Belajar Rawat Bumi Bersama Alam Flora Dhes



Assalamualikum gais...
Hari ni nak story sikit pasal satu explorace yang BBL baru je join. Tu excited nak share dengan korang semua ni. Cerita macam ni, 24 September 2019 lalu saya ada join Cyber Eco Hunt 2019 anjuran Alam Flora Sdn Bhd dan DHES (DRB-HICOM Environmental Services). Tujuan hunt ni nak educate dan improve kesedaran masyarkat betapa pentingnya pengurusan sisa sampah, kitar semula dan bagaimana pihak DHES & Alam Flora menjaga kelastarian alam. Bab recycle memang saya minat sebab menarik, seronok dan paling penting setiap rakyat Malaysia bertanggungjawab sama-sama jaga alam sekitar. Bukan kerja Alam Flora dan DHES sahaja tau..
So Cyber Eco Hunt 2019 bermula dari Wisma DRB-Hicom kemudian ke River of Life, seterusnya Presint 9, Putrajaya, Integrated Recycling Facility Presint 5, Putrajaya dan berakhir kat Marina Putrajaya. Kiranya satu hari suntuk la kami geng blogger bersama influnecer dan KOL demi mencari markah untuk menang. Ha gituw..

yeah kami dah ready!
Basically ada 7 task setiap peserta kena setel sebelum petang. Fuh excited pagi-pagi dah sampai kat DRB-Hicom Glenmarie ni. Mula-mula sekali mestilah pelepasan geng Cyber Eco Hunt oleh CEO Alam Flora Sdn Bdn, Dato Hj Mohd Zain Hassan. 
Task 1 - Square Footage CalculatorKat sini kena kira berapa harga harga untuk size lantai. DHES sebagai salah satu syarikat pembersihan ada juga offer services pembersihan dengan equitment tertentu. Menarik jug pertama kali saya guna polisher machine sampai terbang ala Harry Potter. Nampak senang je abam cleaner buat rupanya susah sebab kalu tak reti handle, memang berpusing ligat macam beyblade.. tergelak bila teringat balik

kira betul-betul bang oi..
Ini pun salah satu tugas oleh DHES dalam memastikan Kuala Lumpur terutama Lembah Klang sentiasa dalam keadaan bersih, kemas & sistem pengandalian sampah terjaga.

Task 2 - A Gardener's Life
Hari-hari memang nampak pekerja Alam Flora guna air blower sapu daun kat tepi jalan. Ni kiranya 1st time dapat hands on. Allahu boleh tahan berat dukung mesin ni. DHES salah satu syarikat yang offer services ini. 


Task 3 - A Creative Campaign
Next stop kami ke River of Life. Ala kat area Masjid Jamek KL tu. Alam Flora selaku pihak pembersih bertanggungjawab untuk make sure laluan pejalan kaki sepajang sungai, lanskap & kawasan sekitar bersih dari sampah sarap. Well bukan sampah besar pun, mostly kotak air, botol, tin air, plastik roti, plastik jajan & puting rokok yang selalu staff Alam Flora kena bersihkan. Sedih tengok tempat dah cantik tapi ada sampah terselit kat pokok atau pagar.


Memang tabiat ni rakyat Malaysia termasuk BBL sendiri kena ubah. Buang sampah dalam tong sampah bukan selit merata tempat asalkan anda rasa dah buang sampah. aduh.. no no lagi buat perangai mcam ni ya kawan-kawan
Task 4 - Love Food Hate Waste
Amboi sebut pasal makan memang laju je kan.. waktu lunch kami makan kat Boutique Cafe dalam Textile Museum. Ha sebab Eco Cyber Hunt kenalah say NO Plastik, NO Polistrine & NO Straw ye. Set makan tengahari semua hidang dalam reusable box. Paling penting jangan membazir. Kena habis semua makanan sebab banyak makanan tak habis terbuang macam tu je. 

senang pakai gelas & bekas tupperware time makan. lepas cuci boleh guna balik
In fact, 15,000 tan dari total 33,000 tan sampah yang Alam Flora kutip adalah sisa makanan. Boleh bayang berapa banyak makanan terbuang macam tu. Malah sisa makanan tersebut bukan bagus untuk tanah & melepaskan gas metana ke udara. 

