Beijing Arah Tulisan Arab Simbol Orang Islam Dibuang




Pihak berkuasa di ibu negara China mengarahkan restoran dan gerai halal membuang tulisan Arab dan simbol berkaitan Islam daripada papan tanda mereka, sebahagian daripada usaha nasional untuk mencinakan penduduk yang beragama Islam.
Para pekerja di 11 restoran dan kedai di Beijing yang menjual produk halal dan dilawati Reuters baru-baru ini memaklumkan penguatkuasa meminta mereka membuang gambar-gambar yang berkaitan Islam, seperti bulan sabit dan perkataan “halal” dalam tulisan Arab daripada papan tanda.
Kakitangan kerajaan dari pelbagai cawangan meminta seorang pengurus kedai mee di Beijing supaya menutup “halal” dalam tulisan Arab pada papan tanda kedainya dan kemudian menyaksikan dia melakukannya.
“Mereka kata ini budaya asing dan kamu patut guna lebih banyak budaya Cina,” kata pengurus itu, yang seperti pemilik dan pekerja restoran yang bercakap kepada Reuters, enggan memberikan namanya kerana sensitiviti isu itu.
Kempen terhadap tulisan Arab dan gambar-gambar berkaitan Islam menandakan fasa baru dalam usaha yang semakin rancak sejak 2016, dalam usaha memastikan agama sesuai dengan budaya Cina.
Kempen itu termasuk membuang kubah-kubah gaya Timur Tengah pada masjid-masjid di serata negara itu dan menggantikannya dengan pagoda gaya Cina.
China, yang mempunyai kira-kira 20 juta orang Islam, secara rasmi menjamin kebebasan beragama tetapi kerajaan berkempen untuk penganutnya mengikut fahaman parti komunis.
Bukan orang Islam sahaja yang diperhatikan. Pihak berkuasa menutup banyak gereja-gereja Kristian bawah tanah, dan membuang salib-salib beberapa gereja yang disifatkan haram.
Tetapi orang Islam mendapat perhatian khusus sejak rusuhan pada 2009 antara kebanyakannya orang Uighur yang beragama Islam dan orang Cina majoriti di wilayah Xinjiang, negeri kaum Uighur minoriti.
Keganasan etnik meletus menyusuli peristiwa itu, dan beberapa orang Uighur, yang tidak berpuas hati dengan kawalan kerajaan, melancarkan serangan pisau dan bom di tempat awam dan terhadap polis dan pihak berkuasa lain.
China kemudian melancarkan apa yang didakwa pembanterasan terorisme di Xinjiang.
Sekarang, negara itu berdepan kritikan hebat daripada Barat dan kumpulan hak asasi berkenaan dasar-dasarnya, terutama penahanan dan pengawasan besar-besaran orang Uighur dan orang-orang Islam lain di sana.
Kerajaan berkata tindakannya di Xinjiang perlu bagi membanteras ekstremisme agama. Pegawai-pegawai kerajaan memberi amaran terhadap Islamisasi, dan meluaskan kawalan ke atas masyarakat Islam minoriti lain.
‘Normal baru’
Para peganalisis berkata parti komunis khuatir pengaruh asing akan menyebabkan kumpulan-kumpulan agama sukar dikawal.
“Bahasa Arab dilihat sebagai bahasa asing dan pengetahuan bahasa itu sekarang dianggap sebagai sesuatu yang diluar kawalan pemerintah,” kata Darren Byler, seorang ahli antropologi di Universiti Washington yang mengkaji Xinjiang.
“Ia juga dilihat berkaitan dengan kewarakan, atau di mata pihak berkuasa, ekstremisme agama. Mereka mahu Islam di China beroperasi menerusi bahasa Cina terutamanya,” katanya.
Kelly Hammond, seorang pembantu profesor di Universiti Arkansas yang mengkaji masyarakat Hui yang beragama Islam di China, berkata langkah-langkah itu sebahagian daripada “usaha untuk mencipta normal baru”.
Beijing mempunyai sekurang-kurangnya 1,000 restoran dan makan halal, menurut aplikasi penghantaran makanan Meituan Dianping, yang tersebar di kawasan penempatan orang Islam yang bersejarah di bandar itu dan kawasan kejiranan lain.
Belum jelas adakah semua restoran seperti itu di Beijing diarah menutup tulisan Arab dan lambang-lambang Islam. Seorang pengurus di sebuah restoran yang masih memaparkan tulisan Arab berkata dia diarah untuk membuangnya tetapi sedang menunggu papan tanda baru.
Beberapa kedai-kedai besar yang dikunjungi Reuters menggantikan tanda mereka dengan istilah halal dalam bahasa Cina – “qing zhen” – sementara kedai-kedai lain sekadar menutup tulisan Arab dan gambar-gambar berkaitan Islam dengan pita atau pelekat.
Jawatankuasa Hal Ehwal Etnik dan Agama Beijing enggan mengulas, mengatakan arahan berkenaan restoran halal itu arahan nasional.
Suruhanjaya Hal Ehwal Etnik Nasional tidak menjawab permohonan mendapatkan ulasan.
Walaupun kebanyakan pekedai yang ditemui Reuters berkata mereka tidak kisah menukar papan tanda, ada yang mengatakan ia mengelirukan pelanggan mereka dan seorang pekerja di kedai penyembelihan halal menuduh pihak berkuasa “memadamkan” budaya orang Islam.
“Mereka selalu bercakap tentang perpaduan nasional, mereka selalu bercakap tentang China yang antarabangsa. Adakah ini perpaduan nasional?”
FMT



