Bekas Setiausaha Pejabat Tksu Kementerian Kewangan Dituduh Rasuah



Seorang bekas setiausaha pejabat kepada Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) di Kementerian Kewangan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pagi tadi atas tiga pertuduhan rasuah dan dua pertuduhan pilihan menipu berhubung tender penjualan hartanah di Hong Kong tahun lalu. 

Tertuduh Rohaya Sabot, 39, membuat pengakuan itu selepas kelima-kelima pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azman Ahmad.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh sebagai setiausaha pejabat yang bertugas di pejabat Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan), Kementerian Kewangan Malaysia didakwa telah meminta suapan berjumlah RM3 juta daripada Wan Mohamad Wan Yusuf.

Wang itu adalah sebagai dorongan iaitu membantu Wan Mohamad selaku wakil bagi syarikat Allied Vantage International Group Limited (AVL) dipilih dan ditawarkan sebagai pembeli bagi aset kerajaan iaitu bangunan Malaysia yang beralamat di 47-50, Gloucester Road, Wanchai, Hong Kong.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Papparich Ayer@8 lot B2-G-2 Ayer 8, Presint 8, Putrajaya pada 25 November 2018.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut seksyen 16(a)(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah seksyen 24(1) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga , tertuduh didakwa sebagai jawatan sama, masing-masing menerima RM50,000 daripada individu sama melalui akaun CIMB Bank dan RM3,000 melalui deposit tunai ke Maybank Islamic Berhad miliknya sebagai dorongan yang sama.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di Maybank Islamic Berhad Al-Idrus cawangan Kuching, di Wisma Satok, Tingkat 1, Wisma Satok, Jalan Satok, Kuching, Sarawak masing-masing pada 14 Disember dan 26 Disember 2018 yang didakwa mengikut dan hukuman yang sama.

Sementara itu Rohaya juga turut mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan pilihan iaitu menipu individu sama dengan memperdaya mangsa mempercayai bahawa tertuduh boleh membantu syarikat sama dapat dipilih dan ditawarkan sebagai pembeli bagi aset yang sama.

Perbuatan itu telah mendorong mangsa memasukkan RM53,000 yang dilakukan pada tempat dan tarikh sama.

Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dengan sebat dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Zander Lim Wai Keong memohon jaminan sebanyak RM0,000 bagi kesemua pertuduhan kerana kesalahan yang dilakukan adalah serius.

Bagaimanapun, peguam mewakili tertuduh, Ravin Jay memohon mahkamah memberikan jaminan yang rendah iaitu sebanyak RM10,000 dengan alasan tertuduh mempunyai gaji hanya RM5,500 selain menanggung bapa yang uzur dan mempunyai komitmen pinjaman.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua permohonan kedua-dua belah pihak Azman kemudian memerintahkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM30,000 bagi kesemua pertuduhan selain perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan perlu melaporkan di pejabat SPRM terdekat pada minggu pertama setiap bulan.

Mahkamah kemudian menetapkan 29 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pada Februari lalu, tertuduh direman selama lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes meminta dan menerima rasuah tender penjualan hartanah milik kerajaan di Hong Kong.

Tertuduh juga telah menerima sebahagian wang terbabit daripada wakil syarikat untuk meminta persetujuan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan sebagai dorongan untuk meluluskan tender penjualan hartanah terbabit lapor Astro Awani

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2019/10/bekas-setiausaha-pejabat-tksu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Didakwa Minta Suapan Bekas Setiausaha Pejabat Mof Mengaku Tidak Bersalah

Didakwa Minta Suapan Bekas Setiausaha Pejabat Mof Mengaku Tidak Bersalah

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 207 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Jawatan Kosong Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan 126 Kekosongan Baru

Jawatan Kosong Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan 126 Kekosongan Baru

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 304 hits
Jawatan Kosong Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Portal jawatan kosong kerajaan anda membawakan peluang pekerjaan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan yang kini dibuka untuk Warganegara Malaysia dan kepada yang berminat ...
Bekas Pengarah Kastam Ditahan Sprm Berkaitan Rasuah Penebangan Haram Perlombongan Haram Penyeludupan

Bekas Pengarah Kastam Ditahan Sprm Berkaitan Rasuah Penebangan Haram Perlombongan Haram Penyeludupan

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 384 hits
Seorang bekas pengarah Kastam serta dua orang pengarah sebuah syarikat telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia semalam dipercayai berkaitan rasuah melibatkan aktiviti penebangan dan perlombongan haram serta penyeludupan Ketua P...
B Su K Kewangan Ph Tak Mengaku Rasuah Rm3j Biasa Bosnya Pun Begitu

B Su K Kewangan Ph Tak Mengaku Rasuah Rm3j Biasa Bosnya Pun Begitu

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 329 hits
ROHAYA Sabot membuat pengakuan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan termasuk dua pertuduhan pilihan berhubung rasuah tender penjualan hartanah di Hong Kong hujung tahun lalu NSTP Nurul Shafina Jemenon Bekas setiausaha pe...
Pejabat Pm Ambil Keputusan Untuk Pertahan Kerana Percaya Itu Adalah Konspirasi Kepada Najib Bekas Pegawai Khas Najib

Pejabat Pm Ambil Keputusan Untuk Pertahan Kerana Percaya Itu Adalah Konspirasi Kepada Najib Bekas Pegawai Khas Najib

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 342 hits
Bekas pegawai khas Najib Razak hari ini mendedahkan di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur bahawa banyak serangan berhubung isu 1Malaysia Development Berhad pada penghujung 2014 sehinggakan Pejabat Perdana Menteri terpaksa mempertahankan Najib ...
Jawatan Kosong Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Jawatan Kosong Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 363 hits
Jawatan Kosong Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Portal kerja kosong kerajaan anda membawakan peluang pekerjaan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang kini dibuka untuk Warganegara Malaysia dan kepada yang ber...
Bekas Ceo Ssm Didakwa Terima Rasuah Lebih Rm5 7 Juta

Bekas Ceo Ssm Didakwa Terima Rasuah Lebih Rm5 7 Juta

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 605 hits
The ReporterBekas Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia Datuk Zahrah Abd Wahad Fenner mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah lebih RM5 7 juta termasuk antaranya un...
Kes Rasuah Bekas Pengerusi Felda Perbicaraan Hari Pertama

Kes Rasuah Bekas Pengerusi Felda Perbicaraan Hari Pertama

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 318 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Tuduhan Bersubahat Terima Rasuah Bekas Ceo Ssm Mengaku Tidak Bersalah

Tuduhan Bersubahat Terima Rasuah Bekas Ceo Ssm Mengaku Tidak Bersalah

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 418 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi