Pejabat Pm Ambil Keputusan Untuk Pertahan Kerana Percaya Itu Adalah Konspirasi Kepada Najib Bekas Pegawai Khas Najib


Bekas pegawai khas Najib Razak hari ini mendedahkan di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur bahawa banyak serangan berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada penghujung 2014 sehinggakan Pejabat Perdana Menteri terpaksa mempertahankan Najib kerana percaya ia konspirasi kepada bekas perdana menteri itu.
Amhari Efendi Nazaruddin, 43, berkata pada penghujung 2014 dan awal 2015, adalah tahun yang sukar bagi pejabat perdana menteri dan Najib sendiri kerana banyak rencana dan dokumen yang dikatakan bukti-bukti mengenai isu penyelewengan 1MDB telah dikeluarkan.

Loading… “Pada waktu itu juga terdapat begitu banyak serangan mengenai isu 1MDB dan kami di pejabat perdana menteri mengambil keputusan untuk ‘mempertahan’ kerana kami percaya itu adalah konspirasi kepada Najib,” kata Amhari Efendi ketika pemeriksaan semula oleh bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram yang juga timbalan pendakwa raya kanan pada perbicaraan hari ke-11 kes Najib membabitkan dana 1MDB.
Disoal Sri Ram siapa yang dimaksudkan dengan ‘kami’?, saksi pendakwaan kelapan itu menjawab: “Secara spesifiknya Allahyarham Azlin Alias (ketika itu bekas ketua setiausaha sulit Najib) dan saya tetapi secara amnya pegawai senior di pejabat perdana menteri”.
Menceritakan dengan lebih lanjut, Amhari Efendi berkata pejabat pengurusan perdana menteri sering diketengahkan mengenai isu 1MDB.
“Sebagai contoh isu pengeluaran dokumen yang mengatakan duit PetroSaudi adalah duit salah guna wang 1MDB dan isu gaya hidup Jho Low yang dikatakan mewah dan cerita mengenai ‘Wolf of The Wall Street‘ yang dikatakan duit itu adalah dari duit 1MDB,” katanya yang memaklumkan perkara itu berlaku antara Januari dan Februari 2015 kerana Azlin meninggal dunia pada April tahun sama.
Disoal Sri Ram apa yang saksi itu faham mengenai “Duit 1MDB la bro”, Amhari Efendi menjelaskan ayat itu dilafazkan oleh Azlin kepadanya selepas Allahyarham turun dari pejabat Najib.
“Setahu saya tidak ada isu yang paling hangat diperkatakan selain daripada duit 1MDB yang diselewengkan…isu mengenai ‘Wolf of The Wall Street‘ dan isu PetroSaudi merujuk kepada masalah paling hangat dan sukar pada waktu itu,” katanya.
Sri Ram: ‘Wolf of The Wall Street‘ itu merujuk kepada apa?
Saksi itu menjawab: Filem yang dikeluarkan oleh Riza Aziz iaitu anak tiri Najib.
Amhari Efendi juga menafikan bahawa beliau adalah pemilik Tycoon Gain Ltd dan Aabar Investment PJS Ltd (BVI).
Sementara itu, saksi utama pihak pendakwaan itu berkata beliau tidak pernah menerima sebarang arahan daripada bekas majikannya itu untuk membuat laporan polis ketika isu penyelewengan dana 1MDB hangat diperkatakan sejak 2015.
Sri Ram: Pada bila-bila masa, 2015 hingga 2018, adakah kamu menerima sebarang arahan daripada tertuduh (Najib) supaya membuat laporan polis?
Amhari Efendi: Tidak.
Sri Ram: Ada arahan (daripada tertuduh) untuk membuat laporan kepada SPRM?
Amhari Efendi: Tidak.
Amhari Efendi, yang dipanggil ke mahkamah bagi memberi keterangan sejak 3 September lepas, hari ini selesai memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan.
Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.
Anggota Parlimen Pekan itu didakwa melakukan empat kesalahan rasuah di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di sini antara 24 Februari 2011 dan 19 Disember 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013, di tempat sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung petang ini dan bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi akan memberi keterangan. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2019/09/pejabat-pm-ambil-keputusan-untuk-pertahan-kerana-percaya-itu-adalah-konspirasi-kepada-najib-bekas-pegawai-khas-najib/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekas Pegawai Khas Ancam Mahu Dedah Nama Pemimpin Mca Gerakan Mengadap Guan Eng Kit Siang Sebelum Pru14

