Kerap Mimpi Kaab H Dikelilingi Berhala Suspek Akhirnya Dedah Kisah Sebenar


SUSPEK yang meletakkan berhala di Surau Sabilul Huda dipercayai mempunyai masalah mental ‘gila isim’ selepas mempelajari ilmu agama yang salah di negara jiran.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya berjaya menahan lelaki berusia 37 tahun di rumah yang berada kira-kira 200 meter dari surau itu di Taman Pandamar Indah, dekat Klang, 6.15 petang semalam.
Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek yang juga penganggur mengaku terbabit meletakkan patung secara bersendirian di surau terbabit.
“Berdasarkan keterangan suspek, lelaki itu meletakkan satu patung kepercayaan Buddha dikenali ‘Datuk Gong’ berikutan mahu mengajak mereka yang menganut agama berkenaan untuk sembahyang di surau terbabit.
“Dua lagi patung kepercayaan Hindu turut diletakkan berikutan tujuan yang sama.

“Suspek memaklumkan dia kerap bermimpi melihat Kaabah dikelilingi berhala dan percaya perlu bertindak melakukan perkara yang sama di surau berdekatan rumahnya itu,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Klang, hari ini.
Kata Shamsul Amar, suspek turut mengaku mengambil patung berkenaan di tokong kecil berhadapan rumah dan tempat pembuangan sampah di sekitar kawasan berkenaan.
“Suspek juga dipercayai baru sahaja pulang ke negara ini dari negara jiran selepas dipercayai bekerja serta menuntut ilmu agama yang salah (gila isim).
“Hasil pemeriksaan ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.
“Suspek juga mempunyai dua rekod jenayah lampau iaitu mendatangkan kecederaan pada 1997 dan kes curi pada 2000.
“Kita akan menjalankan siasatan menyeluruh merangkumi semua aspek dan tidak menolak kemungkinan suspek mempunyai masalah mental,” katanya memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 259 dan 379 Kanun Keseksaan.
Dalam pada itu, beliau berkata, kes berhala berkenaan tidak membabitkan isu agama dan meminta orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenainya.

Kelmarin, Harian Metro melaporkan surau itu dilaporkan menemui dua patung berhala yang diletakkan di atas pagar masuk ke surau berkenaan.
Rabu lalu, berhala ‘Datuk Gong’ bersaiz lebih besar diletakkan di tepi pintu masuk surau.

sumber : harian metro
The post Kerap Mimpi Kaab@h Dikelilingi Berhala, Suspek Akhirnya Dedah Kisah Sebenar.. appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suaraviral.org/kerap-mimpi-kaabh-dikelilingi-berhala-suspek-akhirnya-dedah-kisah-sebenar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suspek Letak Patung Berhala Di Surau Berjaya Ditangkap Dakwa Sering Mimpi Dan Belajar Ilmu Gila Isim

Suspek Letak Patung Berhala Di Surau Berjaya Ditangkap Dakwa Sering Mimpi Dan Belajar Ilmu Gila Isim

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 445 hits
Beberapa siri patung berhala yang menggemparkan beberapa jemaah surau apabila melihat patung berkenaan diletakkan di sekitar surau akhirnya terjawab apabila pihak polis berjaya menangkap suspek Ini apabila seorang lelaki mendakwa dia selalu...
Gempar Patung Berhala Dalam Surau Orang Kampung Dedah Cerita Sebenar

Gempar Patung Berhala Dalam Surau Orang Kampung Dedah Cerita Sebenar

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 789 hits
PELABUHAN KLANG Penduduk Taman Pendamar Indah gempar apabila menemui sebuah patung berhala diletakkan di pintu utama di Surau Sabilul Huda di sini semalam Difahamkan patung yang turut dikalungi bunga itu diletakkan individu tidak bertanggun...
Bekas Klien Akhirnya Tampil Dedah Sikap Sebenar Doula Kontroversi Kecewa Sangat Apabila Dihina

Bekas Klien Akhirnya Tampil Dedah Sikap Sebenar Doula Kontroversi Kecewa Sangat Apabila Dihina

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 758 hits
SEBELUM ini hangat isu doula bertikam lidah dengan netizen dan doktor berhubung kepercayaan kaedah perubatan yang kononnya bersalin di rumah lebih selamat berbanding di hospital Tidak habis perang mulut antara doula dan netizen kali ini seo...
Oh Abah Kalaulah Kita Seperti Keluarga Lain Kakak Aliff Syukri Dedah Kisah Sedih Bapa Mereka Yang Baik Hati

Oh Abah Kalaulah Kita Seperti Keluarga Lain Kakak Aliff Syukri Dedah Kisah Sedih Bapa Mereka Yang Baik Hati

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 814 hits
Hari ini merupakan hari sedih buat Dato AIiff Syukri Bapa kesayangannya dilaporkan telah meninggal dunia malam tadi dan jenazahnya telah pun dikebumikan sekitar jam 10 pagi hari ini Bagi yang tidak tahu Aliff Syukri bukanlah anak tunggal ke...
Kisah Cinta Reino Barack Sampai Akhirnya Berlabuh Ke Syahrini

Kisah Cinta Reino Barack Sampai Akhirnya Berlabuh Ke Syahrini

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 302 hits
Reino Barack sebentar lagi dikabarkan akan melepas masa lajang bersama penyanyi cantik Syahrini Tak butuh waktu lama untuk Reino mampu membuat wanita yang akrab disapa Princess itu jatuh cinta
Kisah Sebenar Wanita Terjun Jambatan Pp Semalam

Kisah Sebenar Wanita Terjun Jambatan Pp Semalam

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 385 hits
WANITA yang terjun dari Jambatan Pulau Pinang 6 petang semalam memiliki dua rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah di Baling Kedah Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata wanita berkenaan kini mend...
Akhirnya Lelaki Ini Dedahkan Punca Patung Berhala Kenapa Berada Disitu Semuanya Terjawab

Akhirnya Lelaki Ini Dedahkan Punca Patung Berhala Kenapa Berada Disitu Semuanya Terjawab

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 910 hits
PATUNG berhala Datuk Gong yang ditemui di Surau Sabilul Huda Taman Pendamar Indah Klang petang semalam dipercayai dicuri dari sebuah rumah berhampiran surau berkenaan Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli be...
Travel Bajet Ke Pulau Pinang Panduan Lengkap Untuk Percutian Solo Keluarga

Ringkasan Berita Pasaran As Untuk 6 Ogos

Mobileshield By Celcomdigi Is Here To Stop Scams In Their Tracks

Lebih 3 000 Pokok Durian Musang King Haram Di Tebang Di Hutan Simpan Gunung Benum Bermula 21 Julai Lalu

Dak Adik Tinggal Aku Balik

Dari 0 Ke 300 Juta Dalam 7 Tahun Realme Tahu Cara Bermain Dengan Betul

Kes Denggi Di Bintulu Membimbangkan Suara Sarawak

Wan Muhammad Fazri Mahu Perbaiki Catatan Di India Utusan Com My


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jenis Anak Lelaki Yang Menyusahkan Ibunya

Learning From Failed Startups

Petua Kurangkan Batuk

Aaron Wooi Yik Mahu Hadiah Emas Merdeka Buat Rakyat Malaysia Berita Harian

Perlawanan Sumbangsih Saya Tak Rasa Kami Perlu Fikir Mengenai Rekod Mereka Kapten Selangor

Polip Serviks Punca Gejala Rawatan Dan Pencegahan