Bekas Ahli F Team Mahu Kerajaan Hargai Jasa Mereka Lawan Komunis Malaysia Gazette 13 09 2022


 

KUALA LUMPUR –  Jika di Amerika Syarikat, pegawai yang pernah berkhidmat untuk Central Intelligence Agency (CIA) yang bersara akan diserap semula bekerja dan kebajikannya dijaga.
Namun berbeza ceritanya di dalam negara apabila Pasukan F (F-Team) Cawangan Khas Bukit Aman yang mendakwa jasa mereka yang berjuang ketika negara berdepan dengan komunis tidak dihargai.
Mantan Pegawai Turus F-Team, Datuk Abdullah Abdul Hamid berkata, pasukan itu mahu sejarah dan jasa mereka diberikan pengiktirafan termasuk menjaga kebajikan bekas ahli-ahlinya yang kini sudah warga emas.
Beliau mendedahkan, hampir 30 orang bekas ahli F-Team memerlukan pelbagai bantuan seperti perubatan dan kewangan.
“Kini ada 30 anggota tidak berpencen dan hidup dalam kemiskinan, mereka tidak mempunyai kad pesara kerana tidak diiktiraf.
“Jadi, kami mahu Pasukan F diiktiraf, sama ada diberi imbuhan atau pingat berjasa kepada negara.. terpulang kepada kerajaan,” katanya ketika ditemui hari ini.
Jelas Abdullah, ada juga antara mereka yang berhenti sebelum tempoh atas sebab-sebab tertentu dan ada juga antara mereka yang bekerja sendiri untuk menyara hidup.
Terdahulu beliau bersama beberapa rakan sejawatnya berjumpa dengan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nazim Johan.
Mantan Pegawai Turus F-Team, ACP (B) Datuk Abdullah Abdul Hamid. Foto MUHD NA’IM, 13 SEPTEMBER 2022.Untuk rekod, ‘F’ Pasukan F bermaksud “Fight, Fighter, Fighting, Fearless” yang berslogankan ‘Hanya Yang Berani’ menyertainya.
Pasukan F ditubuhkan pada 1971 dengan kekuatan seramai 165 anggota dan kemudian dibubarkan dibubarkan secara rasmi pada 1995.
Pasukan itu terkenal antaranya dalam operasi Kelong, Kelah dan Telemong sehingga berjaya menangkap ketua pengganas komunis paling dikehendaki, Chong Chor.
Kejayaan ‘pembersihan’ komunis mereka termasuk penyerahan diri 83 komunis di Tanjung Malim, Perak pada 12 Disember 1988.
Cerita mereka ini kurang diketahui awam kerana ia operasi rahsia dan tidak terpampang di akhbar atau buku ekoran operasi mereka yang sulit.
“Penubuhan F-Team adalah kerana kemasukan semula kedua pengganas komunis yang bermula di Kedah kemudian di Perak dan akhirnya di Pahang”
“Dua kali negara menentang komunis, sekali pada tahun 1948 sehingga 1960, sekali lagi pada 1968 sehingga 1988 di Semenanjung” katanya.
Menurut Abdullah, F-Team ditugaskan untuk mendapat info  dan risikan dan menangkap komunis secara hidup-hidup untuk digunakan sebagai sumber informasi menjejaki konco-konco mereka yang lain.
Artikel oleh: Malaysia Gazette
BEKAS AHLI F-TEAM MAHU KERAJAAN HARGAI JASA MEREKA LAWAN KOMUNIS

https://malaysiagazette.com/2022/09/13/bekas-ahli-f-team-mahu-kerajaan-hargai-jasa-mereka-lawan-komunis/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2022/09/bekas-ahli-f-team-mahu-kerajaan-hargai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
F Team Dulu Berjuang Demi Negara Kini Untuk Kebajikan Ahli The Merdeka Times 02 09 2022

F Team Dulu Berjuang Demi Negara Kini Untuk Kebajikan Ahli The Merdeka Times 02 09 2022

papar berkaitan - pada 6/9/2022 - jumlah : 324 hits
Lanjutan siaran The Merdeka Times sebelum ini dengan tajuk F TEAM wira negara yang dilupakan Kini F TEAM terus berjuang menuntut kebajikan ahli ahlinya Satu perjumpaan F TEAM dengan Datuk Nadzim Johan PPIM diadakan pada Khamis Diketua Manta...
Kerajaan Keluarga Malaysia Tidak Mampu Menyelami Derita Rakyat

Kerajaan Keluarga Malaysia Tidak Mampu Menyelami Derita Rakyat

papar berkaitan - pada 10/9/2022 - jumlah : 290 hits
Kerajaan Keluarga Malaysia hanya indah khabar daripada rupa apabila telah setahun memerintah namun masalah rakyat masih tidak mampu diselesaikan Bagi Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia Kamil Munim kerajaan Keluarga Malaysia tida...
50 Rakyat Malaysia Akui Tak Mampu Beli Rumah Tanpa Bantuan Kewangan Atau Kerajaan

