Tengku Muda Pahang Jelaskan Pernah Syorkan Kepada Fam Beberapa Nama Pemain Warisan Termasuk Tujuh Yang Di Siasat Fifa




KUALA LUMPUR: Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah menjelaskan baginda pernah mengesyorkan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) beberapa nama pemain warisan, termasuk tujuh pemain yang kini dalam siasatan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Baginda bertitah cadangan itu dibuat dengan niat murni untuk membantu memperkukuh skuad kebangsaan, serta membuka peluang kepada bakat-bakat berdarah Malaysia di luar negara untuk berkhidmat kepada tanah air.
Tengku Abdul Rahman bertitah sejak hujung 2024, beberapa ejen telah menghubungi baginda untuk mencadangkan pemain bagi tujuan penilaian, sebelum baginda memanjangkan maklumat berkenaan kepada FAM untuk dinilai dengan lebih terperinci.
"Antara pemain yang pernah saya syorkan kepada FAM termasuklah tujuh pemain warisan yang kini terlibat dalam kes siasatan dan sekatan oleh FIFA.
"Untuk makluman, kesemua tujuh pemain tersebut kini merupakan warganegara Malaysia yang sah setelah diberikan kewarganegaraan oleh kerajaan Malaysia, melalui proses yang sah dan teratur mengikut peruntukan undang-undang negara," titah baginda dalam kenyataan kepada media hari ini.
Tengku Abdul Rahman bertitah baginda percaya kehadiran pemain naturalisasi dan pemain warisan, mampu meningkatkan kualiti permainan serta daya saing skuad kebangsaan.
"Saya telah memanjangkan cadangan tersebut kepada FAM untuk dinilai dengan lebih terperinci bagi menentukan sama ada pemain-pemain berkenaan memenuhi syarat sebagai pemain warisan dan seterusnya dipertimbangkan untuk menyertai skuad kebangsaan," titah baginda.
Tengku Abdul Rahman turut berkongsi usaha dilakukan bersama pasukan Pahang yang pernah terlibat dalam proses naturalisasi pemain seperti Mohamadou Sumareh, Sergio Aguero dan Lee Tuck, yang dilihat sebagai langkah strategik memperkukuh kekuatan taktikal pasukan negara.
Sementara itu, baginda menzahirkan penghargaan terhadap visi dan kepimpinan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail, yang disifatkan telah meningkatkan mutu skuad Harimau Malaya termasuk kejayaan luar biasa Johor Darul Ta'zim FC (JDT) yang kini menjadi penanda aras profesionalisme dan pengurusan moden landskap bola sepak negara.
Bulan lepas, FAM dan tujuh pemain naturalisasi iaitu Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel, dihukum Jawatankuasa Tatatertib FIFA selepas didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen.
Dalam kenyataan sebelum ini, FIFA memaklumkan FAM telah mengemukakan dokumen yang dipalsukan bagi mengesahkan kelayakan pemain-pemain terbabit untuk beraksi dalam pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam pada 10 Jun.
Susulan itu, FAM dikenakan denda CHF 350,000 (kira-kira RM1.8 juta), manakala setiap pemain didenda CHF 2,000 (sekitar RM10,560) dan digantung selama 12 bulan daripada sebarang aktiviti berkaitan bola sepak, berkuat kuasa dari tarikh notis keputusan dikeluarkan. #AstroAwani
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/10/tengku-muda-pahang-jelaskan-pernah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Siasatan Dibuka Kes Pemain Warisan Fam Buat Masa Ini Sprm

Tiada Siasatan Dibuka Kes Pemain Warisan Fam Buat Masa Ini Sprm

papar berkaitan - pada 19/10/2025 - jumlah : 271 hits
Tiada Siasatan Dibuka Kes Pemain Warisan FAM Buat Masa Ini SPRM KUALA NERUS 18 Okt Tiada kertas siasatan dibuka buat masa ini berkaitan dakwaan pemalsuan dokumen pendaftaran tujuh pemain warisan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia Ketua Pesur...
Sijil Kelahiran 7 Pemain Antara Dokumen Penting Diserahkan Fam Kepada Fifa

Sijil Kelahiran 7 Pemain Antara Dokumen Penting Diserahkan Fam Kepada Fifa

papar berkaitan - pada 22/10/2025 - jumlah : 174 hits
Firdaus HashimKUALA LUMPUR Sijil kelahiran tujuh pemain antara dokumen penting diserahkan Persatuan Bolasepak Malaysia kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa dalam proses rayuan yang sudah dibuat sebelum ini Ahli jawatankuasa eksekutif F...
Isu Dokumentasi Pemain Warisan Tun Md Raus Sharif Ketuai Jawatankuasa Siasat

Isu Dokumentasi Pemain Warisan Tun Md Raus Sharif Ketuai Jawatankuasa Siasat

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 189 hits
Malaysiakini nbsp Persatuan Bolasepak Malaysia mengumumkan pelantikan bekas ketua hakim negara Md Raus Sharif sebagai pengerusi jawatankuasa bebas bagi menyiasat isu dokumentasi membabitkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya Menerusi satu ...
Young Syefura Gerak Kerja Dap Di Pahang Tidak Pernah Berhenti Meskipun Pilihan Raya Umum Masih Jauh

Young Syefura Gerak Kerja Dap Di Pahang Tidak Pernah Berhenti Meskipun Pilihan Raya Umum Masih Jauh

papar berkaitan - pada 21/10/2025 - jumlah : 172 hits
SHAH ALAM Gerak kerja DAP di Pahang tidak pernah berhenti meskipun Pilihan Raya Umum masih jauh kata Ahli Parlimen Bentong Young Syefura Othman Beliau berkata tumpuan kini diberikan kepada usaha mendekati rakyat di semua peringkat tanpa men...
Sekolah Kebangsaan Permatang Keledang Pekan Harumkan Nama Pahang Di Kontes Robot Nusantara 2025

Sekolah Kebangsaan Permatang Keledang Pekan Harumkan Nama Pahang Di Kontes Robot Nusantara 2025

papar berkaitan - pada 18/10/2025 - jumlah : 251 hits
PEKAN Sekolah Kebangsaan Permatang Keledang sekali lagi mencatat sejarah membanggakan apabila berjaya meraih kejayaan cemerlang di 11th Kontes Robot Nusantara 2025 yang berlangsung di Jakarta Indonesia baru baru ini Menurut Guru Besar SK Pe...
Cops Said No Criminal Elements In Fifa Fam Controversy Satees Says

Cops Said No Criminal Elements In Fifa Fam Controversy Satees Says

papar berkaitan - pada 16/10/2025 - jumlah : 153 hits
The Urimai secretary says he was told by the police that they would not be investigating his report on the matter Urimai secretary Satees Muniandy had lodged a police report against officials from the national footballing body and national ...
Pas Pahang Dakwa Parti Itu Tidak Pernah Melontarkan Tuduhan Bahawa Kerajaan Negeri Tidak Islamik Bersifat Sekular

Pas Pahang Dakwa Parti Itu Tidak Pernah Melontarkan Tuduhan Bahawa Kerajaan Negeri Tidak Islamik Bersifat Sekular

papar berkaitan - pada 15/10/2025 - jumlah : 268 hits
KUANTAN PAS Pahang mendakwa parti itu tidak pernah melontarkan tuduhan untuk mendakwa kerajaan Pahang tidak Islamik atau bersifat sekular sebaliknya ia sengaja dibangkitkan Umno untuk mengelirukan rakyat sekali gus membenci PAS Timbalan Pes...
Zidane Dedah Nama 3 Pemain Yang Pukau Dirinya

Zidane Dedah Nama 3 Pemain Yang Pukau Dirinya

papar berkaitan - pada 16/10/2025 - jumlah : 134 hits
Zidane Dedah Nama 3 Pemain Yang Pukau Dirinya Legenda bola sepak Perancis Zinedine Zidane mendedahkan tiga pemain yang paling beliau suka tonton beraksi Menurut salah seorang pilihannya mungkin membuat penyokong Real Madrid terasa hati Siap...
Mcmc Siasat Aduan Liputan Di Sibu Sahkan Rangkaian Stabil Kecuali Gangguan Sementara Akibat Insiden Bekalan Elektrik

Tiada Syarat 80 Peratus Kandungan Tempatan Dalam Lesen Penyiaran Mcmc

Malaysia Perketat Keselamatan Digital Ekyc Media Sosial Bakal Dilaksana

Drama Bad Cop

Anwar Makes High Stakes Bid To Boost Pkr S Fortunes In Sabah

Sukar Bernafas Punca Amira Othman Dimasukkan Ke Hospital

Selangor Beri Rebat Cukai Pbt Untuk Rumah Dengan Fasiliti Mesra Alam

Majlis Pelancaran Nafesa Dan Koleksi The Alhambra Monogram


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Genap Sebulan Aiza Menemani

Tiada Perkara Yang Mudah Tanpa Usaha

Beli Roselle Kering Di Jaya Grocer

Amk Fried Chicken Buka Cawangan Baharu Shah Alam Dengan Perkembangan Hebat Inspirasi Menakjubkan

Saya Tidak Ambil Upsr Dua Sistem Satu Jiwa

Ng999 Penggunaan Sistem Panggilan Kecemasan Negara