Bebalvirus Bingungkan Pemikiran Rakyat
Ipohmali
Masa aku bercuti 2-3 hari.. aku tidak terganggu dengan berita coronavirus yg melanda Asia.. tetapi terganggu dengan reaksi dan kejahilan ramai dari kelompok muslim apalagi agamawan mereka…
Jahil betul bila dalam status para asatizah, agamawan mengaitkan musibah virus yang melanda Wuhan sebagai Bala.. kemurkaan dan balasan dari Allah…tanpa rasa mau mereka memperolok olokkan musibah yang sedang dihadapi rakyat disana.. lagi teruk mengaitkan dengan konflik di Xinjiang…
Memang benar, ada hadis Nabi tentang wabak itu tanda kemurkaan atau siksaan Allah.. tapi ia hanya sebagai tanda kekuasaannya menguji kita..sebagaimana disebutkan.
الطاعون أية الرجز ابتلى الله عز وجل به أناسا من عباده…
” Tha’un adalah tanda kemurkaan/siksaan Allah yang mana Allah menguji hamba-hambanya.. ”
Tapi apakah Allah mengklasifikasikan wabak itu menyentuh soal Muslim dan Kafir ? tidak.. Apakah kita lupa, sejarah wabak tha’un awamas ini pernah melanda didalam pemerintahan Islam.. Antara Sahabat, yang mati akibat wabak ada Suhail bin Amr,anaknya Abu Jandal, Amr Bin Al-‘ash,Muaz bin jabal.. malah dalam peristiwa wabak di Basrah Iraq mengorbankan ahli keluarga sahabat Nabi yang setia Anas Bin Malik sehingga 70 orang ramainya dalam peristiwa wabak yang dikenal sebagai Thaun Al jarif..
dan sahabat yang paling disayangi Nabi sendiri yang ketika itu adalah gabenor bagi negeri Syam meninggal dunia akibat dari jangkitan wabak.. sedangkan Abu Ubaidah sahabat yang paling disayangi Nabi. sebagaimana Hadis Nabi..
dalam riwayat Saidatuna Aishah (RA), berkata :
أَيُّ أَصْحَابِ رَسُولِ اللَّهِ ﷺ- كَانَ أَحَبَّ إِلَيْهِ؟ قَالَتْ: أَبُو بَكْرٍ ، ثُمَّ عُمَرَ ، ثُمَّ أَبُو عُبَيْدَةَ بْنُ الْجَرَّاحِ
“ Siapa dikalangan sahabat yang Rasulullah ﷺ paling sayangi ?” Aisyah menjawab Abu Bakar, kemudian Umar, kemudian Abu Ubaidah bin al-Jarrah.”
Siyar ‘Alam al-Nubala’
Apakah kematian Abu Ubaidah itu atas sebab dia berlaku Zalim ? sudah tentu tidak.. Abu ubaidah Al Jarrah antara 10 dikalangan sahabat yg dijanjikan Syurga.. dia antara sahabat yang paling awal memeluk Islam selepas saidina Abu Bakar.. hatta jika tidak kerana kematiannya kerana wabak Thaun.. hampir pasti dialah peganti Khalifah Umar…
Antara sifat Abu Ubaidah ini dia disifatkan Sahabat yang paling jujur dan Amanah.. berjasa kepada Islam termasuklah jasanya menawan kota Syam dari tentera Rom..
Baginda Nabi ﷺ ;
لِكُلِّ أُمَّةٍ أَمِينٌ، وَأَمِينُ هَذِهِ الأُمَّةِ أَبُو عُبَيْدَةَ بْنُ الْجَرَّاحِ
“Setiap umat mempunyai orang kepercayaan(amanah), dan orang kepercayaan umat ini adalah Abu Ubaidah bin al-Jarrah.”
(Riwayat al-Tirmizi)
Jadi jika wabak besar pernah membunuh para sahabat dan keluarganya.. apakah itu tanda kemurkaan Allah..? apakah bumi Syam yang penuh berkat itu juga sebahagian dari murka Allah.. Sedangkan tentera Islam baru saja menawan bumi syam dari tentera Rom..
apakah masa itu rakyat Syam akan berkata, setelah Islam menjadi Kerajaan di Syam.. Allah turunkan bala kepada rakyatnya.. Apakah sahabat yang paling disayangi Nabi itu seorang yang Zalim kepada rakyatnya.. bukan kah bumi Syams itu bumi yang diberkati ? sebagaimana sabda Nabi..
عَلَيْكُمْ بِالشَّامِ فَإنَّهَا صَفْوَةُ بِلَادِ اللهِ يَسْكُنُهَا خِيرَتُهُ مِنْ خَلْقِهِ..
“Beradalah kalian di Syam. Sesungguhnya ia merupakan negeri pilihan Allah, dihuni oleh makhluk pilihanNya..”
ketika dunia bersolidariti. Kita saling mengeji dan membenci hanya kerana kecenderungan dan sifat Ashabiyah.. masing masing mencari dalil bagi menunjukkan ianya bala dan kemurkaan Allah.. mereka sekali lagi mengambil peranan dan kuasa Tuhan menentukan, ianya kerana kaza wakaza
sebagaimana dulu mereka mengatakan gempa bumi di palu, Banjir di Pulau Pinang itu murka Allah.. manakala ditempat mereka hanya ujian dari Allah.. ada negeri yang Allah uji dengan Banjir besar.. ada dengan panas terit dan kebakaran seperti di Australia… ada gempa seperi di Palu, dan ada wabak penyakit seperti di Wuhan China.. bersyukurlah kepada Allah kerana kita masih belum diuji.. Boleh jadi esok lusa Allah menguji kita..
Tugas Pendakwah , agamawan adalah membawa risalah dan akhlak slam, Khabar gembira.. Bukan menakutkan manusia dengan cerita mistik dan Dongeng.. apa lagi mengambil kerja Tuhan menentukan bencana ini disebabkan maksiat ini, dan itu..sebagaimana firman Allah..
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ ۗ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ
Dan sesungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar….
Surah Al-Baqarah ayat 155
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://suarapakatandaily.com/archives/26225