Bekas Mp Pemimpin Umno Boleh Sertai Ph Termasuk Dap



KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Parlimen dan pemimpin UMNO boleh menyertai mana-mana parti dalam Pakatan Harapan (PH), termasuk DAP.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang, berkata penerimaan itu bagaimanapun tidak bermakna mereka bebas daripada tindakan undang-undang jika didapati terbabit dalam rasuah dan perbuatan jenayah dalam pentadbiran kerajaan terdahulu.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, bekas pemimpin UMNO yang mahu menyertai PH juga perlu mengaku secara terbuka jika mereka gagal bertindak dalam menangani skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan bersubahat dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Adalah penting untuk tindakan Ahli Parlimen UMNO yang mahu menyertai PH dilihat sebagai menebus kesalahan bersubahat bersama Najib dan skandal 1MDB, atau mereka akan dilihat sebagai oportunis.

“Mereka juga perlu bersedia menyokong program PH mentransformasi Malaysia daripada negara kleptokrasi global kepada negara yang mendahului dalam integriti.

“Sudah tentu selepas mereka menyertai PH, jika didapati ada yang terbabit dalam rasuah dan perbuatan jenayah perlu membayar harganya,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Buku 100 Days, 100 Pictures di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai sejumlah pemimpin dan Ahli Parlimen UMNO yang meninggalkan parti itu dan berkemungkinan menyertai mana-mana parti komponen PH, khususnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam masa terdekat.

Rabu lalu, Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor mengumumkan lima Ahli Parlimen dan sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) selain 21 Ketua Bahagian dan semua Ketua Wanita serta Puteri UMNO Sabah keluar parti berkuat kuasa serta merta.

Terbaharu, enam Ahli Parlimen UMNO mengumumkan keluar parti berkuat kuasa hari ini iaitu Datuk Seri Hamzah Zainudin (Larut), Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (Mersing), Datuk Shabudin Yahaya (Tasik Gelugor), Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam) dan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah).

Semalam, Setiausaha DAP Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew dilaporkan mengingatkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya tidak mengambil pemimpin ‘katak’ dan ‘sampah’, merujuk kepada ahli UMNO Sabah yang keluar parti untuk menyertai BERSATU.

Mengulas lanjut, Kit Siang berkata, adalah penting penerimaan bekas pemimpin UMNO ke dalam PH tidak dilihat sebagai merendahkan harapan rakyat yang mahu kerajaan baharu menegakkan integriti.

“Kita bukan orang suci, kita semua melakukan kesilapan. Jika pada masa lalu (ada melakukan kesilapan), mereka perlu menyatakan secara terbuka mengenai kegagalan bertindak dan bersubahat dengan Najib dan skandal 1MDB.

“Tapi bagi mereka yang melakukan lebih daripada itu, terbabit dalam rasuah dan jenayah, perlulah berdepan tindakan undang-undang,” katanya.

Ditanya sama ada DAP sedia menerima bekas pemimpin UMNO itu sebagai ahli, Kit Siang berkata, penerimaan itu atas syarat penyertaan itu bukan bersifat oportunis serta mereka sedia bekerjasama ke arah mewujudkan kerajaan berintegriti bersih dan memiliki tadbir urus yang baik, selain tidak terbabit jenayah.

Beliau bagaimanapun memaklumkan DAP belum menerima permohonan daripada mana-mana bekas pemimpin UMNO untuk menyertai parti itu.

Berhubung pandangannya jika BERSATU menerima individu seperti bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak dan bekas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang sebelum ini dilihat mempertahankan Najib dalam isu 1MDB, Kit Siang berkata, ia bergantung pada prestasi mereka.

