Bela Bumiputera Halau Keluar Dewan Sebelum Bukti Di Dedah


Kerana Membela Hak Bumiputera, Ahli Parlimen  Pengkalan Chepa (PAS) Di Halau Keluar Dewan Rakyat Dan Di Gantung 2 Hari


Pada petang tadi, suasana di dalam Dewan Rakyat begitu kecoh dan panas walaupun hujan turun dengan selebatnya di ibu kota Kuala Lumpur...

Kemuncak episod kekecohan ini ialah Ahli Parlimen PAS Pengkalan Chepa, YB Ustaz Ahmad Marzuk Shaary di halau keluar dewan dan di gantung selama 2 hari...

Apakah punca sebenar kekecohan ini?

YB Pengkalan Chepa dalam perbahasan RUU Perbekalan Tambahan 2018 telah menyuarakan isu nasib kontraktor Bumiputera era Kerajaan PH...

Beliau meminta penjelasan Menteri Kewangan mengapa berlakunya perubahan ketara dalam sistem perolehan kerajaan yang mana Perolehan Kontrak dan Tender telah berubah daripada status kelayakan Penyertaan Kontraktor Bumiputera kepada Penyertaan Terbuka kepada semua (Termasuk Bukan Bumiputera) secara agresif tanpa notis dan pekeliling makluman kepada Kementerian / Jabatan...

Ini bukanlah cerita fitnah rekaan PAS, ia adalah suara hati kontraktor Bumiputera yang merayu agar nasib mereka di bangkitkan di Parlimen...

Pada penghujung ucapan, beliau bertanya adakah ini merupakan agenda DAP yang mendominasi Kerajaan PH untuk menghakis hak Bumiputera?

Ketika sesi penggulungan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng terus menafikan dakwaan yang di buat oleh YB Pengkalan Chepa...

Dia berkata walaupun tender terbuka tetapi masih terhad untuk kalangan kontraktor Bumiputera sahaja...

Lantas, YB Pengkalan Chepa bangun memberikan penjelasan bahawa apa yang sebenarnya berlaku ialah tender terbuka ini untuk semua termasuk Kontraktor Bukan Bumiputera...


Lim Guan Eng meminta YB Pengkalan Chepa memberikan bukti, "berikan kepada saya, berikan kepada saya"...

Namun, amatlah aneh dan hairan sekali kerana Menteri Kewangan tidak langsung memberikan peluang kepada YB Pengkalan Chepa mendedahkan bukti tersebut di dalam Dewan...

Dia meminta YB Pengkalan Chepa duduk sahaja mendengar jawapannya dan menulis surat kepadanya nanti...

Keadaan ini membuatkan ramai Ahli Parlimen PAS dan UMNO yang bangun mempertikaikan gelagat Menteri DAP ini...

Dia minta bukti tetapi dia tidak berani memberikan peluang kepada YB PAS mendedahkan bukti yang di minta...

Bak kata YB PAS Tumpat, "takut apa menteriku!!!"...

Dewan menjadi lebih gamat tatkala YB Pengkalan Chepa berkata dia anak jantan, bukannya PONDAN seperti YB Bagan (Menteri Kewangan)...

Sepantas kilat, YB PH yang lain khususnya Lembah Pantai, Puncak Borneo, Jelutong, Rasah dan lain2 mendesak perkataan pondan tersebut di tarik balik oleh YB Pengkalan Chepa...

YB Pengkalan Chepa merayu dan mendesak agar beliau di berikan peluang untuk mendedahkan bukti tersebut di dalam Dewan...

Menteri Kewangan tetap tidak memberikan peluang...


Kemuncaknya, YB Pengkalan Chepa di arah keluar dewan oleh Timbalan Speaker kerana enggan menarik balik perkataan pondan terhadap YB Bagan...

Sebagai tanda protes, seluruh ahli parlimen PAS dan BN turut keluar dewan bersama YB Pengkalan Chepa...

Rakyat boleh menjadi saksi bagaimana ketakutan DAP apabila agenda belakang tabir mereka cuba di dedahkan kepada umum?

Lihat sahaja reaksi dan mimik muka Lim Guan Eng yang dalam begitu emosional ketika di asak teruk oleh pembangkang...

Selepas kekecohan itu, Menteri Kewangan pun meneruskan penggulungan syok sendirinya itu kerana tidak ada lagi suara Pembangkang yang bangun mencabar kejantanannya...

Bercakaplah seorang diri, puas hati bukan?

Mungkin ada yang bertanya, apakah bukti yang hendak di sebut oleh YB Pengkalan Chepa di dalam Dewan tetapi di halang oleh Menteri DAP itu?

