Bekas Ceo Ssm Didakwa Terima Rasuah Lebih Rm5 7 Juta


The Reporter


Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Datuk Zahrah Abd Wahad Fenner mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah lebih RM5.7 juta termasuk antaranya untuk meluluskan penganjuran beberapa program di bawah agensi itu

Anak lelakinya, Abdulazeez Wan Ruslan turut mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan menerima rasuah dan bersubahat dengan Zahrah untuk menerima suapan

Zahrah, 60, dan Abdulazeez, 33, membuat pengakuan itu sebaik saja pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azura Alwi

Berdasarkan pertuduhan pertama hingga sepuluh, Zahrah sebagai CEO SSM didakwa menerima wang tunai berjumlah RM1,009,000.00 daripada Ramulianto Mohram, melalui Mohamad Shahren Mohamad Yusri sebagai upah bagi meluluskan permohonan untuk menganjurkan Program Online Networking Entrepreneurs SSM (ONE SSM) 2015, 2016, 2017 dan 2018

Bagi pertuduhan ke-11 hingga ke-15, Zahrah didakwa menerima wang tunai berjumlah RM1.65 juta daripada Ramualianto melalui Mohamad Shahren sebagai upah bagi meluluskan perlantikan syarikat SSJ Niaga, Desa Nirwana, Idea Resources (M) Sdn Bhd, Ikhlas Padu Sdn Bhd, bagi program Perkhidmatan Pengiklanan Papan Tanda LED Komersil SSM negeri Kedah, Melaka, Perak, Johor, antara April 2017 dan Mei 2018

Berdasarkan pertuduhan ke-16 hingga ke-21, tertuduh didakwa memperoleh suapan berjumlah RM2,020,000.00 daripada Ramualianto melalui Mohamad Shahren sebagai upah meluluskan perlantikan syarikat Ikhlas Padu Sdn Bhd; Desa Nirwana Sdn Bhd; SSJ Niaga bagi kelulusan Memperbaharui Terma dan Syarat Pengiklanan Papan Tanda LED Komersil bagi SSM Johor, Melaka, Kedah, antara Jun dan Disember 2018
Manakala bagi pertuduhan ke-22 hingga ke-27, Zahrah didakwa memperoleh suapan wang tunai berjumlah RM400,000 daripada Ramualianto melalui Mohamad Shahren sebagai upah meluluskan permohonan menganjurkan program Karnival Youngpreneurs, Go! (YPGo) anjuran SSM di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP); Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS); Universiti Kuala Lumpur ( UniKL); Uniten Pahang, UMS Sabah, Politeknik Kota Bharu Kelantan, antara Mac 2017 dan Mac 2019

Pertuduhan ke-28 pula, Zahrah didakwa memperoleh suapan wang tunai berjumlah RM200,000 daripada Ramulianto melalui Mohamad Shahren bagi meluluskan syarikat Marikaya Enterprise untuk perolehan bagi perkhidmatan pengurusan acara Bizfair SSM peringkat Sabah, pada Mei 2018

Pertuduhan ke-29, Zahrah didakwa menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan berjumlah RM279,000 bagi anak lelaki tertuduh, Abdulazeez melalui Mohd Fadzly Abdul Hamid dengan memberi arahan untuk memilih sebut harga yang dibawa Mohd Fadzly bagi melaksanakan beberapa projek yang Abdulazeez mempunyai kepentingan secara langsung, antara 2015 hingga 2017

Manakala pertuduhan ke-30, Zahrah didakwa bersubahat dengan anak lelakinya, menerima suapan wang tunai RM15,0000 daripada Pengarah Syarikat Fixme Coach Sdn Bhd, Samhan Adnan sebagai upah kelulusan Perolehan Permohonan Pembangunan Portal Online Networking Entrepreneurs (ONE Portal) yang diberikan pada Mac 2018

Pertuduhan ke-31, tertuduh didakwa menerima suapan wang tunai RM70,000 daripada Samhan bagi meluluskan Memorandum Dalaman Seksyen Komunikasi Korporat Bahagian Strategi & Komunikasi Korporat kepada Kelab Kecergasan MyFit bagi penganjuran SSM BizRun 2018, pada 6 Februari 2018

Manakala pertuduhan ke-32 dan ke-33, Zahrah didakwa menerima RM25,000 dan RM50,000 untuk Skateboarding Development Malaysia Plt milik Abdulazeez, masing-masing daripada Syarikat Big Dataworks Sdn Bhd serta Syarikat Prima Arenaniaga Sdn Bhd, antara 16 Ogos dan 21 September 2017

Sementara itu di mahkamah sama, anak lelaki Zahrah, Abdulazeez turut mengaku tidak bersalah atas menerima suapan masing-masing RM15,000 dan RM70,000 daripada Samhan iaitu Pengarah Syarikat Fixme Coach Sdn Bhd (kemudian dikenali sebagai Pocket Trade Sdn Bhd dan Presiden Kelab Sukan Kecergasan Myfit melalui Mohd Fadzly Abdul Hami - HARIAN METRO

