Beginilah Amalan Meniup Lilin Kek Bermula Selepas Tahu Sila Hentikan Amalan Ini
Apabila tibanya hari lahir, pasti setiap orang akan merasa teruja dan seronok untuk menyambut hari lahir sama ada sambutan secara sederhana atau besar-besaran.
Dalam Islam, tidak menjadi masalah untuk mengadakan sambutan hari lahir. Para ulama’ mengatakan hukumnya adalah berbalik kepada hukum asal bagi setiap perkara, iaitu harus.
Namun, jika terdapat unsur-unsur yang melalaikan seperti sehingga meninggalkan ibadat wajib, wujud pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan atau terdapat unsur pembaziran, maka ia boleh jatuh kepada haram.
Islam tidak melarang umatnya untuk berhibur dengan meraikan hari-hari istimewa, namun perlu diingat untuk sentiasa menjaga hukum-hakamnya dan tidak mengikut amalan barat atau kaum lain.
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
Maksud: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah daripada kalangan mereka.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 4031)
Walau bagaimanapun, antara amalan utama pada hari lahir yang dilihat sentiasa dilakukan oleh masyarakat kita ialah dengan meniup lilin yang terdapat pada kek.
Kebiasaannya, lilin akan diletakkan mengikut angka tahun seseorang. Selepas nyanyian hari lahir didendangkan, seseorang itu akan meniup lilin tersebut.
Dari Mana Amalan Ini Bermula
Tahukah anda bahawa asal-usul amalan ini adalah daripada kaum Yunani yang bermula dari zaman Greek. Masyarakat zaman tersebut gemar meletakkan lilin di atas kek berbentuk bulat bagi menghormati dewi yang menjaga mereka.
Ada sejarah yang mengatakan dewi tersebut ialah dewi bulan yang bernama Artemis. Asap merupakan salah satu cara untuk berhubung dengan tuhan. Jadi, mereka percaya selepas berdoa atau meminta hajat, tiupan lilin itu sekali gus akan menghantar doa tersebut melalui asap.
Menurut para ulama’ dan golongan ilmuwan, amalan meniup lilin ini adalah menyerupai kaum tersebut dan mereka menjatuhkan hukum haram.
Tiada dalil atau perbuatan khusus amalan ini pernah dilakukan oleh umat Islam atau agama lain, melainkan agama Kristian dan masih diamalkan sehingga kini.
Oleh itu, adalah memadai untuk makan kek tanpa tiupan lilin atau amalan yang seumpama dengannya.
Tambahan pula, menurut beberapa kajian oleh saintis, iaitu dari Clemson University di South Carolina yang telah diketuai oleh Dr Paul Dawson membuktikan bahawa kek yang ditiup akan menghasilkan bakteria 14 kali ganda.
Walaupun bakteria ini kurang berbahaya seperti bakteria lain kerana kemungkinan untuk jatuh sakit adalah rendah, namun adalah lebih baik untuk mengelakkannya.
Antara amalan lain yang dilakukan di beberapa buah negara sebagai sambutan hari lahir ialah:
#1 – Kanada
Kanak-kanak akan dicalit dengan mentega atau majerin (jenis yang berminyak) di bahagian hidung oleh sesiapa sahaja sepanjang hari lahirnya.
Amalan ini dikatakan untuk menolak nasib malang kerana hidung yang licin sukar ditangkap. Tradisi ini dikatakan berasal daripada Scotland.
#2 – China
Si penyambut hari lahir akan menghirup sepinggan mi panjang tanpa memutuskannya. Tradisi ini sebagai simbolik kepada kepercayaan umur yang panjang.
#3 – Jerman
Kebiasaannya apabila seseorang lelaki meningkat ke 30 tahun dan masih bujang, mereka akan disuruh menyapu tangga di dewan perbandaran sambil memakai gaun sehingga dia dicium oleh anak dara.
Ini merupakan adat lama masyarakat Jerman di kawasan utara dan barat. Namun, adat ini sudah jarang diamalkan.
Kesimpulan
Tidak menjadi masalah untuk meraikan keseronokan hari lahir namun, jangan sehingga melampaui batas. Anggap hari lahir anda sebagai salah satu peluang serta nafas baru untuk memperbaiki diri ke arah lebih baik.
Rujukan:
Amalan Hari Lahir
Smabutan Hari Lahir
Sumber: tzkrh.com
The post Beginilah Amalan Meniup Lilin Kek Bermula. Selepas Tahu Sila Hentikan Amalan Ini appeared first on Islam Itu Indah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.islamituindah.my/beginilah-amalan-meniup-lilin-kek-bermula-selepas-tahu-sila-hentikan-amalan-ini/