Berikut saya kongsikan tiga bukti yang hendak di dedahkan di dalam Dewan Rakyat pada petang tadi :

》Perkhidmatan Secara Berkala Memotong Rumput Dan Membersih Kawasan Di Empangan Batu Serta Kerja-Kerja Berkaitan...

》Perkhidmatan Secara Berkala Memotong Rumput Dan Membersih Tebing Di Gombak Barrage Dan Sepanjang Lencongan Gombak Serta Perkhidmatan Berkaitan...

》Perkhidmatan Secara Berkala Memotong Rumput Dan Membersih Tebing Di Keroh Barrage, Kolam Jinjang Dan Kolam Benteng Serta Perkhidmatan Berkaitan...

Kesemua Kenyataan Tawaran tahun 2019 ini di kategorikan sebagai TERBUKA...

Ianya berbeza dengan tender tahun 2018 yang dengan secara jelas dan nyata menyebut dalam baris pertama, perenggan pertama Kenyataan Sebut Harga iaitu "sebutharga adalah di pelawa daripada kontraktor-kontraktor BUMIPUTERA berdaftar di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Selangor"...

Apakah isu hak Bumiputera yang di suarakan oleh YB Pengkalan Chepa pada petang tadi adalah rekaan dan fitnah?

Rakyat boleh menilai sendiri dan boleh juga bertanya kepada kontraktor Bumiputera berkenaan nasib mereka setelah PH berkuasa hampir 1 tahun ini, adakah kian terbela atau terpinggir?

Rakyat juga boleh menilai adakah DAP ini hanya pandai mencabar tetapi takut apabila tembelang mereka terbongkar...

Keangkuhan Menteri PH Bukan Saja Di Dalam Dewan Rakyat Tetapi Juga Terhadap Rakyat


Semakin lama PH berkuasa, semakin angkuh sikap mereka, terutamanya menteri2 dan ahli parlimen DAP...

Video klip di atas sudah cukup menjadi bukti keangkuhan Lim Guan Eng terhadap rakyat marhein dan juga sifat dendam dan kebencian mereka terhadap UMNO dan PAS...

Kenapa DAP berdendam pada UMNO dan PAS :

》Kerana hanya UMNO dan PAS parti yang memperjuangkan dan mempertahankan kedudukan ugama Islam dan bangsa Melayu di Malaysia dan kebencian mereka terhadap ugama Islam dan bangsa Melayu menyebabkan DAP sentiasa berusaha menghancurkan UMNO dan PAS...

》Gelombang penyatuan ummah yang di gerakkan oleh UMNO dan PAS merupakan mimpi ngeri yang sangat menakutkan DAP, kerana DAP tahu, apabila UMNO dan PAS berjaya menyatukan ummah, maka kuasa pemerintahan yang ada pada DAP hanya akan bertahan selama sepenggal saja...

Era PH berkuasa ini, YB Pembangkang sering menjadi mangsa hukuman di arah keluar Dewan oleh Speaker dan Timbalan tetapi YB PH khususnya Jelutong boleh sahaja bebas bercakap merapu seperti sampah di dalam Dewan tanpa di kenakan sebarang tindakan...

Tahniah, inilah reformasi Parlimen Malaysia Baru versi PH...







Kredit :

Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://theunspinners.blogspot.com/2019/04/bela-bumiputera-halau-keluar-dewan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Dedah Bukti Beliau Bukan Penyamun

Najib Dedah Bukti Beliau Bukan Penyamun

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 424 hits
Najib Dedah Bukti Beliau Bukan Penyamun Bekas perdana menteri Najib Razak memaklumkan jumlah rizab tunai Petronas yang ditinggalkan pentadbirannya bagi menjawab pihak yang menuduhnya perompak Kalau saya perompak mana duit tunai Petronas tin...
Situs Sekaran Bukti Penggunaan Teknologi Maju Sebelum Era Majapahit

Situs Sekaran Bukti Penggunaan Teknologi Maju Sebelum Era Majapahit

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 201 hits
Situs Sekaran yang ditemukan di jalur Tol Malang Pandaan seksi V dinilai sebagai sebuah temuan penting dalam sejarah Indonesia Karena itu perlu dilakukan kajian lebih jauh guna mengetahui nilai dan korelasi sejarahnya secara mendalam
Demi Membela Hak Bumiputera Ahli Parlimen Pas Dihalau Keluar

Demi Membela Hak Bumiputera Ahli Parlimen Pas Dihalau Keluar

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 284 hits
Catatan Panas dari Parlimen 1 Pada petang tadi suasana di dalam Dewan Rakyat begitu kecoh dan panas walaupun hujan turun dengan selebatnya di ibu kota Kuala Lumpur Kemuncak episod kekecohan ini ialah Ahli Parlimen PAS Pengkalan Chepa YB Ust...
Ajar Yusuf Buat Sarapan Sendiri Sebelum Adik Keluar Bagus Cara Didikan Hanis Zalikha Netizen

