Bekas Klien Akhirnya Tampil Dedah Sikap Sebenar Doula Kontroversi Kecewa Sangat Apabila Dihina




SEBELUM ini hangat isu doula bertikam lidah dengan netizen dan doktor berhubung kepercayaan kaedah perubatan yang kononnya bersalin di rumah lebih selamat berbanding di hospital.

Tidak habis perang mulut antara doula dan netizen, kali ini seorang bekas klien doula kontroversi itu mendakwa dirinya turut terpalit dengan isu sama.

Ia berikutan tindakan bekas klien tersebut yang juga seorang ahli perniagaan berkongsi pengalaman pernah berurusan dengan doula berkenaan dengan mendedahkan dia pernah membuat bayaran ribuan ringgit untuk caj perkhidmatannya sekitar empat tahun lalu.

Hal ini timbul gara-gara tindakan doula terbabit yang memberitahu dia menawarkan khidmat sebagai peneman ibu bersalin tanpa sebarang bayaran semasa bersiaran langsung dalam sebuah program bual bicara stesen televisyen tempatan, Jumaat malam lalu.

Bekas klien tersebut, Noor Inora Putri Noorzainy memberitahu kenyataan doula bebas berkenaan, Hayati Muzaffar yang dikenali sebagai Kak Yat amat berbeza dan mengelirukan.

"Kalau dia cakap percuma bagi saya itu tak betul... dia tak patut tipulah. Saya tak pasti jika dia buat percuma baru-baru ini, tapi masa saya mengandungkan anak pertama empat tahun lalu kami dikenakan bayaran untuk mengikuti kelasnya.

"Orang keliru sebab ada yang DM saya kenapa caj sampai beribu. Mereka tak percaya tapi sebenarnya kalau kelas yang ramai-ramai pun dah caj RM500. Saya beritahu kami pilih kelas peribadi, suruh dia (Kak Yat) datang rumah. Jadi kami bayar hampir RM2,000," katanya.




Bagaimanapun Noor Inora atau lebih mesra disapa Nora memberitahu dia tidak meneruskan kelas bersama doula tersebut kerana merasakan 'ada sesuatu yang tidak kena'.

"Saya dan suami sebenarnya mahu belajar teknik bersalin tanpa sakit (hypnobirthing), lebih kepada teknik meneran... teknik bernafas semasa hendak bersalin bukan nak ambil doula.

"Masa kelas pertama tu dia tak ajar teknik bernafas tapi cara ketika hendak bersalin (duduk... kangkang seperti ditunjukkan dalam TV semasa live). Jadi kami rasa pelik dan tidak selesa.

"Pada masa sama dia juga tunjuk video adik dia bersalin dekat rumah. Kami tengok video tu pun takut. Bila dia balik je saya cakap kat suami Ya Allah apa kita belajar ni. Dari situ saya tak teruskan kelas dengan dia dah," katanya kepada mStar Online.

Nora berkata, dia sekadar berkongsi pengalamannya dengan pengikutnya di Instagram memandangkan isu doula menjadi topik hangat program bual bicara di sebuah stesen televisyen.

"Kalau ada yang dah lama 'follow' saya dekat IG mesti anda dah tahu saya memang suka kongsi pengalaman berkaitan apa sahaja.

"Sebenarnya kapsyen Nora berkaitan doula dah pernah ada dekat Facebook setahun ke dua tahun lepas jadi saya copy paste semula. Tapi tak sangka viral dan netizen buat paparan skrin masuk page di Facebook," katanya.



Nora bagaimanapun berkata dia sebenarnya enggan memanjangkan hal tersebut tetapi terpaksa mempertahankan dirinya selepas doula terbabit berkata sesuatu tidak baik mengenai dirinya.

"Ingatkan dah habis kat situ tapi jadi lebih teruk. Ada seseorang screenshot dan kongsi pengalaman saya dekat 'alumni' kumpulan WhatsApp tapi dia 'spin' pula cakap saya obesiti. Saya amat marah.

"Anda buat salah tapi anda cari salah orang lain. Sebagai seorang bekas klien saya kecewa kerana dia sepatutnya menyokong ibu hamil tetapi menghina bentuk fizikal mereka. Siap cakap saya nak makan McDonald hari-hari. Melampau!" katanya.

Malah Nora berkata apa yang diperkatakan doula terbabit berunsur fitnah dan tidak benar.

"Dia juga kata saya buat muka bila dia ajar diet ibu hamil. Nak merajuk buat apa? Itu maksudnya saya tidak berminat. Siapa kawan saya yang bersama kami semasa kelas tersebut? Untuk pengetahuan semua hanya saya, suami dan Kak Yat sahaja pada waktu itu... tiada orang lain.

"Dari situ dia dah menipu. Apa yang dia kata semuanya tidak benar. Jika anda profesional anda tidak akan memfitnah mahupun menghina bentuk fizikal klien. Sudah-sudahlah beritahu bersalin dekat hospital tak bagus. Walaupun dia berkias-kias tapi kita faham apa maksud yang dia cuba sampaikan," kata ibu kepada dua anak itu.



Dalam pada itu, Nora turut menasihati mana-mana bakal ibu supaya tidak terpengaruh dengan pujukan dan rayuan kumpulan doula di negara ini.

"Gunakan khidmat doula untuk bersalin di rumah bukan satu idea yang bagus. Kalau dekat luar negara boleh ada doula semasa hendak bersalin kerana mereka bekerjasama dengan pasukan perubatan.

"Tapi dia Malaysia belum ada lagi doula yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Jadi jangan mudah terpengaruh. Tolong bersuara dan jangan malu, jangan takut. Insya-Allah semua rakyat Malaysia ada di belakang kita," katanya.