50 Rakyat Malaysia Akui Tak Mampu Beli Rumah Tanpa Bantuan Kewangan Atau Kerajaan

papar berkaitan - pada 10/9/2022 - jumlah : 483 hits
Kajian Sentimen Pengguna Separuh Kedua 2022 yang dibuat oleh Property Guru Malaysia mendapati 51 peratus responden menyatakan mereka tidak memenuhi syarat kelayakan untuk skim perumahan mampu milik kerajaan dan tidak mampu membeli hartanah ...
Penjawat Awam Gred 48 Patut Naik Gaji Lebih Bukan Sama Kgt Ahli Parlimen Pkr Setiawangsa The Merdeka Times 01 09 2022

Penjawat Awam Gred 48 Patut Naik Gaji Lebih Bukan Sama Kgt Ahli Parlimen Pkr Setiawangsa The Merdeka Times 01 09 2022

papar berkaitan - pada 6/9/2022 - jumlah : 1237 hits
Kerajaan sepatutnya memberikan kenaikan gaji yang lebih bagi penjawat awam gred 48 ke bawah dan bukannya memberi kenaikan gaji tahunan sama bagi semua kakitangan awam Ini kerana majoriti penjawat awam gred 48 ke bawah tergolong dalam kelomp...
The Colours Of Life Selamat Menyambut Hari Malaysia 2022

The Colours Of Life Selamat Menyambut Hari Malaysia 2022

papar berkaitan - pada 16/9/2022 - jumlah : 343 hits
The Colours of Life Selamat Menyambut Hari Malaysia 2022 Keluarga Malaysia Teguh Bersama mknaceunlimited mknace thecoloursoflife terbaeekkk kipidap blogger photography photoblog SJCAM SJ4000 J3 Samsung Fujifilm altek cubic love followme bea...
Genius Dengan Skor Iq 142 Budak 3 Tahun Dari Malaysia Ini Menjadi Ahli Mensa Uk Termuda Pernah Direkodkan

Genius Dengan Skor Iq 142 Budak 3 Tahun Dari Malaysia Ini Menjadi Ahli Mensa Uk Termuda Pernah Direkodkan

papar berkaitan - pada 8/9/2022 - jumlah : 312 hits
Malaysia sem mangnya dikenali dengan beberapa orang r kyat yang dilah rkan secara semulajadi sebagai seorang yang geni s atau mempunyai kepintaran luar b asa IQ adalah cara untuk menguk r kepintaran dan kecerd san otak dari segi akademik da...
Berikut Adalah Senarai Senarai Bantuan Kerajaan Bagi Bulan September 2022 Yang Anda Perlu Tahu

Berikut Adalah Senarai Senarai Bantuan Kerajaan Bagi Bulan September 2022 Yang Anda Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 7/9/2022 - jumlah : 455 hits
BERIKUT ADALAH SENARAI SENARAI BANTUAN KERAJAAN BAGI BULAN SEPTEMBER 2022 YANG ANDA PERLU TAHUTerbaik syukur ke hadrat Ilahi Pihak kerajaan persekutuan negeri telah memperkenalkan bantuan kepada yang berkelayakan Baca Cara Memohon Bantuan
Ada Yang Tak Terima Kembali Aktif Selepas 2 Tahun Jimin Bekas Ahli Aoa Akui Takut

Ada Yang Tak Terima Kembali Aktif Selepas 2 Tahun Jimin Bekas Ahli Aoa Akui Takut

papar berkaitan - pada 31/8/2022 - jumlah : 269 hits
Selepas dua tahun menghilangkan diri dek kontroversi membuli Mina ketika masih dalam AOA Jimin akhirnya membuat kemunculan semula di kaca televisyen ARTIKEL BERKAITAN Menerusi program terbaru JTBC iaitu The Second World wanita itu merupakan...
Apple Naikkan Harga Jualan Iphone Se 2022 Untuk Pasaran Malaysia

Apple Naikkan Harga Jualan Iphone Se 2022 Untuk Pasaran Malaysia

papar berkaitan - pada 8/9/2022 - jumlah : 316 hits
Dalam acara yang berlangsung awal pagi tadi Apple telah mengumumkan sejumlah produk baharu termasuk siri iPhone 14 Seiring pelancaran generasi baharu iPhone tersebut model iPhone 13 dan iPhone 12 telah dikemas kini dengan harga jualan yang ...
Belia Sabah Memuji Kepimpinan Anwar Dan Menuntut Hak Ma63

Belajar Saham Global Dengan Moomoo Panduan Untuk Pemula

Type 26 Auto Fabrica S Elegant Honda Cb750 Caf Racer

The Week Ahead

Percutian Yang Tertangguh Ringkas Tapi Sangat Bermakna

Kerabu Suhun Thai Resipi Sihat Segar Yang Mengujakan Untuk Diet Harian

Poco Launches Poco F8 Series

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung Kampung Mat Daling Didakwa Pecah Amanah Rm40 000


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Strategi Penurunan Tarif Langkah Ekonomi Malaysia Menuju Kestabilan Dan Pertumbuhan

10 Nasihat Penting Mengenai Cuaca Buruk Yang Perlu Anda Tahu

Top 45 By Brenna Panama888 5 Pgslot Jili Sa Gaming Panama888 27 2026

Brazil999 Top 6 By Jamila 25 November 2568

Fullslotpg Fullslotpg Run 8 Nov 2568 Fullslotpg Casino Online Top 73 By Lenora

Solat Hajat Khas Esok Di Semua Masjid Surau Jumaat Jakim Dan Jawi