Ajar Yusuf Buat Sarapan Sendiri Sebelum Adik Keluar Bagus Cara Didikan Hanis Zalikha Netizen

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 318 hits
Pelakon Hanis Zalikha pernah memberitahu bahawa beliau dijangka akan melahirkan bayinya yang kedua pada bulan Ramadhan ataupun Hari Raya menerusi postingnya yang terdahulu Menerusi perkahwinanya bersama Hairul Azreen yang juga pelakon popul...
Dia Pegang Peluk Semua Orang Anak Oku Menangis Teresak Esak Sebelum Ibu Pergi Tenang Selepas Meninggal

Dia Pegang Peluk Semua Orang Anak Oku Menangis Teresak Esak Sebelum Ibu Pergi Tenang Selepas Meninggal

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 363 hits
Dia pegang peluk semua orang Anak OKU menangis teresak esak sebelum ibu pergi tenang selepas meninggal MACAM mana dengan Oya nanti siapa nak jaga dia bila aku dah tak ada nanti Aku takut sangat Ta Demikian kata kata Allahyarham Zatul Hejana...
Carilah Allah Dulu Untuk Bersujud Sebelum Cari Manusia Untuk Bersandar

Carilah Allah Dulu Untuk Bersujud Sebelum Cari Manusia Untuk Bersandar

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 931 hits
Sekali lagi peristiwa hitam terjadi Sepatutnya aku yang ada dalam gambar ni cetus hati Sepanjang perjalanan dari Johor ke Klang aku banyak diam Diam kerana otak aku memikirkan banyak pekara Rasa sedih itu menghimpiri Kenapa mak tengok acik ...
Anjuran Berwuduk Sebelum Tidur

Anjuran Berwuduk Sebelum Tidur

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 265 hits
Soalan Sebelum tidur disunatkan berwuduk Sekiranya terbatal semasa di atas katil perlukah bangun dan memperbaharui wuduk Dan apakah kelebihan berwuduk sebelum tidur Jawapan Daripada al Bara bin Azib R Anhuma katanya Rasulullah SAW bersabda ...
Hartanah Keluarga Dibangunkan Sebelum 1mdb Wujud Jho Low

Hartanah Keluarga Dibangunkan Sebelum 1mdb Wujud Jho Low

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 240 hits
Jutawan dalam buruan Low Taek Jho mempersoal sitaan terhadap rumah tiga tingkat milik ibunya di Tanjung Bungah Park Pulau Pinang Loading Hartanah keluarga Jho Low dibangunkan sekitar 20 tahun lalu ketika pentadbiran lama Tun Dr Mahathir Moh...
Isu Mas Kajian Mendalam Perlu Dilakukan Sebelum Buat Sebarang Keputusan

Isu Mas Kajian Mendalam Perlu Dilakukan Sebelum Buat Sebarang Keputusan

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 175 hits
nbsp nbsp Foto oleh BernamaISLAMABAD PAKISTAN Isu melibatkan syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines Berhad memerlukan kajian mendalam sebelum sebarang keputusan dapat dibuat kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Beliau berka
Sanusi Tak Kesian Ke Kda Fc

Rezeki Datangnya Dari Allah Bukan Dari Mulut Manusia

Boleh Join Club Naik Court Shakilla Khoriri Penat Dituduh Jadi Penyondol Oleh Netizen Ugut Ambil Tindakan Undang Undang

Sakit Pinggang

Makan Di Nasi Ayam Kee Chup

Penuntut Ipts Maut Terjatuh Dari Tingkat 21 Sebuah Hotel

Understanding Iron In Well Water Why It S A Problem And How To Fix It

Wild Party At Resort In Terengganu Owner Issued Rm25 000 Compound



5 Kumpulan Muzik Terkenal Dengan Suara Vokalis Yang Annoying

10 Drama Melayu Terbaru TV3 Best Mesti Tonton 2024 Juga Tersedia Online

5 Sisi Gelap Perangai Guru di Malaysia Yang Kita Takut Nak Perkatakan

Info Sinopsis Kutipan The Experts Filem Malaysia 2024

10 Fakta Biodata MK K Clique Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Gandingan Erysha Emyra Yang Beristerikan Siti Hajaar Syeikh Nordin


Pohon Tengkawang Tumbuhan Maskot Kalimantan Dengan Segudang Manfaat

Dalam Bentuk Tulisan

Stress Management 6 Ways To Manage Stress

Dispelling Myths Surrounding Methylfolate And Folic Acid

Mom Hacks Energize Yourself Your Kids

Beli Almari Baju Untuk Rumah Sewa