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/08/01/beijing-arah-tulisan-arab-simbol-orang-islam-dibuang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tulisan Jawi Warisan Tamadun Islam

Tulisan Jawi Warisan Tamadun Islam

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 332 hits
ABDUL HADI AWANG SEMUA ilmuan Timur dan Barat secara ikhlas tanpa fanatik dan prejudis mengakui peranan Islam mencipta tamadun yang menjadi asas kepada kemajuan dunia terkini Namun munculnya tanda tanda kemusnahan tamadun sekarang kerana me...
Kilang Di Kapar Larang Pekerja Islam Bersolat

Kilang Di Kapar Larang Pekerja Islam Bersolat

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 279 hits
Sebuah kilang yang beroperasi di Taman Perindustrian Sungai Kapar di sini bertindak melarang pekerja Islam di syarikatnya daripada menunaikan ibadat solat Tindakan yang dilihat sengaja mencetuskan suasana tidak harmoni itu dibuat melalui se...
Lelaki Ini Kongsi Cara Beradab Tegur Housemate Bukan Islam Yang Minum Arak

Lelaki Ini Kongsi Cara Beradab Tegur Housemate Bukan Islam Yang Minum Arak

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 320 hits
Menyewa dengan pelbagai bangsa dalam satu rumah bukanlah perkara yang aneh lagi buat penyewa hari ini Antara faktor yang mendorong penyewa memilih untuk menyewa dengan penyewa pelbagai bangsa ialah hubungan persahabatan yang akrab dan harga...
Doa Akhir Tahun Doa Awal Tahun Islam

Doa Akhir Tahun Doa Awal Tahun Islam

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 556 hits
Ini adalah panduan doa akhir tahun dan awal tahun Islam Panduan ini ditulis secara lengkap dan tersusun Apa yang penting Ejaan dalam RUMI juga turut disertakan bagi membantu mereka yang sukar membaca tulisan arab Jika anda memerlukan pandua...
Fitnah Akhir Zaman Terhadap Pemimpin Islam

Fitnah Akhir Zaman Terhadap Pemimpin Islam

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 571 hits
Saidina Usman bin Affan adalah merupakan Khalifah ke 3 Islam yang telah dijatuhkan dengan tuduhan bahawa beliau mengamalkan korupsi kronisme dan nepotisme Di penghujung kuasa beliau Saidina Usman berhadapan dengan pemberontakan Rumah beliau...
Haiwan Korban Hasil Sumbangan Dari Bukan Islam

Haiwan Korban Hasil Sumbangan Dari Bukan Islam

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 331 hits
Soalan Bolehkah masjid masjid menerima lembu lembu untuk dikorbankan dari bukan Islam Selalunya adalah dari hasil sumbangan ahli politik dan juga ahli perniagaan bukan Islam Jawapan Bagi menjawab persoalan di atas terdapat beberapa situasi ...
Khalid Samad Bekas Aktivis Islam Tak Boleh Buang Perangai Setan

Khalid Samad Bekas Aktivis Islam Tak Boleh Buang Perangai Setan

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 618 hits
Baru baru nie tular dilaman sosial pemilik akaun Facebook atas nama Weendy Loong memuatnaik karikatur yang jelas menghina Rasulullah SAW Weendy Loong memuatnaik karikatur tersebut dalam grup Kiub Batu Itu Berhala Grup tersebut dikendalikan ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya