Pengalaman Menyertai Cyber Eco Hunt 2019 Bersama Alam Flora Dan Dhes


Pengalaman menyertai Cyber Eco Hunt 2019 bersama Alam Flora dan DHES | Untuk artikel pada kali ini saya ingin berkongsi tentang Cyber Eco Hunt 2019 yang dianjurkan oleh Alam Flora. Program ini disertai oleh bloggers, Influencers dan Key Opinion Leader (KOL) seramai 30 orang. Untuk pengetahuan semua, Alam Flora adalah syarikat pengurusan alam sekitar yang sangat aktif dalam penganjuran program yang best seperti ini contohnya Zero Carbon Challenge Eco Race, AFSB  KL Blogger Hunt dan banyak lagi


Sebagai seorang blogger, saya rasa sangat bertuah kerana berpeluang untuk menyertai program yang penuh dengan informasi ini. Banyak perkara baru yang saya pelajari sepanjang program ini berlangsung terutama sekali tentang cara untuk menguruskan sisa sampah dengan lebih teratur dan bijak supaya alam sekitar dapat dijaga dengan baik

Aktiviti menarik yang dilakukan dalam Cyber Eco Hunt 2019Program ini sangat menyeronokkan kerana kami semua diberikan beberapa tugasan yang cukup menarik. Terdapat 7 Tugasan yang disediakan oleh Alam Flora sebagai cabaran untuk kami semua selesaikan. Tugasan pertama adalah Square Footage Calculator dimana kami perlu mengira harga yang dikenakan oleh DHES untuk membersihkan lantai mengikut ukuran yang diberikan dan kami  juga diberikan tunjuk ajar tentang cara cara untuk mengendalikan alatan pembersihan yang digunakan oleh pihak DHES


Tugasan kedua pula adalah Work and Safety dan A Gardener's Life. Bagi mereka yang ditugaskan untuk bahagian work and safety, mereka perlu belajar cara cara untuk memakai harness safety dengan betul dan selebihnya berpeluang untuk menggunakan alatan pembersihan lengkap dengan ciri ciri keselamatan seperti goggle, topi dan sarung tangan


Untuk tugasan ketiga dan keempat, kami semua dibawa ke River of Life yang terletak di Bandar Kuala Lumpur. Tugasan ketiga diberi nama A Create Campaign dimana setiap peserta perlu memikirkan cara yang creative untuk kempen buang sampah ke dalam tong sampah supaya dapat memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia tentang pentingnya membuang sampah ke tempat yang betul


Selepas tugasan ketiga selesai, kami semua meneruskan perjalanan ke Boutiqe Cafe di Muzium Tekstil yang berada berdekatan dengan River of Life untuk makan tengahari dan sini jugalah kami perlu membuat tugasan keempat yang dipanggil Love Food Hate Waste. 

Tugasan ini sebenarnya untuk memberi kesedaran kepada kita betapa pentingnya menghabiskan makanan dan tidak membazir kerana pembaziran yang dilakukan memberi kesan yang buruk kepada alam sekitar. Mungkin kita rasa ianya adalah perkara biasa tetapi tahukan korang 15000 dari 33000 tan sampah yang dibuang setiap tahun adalah dari sisa makanan? banyak kan. Jadi, mulai sekarang habiskan makanan dan elakkan pembaziran yang berlebihan

Bila dah kenyang, kami semua sambung lagi tugasan yang seterusnya (Tugasan 5) di Apartment Presint 9 Fasa 7 dimana kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membantu surirumah menggoreng 1 paket Karipap frozen dan menolong mereka menjual minyak masak terpakai dengan harga RM1.10/sekilo di Alam flora 3R on Wheels yang berada di kawasan perumahan tersebut



Selepas itu, kami dibawa ke Alam Flora Buy Back Centre untuk tugasan keeman dimana kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk mencari lokasi barangan kitar semula menggunakan Google Maps. Seterusnya barangan ini akan diasingkan mengikut tiga kategori iaitu tin, plastik serta kertas dan akan dijual untuk mendapatkan wang. Korang juga boleh dapatkannya dalam bentuk point menggunakan kad mesra dan redeem point tersebut di Petronas. 


Tugasan terakhir untuk program Cyber Eco Hunt 2019 adalah berkunjung ke Integrated Recycling Facility dimana kami dapat melihat sendiri proses mengasingkan sampah mengikut kategori masing masing dilakukan. 

Selepas semua tugas diselesaikan dengan jayanya, kami dibawa ke The Glass Suite Marina Putrajaya untuk majlis penutup. Tahniah saya ucapkan kepada semua pemenang dan Terima kasih kepada Alam Flora dan DHES kerana memberi peluang untuk saya turut serta dalam Cyber Eco Hunt 2019. 

Saya harap Alam Flora dan DHES akan sentiasa menganjurkan program seperti ini dimasa akan datang untuk membuka mata kita semua tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan pada masa yang sama mendidik kita untuk menguruskan  sampah dan sisa buangan dengan lebih bijak dan teratur untuk kebaikan bersama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.luqmanzakaria.com/2019/09/pengalaman-menyertai-cyber-eco-hunt-2019.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cyber Eco Hunt 2019 Memberi Kesedaran Betapa Pentingnya Amalan Kitar Semula Di Malaysia

Cyber Eco Hunt 2019 Memberi Kesedaran Betapa Pentingnya Amalan Kitar Semula Di Malaysia

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 485 hits
Assalamualaikum dan salah sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya Baiklah untuk entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai Cyber Eco Hunt ...
Jom Rawat Bumi By Cyber Eco Hunt 2019

Jom Rawat Bumi By Cyber Eco Hunt 2019

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 381 hits
Jom Rawat Bumi By Cyber Eco Hunt 2019 Salam Alhamdulillah kerana dengan dengan izinnya Cyber Eco Hunt yang dianjurkan oleh Alam Flora untuk kali yang kedua ini berjalan dengan lancar Kalau tak silap uzu Cyber Eco Hunt yang pertama ialah pad...
Belajar Rawat Bumi Bersama Alam Flora Dhes

Belajar Rawat Bumi Bersama Alam Flora Dhes

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 733 hits
Assalamualikum gais Hari ni nak story sikit pasal satu explorace yang BBL baru je join Tu excited nak share dengan korang semua ni Cerita macam ni 24 September 2019 lalu saya ada join Cyber Eco Hunt 2019 anjuran Alam Flora Sdn Bhd dan DHES ...
Tourism Johor Johor Scavenger Hunt 2019

Tourism Johor Johor Scavenger Hunt 2019

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 730 hits
Anda sukakan cabaran dan kelainan Jom sertai JOHOR SCAVENGER HUNT 2019 anjuran bersama Tourism Johor dan RWS Club 30 November 2019 Medini Mall Iskandar Puteri 9 30 pagi
Pengalaman Pahit Manis Hawau Sepanjang Hackathon 2019

Pengalaman Pahit Manis Hawau Sepanjang Hackathon 2019

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 559 hits
Assalammualaikum 25 September 2019 akhirnya Pertandingan Hackathon Aplikasi Mudah Alih 2019 tamat noktah titik Seriously sepanjang pertandingan ni berlangsung memang hidup tak tenang Dan sebab pertandingan ni jugaklah aku gigih jugak create...
Senarai Pemenang Anugerah Emmys Ke 71 Bagi Tahun 2019

Senarai Pemenang Anugerah Emmys Ke 71 Bagi Tahun 2019

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 404 hits
Pemenang Anugerah Emmys Ke 71 telah pun diumumkan secara rasmi pada acara yang penuh gilang gemilang tersebut Lebih 25 anugerah yang telah dipertandingkan pada malam tersebut dan yang pastinya drama siri terbaik yang menjadi tumpuan Pada ed...
Hard Working Mahathir Will Be In His Element At 2019 Unga

Hard Working Mahathir Will Be In His Element At 2019 Unga

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 334 hits
With a chock a block itinerary it appears that Dr Mahathir Mohamad will hardly be able to catch his breath when he is in New York from Sept 24 to 28 for the 74th Session of the United Nations General Assembly Leading the Malaysian delegatio...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Bab 4 April 2025

Gildcoustic Feat Staso Prasetyo Bapak Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Konsep Panduan Mencari Idea Perniagaan Yang Dapat Menjadikan Hidup Anda Berbaloi

Bayi Lelaki Lima Bulan Meninggal Dunia Di Taska Punca Kematian Disiasat

N 16 Bas Kafe Sekinchan Makcik Melayan Budak Gen Z

7 Resepi Ikan Yang Patut Korang Cuba

Buasir Otak Tv Bila Introvert Pergi Beraya Be Like

Energy Efficient Shredders That Don T Compromise On Cutting Force