Task 5 - Alam Flora 3R On WheelsSeterusnya kami bergerak ke Apartment Presint 9, Fasa 7 Putrajaya. Kat sini setiap peserta akan dapat ibu angkat, kena buat apa? Ha goreng karipap dengan minyak masak. Ala senang je pun. Siap goreng karipap, apa tunggu lagi..silap ngap sementara masih panas ni. Sedap weh karipap bila perut tengah lapar.


Then minyak masak dah pakai tu buat apa? Eh jangan la buang dalam sinki sebabnya boleh buat duit tau. CARANYA jual balik kepada Alam Flora melalui 3R On Wheels pada harga RM1.10 sekilo. BBL sendiri baru tahu rupanya boleh jual balik minyak masak tu.. ruginya buang macam tu je. Selain boleh duit cash, boleh collect point Mesra Point juga. 2 in 1 lah!

bayangkan kalu setiap isi rumah recycle balik minyak masak terpakai, tak kan jadi masalah longkang atau parit tersumbat
Anda boleh rujuk facebook Alam Flora untuk update lokasi 3R On Wheels. Hari ni boleh la simpan minyak masak siap-siap dalam botol nanti senang nak jual. 

Barang kitar semula yang korang boleh jual pada 3R On Wheels. Dari barang kitar semula, produk elektronik termasuk minyak masak. Harga pun boleh tahan berbaloi. At least boleh buat duit dari 'sampah' kan. Setuju?

Task 6 - Alam Flora Buy Back Centre
Ni task paling mencabar BBL rasa.. Kat Buy Back Centre kitaorang masuk dalam kumpulan masing-masing. Lepas tu scan kod QR untuk klue coordinat Google Map. Bila dah dapat, kena pulak cari 'harta karun' tersembut kat check point dalam Google Map tu. Nasib baik la dapat point dekat. Nak tahu apa kami jumpa?


Ha ini dia, harta karun kitar semula. Mula-mula ingat satu team dapat 1 plastik sampah je. rupanya setiap orang akan dapat plastik sampah bahan kitar semula. Jenuh pusing area pokok, dalam longkang cari treasure..

mission complete!
Kat Buy Back Centre ni kena asing sampah tadi ikut jenis seperti kertas, plastik, aluminium. Nasib baik dah biasa kitar semula so tahu la item tu kena masuk tong mana.. hehe
Task 7 -Integrated Recycling Facility 
Pusat I.R.F Putrajaya ni baru lagi. Masih belum official launch lagi. Ha kat sini, semua barang-barang kitar semua akan dikumpul serta diasing sekali lagi sebelum dispose ke kilang untuk dijadikan bahan produk baru. Kiranya sini la ending barang yang anda bagi pada Alam Flora. 


Dah macam kat Jepun, ada fasiliti khas untuk mengasingan setiap barang mengikut kategori. Even office pusat I.R.F dari bahan guna semula seperti kontena, gerabak kl monorel, hiasan kawasan ni pun guna barang kitar semula. Nice teruk.. katanya orang awan boleh visit tempat ni sebagai pusat pembelajaran. Tunggu ye..


Ending sekali kat The Glass Suite, Marina Putrajaya kami kena deko gambar ikon 'Recycle' guna botol. Fuh menjadi sebijik dalam gambar. Kemain excited semua peserta dah setel task. Btw sebenarnya berdebar juga nak tahu siapa jadi pemenang setiap tugasan tu. 


Sampailah saat paling di tunggu-tunggu, pengumuman hadiah kepada juara. Yeay alhamdulilah rezeki BBL menang kategori Task 1. Dapat hadiah RM100 cash ye. Berbaloi update task IG cepat.


Off course tak complete bila group photo tak ada kan. Tengok la senyum sampai ke pipi dapat habuan menang contest. 


Biar pun penat BBL rasa bangga dapat contribute bersama DHES & Alam Flora untuk educate orang awam tentang pentingnya menjaga alam sekitar terutama bab pengasingan sampah sarap. Paling penting kita kena latih diri sendiri amalkan sikap kitar semula terutama kertas, plastik, tin dan sebagainya. 

Jangan lupa 'Like' & follow Facebook dan Instagram DHES serta Alam Flora untuk update terkini perihal kitar semula. Well Jom Sama-sama Kita Rawat Bumi okay!



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://budakbandunglaici.blogspot.com/2019/10/belajar-rawat-bumi-bersama-alam-flora.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Menyertai Cyber Eco Hunt 2019 Bersama Alam Flora Dan Dhes

Pengalaman Menyertai Cyber Eco Hunt 2019 Bersama Alam Flora Dan Dhes

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 442 hits
Pengalaman menyertai Cyber Eco Hunt 2019 bersama Alam Flora dan DHES Untuk artikel pada kali ini saya ingin berkongsi tentang Cyber Eco Hunt 2019 yang dianjurkan oleh Alam Flora Program ini disertai oleh bloggers Influencers dan Key Opinion...
Jom Rawat Bumi By Cyber Eco Hunt 2019

Jom Rawat Bumi By Cyber Eco Hunt 2019

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 359 hits
Jom Rawat Bumi By Cyber Eco Hunt 2019 Salam Alhamdulillah kerana dengan dengan izinnya Cyber Eco Hunt yang dianjurkan oleh Alam Flora untuk kali yang kedua ini berjalan dengan lancar Kalau tak silap uzu Cyber Eco Hunt yang pertama ialah pad...
Seksyen 24 Shah Alam Ada Tempat Menarik Dan Makanan Sedap Yang Wajar Di Kunjungi

Seksyen 24 Shah Alam Ada Tempat Menarik Dan Makanan Sedap Yang Wajar Di Kunjungi

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 550 hits
Di sebalik kemeriahan Bandaraya Shah Alam Seksyen 24 ada tempat menarik dan makanan sedap yang wajar di kunjungi Untuk pengetahuan seksyen 24 ini tiada shopping compleks besar dan pasaraya yang gah dan hanya ada lebih banyak rumah flat dan ...
Street Thai Food Di Chapayom Central I City Shah Alam

Street Thai Food Di Chapayom Central I City Shah Alam

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 558 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Siapa sini suka makan makanan jalanan kalau melancong ke Thailand Ala macam Pulut Mangga Somtam Thai Tea atau juga macam celup celup yang menggunak...
Api Marak Menjulang Ke Langit Detik Detik Cemas Pusat Kualiti Alam Terbakar

Api Marak Menjulang Ke Langit Detik Detik Cemas Pusat Kualiti Alam Terbakar

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 341 hits
SEREMBAN 2 Okt Suasana cemas tercetus sejurus bunyi letupan disusuli bunyi alat penggera menyebabkan para pekerja lari bertempiaran untuk menyelamat diri dalam kejadian kebakaran sebuah stor di Pusat Kualiti Alam di sini kira kira pukul 12 ...
7 Nasihat Dari Alam

7 Nasihat Dari Alam

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 330 hits
7 NASIHAT DARI MAULANA JALALUDDIN AR RUMI dan nasihat ni berkaitan dengan Alam Maulana Jalaluddin ar Rumi merupakan ulama besar sekaligus penyair pada zamannya Penyair Arab suka gunakan unsur alam dalam memberi nasihat dan kiasan Allah jadi...
Buat Sendiri Perangkap Nyamuk Mesra Alam

Buat Sendiri Perangkap Nyamuk Mesra Alam

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 1484 hits
Semalam terbaca perkongsian melalui facebook tentang cara membuat perangkap nyamuk yang mesra alam menggunakan bahan kitar semula Bahan kitar semula seperti botol plastik ini sangat sesuai untuk membuat inovasi perangkap nyamuk ini Aktiviti...
Makan Sepuasnya 4 In 1 Buffet Dinner Di Restoran Royale Songket Grand Bluewave Hotel Shah Alam

Makan Sepuasnya 4 In 1 Buffet Dinner Di Restoran Royale Songket Grand Bluewave Hotel Shah Alam

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 626 hits
Korang pernah tak menjamu selera di Restoran Royale Songket Grand BlueWave Hotel Shah Alam ini Kalau belum pernah biar sis bagi tau Kualiti makanannya tip top hampir semua menu yang ada tidak mengecewakan Kedua Chef hebat berganding bahu me...
Lukisan Alam Di Jalan Alor

Lukisan Alam Di Jalan Alor

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 187 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba