Bekas Pesakit Covid 19 Kongsikan Pengalaman Dan Keadaan Di Dalam Wad Kuarantin


Umum telah mengetahui bahawa dunia kini sedang dilanda dengan wabak pandemik Covid-19. Tiap-tiap hari, ada saja kes serta angka kematian yang dicatatkan di seluruh dunia meningkat. Virus ini bukanlah sesuatu yang perlu dipandang ringan kerana sehingga kini tiada lagi vaksin yang mampu melawan ancaman yang dibawa virus ini.
Justeru daripada kegusaran itu, banyak negara yang telah pun mengambil langkah-langkah pencegahan seperti melakukan proses nyah kuman, melaksanakan perintah berkurung dan sebagainya. Sugguhpun begitu, masih lagi ada segelintir masyarakat yang tidak memandang serius akan perkara ini.
Seorang bekas pesakit yang dijangkiti virus Covid-19 bernama zulafandiharis, ada berkongsikan pengalaman sebagai pesakit Covid-19 di akaun Twitter miliknya. Mungkin pengalaman yang dikongsikan oleh beliau ini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat berkenaan tahap keseriusan yang perlu ada dalam diri bagi mencegah penyakit ini daripada terkena kepada diri sendiri. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:
Pengalaman saya sebagai Positif COVID-19 Virus yang melanda seluruh dunia sehingga menjadi pandemic kepada semua orang. Kita tidak terkecuali bahkan semakin serius sehingga RMO dilancarkan. Disini saya akan share pengalaman sebagai pesakit COVID-19.
Saya didapati positif COVID19 bermula 9/3 dan terus dimasukkan ke HKL untuk rawatan selama 12 hari sehingga saya keluar hospital pada 20/3. Sebelum confirm positif memang saya sudah kuarantin dirumah 3 hari atas arahan KKM sendiri.
Isteri saya positif pada permulaannya menyebabkan saya sebagai contact rapat kepada isteri terus saya disahkan positif juga. Selepas disahkan positif, KKM akan hantar ambulans untuk dibawa ke hospital. Kami berdua ditempatkan di HKL, wad 28. Tapi kami tidak sebilik. Saya bilik 13, isteri bilik 14.
Saya dapat bilik 4 orang di sana. Sepanjang rawatan, kami menjadi sangat rapat sebab masing-masing motivate each others. Walaupun pelbagai latar belakang, tapi boleh bergurau untuk lupakan penyakit ni. Peranan roomate sangat penting untuk kita kekal positive untuk lawan virus ni.
Sebab saya berada 12 hari di hospital kerana COVID-19 ni tiada ubatnya. Dotor harapkan antibody kita sendiri yang melawan virus itu. Doktor hanya merawat symptoms sahaja seperti demam, batuk & sesak nafas. Saya melakukan 6x swab ujian saringan sepanjang 12 hari di ward.
Untuk keluar daripada hospital dan betul bebas daripada virus ini, saya perlu dapatkan result negatif untuk 2x berturut. Ada jer pesakit yang negatif kali pertama tetapi bertukar positif kali kedua pula. Ini semua bergantung pada diri sendiri. Sebab tu kami tidak boleh stress ketika fight virus ni.
Alhamdulillah dengan hikmah COVID-19 ni, saya belajar tentang erti bersyukur. Saya bersyukur anak saya negatif. Saya bersyukur ada orang boleh jaga anak sepanjang kami di hospital. Saya bersyukur ada jiran yang sanggup membantu membeli keperluan Harizan.
Saya bersyukur saya laki bini walaupun tidak bersama bilik di hospital, tapi bilik kami bersebelahan jer. Saya bersyukur ditemukan dengan roomate ward yang sangat supportive & positive. Hingga kami rapat menjadi kawan. Saya bersyukur tiada orang lain berjangkit daripada saya sendiri.
Saya bersyukur bertemu beberapa insan yang share experience suka duka sepanjang COVID-19 ni. Banyak saya belajar dengan insan-insan hebat ini. Saya bersyukur mendapat family yang supportive bantu meringkan beban kami di hospital.
Sini saya sertakan beberapa gambar sebagai kenangan. Saat pertama kali nak dapatkn ujian saringan untuk isteri yang menunjukkan symptoms. Symptoms ni berbeza untuk setiap orang. Isteri saya demam pada 3 hari pertama. Berlainan pula dengan saya yang tiada menunjukkan apa-apa symptoms Saat isteri membuatkan ujian saringan. Rupenya buat style drive-tru terus. Sangat bagus sebab proses ini tak lama. Dalam 10-15mins. Ketika ni saya belum ambil test sebab tiada direct contact dengan positif person so KKM memang tak amik test untuk saya. Selepas 2 hari ujian saringan, isteri POSITIVE COVID-19. Terus kami kemas rumah disinfect rumah cepat sebelum isteri saya dijemput dengan ambulans ke hospital. Tiada pilihan ketika ini memang kecoh dengan satu blok. Kami kekal bertenang untuk tidak menimbulkan panik kepada orang lain.

Saya terus dipanggil oleh KKM untuk buat ujian saringan kerana kami adalah contact rapat isteri sendiri. Saya pergi bersama anak & adik ipar yang kebetulan duduk dirumah kami bersama sejak seminggu kejadian ini. Muka nampak seperti ceria tapi dalam diri seperti panik kena kejar askar.

Ini saat saya pula naik ambulans untuk ke HKL selepas dapat panggilan saya POSITIVE COVID-19. Sebelum pergi tu, sempat berkata kepada anak “Umar (anak) duduk dengan Mak Lang (adir ipar) sampai mommy daddy balik yer. Daddy & mommy sakit pergi hospital jumpa doktor” Memang menangis saya otw keluar.
 
Ini saat saya pula naik ambulans utk ke HKL slps dpt panggilan saya POSITIVE COVID-19.
Sebelum pergi tu, sempat berkata kpd anak “Umar (anak) duduk dgn Mak Lang (adir ipar) sampai mommy daddy balik yer. Daddy & mommy sakit pergi hospital jumpa doc”
Mmg menangis saya otw keluar pic.twitter.com/kYAJ2IsdFF
— zulafandiharis (@ZulafandiHaris) March 23, 2020

Ini pintu masuk paling senang untuk ke wad isolasi COVID-19. Sama bangunan dengan wad diraja. Saya bilik 13 dan isteri bilik 14. Tak dapat jumpa, tapi tahu isteri selamat sekarang.

Makanan pertama saya bila check in kat wad di HKL. Kami diberi makan 4x sehari. Semua disediakan secara bungkus pakai buang. So rugi la kalau tak makan. Semua makan sedap & berkhasiat.

Ini suasana di bilik saya. Tenang jer.

Kekadang kami tak dapat bezakan antara Nurse, Doctors or Cleaners. Semua masuk mesti pakai full PPE mcm ni. Kesian diorang walaupun wad aircond, tetap berpeluh dan perlu pakai hampir 12jam sehari. Sekali dah buka PPE ni, memang terus buang even untuk ke toilet/solat. Hargai pengorbanan mereka.

Ini gambar selepas saya 10 hari di HKL. Salah seorang dari roomate dalam ward discharged haritu so ini gambar kenangan. Sangat bertuah dan bersyukur Allah tempatkan saya dengan mereka sepanjang proses rawatan di HKL. Dr kiri; Tuan Haji Yazid, Ezairi, Emie & Saya

Ini proses yang cleaners perlu buat bila ada seorang dah keluar dan ada pesakit lain nak masuk. Cepat-cepat diorang cuci katil even langsir pun digantikan. Cuci betul-betul sehingga besi katil pun disanitized dan locket tepi.
 
Ini proses yg cleaners perlu buat bila ada sorg dah keluar dan ada pesakit lain nk masuk. Cepat2 diorg cuci katil even langsir pun digantikan. Cuci betul2 sehingga besi katil pun disanitized dan locket tepi. pic.twitter.com/2PL268T11O
— zulafandiharis (@ZulafandiHaris) March 23, 2020

Ini pula cara kami diambil X-Ray. Pesakit tunggu je kat katil, petugas akan datang. Memang semua dilakukan dalam bilik dan kami memang tak boleh keluar bilik sepanjang rawatan.
 
Ini pula cara kami diambil X-Ray. Pesakit tunggu je kat katil, petugas akan dtg. Mmg semua dilakukan dlm bilik dan kami mmg tak boleh keluar bilik sepanjang rawatan. pic.twitter.com/4QUHBZ1OOJ
— zulafandiharis (@ZulafandiHaris) March 23, 2020

Pada hari ke 11 dan malam terakhir, saya dipindahkan ke Open Ward yang ada 30 pesakit penuh. Ketika ini terasa kurang selesa berada disini sebab bercampur dengan mereka yang masih positive juga. Memang susah nak tido malam tu dan terus berdoa agar dapat keluar cepat. Pada hari ke 12 akhirnya saya dapat kebenaran keluar. Wad ini yang saya duduk 11 hari 11 malam, alhamdulillah ini semua kenangan tidak dapat dilupakan. Ingatlah. Kami semua pesakit tidak minta penyakit ini. Kami anggap ini ujian kami. Tapi sebelum terjadi, lebih baik kita sediakan perlindungan kepada diri & keluarga juga. Saya Zulafandi Haris, sekarang saya NEGATIVE COVID-19. Selepas seminggu keluar hospital, kami perlu datang semula ke hospital untuk lakukan swab lagi sekali. Ini bagi memastikan kitorang bekas pesakit betul-betul negative sejak keluar juga. Minggu ke-2 pun kene datang lagi. Betul-betul ketat procedure yang diberikan oleh KKM untuk pesakit Covid-19 Untuk di HKL, semua pesakit COVID-19 akan lalu di laluan Wad Diraja. Ini untuk avoid dari orang awam di laluan utama hospital. Pihak hospital juga perlu minta kebenaran YDPA untuk menggunakan laluan ni khas untuk pesakit COVID-19. DAULAT TUANKU. Selfie selepas 2 minggu kuarantin di rumah. Walaupun dah keluar, tetap kena jalankan kuarantin di rumah pula dan follow up test pada hari ke 7 & 14. Terima kasih pada semua yang mendoakan kami sekeluarga. Sumber: zulafandiharis The post Bekas Pesakit Covid-19 Kongsikan Pengalaman Dan Keadaan Di Dalam Wad Kuarantin appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/04/05/bekas-pesakit-covid-19-kongsikan-pengalaman-dan-keadaan-di-dalam-wad-kuarantin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Allah Ganti Sedih Saya Dengan Berita Gembira Bekas Pesakit Covid 19 Derma Plasma Darah Untuk Bantu Rawatan

Allah Ganti Sedih Saya Dengan Berita Gembira Bekas Pesakit Covid 19 Derma Plasma Darah Untuk Bantu Rawatan

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 368 hits
TIADA yang lebih menggembirakan seorang bekas pesakit Covid 19 apabila mengetahui plasma darahnya boleh membantu merawat pesakit lain yang dijangkiti pandemik yang mencetuskan keresahan masyarakat di seluruh dunia Bagi Reza Huzairi Zainudin...
Orang Kampung Pandang Hina Wanita Kongsi Pengalaman Duka Sebagai Pesakit Covid 19

Orang Kampung Pandang Hina Wanita Kongsi Pengalaman Duka Sebagai Pesakit Covid 19

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 358 hits
Semoga diberikan kesembuhan buat ibunya small Cover image via Qalbie Ghani Facebook small Wabak Coronavirus Covid 19 telah menular ke seluruh dunia termasuk Malaysia Sehingga semalam di Malaysia sahaja negara sudah mencatatkan sebanyak 3116...
Wad Isolasi Icu Kkm Rawat Pesakit Positif Covid 19 Adalah Tempat Paling Selamat Kp Kesihatan

Wad Isolasi Icu Kkm Rawat Pesakit Positif Covid 19 Adalah Tempat Paling Selamat Kp Kesihatan

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 306 hits
KETUA Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata wad isolasi dan wad unit rawatan rapi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia yang merawat pesakit positif COVID 19 adalah tempat yang paling selamat Menurutnya daripada 181 kes...
Shah Rukh Khan Jadikan Pejabat Sebagai Tempat Kuarantin Pesakit Covid 19

Shah Rukh Khan Jadikan Pejabat Sebagai Tempat Kuarantin Pesakit Covid 19

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 199 hits
Siapa jer tak kenal pelakon popular Bollywood Shah Rukh Khan yang selalu menghiburkan korang semasa kecil kan Kalau korang nak tahu pemerintah di Kota Mumbai berterima kasih kepada Shah Rukh Khan dan isterinya kerana sanggup menjadikan peja...
Bekas Pesakit Covid 19 Kongsi Pengalaman Kepada Masyarakat

Bekas Pesakit Covid 19 Kongsi Pengalaman Kepada Masyarakat

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 230 hits
Astro AwaniRosli Dahlan 58 yang juga seorang peguam tidak pernah menyangka beliau dijangkiti COVID 19 KUALA LUMPUR Menjadi seorang pesakit COVID 19 sudah tentu satu pengalaman yang sukar untuk digambarkan lebih lebih lagi sehingga kini belu...
Pm Bangga Bekas Pesakit Covid 19 Tampil Bantu Pesakit Lain

Pm Bangga Bekas Pesakit Covid 19 Tampil Bantu Pesakit Lain

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 160 hits
Ahli lembaga UDA Holdings Berhad Rosli Dahlan yang dikenali sebagai pesakit 33 Covid 19 menyerahkan sumbangan sebanyak RM150 000 kepada kerajaan sebagai bantuan kepada keluarga mangsa wabak berkenaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang me...
Kipas Dibuka Sepanjang Masa Jururawat Dedahkan Keadaan Sebenar Dalam Wad Kuarantin

Kipas Dibuka Sepanjang Masa Jururawat Dedahkan Keadaan Sebenar Dalam Wad Kuarantin

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 242 hits
Baru baru ini telah tular isu yang menyatakan bahawa kipas serta aircond tidak boleh dipasang kerana virus Covid 19 akan menjadi lemah kerana persekitaran yang panas Sungguhpun begitu seorang jururawat KKM yang bertugas di salah satu hospit...
Pengalaman Di Wad Isolasi Dan Bebas Dari Virus Covid 19

Pengalaman Di Wad Isolasi Dan Bebas Dari Virus Covid 19

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 303 hits
PENGALAMAN DI WAD ISOLASI DAN BEBAS VIRUS COVID 19 Assalammualaikum dan salam sejahtera Rasanya harini baru Cikza berkesempatan untuk membuat perkongsian tentang pengalaman Cikza ketika di Isolasi Hospital Ampang Kalau dengar je COVID 19 pa...
Bekas Pesakit Covid 19 Derma Darah Plasma Untuk Rawat Pesakit Lain

Bekas Pesakit Covid 19 Derma Darah Plasma Untuk Rawat Pesakit Lain

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 295 hits
April 7 2020 8 00 AMReza Huzairi ketika menjalani proses pendermaan plasma darah pada 2 April lalu di Pusat Darah Negara Walaupun vaksin Covid 19 masih lagi dalam kajian para saintis namun ada berita gembira menanti semua rakyat Malaysia bu...
Lokman Adam Jawab Hilman Berhubung Pembiayaan Swasta Semasa Lawatan Pm Ke Luar Negara

The Youth Who Could See The Wind En Magisk Resa Genom Frankrikes 17 E Hundrade

Bagi Yang Tak Faham Matematik Pengiraan Perjalanan Pmx

The Escape Machine A Mercedes Inspired Bmw R100r From Brooklyn

12 Perkataan Baharu Yang Dimasukkan Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka

Lirik Lagu Kamu Tak Sendiri Jemimah Cita

Trump S Victory Shows Power Of Greed And The Ultra Rich

Selamat Tahun Baru 2025 Contoh Ucapan Kata Motivasi


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Dr Rozmey Jual Ferrari Rm80 000 Cerita Ditipu Rakan

Tahukah Anda Fasal Delta Airlines

Kek Batik Malt Coklat

11 Istilah Dalam Perpajakan Penjelasan Definisi Beserta Rumus Dan Cara Perhitungannya

The Science Behind Hemp Oil Gummies And Their Health Benefits

Royalti Minyak Samsuri Pas Terus Kekal Dengan Politik Bebalkan Rakyat