Beberapa Persoalan Tentang Usul 72 Umno Bahagian Tuntut Pengampunan Penuh Najib






Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan kepada perwakilan Perhimpunan Agung UMNO atau PAU2024 bahawa sebanyak 72 usul diterima daripada UMNO bahagian di seluruh negara yang menuntut Najib Razak diberi pengampunan penuh.


Katanya, ini menunjukkan UMNO tidak akan menghentikan usahanya bagi menuntut keadilan dan pembebasan  bekas Perdana Menteri itu.


“Sesungguhnya, selagi bossku terperangkap di tirai besi, suara dan ikhtiar UMNO tak pernah terhenti.


“Mohon untuk kita terus berdoa kerana berdoa itu senjata kita.


“Semoga Allah SWT lembutkan hati dan bukakan jalan agar pembebasan  Najib berlaku berdasarkaqn Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan,” katanya ketika menyampaikan ucapan selaku Setiasaha Agung UMNO pada PAU2024.


Saya ada beberapa persoalan berkaitan perkara ini, terutama kerana nama 72 bahagian UMNO yang meluluskan usul tersebut tidak pula dimaklumkan.


Pertama, kenapa hanya 72 UMNO bahagian saja yang mengemukakan usul menuntut pembebasan Najib, sedangkan UMNO ada 191 bahagian?


Ke mana perginya 119 UMNO bahagian yang lain?


Apakah mereka tidak setuju Najib diberi pengampunan penuh?


Jika isu pembebasan Najib kononnya begitu penting untuk diperjuangkan, kenapa ibu pejabat UMNO tidak mengatur agar semua 191 bahagian UMNO meluluskan usul berkenaan?


Kedua, – adakah UMNO bahagian yang diterajui pimpinan Top 5 – Presiden (Bagan Datuk), Timbalan Presiden (Rembau), 3 Naib Presiden( Cameron Highlands, Pasir Gudang dan Titiwangsa), turut sama meluluskan usul menuntut pengampunan penuh untuk Najib itu?


Ketiga, mahu dibuat apa dengan usul itu setelah ia dibahas dan diluluskan oleh PAU2024 yang berakhir esok?


Dulu, sebarang usul PAU mudah dijadikan kenyataan kerana UMNO mengetuai kerajaan dan Presiden UMNO adalah juga Perdana Menteri, namun sekarang, parti yang mengetuai kerajaan ialah PH dan Perdana Menteri pula disandang oleh Presiden PKR.


Apakah UMNO akan mengangkat usul menuntut pengampunan penuh itu kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim untuk tindakan seterusnya atau habis setakat bergema di Dewan Merdeka, WTCKL saja?


Keempat, jika Anwar tidak memperdulikannya, buat tak tahu dan enggan berbuat apa-apa untuk melaksanakannya usul yang dituntut itu, apa UMNO mahu lakukan seterusnya?


Apakah UMNO mahu terus berada dalam kerajaan dan bila tiba PAU tahun depan nanti, sekali lagi tuntutan membebaskan Najib akan terus dikumandangkan lagi?


Atau UMNO sedia keluar meninggalkan kerajaan sebagai tanda kesetiaan tak berbelah bahagi kepada Najib, walaupun sedar tindakan  keluar kerajaan itu tidak pun akan menyebabkan kerajaan tumbang?


Kelima, kenapa dalam isu ini, UMNO cuba melangkah bendul dalam perjuangannya kerana parti itu tidak pula ternampak bersungguh-sungguh menuntut kerajaan mengesahkan sama ada wujud atau titah adendum Agong ke-16 yang membenarkan Najib diberi tahanan rumah?


Jika tahanan rumah yang khabarnya telah ada titah adendum pun tidak diperjuangkan sepenuh hati oleh UMNO, bagaimana mahu menuntut pembebasan penuh buat Najib?


Akhirnya, apa nasib Najib?


Apa  yang boleh saya kata – usul ini takkan ke mana-mana, sama macam sejuta tandatangan yang mahu dikumpul UMNO  sebelum ini tapi sudahnya, senyap begitu saja.


Masa makin berlalu tapi seinci pun kedudukan Najib tidak berubah daripada Penjara Kajang. 


Walaupun bukan penyokong Najib, saya turut kesian kepadanya. – ShahbudinHusin 23Ogos2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/08/23/beberapa-persoalan-tentang-usul-72-umno-bahagian-tuntut-pengampunan-penuh-najib.html






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/08/beberapa-persoalan-tentang-usul-72-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Usul Pengampunan Penuh Najib Paling Banyak Diterima

Usul Pengampunan Penuh Najib Paling Banyak Diterima

papar berkaitan - pada 23/8/2024 - jumlah : 59 hits
bharian com myOleh Ogos 23 2024 10 33amSetiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berucap pada Perhimpunan Agung UMNO 2024 di Dewan Merdeka WTCKL hari ini Foto BERNAMAKUALA LUMPUR Usul pengampunan penuh bekas Perdana Menteri Datuk S...
Titah Adendum Pengampunan Najib Pemuda Umno Akan Mohon Menghadap Sultan Pahang

Titah Adendum Pengampunan Najib Pemuda Umno Akan Mohon Menghadap Sultan Pahang

papar berkaitan - pada 25/8/2024 - jumlah : 114 hits
KUALA LUMPUR Pemuda UMNO memaklumkan pihaknya akan memohon untuk menghadap Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berhubung isu Titah Adendum dalam kes pengampunan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak K...
Umno Resolute In Fighting For Najib Says Zahid

Umno Resolute In Fighting For Najib Says Zahid

papar berkaitan - pada 23/8/2024 - jumlah : 101 hits
Umno president Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi says the party remains resolute in fighting for its incarcerated former leader Datuk Seri Najib Razak If anyone is still questioning our commitment I want to assure you that the party remains ...
Kerjasama Dengan Ph Pembebasan Najib Masih Hantui Umno

Kerjasama Dengan Ph Pembebasan Najib Masih Hantui Umno

papar berkaitan - pada 29/8/2024 - jumlah : 98 hits
bharian com myOleh Ogos 29 2024 Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan pada sesi Penggulungan Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur Foto ...
Pemuda Umno Tanya Kerajaan Titah Adendum Najib Wujud Atau Tidak

Pemuda Umno Tanya Kerajaan Titah Adendum Najib Wujud Atau Tidak

papar berkaitan - pada 25/8/2024 - jumlah : 167 hits
kosmo com myOleh HARRITH HISHAM24 Ogos 2024 9 52 pmDr Akmal pada penggulungan Perhimpunan Agung Umno 2024 di Pusat Dagangan Dunia m hari ini Foto oleh FARIZ RUSADIO KOSMO KUALA LUMPUR Pemuda UMNO meminta kerajaan untuk menjelaskan sama ada ...
Zahid Admits Being Mastermind Behind Dr Mahathir Stepping Down As Pm Says Necessary To Save Umno From Getting Disbanded

Zahid Admits Being Mastermind Behind Dr Mahathir Stepping Down As Pm Says Necessary To Save Umno From Getting Disbanded

papar berkaitan - pada 11/8/2024 - jumlah : 106 hits
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi has today admitted to being the mastermind behind the ousting of Tun Dr Mahathir Mohamad as prime minister Speaking while launching the Cameron Highlands Umno division meeting the deputy prime minister said he ...
Unity Govt Leaders Not Invited To Umno General Assembly Says Asyraf

Unity Govt Leaders Not Invited To Umno General Assembly Says Asyraf

papar berkaitan - pada 15/8/2024 - jumlah : 126 hits
Umno secretary general Asyraf Wajdi Dusuki says the party wants to ensure that this year s event is an internal affair Senior unity government leaders will not be invited to Umno s general assembly later this month says Umno secretary gener...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids