Bekas Pegawai Bank Diarah Mudahkan Deposit Ke Akaun Najib


KUALA LUMPUR, 4 FEB: Bekas Pengurus Perhubungan AmBank Krystle Yap Wy Sze memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau telah beberapa kali diarahkan untuk bertemu dengan sekutu Jho Low atau Low Taek Jho (ahli perniagaan dalam buruan) iaitu Kee Kok Thiam untuk memudahkan deposit wang tunai ke pelbagai akaun milik Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2014 dan 2015.
Bagaimanapun, Yap, 34, berkata beliau tidak tahu cara yang digunakan Kee untuk memudahkan deposit itu.
“Saya hanya mengikut arahan (Joanna) Yu untuk mempercepatkan urusan Kee dengan bank itu. Saya hanya mengaturkan seorang kakitangan cawangan untuk melayan beliau dengan segera. Senang cakap, pada asasnya saya hanya mengaturkan untuk beliau ‘memotong barisan’,” kata saksi kedua pembelaan semasa pemeriksaan utama oleh peguam Najib, Farhan Read.
Yap turut mengesahkan bahawa beliau bersama-sama dua lagi pengurus perhubungan Ambank yang lebih kanan iaitu Yu dan Daniel Lee telah mengendali akaun 694, 880, 906 dan 898 milik Najib serta akaun SRC International Sdn Bhd.
Akaun 906 dan 898 membentuk inti pati penting dalam tujuh pertuduhan yang dihadapi Najib iaitu penyalahgunaan kuasa, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram membabitkan dana RM42 juta milik SRC International.
Yap juga memberitahu mahkamah bahawa seorang pegawai dari jabatan pematuhan bank itu telah meminta salinan ‘surat hadiah’ yang diterima oleh Yu berhubung beberapa deposit masuk asing yang dibuat ke akaun Najib.
Farhan kemudian merujuk saksi itu kepada beberapa dokumen dan Yap berkata ia adalah surat yang diberikan Yu kepadanya untuk disimpan pada 2015.
“Saya difahamkan bahawa kesemua ini adalah dokumen sokongan bagi kiriman wang masuk ke akaun Najib dari 2011 hingga 2014,” katanya.
Surat sokongan itu adalah bagi kiriman wang masuk ke akaun-akaun 694, 906, 898 dan 880 dari 2011 hingga 2014.
Farhan: Dalam pengetahuan awak, adakah mana-mana dana yang masuk ini telah ditandakan sebagai transaksi yang mencurigakan?
Yap: Tidak kerana ia diiringi dokumen sokongan.
Sebelum prosiding hari ini berakhir, seorang lagi peguam Najib iaitu Harvinderjit Singh telah memaklumkan mahkamah bahawa bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan di Kementerian Kewangan Malaysia, Tan Sri Dr Mohd Irwan Siregar Abdullah, akan memberi keterangan sebagai saksi ketiga pembelaan esok.
Najib sedang membela diri terhadap tujuh pertuduhan menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd sebanyak RM42 juta, yang terdiri daripada tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalah guna kuasa membabitkan dana SRC.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung esok.
– BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/02/bekas-pegawai-bank-diarah-mudahkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekas Duta Besar Malaysia Ke Arab Saudi Akui Raja Abdullah Beri Bantuan Kewangan Kepada Najib Razak

Bekas Duta Besar Malaysia Ke Arab Saudi Akui Raja Abdullah Beri Bantuan Kewangan Kepada Najib Razak

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 478 hits
Oleh RF LiasSesi dimulakan dengan keterangan saksi pembelaan Datuk Profesor Syed Umar Al Saggaf bekas Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Menarik keterangan saksi hari ini berkaitan mesyuarat Januari 2010 antara Raja Abdullah dan DS Najib Raz...
Rugikan Rp4 1 M 4 Pegawai Bank Ntt Terlibat Kredit Tanpa Agunan Ditahan

Rugikan Rp4 1 M 4 Pegawai Bank Ntt Terlibat Kredit Tanpa Agunan Ditahan

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 190 hits
Kepala Seksi Pidana Khusus Kejari Kota Kupang Januaris Boli Tobing mengatakan keempat tersangka yang ditahan itu adalah Bonefasius Ola Masan Yohana Bai Lao Johan Gebu dan Yohanes Agus alias Tejo
Template Akaun Bank Untuk Peniaga Online

Template Akaun Bank Untuk Peniaga Online

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 5551 hits
Assalamualaikum Hi Semua Template Akaun Bank Untuk Peniaga Online Khas buat peniaga peniaga online dekat luar sana Hari ini Nadhie nak kongsikan template template akaun bank untuk korang gunakan dan berikan pada Buyer Bila dah ada ni boleh ...
Janji Bantuan Kewangan Pada Najib Untuk Pru13 Daripada Bekas Raja Arab Saudi

Janji Bantuan Kewangan Pada Najib Untuk Pru13 Daripada Bekas Raja Arab Saudi

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 404 hits
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Bekas Raja Arab Saudi Raja Abdullah menjanjikan bantuan kewangan kepada Perdana Menteri Najib Razak bagi membiayai Pilihan Raya Umum Bekas duta besar Malaysia ke Arab Saudi Syed Omar Syed Mohammad Al Saggaf...
Hackers To Najib We Are Not Stupid If You Think You Can Hide The Truth You Are Wrong

Hackers To Najib We Are Not Stupid If You Think You Can Hide The Truth You Are Wrong

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 499 hits
On 4 April Deputy Finance Ministers Ahmad Maslan s website was vandalised by hackers with a complaint letter directed to Prime Minister Najib img alt B82b614bb17a7dd03d47156248694e8e src https says connect production s3 amazonaws com avatar...
Kenapa Dr Mahathir Letakkan Syarat Tanpa Ds Najib Dalam Pakatan Nasional

Kenapa Dr Mahathir Letakkan Syarat Tanpa Ds Najib Dalam Pakatan Nasional

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 816 hits
Sudah terang lagi bersuloh Kerajaan Pakatan Harapan akan jadi kerajaan sepenggal Daim akui Lim Kit Siang akui Malah Dr Mahathir pun akui Dr Mahathir tahu Muafakat Nasional akan menang sekiranya PRU 15 diadakan Dia tahu lepas dia mati PPBM p...
Najib Rosmah Mungkin Dipaksa Beri Keterangan Kpn

Najib Rosmah Mungkin Dipaksa Beri Keterangan Kpn

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 341 hits
Amir Mamat POLIS tidak menolak kemungkinan akan memaksa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi keterangan berhubung pendedahan sembilan set rakaman perbualan membabitkan beberapa individu berprofil tinggi oleh Ketua Pesuruhjay...
Police May Compel Najib Rosmah To Give Statement On Wiretapped Calls

Police May Compel Najib Rosmah To Give Statement On Wiretapped Calls

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 338 hits
Inspector General of Police Abdul Hamid Bador would not rule out compelling former prime minister Najib Abdul Razak and his wife Rosmah Mansor to give a statement regarding a series of recorded phone calls released by the MACC last month Al...
Kuala Lumpur Dalam Kenanganku

Menteri Kpkt Kata Lain Tapi Penguatkuasa Buat Lain

Turun Anwar Rally Police Nab Chegubard For Sedition Probe

Water Samples From Sungai Ketil Sent To Chemistry Dept Following Fish Kill Incident

Rahsia Tulang Si Kecil

Udang Kara Air Tawar Mengancam Ekosistem Habitat Asal

Akan Turun Lebih Besar

Imigresen Tumpas Aktiviti Pengurup Wang Didalangi Warga Asing


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Roti Sunshine Hokkaido Milk Yang Gebu Lembut Dan Sedap

Resipi Ayam Ros Wajib Cuba Mewah Rasa Pedas Manis Wangi

Tapi Aku

Masa Depan Bitcoin Boleh Diramal Bitcoin Dicirikan Oleh Volatiliti Rendah Dalam Perdagangan Yang Suram

Minuman Probiotik Contoh Minuman Manfaatnya

Mygov Malaysia Aplikasi Pusat Sehenti Perkhidmatan Kerajaan