October 02, 2019 at 07:21AM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://atmknews.blogspot.com/2019/10/bekas-ceo-ssm-didakwa-terima-rasuah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tuduhan Bersubahat Terima Rasuah Bekas Ceo Ssm Mengaku Tidak Bersalah

Tuduhan Bersubahat Terima Rasuah Bekas Ceo Ssm Mengaku Tidak Bersalah

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 438 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Bekas Ceo Ssm Dan Anak Didakwa Lagi

Bekas Ceo Ssm Dan Anak Didakwa Lagi

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 317 hits
BEKAS Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia Datuk Zahrah Abd Wahab Fenner mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini atas dua pertuduhan bersubahat dengan anak lelakinya untuk menerima rasuah berjumlah RM250 000...
Bicara Kes Tengku Adnan Terima Rasuah Rm 1 Juta Bermula Esok

Bicara Kes Tengku Adnan Terima Rasuah Rm 1 Juta Bermula Esok

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 379 hits
Perbicaraan kes rasuah RM1 juta yang dihadapi bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor akan bermula esok di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur dengan pihak pendakwaan bersedia dengan empat atau lima saksi Mengiku...
Notis Kompaun Sprm Kepada 80 Individu Entiti Dipercayai Terima Rm420 Juta Dari 1mdb

Notis Kompaun Sprm Kepada 80 Individu Entiti Dipercayai Terima Rm420 Juta Dari 1mdb

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 359 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Rentasan Berita 565 Gempar Bekas Ceo Tia Dedah Hubungan Jho Low Dan Najib

Rentasan Berita 565 Gempar Bekas Ceo Tia Dedah Hubungan Jho Low Dan Najib

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 325 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 565 1 SUKAR DIPERCAYAI JHO LOW TIADA KAITAN DENGAN 1MDB 2 BARISAN NASIONAL GAGAL BASMI KEMISKINAN KATA ANWAR 3 TAWARAN PAS KAMEK SIK MAOK KATA GPS 4 TUNAI MANIFESTO ILTIZAM KEPIMIMPINAN DIPERLUKAN Layari Facebook kami...
Bekas Pengarah Kastam Ditahan Sprm Berkaitan Rasuah Penebangan Haram Perlombongan Haram Penyeludupan

Bekas Pengarah Kastam Ditahan Sprm Berkaitan Rasuah Penebangan Haram Perlombongan Haram Penyeludupan

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 399 hits
Seorang bekas pengarah Kastam serta dua orang pengarah sebuah syarikat telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia semalam dipercayai berkaitan rasuah melibatkan aktiviti penebangan dan perlombongan haram serta penyeludupan Ketua P...
Bekas Setiausaha Pejabat Tksu Kementerian Kewangan Dituduh Rasuah

Bekas Setiausaha Pejabat Tksu Kementerian Kewangan Dituduh Rasuah

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 397 hits
Seorang bekas setiausaha pejabat kepada Timbalan Ketua Setiausaha di Kementerian Kewangan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pagi tadi atas tiga pertuduhan rasuah dan dua pertuduhan pilihan menipu berhubung tender penjualan h...
Ini Rincian Gaji Dan Tunjangan Anggota Dpr Sebulan Bisa Raup Lebih Rp 50 Juta

Ini Rincian Gaji Dan Tunjangan Anggota Dpr Sebulan Bisa Raup Lebih Rp 50 Juta

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 298 hits
Direktur Jenderal Perbendaharaan Gaji DPR Andin Hadiyanto menuturkan hingga saat ini belum ada ketentuan baru terkait gaji para anggota dewan ini
Antara Aktiviti Mingguan Kebun Bandar

Cara Dapatkan Bank Statement Cimb Bank Melalui Cimbclicks

Najib Razak Pemerkasaan Industri Rel

Vin Populi Next Door Rezen Studio S Intimate Italian Inspired Wine Bar In Fremantle

Akmal Slams Anwar On Obsession With Najib Netizens Clap Back On Rule Of Law

P2vvip P2vvips Com 9 2024 P2vvip 1 P2vvip Top 73 By Jermaine

Ufp 2 Fun 28 2024 5 Top 88 By Morgan

Y Gen Dining By Architects Eat A Multi Sensory Culinary Sanctuary In Melbourne


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rafizi Ramli Protes Pemilihan Pkr Ini Yang Berlaku Sebenarnya

Sepak Takraw Piala Asia Penantian 34 Tahun Regu Berpasukan Berlarutan Thailand Tewaskan Malaysia 2 0

Hidung Mancung Jenis Hidung Cara Mancungkan Hidung

5 Tips Mengatur Keuangan Pribadi Agar Bisa Investasi Sejak Dini

Makan Malam Di Rodakafe Kulai

Gempar Shamsul Iskandar Dedah Kenapa Pmx Mahu Singkirkan Rafizi Ma