Api Marak Menjulang Ke Langit Detik Detik Cemas Pusat Kualiti Alam Terbakar


SEREMBAN, 2 Okt (Bernama) — Suasana cemas tercetus sejurus bunyi letupan disusuli bunyi alat penggera, menyebabkan para pekerja lari bertempiaran untuk menyelamat diri dalam kejadian kebakaran sebuah stor di Pusat Kualiti Alam, di sini, kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan Abd Rahman Ali berkata kira-kira 80 peratus daripada stor berkeluasan 120 X 400 kaki persegi musnah dalam kebakaran itu, yang berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 3.21 petang.
Beliau yang mengetuai operasi bersama 47 anggota lain berkata kebakaran melibatkan cecair serta bahan-bahan mudah terbakar di stor Pusat Kualiti Alam, yakni sebuah fasiliti yang mempunyai lesen untuk menguruskan 76 daripada 77 kategori pembuangan berjadual.
“Operasi pemadaman disertai anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Seremban, Nilai dan Port Dickson. Ia juga turut dibantu oleh Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT). Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Sementara itu semasa menceritakan detik-detik cemas​​​​​​, seorang pekerja pembersihan warga Nepal, Santosh, 26, ketika ditemui di tempat kejadian berkata beliau yang sedang berehat ketika itu, terkejut apabila mendengar beberapa bunyi letupan yang kuat.
“Kami semua lari bertempiaran keluar dari sana sebaik mendengar bunyi penggera keselamatan, lari sehingga kira-kira 2 kilometer ke jalan utama.
“Sebelum ini majikan kami sering berpesan jika kecemasan berlaku, kami diminta keluar dari kawasan kilang… pengawal keselamatan di sini juga ada minta kami semua keluar dari kawasan itu,” katanya.
Seorang pemandu lori yang enggan mendedahkan namanya pula berkata pada mulanya ia melibatkan kebakaran kecil sahaja, dengan ada pihak bomba dilihat melakukan kerja-kerja pemadaman, dan menurutnya keadaan ketika itu masih terkawal.
“Saya kemudiannya keluar makan tetapi tidak sangka pula api merebak dengan pantas dan terpaksa meminta bantuan daripada jabatan bomba yang lebih ramai. Sebaik saya mahu balik ke tempat kerja, pengawal keselamatan sudah tidak benarkan kami masuk kerana keadaan berbahaya,” katanya.
Sumber: BERNAMA, Info Kemalangan Dan Bencana Malaysia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/10/02/video-api-marak-menjulang-ke-langit-detik-detik-cemas-pusat-kualiti-alam-terbakar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Api Keluar Dari Bawah Tanah Penduduk Anggap Ianya Fenomena Alam Luar Biasa

Api Keluar Dari Bawah Tanah Penduduk Anggap Ianya Fenomena Alam Luar Biasa

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 338 hits
Penduduk Ringinsurup Desa Kupuk Kecamatan Bungkal Kabupaten Ponorogo Jawa Timur dikejutkan dengan kerjadian berupa api dari bawah tanah milik seorang penduduk disituKejadian ini menjadi viral sejak seminggu lalu dan mula tersebar Penduduk s...
Cemas Lawatan Berakhir Tragedi Bas Bawa Rombongan Pelajar Dan Guru Terbakar

Cemas Lawatan Berakhir Tragedi Bas Bawa Rombongan Pelajar Dan Guru Terbakar

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 245 hits
Sebuah bas ekspress yang membawa rombongan sekumpulan pelajar dan beberapa orang guru hangus terbakar dalam kejadian yang dilaporkan berlaku di Jalan Raya Timur Barat berdekatan Puncak Titiwangsa awal pagi tadi Menerusi perkongsian di media...
Eksklusif Diskus Narresh Kongsi Detik Cemas Selamatkan Adib

Eksklusif Diskus Narresh Kongsi Detik Cemas Selamatkan Adib

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 282 hits
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini Cukup lah hanya sekali Terima kasih Please Click the advertisment Once is enough Thank YouAIK BACA JE KOMEN LA SIKIT sumber
Detik Detik Cemas Dalam Kabin Pesawat Tiba Tiba Menjunam Dari Ketinggian 30 000 Kaki

Detik Detik Cemas Dalam Kabin Pesawat Tiba Tiba Menjunam Dari Ketinggian 30 000 Kaki

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 253 hits
Atlanta Hanya lebih kurang 35 minit selepas berlepas sebuah pesawat milik Delta Airlines dalam perjalanan dari Atlanta ke Fort Lauderdale terpaksa melakukan pendaratan cemas di Tampa Florida pada Rabu lalu Pesawat tersebut telah menyebabkan...
Permukiman Dekat Stasiun Taman Kota Terbakar 17 Damkar Dikerahkan Padamkan Api

Permukiman Dekat Stasiun Taman Kota Terbakar 17 Damkar Dikerahkan Padamkan Api

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 213 hits
Kepala Seksi Ops Suku Dinas Penanggulangan Kebakaran Dan Penyelamatan Jakarta Barat Rompis Romlih menjelaskan api melalap hunian padat penduduk di Kampung Pesing Koneng RT 09 RW 02 Kedoya Utara Kebon Jeruk Jakarta Barat
Saudi Stesen Kereta Api Laju Haramain Di Jeddah Terbakar

Saudi Stesen Kereta Api Laju Haramain Di Jeddah Terbakar

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 247 hits
Sebuah rakaman video dimuat naik di laman Twitter memaparkan kepulan asap tebal menyelubungi stesen kereta api tersebut Gambar Twitter RochexRB27JEDDAH SEBUAH stesen kereta api laju Haramain di Jeddah Arab Saudi dilaporkan terbakar pada Aha...
Detik Cemas Ethiopian Airlines Mendarat Di Senegal

Detik Cemas Ethiopian Airlines Mendarat Di Senegal

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 220 hits
Pesawat Ethiopian Airlines dikatakan terpaksa mendarat cemas apabila salah satu enjin pesawat tersebut terbakar ujar juruterbang DAKAR Pesawat Ethiopian Airlines terpaksa melakukan pendaratan cemas beberapa minit sejurus berlepas di Senegal...
Ghost Fries Di Tasek Seri Alam Johor

Ghost Fries Di Tasek Seri Alam Johor

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 372 hits
Ghost Fries Confirm Berhantu Bagi peminat cheese Makanan segera camni memang ngam di tekak tau Cheese cukup Padu Kentang digaul semua Berlemakk enakkk rasa ui Bagi yang berminat la kalau diet kau tayah tengok ahhahaa Harga sesuai dengan ras...
Cara Nak Selesa Di Alam Kubur

Cara Nak Selesa Di Alam Kubur

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 325 hits
CARA NAK SELESA DI ALAM KUBUR baru baru ni saya ada dengar ceramah Ustaz Ahmad Dusuki Katanya kalau nak berehat di kubur kat dunia jangan asyik tidur Dan beliau kongsikan amalan untuk selesa di kubur Amalkan 3 perkara ni 1 Baca Alquran sebe...
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Masdo Perih Jerih Chord

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Saat Jenazah Berada Di Liang Lahad

The Evolution Of Adult Entertainment