Kemasukan Bekas Pemimpin Umno Beri Kelebihan Undi Melayu Kepada Bersatu


KUALA LUMPUR: Kemasukan bekas Ahli Parlimen UMNO dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan mengukuhkan lagi kedudukan parti itu di kawasan luar bandar.
Perkara itu ditegaskan Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang percaya Ahli Parlimen berkenaan mempunyai sokongan yang kuat di akar umbi di kawasan luar bandar yang sudah tentu memberi kelebihan dalam meraih sokongan undi Melayu.
Katanya, apabila BERSATU mendapat tempat di hati orang Melayu, maka parti akan menjadi lebih kuat dan ia akan mengukuhkan kedudukan Pakatan Harapan (PH) di kawasan berkenaan.
“Sebagai mana yang diketahui, pada pilihan raya yang lalu, UMNO masih menjadi parti yang popular di ‘mata’ pengundi Melayu. UMNO menjadi parti yang istimewa bagi sesetengah orang Melayu, tetapi ada yang kecewa dengan perkembangan semasanya.
“Maka, jika BERSATU mendapat tempat di hati orang Melayu, maka parti ini akan menjadi kuat dan ini akan mengukuhkan kedudukan dalam PH.
“Jika kita menolak mereka ini, ia akan memberi kesan kepada undi dan sokongan kepada BERSATU. Mereka ini boleh menambahkan undi kepada kita. Kita mahukan undi mereka ini untuk mengukuhkan kedudukan BERSATU dan PH,” katanya dalam sesi wawancara bersama Editor Kanan media tempatan, semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas desakan parti komponen dalam PH supaya BERSATU tidak menerima pemimpin UMNO yang ingin menyertai parti berkenaan.
Sebelum ini, dilaporkan Setiausaha DAP Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew, mengingatkan Dr Mahathir selaku Perdana Menteri supaya tidak mengambil pemimpin ‘katak’ merujuk kepada ahli UMNO Sabah yang keluar parti untuk menyertai BERSATU.
Tian Khiew juga membangkitkan bahawa beliau pernah mendengar Dr Mahathir menggelar pemimpin UMNO sebagai ‘tidak berguna’ dan ‘sampah’ sewaktu pertemuannya dengan beberapa aktivis serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebelum ini.
Rabu lalu, UMNO Sabah lumpuh apabila Pengerusinya, Datuk Hajiji Mohd Noor, bersama 13 wakil rakyat dan 21 ketua Bahagian meninggalkan parti itu dan mengisytiharkan menjadi wakil rakyat Bebas.
Sehari selepas itu enam lagi Ahli Parlimen UMNO mengumumkan keluar parti. Mereka adalah Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid; Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (Mersing); Datuk Shabudin Yahaya (Tasik Gelugor); Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam), Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah) dan Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Turut dilaporkan menyertai BERSATU, veteran UMNO, Tan Sri Radzi Sheikh Ahmad dan Tan Sri Rahim Tamby Chik.
Mengulas mengenai kebimbangan pemimpin parti komponen PH dengan perkembangan terbaru itu yang menyebabkan UMNO bakal mengambil alih kepemimpinan BERSATU, Dr Mahathir berkata, beliau memberi jaminan UMNO tidak akan sama sekali mengambil alih kedudukan BERSATU atau parti lain dalam PH.
“Kami bukannya secara mudah mahu mengambil pemimpin UMNO. Kami bukannya mengambil pemimpin UMNO secara semberono.
“Ini kerana tiada tempat diberikan kepada kepemimpinan UMNO yang ada kes di mahkamah; menjadi penyokong tegar Najib dan mereka yang pernah menyumpah seranah pemimpin BERSATU dan PH termasuk yang melabelkan saya dengan pelbagai gelaran. Ini bermakna bukan sesiapa saja bebas untuk menyertai BERSATU,” katanya.
Beliau menjelaskan beberapa syarat perlu dipatuhi sebelum Ahli Parlimen UMNO diterima masuk dalam BERSATU seperti perlu meninggalkan UMNO dan menjadi ahli bebas terlebih dulu serta perlu menunjukkan sokongan kepada kerajaan PH.
“BERSATU akan menilai sikap ahli Parlimen ini sebelum diterima masuk ke dalam BERSATU. Satu lagi syarat, mereka yang menyertai BERSATU tidak akan diberikan apa-apa jawatan dalam parti.
“Pada masa depan, mereka boleh bertanding merebut jawatan tetapi pada masa ini, mereka tidak sama sekali akan diberikan sebarang jawatan yang ada dalam parti, ketika ini termasuk menggantikan pemimpin sedia ada dalam parti. Mereka boleh menyertai BERSATU sebagai ahli biasa, tanpa memegang apa-apa jawatan,” katanya.
Dr Mahathir turut mengingatkan supaya tidak semua ahli UMNO dipersalahkan atas kesalahan yang dilakukan kepemimpinan parti itu.
“Ini kerana ada antara mereka yang komited kepada perjuangan parti dan mereka ini hanya menjadi pengikut, kepemimpinan parti yang menentukan hala tuju parti. Sebagai pengikut parti, mereka tidak terbabit langsung dalam membuat formula dan dasar berkaitan parti. Mereka ini orang biasa yang terpilih menjadi calon dan terpilih serta menang pilihan raya.
“Sekarang mereka sudah melihat ada tuduhan yang berat ke atas Najib (Datuk Seri Najib Razak), mereka nampak UMNO bukan lagi parti seperti dulu dan tidak lagi berjuang dalam landasan perjuangan asalnya, jadi mereka memutuskan untuk keluar parti.
“Ada antara mereka ini masih berminat terbabit dalam politik, maka mereka mahu menyertai BERSATU tetapi menyatakan enggan memegang apa-apa jawatan dalam parti termasuk dipilih sebagai calon pada pilihan raya akan datang,” katanya.
Mengulas mengenai kebimbangan kemasukan pemimpin UMNO ke dalam BERSATU satu perkembangan yang tidak sihat untuk parti, katanya kebanyakan yang mahu menyertai BERSATU bukan hanya dalam kalangan pemimpin UMNO.
“Ada dalam kalangan mereka ini hanya pengikut saja, jika ada pemimpin pun hanya satu dua orang saja. Pemimpin UMNO yang mahu menyertai BERSATU tidak mudah mempengaruhi cara parti ini.
“Kebanyakan pemimpin yang ada dalam BERSATU hari ini, pernah juga menjadi pemimpin dalam UMNO, namun mereka ini mempunyai pemikiran mereka sendiri dan mereka tidak akan mudah terpengaruh dengan cara UMNO ini,” katanya.
The post Kemasukan Bekas Pemimpin UMNO Beri Kelebihan Undi Melayu Kepada BERSATU appeared first on MySuara.Net.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mysuara.net/berita/kemasukan-bekas-pemimpin-umno-beri-kelebihan-undi-melayu-kepada-bersatu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Pakatan Semakin Seriau Dengan Kemasukan Beramai Ramai Mp Umno Menyertai Bersatu

Pemimpin Pakatan Semakin Seriau Dengan Kemasukan Beramai Ramai Mp Umno Menyertai Bersatu

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 485 hits
Politik ini jalan cerita dia perlu kejam penting diri jangan sesekali buat baik dengan salah orang berhati hati jangan gelojoh tunjuk baik walau diri bukannya baik Banyak lagi perangai orang politik Gaya perlu ada strategi pun perlu ada Dah...
Bekas Su Umno Tan Sri Radzi Sheikh Ahmad Sertai Bersatu

Bekas Su Umno Tan Sri Radzi Sheikh Ahmad Sertai Bersatu

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 351 hits
KANGAR 13 Dis Bekas Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Radzi Sheikh Ahmad menjadi tokoh politik terbaharu parti itu yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia Penyertaan bekas Ahli Parlimen Kangar itu disahkan oleh Setiausaha Bersatu negeri W...
Pkr Tutup Pintu Untuk Bekas Pemimpin Umno Anwar

Pkr Tutup Pintu Untuk Bekas Pemimpin Umno Anwar

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 280 hits
KUALA LUMPUR PKR tidak akan mempertimbangkan untuk menerima bekas pemimpin UMNO untuk menyertai parti itu walaupun sudah ada permintaan daripada beberapa pemimpin parti berkenaan Presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata PKR kini memberi...
Hasrat Rakyat Dikhianati Jika Terus Terima Bekas Pemimpin Umno

Hasrat Rakyat Dikhianati Jika Terus Terima Bekas Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 338 hits
Pada 14 Disember 2018oleh PentadbirTindakan menerima bekas pemimpin UMNO menyertai komponen Pakatan Harapan akan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap komitmen gabungan parti pemerintah itu untuk melaksanakan agenda reformasi dan perubahan ...
Bersatu Bukan Tempat Berlindung Bekas Umno Dari Disiasat Polis Sprm

Bersatu Bukan Tempat Berlindung Bekas Umno Dari Disiasat Polis Sprm

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 308 hits
Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Mukhriz Dr Mahathir hari ini menafikan parti itu dalam usaha mengukuhkan kedudukan menerusi penyertaan anggota Parlimen daripada Umno Beliau berkata sebaliknya tindakan itu adalah selaras den...
Bekas Umno Masuk Pakatan Boleh Lancarkan Gubal Pinda Akta Kata Bersatu

Bekas Umno Masuk Pakatan Boleh Lancarkan Gubal Pinda Akta Kata Bersatu

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 307 hits
Bekas Umno masuk Pakatan boleh lancarkan gubal pinda akta kata Bersatu Dikemas kini 37 minit yang lalu middot Diterbitkan p
Mat Sabu Amanah Sedia Terima Bekas Pemimpin Umno Sabah

Mat Sabu Amanah Sedia Terima Bekas Pemimpin Umno Sabah

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 430 hits
DENYUT REFORMASIIPOH Parti Amanah Negara sedia menerima mana mana ahli parlimen Sabah yang keluar Umno baru baru ini walau ada desas desus mereka akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau PKR Presiden Mohamad Sabu berkata parti itu...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching