Doa Akhir Tahun Doa Awal Tahun Islam



Ini adalah panduan doa akhir tahun dan awal tahun Islam.
Panduan ini ditulis secara lengkap dan tersusun.
Apa yang penting:
Ejaan dalam RUMI juga turut disertakan bagi membantu mereka yang sukar membaca tulisan arab.
Jika anda memerlukan panduan ini, mari kita mulakan..

Panduan ini mengandungi: Doa akhir tahun hijrah Doa awal tahun hijrah Pengenalan Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.
Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah.
Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.
Walaupun doa ini tidak wajib, ia adalah sesuatu yang baik untuk diamalkan.
Barang siapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.
Sebelum membaca doa awal tahun bila masuknya bulan muharram, kita terlebih dahulu digalakkan membaca doa akhir tahun pada akhir zulhijjah.
Antara tarikh istimewa & amalan yang disunatkan dalam bulan Zulhijjah adalah:
1. 1–8hb disunatkan untuk berpuasa. 2. 8hb dihidupkan malamnya dengan banyak beribadat. 3. 9hb hari wuquf Dihidupkan malamnya dengan banyak beribadah di Arafah Disunatkan berpuasa bagi orang yang tidak mengerjakan haji Membaca surah al-Ikhlas sebanyak 1000 kali. 4. Hari Raya Haji pada 10hb Solat sunat Aidiladha, membaca takbir, dan melakukan ibadah korban atau sedekah 5. Hari Tasyrik pada 11–13hb Dihidupkan malam dengan banyak beribadah. Takbir selepas setiap waktu solat fardhu. 6. 30hb (akhir Zulhijjah) Membaca doa akhir tahun hijrah selepas waktu asar (yang akan diajarkan dalam panduan ini)  
Doa Akhir Tahun Bilakah waktu untuk membaca doa ini?
Bacaan doa akhir tahun ini digalakkan untuk dibaca pada petang selepas waktu Asar pada 29 atau 30 Zulhijjah.
Bacaan doa tersebut adalah:

Bacaan dalam Rumi Bismillaahir-rahmaanir-rahiim,
Alhamdulillahi rabbil alamin,
Wa sallallaahu ‘ala sayyidinaa wa maulaanaa Muhammadiw wa ‘alaa aalihi wa sahbihii wa sallam.
Allaahumma maa ‘amiltu fi haazihis-sanati mimmaa nahaitani ‘anhu fa lam atub minhu wa lam tardahuu,
Wa lam tansahuu,
Wa halumta ‘alayya ba’da qudratika ‘alaa u-quubati,
Wa da’autani ilattaubati minhu ba’da jur’ati alaa ma’siyatika,
Fa inni astagfiruka fagfirlii,
Wa maa ‘amiltu fiihaa mimma tardaahu wa wa ’attani ‘alaihis-sawawaba,
Fas’alukallahumma yaa kariimu yaa zal-jalaali wal ikraam an tataqabbalahuu minni
Wa laa taqta’ rajaa’i minkaa yaa kariim,
Wa sallallaahu ‘alaa sayyidinaa Muhammadiw wa ‘alaa ‘aalihii wa sahbihii wa sallam
Wahamdulillahi rabbil alamin.
Maksudnya: Dengan nama Allah Yang Maha Mengasihani Lagi Maha Merahmati.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Selawat dan salam ke atas tuan dan penghulu kami, Nabi Muhammad, ke atas ahli keluarga Baginda, dan para sahabatnya sekalian.
Ya Allah, apa jua yang aku telah lakukan di dalam tahun ini daripada perkara yang Engkau telah tegah lalu aku tidak bertaubat daripadanya dan Engkau tidak redha serta tidak melupakannya, Engkau mengasihiku selepas Engkau berkuasa untuk menghukumku, dan Engkau menyeru kepadaku supaya bertaubat daripadanya selepas keberanianku melakukan maksiat kepada-Mu.
Maka sesungguhnya aku memohon ampun kepadaMu, ampunilah aku.
Apa jua perkara yang telah aku lakukan  di dalam tahun ini daripada sesuatu yang Engkau redha dan Engkau menjanjikan ganjaran kepadaku, maka aku memohon kepadaMu wahai Tuhan Yang Maha Mulia, wahai Tuhan Yang Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan, supaya Engkau menerimanya (amalan baik) daripadaku.
Dan janganlah Engkau memutuskan harapanku kepadaMu wahai Tuhan Yang Maha Mulia.
Semoga Allah melimpahkan selawat ke atas tuan kami, Nabi Muhammad, ke atas ahli keluarga Baginda, para sahabatnya, dan limpahkan kesejahteraan (kepada mereka).
Segala pujian hanyalah bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Ya Allah, perkenankanlah.
 
Doa Awal Tahun Doa awal tahun dibaca pada selepas waktu Maghrib sebanyak 3 kali pada malam 1 Muharram.
Doa tersebut adalah:

Doa dalam Rumi Bismillaahir-rahmaanir-rahiim
Alhamdulillahi rabbil alamin,
Wa sallallaahu ‘ala sayyidinaa wa maulaanaa Muhammadiw wa ‘alaa aalihi wa sahbihii ajmain,
Allahumma antal abadiyyul qadimul awwal,
Wa ‘ala fadlikal ‘azim,
wajudikal mu awwali.
Wa haza ‘ammun jadidun qad aqbala ‘alaina,
Nas alukal ismata fiihi minna-syaitoni wa auliya ihi wajunu dihi,
Wal auna ala haazihin-nafsil amarati bil su’i,
Wa istirghola bima yuqorribuna ilaika zulfa,
Yaa zal-jalaali wal ikraam,
Ya arhamarrahimin,
Wa sallallaahu ‘alaa sayyidinaa Muhammadiw wa ‘alaa ‘aalihii wa sahbihii wa sallam
Wahamdulillahi rabbil alamin.
Maksudnya: Dengan nama Allah Yang Maha Mengasihani lagi Maha Merahmati.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Selawat dan salam ke atas tuan dan penghulu kami, Nabi Muhammad, ke atas ahli keluarga Baginda, dan para sahabatnya sekalian.
Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi, sediakala, lagi terawal, Engkau berada di atas kelebihan-Mu yang besar, dan kemurahanMu yang melimpah-ruah.
Ini adalah tahun baru yang telah sampai kepada kami.
Kami memohon kepadaMu perlindungan di dalamnya (tahun ini) daripada syaitan, para pembantunya, dan bala tenteranya, (kami memohon) bantuan untuk mengatasi nafsu amarah yang mengajak ke arah kejahatan, dan kesibukan dengan perkara-perkara yang mendekatkan kami kepadaMu sedekat-dekatnya, wahai Tuhan yang memiliki kebesaran dan kemulian, wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani.
Semoga Allah melimpahkan selawat ke atas tuan kami, Nabi Muhammad, ke atas ahli keluarga Baginda, para sahabatnya, dan limpahkanlah kesejahteraan (kepada mereka).
Segala pujian hanyalah bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Ya Allah, perkenankanlah.
 
» Rujukan Panduan doa akhir tahun dan awal tahun ini dirujuk daripada Modul Fardu Ain Diri, Keluarga dan Masyarakat, Indahnya Hidup Bersyariat tulisan Dato’ Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid
Penutup Saya berharap panduan ini dapat membantu anda.
Jika terdapat sebarang pertanyaan, anda boleh tinggalkan perkara tersebut pada ruangan komen di bawah.
The post Doa Akhir Tahun & Doa Awal Tahun Islam (Panduan Lengkap) appeared first on AKU ISLAM.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://akuislam.com/blog/ibadah/doa-akhir-tahun/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jawatankuasa Proses Digitalisasi Pentadbiran Islam Diumum Akhir Tahun

Jawatankuasa Proses Digitalisasi Pentadbiran Islam Diumum Akhir Tahun

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 199 hits
Jawatankuasa proses digitalisasi pentadbiran Islam diumum akhir tahun Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 29 Jul 20
Fitnah Akhir Zaman Terhadap Pemimpin Islam

Fitnah Akhir Zaman Terhadap Pemimpin Islam

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 537 hits
Saidina Usman bin Affan adalah merupakan Khalifah ke 3 Islam yang telah dijatuhkan dengan tuduhan bahawa beliau mengamalkan korupsi kronisme dan nepotisme Di penghujung kuasa beliau Saidina Usman berhadapan dengan pemberontakan Rumah beliau...
Bacaan Tahiyat Akhir Dan Tahiyat Awal

Bacaan Tahiyat Akhir Dan Tahiyat Awal

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 3840 hits
Imej oleh Bagaimana cara bacaan Tahiyat Akhir dan Tahiyat Awal Artikel ini adalah panduan mudah dan lengkap untuk bacaan tahiyat awal dan tahiyat akhir yang dipermudahkan dengan ejaan rumi bagi membantu anda yang tidak mahir membaca tulisan...
Bank Indonesia Ramal Investasi Tumbuh 6 Persen Hingga Akhir Tahun

Bank Indonesia Ramal Investasi Tumbuh 6 Persen Hingga Akhir Tahun

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 219 hits
Investasi juga akan terus tumbuh dengan adanya pernyataan Presiden Jokowi dalam Pidato Visi Indonesia yang mengajak lebih banyak investasi masuk ke Indonesia Semangat tersebut menurutnya akan memberi kepastian positif bagi pengusaha
Sampaikan Selamat Ulang Tahun Untuk Mendiang Sang Drummer Ifan Seventeen Kirim Doa

Sampaikan Selamat Ulang Tahun Untuk Mendiang Sang Drummer Ifan Seventeen Kirim Doa

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 227 hits
Delapan bulan usai peristiwa tersebut tepatnya 8 Agustus 2019 hari ini merupakan hari spesial bagi Andi Seventeen Andi merayakan hari lahirnya Ifan mengunggah video kebersamaannya dengan Andi di akun instagramnya
Pihak Berkuasa Kesihatan P Pinang Arah Tutup 120 Kedai Makan Sejak Awal Tahun 2019 Ini

Pihak Berkuasa Kesihatan P Pinang Arah Tutup 120 Kedai Makan Sejak Awal Tahun 2019 Ini

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 361 hits
Sebut pasal negeri Pulau Pinang semua orang tahu itu negeri yang terkenal dengan kelebihan dari segi makanannya yang sangat sedap Saya sebagai orang Pulau Pinang mungkin ada sedikit perasaan syok sendiri Siapa lagi nak banggakan dengan kele...
Saipul Jamil Ulang Tahun Ini Doa Dari Dewi Perssik

Saipul Jamil Ulang Tahun Ini Doa Dari Dewi Perssik

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 333 hits
Hari ini Rabu usia Saipul Jamil genap 39 tahun Mantan istri Dewi Perssik merangkai ucapan selamat ulang tahun dan doa untuk Saipul
Bahan Bantu Mengajar Pendidikan Islam Tahun 4

Bahan Bantu Mengajar Pendidikan Islam Tahun 4

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 1279 hits
dan Salam Sejahtera semua saja nak kongsikan beberapa Bahan Bantu Mengajar atau pun Lembaran kerja yang ros sediakan sendiri untuk anak murid ros mengikut tahap mereka Antara tajuk yg terkandung adalah seperti yang dinyatakan di bawah ini y...
Oriental Kopi Klcc Port Minum Kopi Terbaru

Pasar Raya Flagship Jaya Grocer Di Sunway Pyramid Tarik Pengunjung Dengan Penampilan Serba Baharu

U Mobile The New Ali Baba Contractor For The Second 5g Network Tender

The Celebrity Legs And Feet In Tights 2024 Pantyhose Queen Poll Full Contender List

Panas Artis Wanita Malaysia Ditahan Polis Thailand Turut Ditemukan 6 000 Biji Pil Kuda

Iphones Dalam Bahaya Amaran Baru Peretasan Sasarkan Peranti Apple

Explore The Hottest Tangkasnet Gaming Trends And Top Picks For 2024

Jangkitan Kulit Utama Oleh Mycobacteria Bukan Tuberkulosis Laporan 6 Kes


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal

10 Fakta Filem Kahar Kapla High Council Yang Ramai Tak Tahu Prekuel Drama Project Projek High Council

Anugerah Seri Angkasa 2024 Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Hadiah Persembahan Penyampai Trofi Dan Segala Info ASA 36


Immigration Officers Involved In Counter Setting Case Transferred Says Dg

Kerajaan Perkenal Undang Undang Lebih Tegas Tangani Buli Siber Kata Anwar

Malaysiaweeklyrecap 30 September

Malaysiaweeklyrecap October

Learning Has Always Been Distinctive Not Uniform

Ebook Rahsia Taobao