Bekas Pegawai Khas Ancam Mahu Dedah Nama Pemimpin Mca Gerakan Mengadap Guan Eng Kit Siang Sebelum Pru14

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 410 hits
Susulan ugutan yang dibuat MCA Kapar untuk keluar parti sekiranya UMNO meletakkan calon parti itu pada Pilihanraya Kecil Parlimen Tanjung Piai yang akan datang bekas Pegawai Khas kepada Lim Guan Eng yang juga pernah memegang jawatan sebagai...
Pegawai Khas Najib Diarah Musnah Dokumen Sebelum Pru

Pegawai Khas Najib Diarah Musnah Dokumen Sebelum Pru

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 259 hits
Pegawai Khas Najib diarah musnah dokumen sebelum PRUOleh September 20 2019Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin menganggap ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low sebagai watak tidak menyenangkan Demikian didedahkan be...
1mdb Amhari Akui Minat Jadi Pegawai Khas Najib

1mdb Amhari Akui Minat Jadi Pegawai Khas Najib

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 344 hits
Datuk Amhari Efendi Nazaruddin seolah olah terperangkap dengan soalan yang dikemukan oleh peguam bela mengenai ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low pada prosiding 1Malaysia Development Berhad hari ini Perbicaraan skandal 1...
Serbuan Ke Apartmen Jho Low Hasil Bantuan Bekas Pembantu Najib

Serbuan Ke Apartmen Jho Low Hasil Bantuan Bekas Pembantu Najib

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 305 hits
KES NAJIB 1MDB Amhari Efendi berkata beliau telah membawa SPRM ke unit apartmen milik Low pada 27 Jun 2018
Penyokong Tak Percaya Ph Jarah Duit Petronas Najib Lampirkan Bukti Dari Perbendaharaan Malaysia

Penyokong Tak Percaya Ph Jarah Duit Petronas Najib Lampirkan Bukti Dari Perbendaharaan Malaysia

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 344 hits
Ekoran komen penyokong Pakatan Harapan yang tidak percaya kerajaan PH sedang menjarah syarikat Petroliam Nasional Berhad bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam Facebooknya memuatnaik fakta dan lampiran dari Perben...
Rentasan Berita 565 Gempar Bekas Ceo Tia Dedah Hubungan Jho Low Dan Najib

Rentasan Berita 565 Gempar Bekas Ceo Tia Dedah Hubungan Jho Low Dan Najib

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 282 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 565 1 SUKAR DIPERCAYAI JHO LOW TIADA KAITAN DENGAN 1MDB 2 BARISAN NASIONAL GAGAL BASMI KEMISKINAN KATA ANWAR 3 TAWARAN PAS KAMEK SIK MAOK KATA GPS 4 TUNAI MANIFESTO ILTIZAM KEPIMIMPINAN DIPERLUKAN Layari Facebook kami...
Siapa Budak Ni Katanya Bukan Pegawai Khas Zuraida Tapi

Siapa Budak Ni Katanya Bukan Pegawai Khas Zuraida Tapi

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 297 hits
YB Zuraida bawa siapa ni ikut pergi Italy Menurut info yg aku dapat dari staff Kementerian YB Zuraida budak Muhammad Saiful ni bukan Pegawai Menteri pun Siap boleh bawak pergi Italy ikut lawatan Kerajaan melawat Colosseum menginap di hotel ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025