Bekas Pesakit Covid 19 Derma Darah Plasma Untuk Rawat Pesakit Lain




Fazreen Kamal -April 7, 2020 8:00 AMReza Huzairi ketika menjalani proses pendermaan plasma darah pada 2 April lalu di Pusat Darah Negara. (Gambar Facebook)Walaupun vaksin Covid-19 masih lagi dalam kajian para saintis, namun ada berita gembira menanti semua rakyat Malaysia buat ketika ini.Menurut perkongsian Reza Huzairi Zainudin menerusi Facebook yang juga bekas pesakit Covid-19 memaklumkan menderma plasma darahnya dalam membantu rawatan pesakit Covid-19 yang lain
Tiada yang lebih menggembirakan buat dirinya apabila mengetahui plasma darahnya boleh membantu merawat pesakit lain yang dijangkiti pandemik yang mencetuskan keresahan masyarakat di seluruh dunia
Plasma darah lelaki yang berusia 41 tahun ini didapati cukup sihat dan sesuai untuk membantu pesakit yang kritikal setelah memenuhi semua kriteria yang diperlukan untuk menderma
Dia telah menjalani proses pendermaan plasma darah pada 2 April lalu di Pusat Darah Negara
Menurut beliau, dengan berat badannya 65kg, hanya 500ml plasma darahnya boleh diambil pada satu-satu masa, namun ia boleh digunakan untuk membantu rawatan beberapa orang pesakit
Justeru, beliau merancang untuk kembali menderma dalam tempoh 2 minggu akan datang selagi dibenarkan oleh doktor supaya lebih ramai pesakit mendapat manfaat
Namun, mengikut pakar kesihatan, bukan semua bekas pesakit wabak ini boleh mendermakan plasma darah mereka kerana penderma harus berada dalam kesihatan yang optimum dengan tidak menghidapi sebarang penyakit kronik dan tidak mengambil ubat pada jangka masa panjang
Reza berkongsi pengalamannya ketika menjalani kuarantin di wad isolasi Hospital Sungai Buloh selepas disahkan positif Covid-19. (Gambar Facebook)Reza Huzairi berkata plasma darah yang didermakan itu akan dijadikan serum untuk dimasukkan ke dalam darah pesakit Covid-19 yang kritikal bagi membantu mereka melawan virus maut berkenaan
Bagaimanapun, beliau dimaklumkan bahawa kesan optimum diperoleh apabila ia digunakan oleh orang yang mempunyai jenis darah sama dengannya
Oleh sebab itu, beliau berharap lebih ramai bekas pesakit Covid-19 yang sihat tampil untuk menderma plasma darah mereka bagi membantu merawat pesakit yang sedang berjuang melawan virus itu
Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan beberapa pesakit yang sudah pulih sudi membantu dengan menyumbang darah untuk kajian penyelidikan wabak terbabit
Katanya, terdapat beberapa kes pesakit yang sudah sembuh dan dibenarkan pulang ingin menyumbang bagi tujuan itu, namun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membuat saringan terlebih dahulu sama ada terdapat jangkitan kuman lain seperti Hepatitis C dan sebagainya
Berkongsi mengenai jangkitan wabak itu, Reza Huzairi yang juga pesakit kes ke-46 berkata beliau dijangkiti virus Covid-19 ketika gelombang kedua
Naib Presiden Kanan, Modal Insan Kumpulan UDA Holdings Berhad itu berkata, pengalaman ditempatkan di dalam wad isolasi Hospital Sungai Buloh (HSB) tidak akan dilupakan seumur hidupnya apabila dikunci 24 jam selama 11 hari tanpa boleh bertemu isteri dan tiga anak lelakinya
“Tidak pernah saya membayangkan saya akan berada di dalam situasi itu. Perasaan tertekan itu bukan main-main …dalam resah memikirkan diri sendiri, saya juga resah memikirkan tentang isteri dan anak-anak di rumah
“Juga kepada semua staf saya …bimbang jika virus yang ada pada saya ini menjangkiti mereka pula. Saya hanya bergantung kepada Allah SWT ketika itu,” katanya menerusi postingnyaReza Huzairi berkata, selama tempoh 11 hari “terkurung” itu, beliau tetap meneruskan kerja pejabat seperti biasa walaupun berada di dalam wad agar perasaan tertekan itu tidak terus menyelubungi dirinya
“Pesakit perlu bersemangat dan fokus untuk cepat pulih walaupun sesekali tubuh saya terasa amat letih kerana antibodi sedang bekerja. Jika itu terjadi, saya perlu berehat. Alhamdulillah kesihatan saya okay dan tidak mempunyai simptom yang teruk,” katanya
Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada warga KKM khususnya doktor, jururawat dan petugas kesihatan di HSB, Reza Huzairi berpesan kepada rakyat Malaysia supaya bersabar dalam keadaan sekarang dan mengingatkan agar semua mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
“Tidak perlu keluar dari rumah jika tiada keperluan yang amat penting. Kita sebagai rakyat Malaysia pasti boleh melakukannya,” katanya
Sehingga kini postingnya mendapat 15,000 perkongsian dan mendapat pujian daripada netizen kerana kesudiannya membantu pesakit Covid-19 yang lain


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/04/bekas-pesakit-covid-19-derma-darah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekas Pesakit Bangga Derma Plasma Rawat Covid 19

Bekas Pesakit Bangga Derma Plasma Rawat Covid 19

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 231 hits
Diterbitkan Hari ini 1 36 pmBekas pesakit Covid 19 Chester Chang Chin Nam menderma plasma darah untuk dijadikan serum Ada hikmah di sebalik wabak ini walaupun diuji dengan Covid 19 sebelum ini namun saya bersyukur dapat menyumbang untuk mer...
Allah Ganti Sedih Saya Dengan Berita Gembira Bekas Pesakit Covid 19 Derma Plasma Darah Untuk Bantu Rawatan

Allah Ganti Sedih Saya Dengan Berita Gembira Bekas Pesakit Covid 19 Derma Plasma Darah Untuk Bantu Rawatan

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 374 hits
TIADA yang lebih menggembirakan seorang bekas pesakit Covid 19 apabila mengetahui plasma darahnya boleh membantu merawat pesakit lain yang dijangkiti pandemik yang mencetuskan keresahan masyarakat di seluruh dunia Bagi Reza Huzairi Zainudin...
Pm Bangga Bekas Pesakit Covid 19 Tampil Bantu Pesakit Lain

Pm Bangga Bekas Pesakit Covid 19 Tampil Bantu Pesakit Lain

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 161 hits
Ahli lembaga UDA Holdings Berhad Rosli Dahlan yang dikenali sebagai pesakit 33 Covid 19 menyerahkan sumbangan sebanyak RM150 000 kepada kerajaan sebagai bantuan kepada keluarga mangsa wabak berkenaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang me...
Harapan Baharu Plasma Darah Pesakit Pulih Selamatkan Mangsa Covid 19

Harapan Baharu Plasma Darah Pesakit Pulih Selamatkan Mangsa Covid 19

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 234 hits
Dr Jeffery Henderson Profesor Perubatan dan Mikrobiologi Molekul di Washington Universiti Perubatan di Saint Louis Amerika Syarikat mengaku teknik transfusi plasma darah berjaya digunakan sewaktu pandemik selesema 1918 Pandemik ketika itu d...
Bekas Ratu Cantik Jadi Doktor Rawat Covid 19 Turut Beri Bantuan Guna Duit Sendiri

Bekas Ratu Cantik Jadi Doktor Rawat Covid 19 Turut Beri Bantuan Guna Duit Sendiri

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 348 hits
Gelaran peserta Miss World Malaysia 2019 nbsp yang disandang oleh Dr Nisha Thayananthan sememangnya layak diterima berikutan baktinya ketika ini apabila menjadi salah seorang frontliner yang bertugas melawan Covid 19 di Hospital Putrajaya D...
Wad Isolasi Icu Kkm Rawat Pesakit Positif Covid 19 Adalah Tempat Paling Selamat Kp Kesihatan

Wad Isolasi Icu Kkm Rawat Pesakit Positif Covid 19 Adalah Tempat Paling Selamat Kp Kesihatan

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 311 hits
KETUA Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata wad isolasi dan wad unit rawatan rapi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia yang merawat pesakit positif COVID 19 adalah tempat yang paling selamat Menurutnya daripada 181 kes...
Bekas Pesakit Covid 19 Kongsikan Pengalaman Dan Keadaan Di Dalam Wad Kuarantin

Bekas Pesakit Covid 19 Kongsikan Pengalaman Dan Keadaan Di Dalam Wad Kuarantin

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 346 hits
Umum telah mengetahui bahawa dunia kini sedang dilanda dengan wabak pandemik Covid 19 Tiap tiap hari ada saja kes serta angka kematian yang dicatatkan di seluruh dunia meningkat Virus ini bukanlah sesuatu yang perlu dipandang ringan kerana ...
Lebih 100 Bekas Pesakit Covid 19 Di Korea Selatan Dilaporkan Positif Semula

Lebih 100 Bekas Pesakit Covid 19 Di Korea Selatan Dilaporkan Positif Semula

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 284 hits
Korea Selatan pada hari ini melaporkan bahawa sekurang kurangnya 116 orang yang disahkan bebas daripada virus Covid 19 sebelum ini didakwa telah diuji positif semula lapor Daily Mail Korea Selatan pada Isnin baru sahaja melaporkan bahawa te...
Covid 19 Akibat Pesakit Berbohong 21 Doktor Di Filipina Maut

Covid 19 Akibat Pesakit Berbohong 21 Doktor Di Filipina Maut

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 358 hits
ANKARA 14 Syaaban 1441H Rabu Sekurang kurangnya 21 doktor meninggal dunia di Filipina akibat COVID 19 lapor agensi berita Anadolu memetik media tempatan Negara itu melaporkan 177 kematian dengan kes positif sebanyak 3 764 Kematian doktor it...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game

Penganjur Tarian Wanita Mencolok Mata Boleh Berdepan Tindakan

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Malaysia Kongsi Kepakaran Nuklear Sempena Kepengerusian Asean 2025