Mengenai dakwaan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, membuat perjanjian dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim demi kelangsungan UMNO, Kit Siang enggan mengulas isu yang disifatkannya sebagai ‘spekulasi’.  #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2018/12/bekas-mp-pemimpin-umno-boleh-sertai-ph.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Shafie Akui Ada Bekas Pemimpin Umno Sabah Mahu Sertai Warisan

Shafie Akui Ada Bekas Pemimpin Umno Sabah Mahu Sertai Warisan

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 299 hits
KOTA KINABALU Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengakui bahawa terdapat pemimpin pemimpin UMNO Sabah yang keluar parti menyatakan keinginan untuk menyertai Parti Warisan Sabah Menurut Mohd Shafie beliau mengalu alukan penyer...
Bekas Wakil Rakyat Umno Boleh Pegang Jawatan Selepas Setahun

Bekas Wakil Rakyat Umno Boleh Pegang Jawatan Selepas Setahun

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 238 hits
Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad bercakap pada sidang media pada Majlis Penyerahan Operasi GoKL dan Pelancaran Penggunaan B10 BioDiesel di Menara DBKL Kuala Lumpur foto IQBAL BASRI KUALA LUMPUR Mana mana wakil rakyat UMNO boleh meny...
Dap Dr M Pernah Gelar Pemimpin Umno Tidak Berguna Sampah

Dap Dr M Pernah Gelar Pemimpin Umno Tidak Berguna Sampah

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 294 hits
December 13 2018Ronnie Liu berharap Dr Mahathir Mohamad tidak menerima pemimpin Umno Sabah menyertai PPBM PETALING JAYA DAP mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad sudah 2 kali melanggar janji apabila menerima bekas pemimpin Umno Datuk Seri Mustap...
Mat Sabu Amanah Sedia Terima Bekas Pemimpin Umno Sabah

Mat Sabu Amanah Sedia Terima Bekas Pemimpin Umno Sabah

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 379 hits
DENYUT REFORMASIIPOH Parti Amanah Negara sedia menerima mana mana ahli parlimen Sabah yang keluar Umno baru baru ini walau ada desas desus mereka akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau PKR Presiden Mohamad Sabu berkata parti itu...
Pkr Tutup Pintu Untuk Bekas Pemimpin Umno Anwar

Pkr Tutup Pintu Untuk Bekas Pemimpin Umno Anwar

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 239 hits
KUALA LUMPUR PKR tidak akan mempertimbangkan untuk menerima bekas pemimpin UMNO untuk menyertai parti itu walaupun sudah ada permintaan daripada beberapa pemimpin parti berkenaan Presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata PKR kini memberi...
Kemasukan Bekas Pemimpin Umno Beri Kelebihan Undi Melayu Kepada Bersatu

Kemasukan Bekas Pemimpin Umno Beri Kelebihan Undi Melayu Kepada Bersatu

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 291 hits
KUALA LUMPUR Kemasukan bekas Ahli Parlimen UMNO dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia akan mengukuhkan lagi kedudukan parti itu di kawasan luar bandar Perkara itu ditegaskan Pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad yang percaya Ahli Parlime...
Hasrat Rakyat Dikhianati Jika Terus Terima Bekas Pemimpin Umno

Hasrat Rakyat Dikhianati Jika Terus Terima Bekas Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 303 hits
Pada 14 Disember 2018oleh PentadbirTindakan menerima bekas pemimpin UMNO menyertai komponen Pakatan Harapan akan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap komitmen gabungan parti pemerintah itu untuk melaksanakan agenda reformasi dan perubahan ...
Bekas Su Umno Tan Sri Radzi Sheikh Ahmad Sertai Bersatu

Bekas Su Umno Tan Sri Radzi Sheikh Ahmad Sertai Bersatu

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 325 hits
KANGAR 13 Dis Bekas Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Radzi Sheikh Ahmad menjadi tokoh politik terbaharu parti itu yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia Penyertaan bekas Ahli Parlimen Kangar itu disahkan oleh Setiausaha Bersatu negeri W...
Bekas Umno Masuk Pakatan Boleh Lancarkan Gubal Pinda Akta Kata Bersatu

Bekas Umno Masuk Pakatan Boleh Lancarkan Gubal Pinda Akta Kata Bersatu

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 272 hits
Bekas Umno masuk Pakatan boleh lancarkan gubal pinda akta kata Bersatu Dikemas kini 37 minit yang lalu middot Diterbitkan p
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Penyokong Pn Jangan Bongkak Dan Takabbur



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Bila Kau Rajin Nak Tolong Kerja Orang

Perjanjian Allah Swt Dengan Kaum Bani Israil

Mushroom Jellyfish House By Ttdesign Vn In Tan Hiep Vietnam

Vanishing Landscape

Dapat Hadiah Hari Jadi

Keyakinan