocolate dipped marshmellows dan chocolate bar- Sesuai untuk 5 tahu ke atas
2) Advance Chocolatier ( RM 54 per person ) - Pakej ni pengunjung dapat membuat coklat dipped marshmallows, chocolate bar, moulded chocolate dan chocolate stencil- Sesuai 5 tahun ke atas
3) Junior Chocolate House (RM 59 per person) - 550 gram coklat disediakan untuk seorang individu- sesuai untuk 7 tahun ke atas
4) Advance Chocolate House- 1 kilogram chocolate available untuk berkumpulan. Maximum 1 kumpulan 4 orang- Sesuai untuk 12 tahun ke atas
Kesemua pakej ni korang akan dapat percuma Chocolate Museum Tour dan coklat boleh bawak balik
Kitaorang tak sabar nak buat coklat ni tapi sebelum tu kena pakai apron, topi, sarung tangan semua. Yela, kebersihan kene jaga, takut nanti baju kotor pulak kan.
Chef akan terangkan satu-satu, bekas ni untuk apa, itu untuk apa sebelum kitaorang buat sendiri. Lepas dah chef tunjuk, masa untuk kitaornag pulak buat.
Seronok anak-anak buat coklat. Jangan risau, semuanya selamat untuk anak-anak, penting ada pengawasan ibu bapa. Coklat cream semua pun chef dah siapkan, kita cuma masukkan dalam bekas dan hias apa yang perlu. Memang menyeronokkan terutama bagi anak-anak
Siap ada tugasan hias kasut dan beg coklat. Siapa yang kreatif cantikla hasilnya. Ad ajuga caca merba macam nad punya..hahahha. Paling penting kita seronok
Dah siap coklat kita buat, boleh bawak balik coklat tu. Syok habis
Coklat Fidani
Pada hari itu, kami juga mengenali coklat Fidani dengan lebih dekat. Korang pernah dengar atau pernah makan coklat Fidani ni
Bagaimana nama Fidani terhasil
Fidani ialah nama seorang gadis muda dan cantik yang suka melakukan perkara terbaik dalam hidup, terutamanya coklat berkualiti tinggi yang sangat baik sehingga selera anda akan fikir ia adalah di syurga. Coklat adalah kegemarannya dan dia akan menghabiskan masa berjam-jam mencipta coklat syurga untuk kesempurnaan yang merupakan kepakaran buatan tangan dan hanya menggunakan bahan-bahan terbaik dengan penuh perhatian dan kasih sayang.
Hari ini Fidani, seorang wanita muda yang matang, adalah pencipta coklat kaya dan baldu yang benar-benar menggembirakan. Fidani meneruskan misi manisnya untuk menghasilkan coklat lazat yang akan mengujakan deria. membangkitkan imaginasi dan melatih selera untuk mengenali rasa tulen kualiti coklat
FIDANI telah mencipta coklat buatan tangan terbaik untuk peminat coklat di Malaysia dan seluruh dunia sejak 1999. Menggunakan coklat berkualiti terbaik dan 100% mentega koko, terdapat 70 perisa berbeza dan lebih daripada 200 jenis inti untuk dipilih.
FIDANI juga ada menyediakan dan membuat custom makes coklat untuk majlis perkahwinan, acara korporat dan apa sahaja majlis. Tengok sahaja bungkusan semua, sangat menarik
Ni bentuk unik sangat dari FIDANI coklat ni
FIDANI boleh didapati di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 1 dan 2, Mitsui Premium Outlet, Souq Shoppe @Putra Mosque, Putra Jaya, Genting dan Premium Outlet, Johor Premium Outlet
Korang kalau nak tempah coklat FIDANI boleh hubungi
Nor Shila Mohd NordinFidani Chocolatier Sdn Bhd No. 2 Jalan Teknologi 3/5 Kota DamansaraTaman Sains Selangor 147810 Petaling Jaya, SELANGORTEL1: 03 6140 3232TEL2: 03 6140 3322H/P : 019 620 3601EMEL :
[email protected]: www.fidani.cc
Kedai Runcit Menjual Pelbagai Coklat
Selesai buat coklat, akhir sekali sebelum keluar mestila shopping coklat. Dekat sini ada kedai coklat untuk kita beli pelbagai jenis coklat import dengan harga yang murah. memang kena pau la dengan anak-anak. Diaorang lagi pantang nampak coklat.
Best datang ke Chocolate Museum ni. Macam-macam nad dengan anak-anak belajar. Dapat tau sejarah asal usul coklat semua. Bagus tau
Korang nak datang boleh ke Choclate Museum @ Kota DamansaraNo 2 Jalan Teknologi 3/5, Taman Sains Selangor 1,47810 Kota DamansaraSelangorWaktu operasi : Isnin - Ahad ( 10 pagi hingga 5 petang )
ContactChocolate Museum Customer Service/Booking ( 0179104439 )Chocolate Museum Shop ( 0172084892)Chocolate MuseumOffice ( 0374904260 )
Untuk lebih lanjut boleh layariWebsite: www.chocolatemuseum.myFacebook : https://www.facebook.com/chocolatemuseumkotadamansaraInstagram : https://www.instagram.com/chocolate_museum_kd/Titok : https://tiktok.com/@chocolatemuseum
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.miszrockers.com/2022/09/menarik-di-chocolate-museum-kota.html