Carilah Allah Dulu Untuk Bersujud Sebelum Cari Manusia Untuk Bersandar
Sekali lagi peristiwa hitam terjadi. Sepatutnya aku yang ada dalam gambar ni, cetus hati.
Sepanjang perjalanan dari Johor ke Klang, aku banyak diam. Diam kerana otak aku memikirkan banyak pekara. Rasa sedih itu menghimpiri.
Kenapa mak tengok acik sedih je,? kata mak.
Dia dah tunang mak, dengan ustaz pilihan dia mak. Sakit sangat rasanya. Balasku.
Kenapa sedih ? seharusnya bersyukur. Allah hantar untuk belajar, muhasabah diri. Mungkin ada lebih baik, kata Mak.
Aku hanya diam.
Tapi acik sayang dia mak, acik dah berumur . Dah tak masa untuk bercinta-cinta macam orang lain, balas aku.
Sebab itu kalau suka seseorang, letak di tapak tangan bukan di hati. Jadi bila sakit tak rasa sangat. Mak kenal anak mak, Allah hantarkan ujian itu bukan saja-saja. Mak tahu anak mak kuat,anak mak kuat semangat. Balas mak.
Aku hanya mengangguk mengiakan apa yang katakan. Demi Allah rasa yang dimiliki ini hanyalah pinjaman. Dalam hidup ini , Allah je yang betul-betul sayang kita.Carilah Allah dulu untuk bersujud,sebelum cari manusia untuk bersandar.
Manusia sifatnya berbolak balik.Boleh berubah setiap detik sehingga nafas terakhir.
Jangan terlalu sayang.
Sayang secara sederhana, kerana bila jadi seperti ini rasa itu boleh dibendung.
Allah apa yang akan uji apa yang kita paling sayang.
Harta benda, suami,isteri, duit, rumah yang besar dan lain-lain.
Allahuakbar.
Letakkan sayang sesuatu itu sayang kerana Allah.
Anas bin Malik meriwayatkan, Nabi Muhammad SAW Bersabda:“Seseorang tidak akan pernah mendapatkan manisnya iman sehingga dia mencintai seseorang, tidak mencintainya kecuali kerana Allah; sehingga dia dilemparkan ke dalam api lebih dia sukai daripada kembali kepada kekufuran setelah Allah selamatkan darinya; dan sehingga Allah dan rasul-Nya lebih dia cintai daripada selainnya.”
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.akupenghibur.com/2019/03/Carilah-Allah-dulu-untuk-bersujud-sebelum-cari-manusia-untuk-bersandar.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+JomSenyumBersamaAkuPenghibur+