Sebelum ini, Hayati semasa program bual bicara 'Analisis' bertajuk "Doula Peneman Ibu atau Pengganti Doktor' berkata dia memberikan khidmat sebagai peneman secara percuma kepada ibu bersalin.

"Title saya 'freelance doula' bermaksud saya memberikan khidmat sebagai peneman tanpa bayaran dan saya berkhidmat kepada komuniti tempatan atas dasar sukarela dan di atas jemputan ibu bapa.

"Di Malaysia bagaimana saya bermula terjebak bukan profesion sebab saya tak menerima bayaran. Jadi ia sebenarnya kerjaya dan keazaman (vocation dan patience)," katanya.

artikel dari mStar Online © copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.blogmazeer.com/2019/02/bekas-klien-akhirnya-tampil-dedah-sikap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Airasia Mohon Maaf Harap Sangat Siti Aisyah Thomas Tampil Dedah Perkara Sebenar Yang Berlaku

Airasia Mohon Maaf Harap Sangat Siti Aisyah Thomas Tampil Dedah Perkara Sebenar Yang Berlaku

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 683 hits
AirAsia memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang terpaksa ditempuh oleh seorang penumpang yang tidak dibenarkan menaiki pesawat ke Tawau pada 10 Februari lalu setelah terlewat lima minit untuk penerbangan Dalam kenyataan ringkas kepada ...
Kerap Mimpi Kaab H Dikelilingi Berhala Suspek Akhirnya Dedah Kisah Sebenar

Kerap Mimpi Kaab H Dikelilingi Berhala Suspek Akhirnya Dedah Kisah Sebenar

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 476 hits
SUSPEK yang meletakkan berhala di Surau Sabilul Huda dipercayai mempunyai masalah mental gila isim selepas mempelajari ilmu agama yang salah di negara jiran Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata piha...
Doktor Pakar Indonesia Malu Apabila Dikaitkan Melatih Doula Mohon Kak Yat Tampil Buat Permohonan Maaf Terbuka

Doktor Pakar Indonesia Malu Apabila Dikaitkan Melatih Doula Mohon Kak Yat Tampil Buat Permohonan Maaf Terbuka

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 529 hits
KENYATAAN doula bebas Hayati Muzaffar yang mendakwa mendapat latihan untuk mengawal selia kelahiran di rumah daripada seorang doktor di Indonesia menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pengamal perubatan negara jiran berkenaan Presid...
Satu Malaysia Tuduh Saya Pembunuh Doula Mas Tampil Beri Penjelasan Dan Buat Laporan Polis Tetapi

Satu Malaysia Tuduh Saya Pembunuh Doula Mas Tampil Beri Penjelasan Dan Buat Laporan Polis Tetapi

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 435 hits
Satu Malaysia tuduh saya pembunuh Doula Mas tampil beri penjelasan dan buat laporan polis tetapi
Dr Amalina Akhirnya Beri Respon Isu Doula Di Malaysia Yang Menghantui Netizen

Dr Amalina Akhirnya Beri Respon Isu Doula Di Malaysia Yang Menghantui Netizen

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 577 hits
Hangat mengenai topik Doula Peneman Ibu atau Pengganti Doktor yang diperdebatkan Prof Dr Imelda Balchin dan Puan Hayati menjadi bahan perbincangan ramai termasuk Dr Amalina Bakri Rata rata mengkritik jawapan yang diberikan Puan Hayati didak...
Instafamous Melenting Dan Bengang Apabila Netizen Tergamak Dedah Rate Card Tanpa Izin

Instafamous Melenting Dan Bengang Apabila Netizen Tergamak Dedah Rate Card Tanpa Izin

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 1147 hits
KIRA KIRA sedekad lalu tiada siapa sangka akan wujud satu kerjaya yang digelar Instafamous yang mampu menjana pendapatan lumayan hanya dengan menjadi figura popular di media sosial Gaya hidup trendy yang dipamerkan golongan Instafamous ini ...
Penyewa Ini Sangat Sial Menyusahkan Orang Bekas Penyewa Buat Onar Pemilik Rumah Terpaksa Berdepan Dengan Ah Long

Penyewa Ini Sangat Sial Menyusahkan Orang Bekas Penyewa Buat Onar Pemilik Rumah Terpaksa Berdepan Dengan Ah Long

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 1289 hits
Penyewa ini sangat sial menyusahkan orang Bekas penyewa buat onar pemilik rumah terpaksa berdepan dengan Ah LongGara gara penyewa lama membuat onar pemilik rumah terpaksa menanggung ketakutan akibat diganggu oleh Ah Long yang datang menuntu...
Masih Ingat Tragedi Kampung Tanduo Selepas Hampir 6 Tahun Komando Ini Dedah Kejadian Sebenar

Masih Ingat Tragedi Kampung Tanduo Selepas Hampir 6 Tahun Komando Ini Dedah Kejadian Sebenar

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 467 hits
Melihat seorang daripada anggota yang berdiri di sebelah kiri terpelanting ke belakang akibat terkena tembakan peluru di bahu kiri nyawa bekas Ketua Sektor Delta dalam trag3di berdarah Kampung Tanduo Lahad Datu Sabah bagaikan di hujung tand...
Sebagai Rakyat Perlis Saya Malu Sangat Rita Rudaini Dedah Tolak Kerjasama Dengan Pasukan Perlis

Sebagai Rakyat Perlis Saya Malu Sangat Rita Rudaini Dedah Tolak Kerjasama Dengan Pasukan Perlis

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 295 hits
Rita Rudaini bersama kelab bola sepak miliknya RR Cougars FC PELAKON Rita Rudaini berasa sedih dan malu dengan kemelut yang melanda Persatuan Bolasepak Perlis Pelakon yang berasal dari negeri tersebut mendedahkan PFA pernah cuba mengatur pe...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids