Bekas Calon Bebas Persoalkan Benarkah Ada Lesen Melombong Baharu Lulus Di Tasik Chini
KUANTAN - Bekas calon bebas Pilihan Raya Kecil DUN Chini, Mohd Shukri Mohd Ramli hari ini menggesa Kerajaan Negeri Pahang menafikan adanya kelulusan lesen melombong baharu di sekitar kawasan Tasik Chini di Pekan.
Ini katanya, jika benar ada lesen melombong baharu diluluskan bermakna kerajaan telah mengkhianati mandat rakyat.
Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti besar pada PRK DUN Chini Julai tahun lalu. BN diwakili calonnya, Mohd Sharim Md Zain, meraih 13,872 undi, mengatasi dua calon Bebas iaitu Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin dan beliau sendiri.
Menurut Shukri Menteri Besar Pahang, Datuk Sri Wan Rosdy Wan Ismail sendiri dengan bangga mengumumkan Kerajaan Negeri Pahang mewartakan Tasik Chini seluas 4,698 hektar sebagai Hutan Simpan Kekal (HSK) mulai 13 Mac 2019.
"Malah MB juga mendakwa Kerajaan Negeri Pahang juga tidak akan membenar dan meluluskan pajakan lombong baharu di sekitar Tasik Chini, bagi tujuan pemulihan kawasan tasik semulajadi kedua terbesar di Malaysia itu. Perkara itu telah dibuat hebahan di dalam media kata Wan Rosdy ketika diwawancara oleh Buletin Utama TV3 beberapa hari menjelang PRK DUN Chini," dakwa Shukri yang juga merupakan seorang aktivis di Pahang.
"Ketika saya bertanding bebas di Pilihan Raya Kecil DUN Chini pada Julai 2020 lalu, antara misi saya ialah untuk selamatkan Tasik Chini yang kian tercemar. Walau pun dinafikan oleh pihak-pihak tertentu, namun hakikatnya semua penduduk terutamanya orang asli disekitarnya mengakui tasik semulajadi kedua terbesar di Malaysia itu sememangnya sudah tercemar.
"Saya turun padang dan melihat sendiri lokasi tasik tersebut ketika itu. Sungguh menyedihkan dan amat mengecewakan. Lantaran itu misi saya di PRK ketika itu ialah untuk mengangkat isu pencemaran Tasik Chini agar membuka mata semua pihak," tambah beliau.
Sumber foto: Bazaie Tuan Muda PucecehSangkaannya dengan pendedahan yang dibuat, ia akan memberi kesedaran kepada semua pihak betapa pentingnya untuk menjaga keindahan alam sekitar Tasik Chini. Kerosakan dan pencemaran yang berlaku di sini bukanlah isu baru sebenarnya.
Sumber foto: Bazaie Tuan Muda PucecehKerajaan Negeri Pahang juga pada November 2020 turut memaklumkan Tasik Chini diwartakan sebagai sebuah taman negeri yang baru dan kawasan hutan simpan bagi menjadikannya sebagai destinasi pelancongan dan rekreasi pilihan pelancong termasuk dari luar negara.
Kerajaan negeri katanya turut berjanji akan menghentikan aktiviti perlombongan dan pembalakan di sekitar Tasik Chini bagi membolehkan aspek pemulihan berlangsung. Kerajaan negeri tidak akan menyambung semula atau memperbaharui lesen bagi sebarang aktiviti pembalakan dan perlombongan di sekitar Tasik Chini.
Kenyataan itu dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin selepas merasmikan Program Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Pahang di Pusat Penyelidikan Tasik Chini.
Malah difahamkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri juga bersetuju Tasik Chini yang terkenal dengan legenda naga dan keindahan bunga teratai sebelum ini diwartakan sebagai kawasan hutan simpan kekal supaya ia terpelihara.
Langkah untuk mewartakan kawasan itu perlu dilakukan supaya alam sekitar ini dapat diwariskan kepada generasi akan datang, dalam keadaan yang baik dan semula jadi tanpa dicemari aspek pembalakan atau perlombongan.
Usaha itu sudah bermula, dan ia membolehkan Tasik Chini kembali pulih dalam tempoh masa antara 10 ke 20 tahun akan datang,.
Mohd. Sharkar pada satu kenyataan mendakwa apa yang dilakukan kerajaan negeri adalah konsisten dan menyambung komitmen bekas Menteri Besar terdahulu, Datuk Seri Adnan Yaakob.
“Menteri Besar sekarang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail juga sangat serius dalam hal penjagaan alam sekitar dan beliau meneruskan usaha yang telah dilakukan bekas Menteri Besar sebelumnya,” kata ADUN Lanchang itu kepada media.
Namun terkini Shukri mendakwa beliau terkejut dengan pendedahan yang dibuat oleh portal Malaysiakini kelmarin https://m.malaysiakini.com/news/577368
Antara lain portal iti mendakwa tapak perlombongan baru itu terletak kira-kira tiga kilometer dari Tasik Chini.
Tasik tersebut adalah kawasan tapak rizab biosfera UNESCO yang beberapa tahun kebelakangan bergelut dengan masalah pencemaran akibat perlombongan dan pembalakan.
Menurut dokumen penilaian impak alam sekitar (EIA) yang dibuka kepada umum pada April, projek itu meliputi 40.51 hektar - bersamaan kira-kira 60 padang bola sepak - di Lot 89798 di Mukim Penyor.
Dokumen itu juga menunjukkan beberapa konsesi perlombongan yang sedia ada di kawasan itu, dengan kebanyakannya terletak lebih dekat dengan Tasik Chini.
Dilaporkan konsesi untuk projek perlombongan terbaharu ini, yang memberi tumpuan kepada kerja melombong mangan (manganese) dan mineral lain.
Bagaimanapun ia nampaknya tidak menghentikan kegiatan perlombongan baru. Menurut EIA, projek terbaru itu melibatkan kerja "melombong mineral dalam atau bersebelahan atau dekat kawasan alam sekitar yang sensitif".
Berdasarkan dokumen itu, plot tanah yang terlibat adalah sebahagian daripada kawasan yang dikategorikan sebagai "Kawasan Sensitif Alam Sekitar Tahap 2".
Kawasan dalam kategori ini boleh dibangunkan dengan syarat-syarat tertentu tetapi kegiatan perlombongan memang dilarang. Bagaimanapun, kerajaan Pahang memberi pengecualian kepada projek perlombongan ini.
https://www.google.com/amp/s/www.astroawani.com/berita-malaysia/pemulihan-tasik-chini-dalam-perancangan-kerajaan-pahang-248744%3famp=1
Dokumen EIA turut berkata kerajaan Pahang "menggantikan Rancangan Khas Tasik Chini dan meluluskan tapak projek untuk kegiatan melombong".
Menurut Pusat Penyelidikan Tasik Chini Universiti Kebangsaan Malaysia (PPTC), saiz kawasan tasik semula jadi adalah kira-kira 202 hektar, dengan 700 hektar kawasan paya air tawar dan hutan paya di sekitarnya.
Penyelidikannya mendapati lokasi itu kaya dengan flora dan fauna, dan 51 spesies tumbuhan jenis hutan rendah, 15 spesies tumbuhan jenis hutan paya air tawar, 25 spesies tumbuhan akuatik dan 87 spesies ikan air tawar.
Selain menjadi habitat semula jadi flora dan fauna yang pelbagai, PPTC juga berkata kawasan itu kekal sebagai sumber air utama dan pendapatan masyarakat Orang Asli daripada suku Jakun.
"Pembangunan dan penggunaan tanah yang tidak terkawal dan bercanggah dengan statusnya sebagai kawasan sensitif alam sekitar (KSAS) telah mengakibatkan persekitaran yang menurun dalam kawasan lembangan tasik.," kata PPTC di laman webnya.
https://m.malaysiakini.com/news/577368Laporan portal tersebut sungguh mengejutkan saya, seolah-olah Kerajaan Negeri Pahang mempermainkan kenyataan sebelum ini.
"Janji mewartakan Tasik Chini sebagai Taman Negeri tanpa dicemari aspek perlombongan dan pencemaran. Namun rakyat Chini boleh melihat sendiri hakikat yang berlaku disana.
" Ternyata janji manis untuk menyelamatkan Tasik Chini hanyalah omongan kosong semata-mata. Rakyat terpedaya dengan kenyataan yang dibuat itu. Saya tidak kisah kalah bertanding PRK DUN Chini, sebab saya tidak mempunyai dana dan jentera yang cukup untuk mencipta kemenangan," dakwa Shukri.
Beliau turur sedih, dengan kemenangan calon BN itu juga aktiviti perlombongan di sekitar Tasik Chini diteruskan.
"Anehnya benar semua pihak termasuk yang terlibat dengan alam sekitar dan pelancongan boleh membiarkan segalanya berlaku tanpa menghalangnya. Maka saya ucapkan tahniah. warga Chini kerana pembuat pilihan untuk terus menghancurkan alam sekitar Tasik Chini pada PRK lalu.
"Saya kalah bermaruah dan tidak tergugat dengan tawaran dan imbuhan mereka. Tapi saya mohon maaf kerana gagal menyelamatkan Tasik Chini dari terus dicemari oleh tangan-tangan manusia yang ada kuasa. Justeru, jika benar lombong baharu telah diluluskan bermakna segala janji yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Pahang untuk selamatkan Tasik Chini hanyalah 'indah khabar dari rupa'," tambah Shukri yang juga dikenali sebagai Blogger Cucumatkilau." #PahangDaily
http://www.pahangdaily.blogspot.com
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://pahangdaily.blogspot.com/2021/06/bekas-calon-bebas-persoal-benarkah.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)