Dilema Pemerintah Arab Saudi Membina Bangunan Tinggi Di Kota Makkah Dan Madinah




Oleh : Anasz
Menjadi sebuah negara yang di dalamnya mempunyai 2 kota suci bukanlah suatu perkara yang mudah.
Dan dalam masa yang sama, mereka mempunyai rakyat yang mahukan pembaharuan, kesejahteraan dan keselesaan dalam kehidupan mereka.

Kita ambil contoh pembanggunan semula Makkah dengan pelbagai infrastuktur moden. Ada yang menerima dengan hati yang terbuka, dan ada yang mengkritik. Kononnya kerajaan Arab Saudi menghancurkan sejarah ISLAM malah ada yang sanggup mengatakan kerajaan Arab Saudi mengubah Makkah menjadi Las Vegas (Nauzubillah).

Tak kurang juga yang menambah perisa dengan mengkritik kerajaan Arab Saudi yang secara agresif membina banggunan pencakar langit di kota berkenaan. Bahawa ianya adalah salah satu tanda-tanda hari kiamat.
Disini aku nak menjawab sikit terhadap segala tuduhan dan kritikan yang dilemparkan kepada Arab Saudi terutama sekali dalam bab pembinaan bangunan tinggi.
Isu Bina Bangunan Tinggi
Hujjah yang sering diguna pakai oleh pembenci kerajaan Tauhid ini ialah, banyaknya muncul tanda-tanda hari kiamat di Kota Makkah, ini berdasarkan hadis Nabi yang bermaksud;
"Tidak akan berlakunya kiamat sehingga manusia berlumba-lumba meninggikan bangunan." (Hadis Riwayat al-Bukhari Al-Fitan, hadis  no.7121)
"Dan kamu akan melihat pengembala kambing yang bertelanjang kaki dan dada lagi miskin berlumba-lumba meninggikan bangunan." (Hadis Riwayat Muslim Al-Iman, hadis  no.8)
"Dan jika kamu melihat pengembala ternak yang berlumba-lumba meninggikan bangunan maka itulah di antara tanda hari kiamat." (Hadis Riwayat Muslim Al-Iman, hadis  no.9)
"Sesungguhnya daripada tanda-tanda kiamat iaitu kamu akan melihat pengembala kambing menjadi pemimpin dan kamu akan melihat pengembala ternak yang telanjang kaki dan dada serta kelaparan akan berlumba-lumba dalam kemewahan bangunan dan orang gaji akan melahirkan tuannya." (Hadis Riwayat Syuib Ar-Nauut Al-Iman- Sunan Dar al-Qutniy 3639)
Itu adalah sebahagian dari hadis Nabi yang memperkatakan perkara ini dan sering dijadikan alasan oleh para pembanci pemerintah Saudi untuk mengkritik kerajaan tersebut.
Namun disini aku nak tanya kat orang-orang yang mengkritik ini, adakah dalam semua hadis yang Nabi sabdakan itu, menunjukkan keharaman membina bangunan tinggi di mana-mana wilayah Muslim di muka bumi ini?
Sebab secara jelas, Nabi hanya menjelaskan bahawa. terbinanya bangunan tinggi adalah salah satu tanda-tanda kiamat. Dan bukankah kita sendiri mengetahui bahawa diutusnya Nabi Muhammad Sallahualaihi Wassalam ke dunia ini oleh ALLAH Azza Wajalla sendiri merupakan tanda-tanda hari kiamat. Sepertimana sabda Baginda Sallahualaihiwassalam yang bermaksud;
"Jarak antara aku diutuskan dengan tibanya Hari Kiamat adalah seperti ini."  Anas RA  berkata: "Rasulullah Sallahualaihiwassalam menggabungkan antara jari telunjuk dengan jari tengah." (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Jadi sekarang ini, jika diutusnya Nabi Sallahualaihiwassalam ke muka bumi ini sebagai salah satu tanda-tanda hari kiamat, adakah kita mahu melihatnya dari aspek negatif kehadiran Nabi kita yang tercinta ini, hanya disebabkan Baginda adalah sebahagian dari tanda-tanda hari kiamat?? Sudah tentu tidak.
Samalah juga dengan terbinanya bangunan tinggi di Makkah dan Madinah. Suka atau tidak, dengan kemajuan ilmu dan keperluan semasa, sudah pastinya bangunan akan dibina dengan lebih moden, selesa dan tinggi. Yang pada akhirnya, kesemua ini akan memberikan keselesaan kepada para penziarah dua kota suci ini.
Dan tidak pula Nabi melarang umatnya membina bangunan tinggi, sebaliknya Nabi hanya menyatakan bahawa ianya tanda-tanda hari kiamat, sekaligus memberikan peringatan kepada kita supaya bersiap sedia menghadapi hari akhirnya dunia ini.
Dan bila Nabi kita yang mulia, Sallahualaihiwassalam bercakap mengenai bangunan tinggi, kita toksah pi jauh-jauh, tengok jer dalam negara kita. Dah ada bangunan tinggi. Tu pun tanda-tanda hari kiamat. Kenapa plak kita tak menjerit dan mengamuk? 
Hari kiamat akan tetap akan datang. Sejauh mana pun kita tak nak bangunan tinggi itu muncul. Ianya sudah Sunnahtullah yang telah diaturkan oleh ALLAH yang MAHA MULIA dan MAHA KUASA. Tugas kita bukan untuk menahan dari munculnya kesemua tanda itu. Tugas kita adalah untuk beribadah dan mempersiapkan diri menghadapi hari akhir.
Akhir kalam, walau muncul 1001 tanda hari kiamat, tapi kalau kita sendiri tak bersedia menyiapkan diri untuk menghadapi hari berkenaan. Baik kurangkan bercakap dan muhasabah diri sendiri.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penaminang.com/2022/09/dilema-pemerintah-arab-saudi-membina.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Arab Saudi Dilapor Temui Tapak Baharu Deposit Emas Tembaga Di Wilayah Madinah

Arab Saudi Dilapor Temui Tapak Baharu Deposit Emas Tembaga Di Wilayah Madinah

papar berkaitan - pada 18/9/2022 - jumlah : 179 hits
Kajian Geologi Saudi mengumumkan bahawa Arab Saudi telah menemui tapak baharu bagi deposit emas dan bijih tembaga di Wilayah Madinah lapor Saudi Gazette Difahamkan SGS yang diwakili oleh Pusat Ukur dan Eksplorasi Mineral menemui tapak itu d...
Sri Lanka Minta Bantuan Arab Saudi Atasi Krisis Ekonomi

Sri Lanka Minta Bantuan Arab Saudi Atasi Krisis Ekonomi

papar berkaitan - pada 19/9/2022 - jumlah : 152 hits
Sri Lanka minta bantuan Arab Saudi atasi krisis ekonomi Dikemas kini 30 minit yang lalu Diterbitkan pada 18 Sep 2022 10 30PM
Cabaran Tik Tok Adalah Satu Perjudian Ahli Majlis Kibarul Ulama Arab Saudi

Cabaran Tik Tok Adalah Satu Perjudian Ahli Majlis Kibarul Ulama Arab Saudi

papar berkaitan - pada 22/9/2022 - jumlah : 272 hits
RIYADH 20 September 2022 Aktiviti seperti ini tidak dibenarkan dalam apa jua keadaan sama ada melibatkan permainan antara dua orang yang sama jantina atau berlainan jantina tegas Sheikh Abdullah Al Manea ahli Majlis Kibarul Ulama Arab Saudi...
Kenali Sejarah Arab Saudi Di Muzium Istana Di Riyadh

Kenali Sejarah Arab Saudi Di Muzium Istana Di Riyadh

papar berkaitan - pada 12/9/2022 - jumlah : 208 hits
RIYADH Ghairah dengan sejarah negaranya seorang lelaki Arab Saudi menubuhkan sebuah muzium untuk mempamerkan barangan diraja barangan antik dan karya seni terkenal yang pernah diperoleh bapanya dalam lelongan terbuka Rumah Muzium Istana mil...
Tular Video Lelaki Hantar Parcel Dari Satu Bangunan Ke Bangunan Tinggi Lain Guna Jetpack

Tular Video Lelaki Hantar Parcel Dari Satu Bangunan Ke Bangunan Tinggi Lain Guna Jetpack

papar berkaitan - pada 23/9/2022 - jumlah : 166 hits
Pengguna media sosial telah dikejutkan dengan video yang tular memperlihatkan seorang lelaki mengendalikan jet pack ketika sedang melakukan penghantaran bungkusan ke gedung tinggi di Arab Saudi Berdasarkan video yang berdurasi 15 saat terse...
Tanjung Balau Kota Tinggi

Tanjung Balau Kota Tinggi

papar berkaitan - pada 12/9/2022 - jumlah : 195 hits
Pantai Tanjung Balau Dah lama tak update entri Agak sibuk dengan urusan kerja Entri kali ini aku cuma nak highlight satu tempat riadah antara yang paling digemari oleh penduduk sekitar iaitu sebuah pantai yang terletak di Kota Tinggi yang b...
Kota Tinggi Car Show

Kota Tinggi Car Show

papar berkaitan - pada 12/9/2022 - jumlah : 163 hits
Pameran Kenderaan UbahsuaiAssalamualaikum Petang Sabtu lepas 28 March 2015 aku pusing2 bandar cari barang sampai depan Pasaraya Kini agak sesak tak macam selalu Tapi aku sabar jelah mungkin orang orang gomen dah gaji jadi diaorng pergi bela...
Kota Tinggi Johor Malaysia

Kota Tinggi Johor Malaysia

papar berkaitan - pada 12/9/2022 - jumlah : 350 hits
Assalamualaikum Post kali ini tiada kaitan dengan kereta atau kerja diy Aku cuma nak berkongsi tempat dimana aku tinggal Mungkin orang Malaysia sudah kenal dengan nama Daerah Kota Tinggi Tapi aku percaya Kota Tinggi lebih dikenali hanya sel...
Arab Saudi Hantar Angkasawan Wanita Pertama

Arab Saudi Hantar Angkasawan Wanita Pertama

papar berkaitan - pada 24/9/2022 - jumlah : 183 hits
Arab Saudi hantar angkasawan wanita pertama Sejarah akan terpahat jika golongan wanita dari negara berkenaan bakal berada di angkasa lepas Berita terkini https www sinarharian com my Facebook https www facebook com sinarharian Twitter https
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord