Bekas Naib Ketua Amk Umum Hasrat Sertai Bersatu

Bekas Naib Ketua Pemuda (AMK) PKR yang dipecat April lalu, Mohd Nazree Mohd Yunus, mengumumkan akan menyertai Bersatu. 
Pengerusi  Penggerak Komuniti Negara Negeri Sembilan itu berkata, keputusan  tersebut diambil setelah mengadakan perbincangan dengan “pemimpin  senior” serta penaung Penggerak Komuniti Negara, Mohamed Azmin Ali dan  Zuraida Kamaruddin.
Katanya, dia juga telah berbincang dengan  Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sembilan, Eddin Syazlee Shith  mengenai hal itu, dan memaklumkan segala proses biasa pendaftaran ahli  akan dilakukan mengikut aturan perlembagaan Bersatu.
“Maka saya dengan ini mengumumkan hasrat untuk menyertai Bersatu sebagai ahlinya.
“Saya  dengan ini juga, menyeru seluruh anggota Penggerak Komuniti Negara  Negeri Sembilan untuk bersama-sama menyertai Bersatu di Negeri Sembilan  bagi mengukuhkan perjuangan demi rakyat melalui Perikatan Nasional (PN)  di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin di peringkat  persekutuan dan juga termasuk di Negeri Sembilan.
“Moga ketetapan politik ini mendapat taufik dan hidayah daripada-Nya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 
Nazree  ketika bersama PKR merupakan penyokong kuat bekas timbalan ketua AMK  Hilman Idham yang juga setiausaha politik kepada Azmin.
Dia menerima surat pemecatan daripada parti itu pada April lalu, bersama ratusan ahli yang lain.
Pemecatan tersebut dibuat atas alasan dia bersekutu dengan Azmin yang sebelum itu merupakan bekas timbalan presiden PKR. 
Azmin didakwa mendalangi Langkah Sheraton sehingga membawa kepada tumbangnya kerajaan PH pada penghujung Februari lalu.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
 ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
  
  
  


 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://www.mindarakyat.net/2020/11/bekas-naib-ketua-amk-umum-hasrat-sertai.html