Bekas Ketua Hakim Negara Ketuai Jawatankuasa Isu Dokumentasi 7 Pemain Warisan


Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pelantikan itu sejajar dengan komitmen untuk memastikan siasatan dijalankan secara adil, telus dan profesional.
FAM yakin Md Raus Sharif dapat menjalankan siasatan dengan teliti dan menyeluruh bersama ahli jawatankuasa lain berdasarkan kredibiliti dan pengalaman luasnya. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Bekas ketua hakim negara Md Raus Sharif dilantik mengetuai jawatankuasa bebas bagi menyiasat isu dokumentasi membabitkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya yang digantung 12 bulan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA)
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan berkata pelantikan itu sejajar dengan komitmen badan induk bola sepak negara untuk memastikan siasatan dijalankan secara adil, telus dan profesional, tanpa penglibatan mana-mana individu dari FAM.
“Seperti diumumkan oleh Timbalan Presiden FAM, S Sivasundaram, pada sidang media 17 Okt lalu, sebuah jawatankuasa bebas akan ditubuhkan tanpa penglibatan mana-mana individu dari FAM bagi memastikan proses siasatan dilaksanakan secara adil, telus dan profesional,” katanya.
Badan induk bola sepak itu yakin Rauf dapat menjalankan siasatan dengan teliti dan menyeluruh bersama ahli jawatankuasa lain berdasarkan kredibiliti dan pengalaman luasnya.
Raus memulakan kerjaya dalam perkhidmatan kehakiman dan perundangan pada 1976, dan pernah memegang pelbagai jawatan penting termasuk majistret, presiden mahkamah sesyen, timbalan pendakwa raya serta penasihat undang-undang di beberapa kementerian.
Beliau dilantik sebagai pesuruhjaya kehakiman pada 1994 sebelum dinaikkan pangkat sebagai hakim Mahkamah Tinggi pada 1996, kemudian Presiden Mahkamah Rayuan, sebelum mencapai kemuncak kerjaya sebagai Ketua Hakim Negara pada 2017.
Di peringkat antarabangsa, Raus turut memegang peranan penting sebagai Presiden Persatuan Mahkamah Perlembagaan Asia dan Institusi Setaraf, selain menjadi ahli aktif Majlis Ketua Hakim Negara ASEAN (CACJ).
Sebelum ini, FAM mengesahkan wujud kesilapan teknikal dalam proses penyerahan dokumen pemain yang dilakukan oleh kakitangannya.
Dalam masa sama, Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman, yang kini digantung tugas, menegaskan tujuh pemain berdarah warisan yang dikaitkan dengan isu pemalsuan dokumen itu merupakan rakyat Malaysia yang sah.
Bagaimanapun, FIFA dalam laporan rasmi bertajuk Notification of the Grounds of the Decision bertarikh 6 Oktober 2025 menjelaskan, hukuman dikenakan berdasarkan pelanggaran Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA melibatkan kes pemalsuan dan pengubahan dokumen rasmi.
Susulan pelanggaran itu, FIFA mengenakan denda sebanyak CHF350,000 (kira-kira RM1.8 juta) terhadap FAM, manakala setiap pemain didenda CHF2,000 (sekitar RM10,000) serta digantung 12 bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/10/bekas-ketua-hakim-negara-ketuai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Dokumentasi Pemain Warisan Tun Md Raus Sharif Ketuai Jawatankuasa Siasat

Isu Dokumentasi Pemain Warisan Tun Md Raus Sharif Ketuai Jawatankuasa Siasat

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 195 hits
Malaysiakini nbsp Persatuan Bolasepak Malaysia mengumumkan pelantikan bekas ketua hakim negara Md Raus Sharif sebagai pengerusi jawatankuasa bebas bagi menyiasat isu dokumentasi membabitkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya Menerusi satu ...
Tiada Siasatan Dibuka Kes Pemain Warisan Fam Buat Masa Ini Sprm

Tiada Siasatan Dibuka Kes Pemain Warisan Fam Buat Masa Ini Sprm

papar berkaitan - pada 19/10/2025 - jumlah : 278 hits
Tiada Siasatan Dibuka Kes Pemain Warisan FAM Buat Masa Ini SPRM KUALA NERUS 18 Okt Tiada kertas siasatan dibuka buat masa ini berkaitan dakwaan pemalsuan dokumen pendaftaran tujuh pemain warisan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia Ketua Pesur...
Tengku Muda Pahang Jelaskan Pernah Syorkan Kepada Fam Beberapa Nama Pemain Warisan Termasuk Tujuh Yang Di Siasat Fifa

Tengku Muda Pahang Jelaskan Pernah Syorkan Kepada Fam Beberapa Nama Pemain Warisan Termasuk Tujuh Yang Di Siasat Fifa

papar berkaitan - pada 25/10/2025 - jumlah : 170 hits
KUALA LUMPUR Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah menjelaskan baginda pernah mengesyorkan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia beberapa nama pemain warisan termasuk tujuh pemain yang kini dalam siasatan Persekutuan Bola S...
Isu Dokumentasi Setiausaha Agung Fam Digantung Tugas Serta Merta

Isu Dokumentasi Setiausaha Agung Fam Digantung Tugas Serta Merta

papar berkaitan - pada 17/10/2025 - jumlah : 251 hits
Isu Dokumentasi Setiausaha Agung FAM Digantung Tugas Serta Merta KUALA LUMPUR Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia Datuk Noor Azman Rahman digantung daripada tugasannya serta merta Perkara itu disahkan sendiri oleh Timbalan Presid...
Tmj Pertahan 7 Pemain Warisan Tegaskan Dokumen Mereka Sah

Tmj Pertahan 7 Pemain Warisan Tegaskan Dokumen Mereka Sah

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 239 hits
Farah SolhiPemangku Sultan Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mempertahankan tujuh pemain warisan yang dikenakan tindakan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa bulan lalu menegaskan bahawa mereka adalah rakyat Malaysia dan dokumen mereka s...
Suspek Kes Tembak Sg Golok Bekas Pemain Import Bola Sepak Kelantan

Suspek Kes Tembak Sg Golok Bekas Pemain Import Bola Sepak Kelantan

papar berkaitan - pada 3/11/2025 - jumlah : 146 hits
Ketua Polis Kelantan Mohd Yusoff Mamat berkata ada kemungkinan suspek yang mempunyai dua kerakyatan itu lolos ke negara ini Ketua Polis Kelantan Mohd Yusoff Mamat berkata motif kejadian diserahkan kepada polis Thailand untuk siasatan lanjut...
Mum S Heritage House Largest Dessert Bakery Vendor In Perlis Kangar Jaya

Pandangan Kapten Futsal Harimau Malaya Khairul Effendy Bahrin Mengenai Prestasi Dan Cabaran Pasukan

Simple Beef Lasagna Recipe Pinoy

Sticker Botol Minuman Cara Elak Sticker Tanggal Bila Basah

Maybank Tukar Kontrak Kad Kredit Dan Kesan Pada Pengguna

Reset Plan Timely But Must Be Managed Holistically

The 5 Commandments Of And How Learn More

Ritual Pagi Yang Bantu Pekerja Remote Lebih Fokus


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Minggu Ni Nak Pergi Bercuti

Dapat Exclusive 3d Sticker Pack Jaya Grocer Percuma

Tip Praktikal Tajamkan Mata Pengisar Dengan Cara Mudah Berkesan

Monolog Jiwa Bila Ujian Itu Datang Dari Segala Arah

9 Jaket Mendaki Gunung Yang Tahan Angin Dan Air

Masak Australian Wagyu Striploin