Semuanya Mahal Sekarang Poket Rakyat Terjejas


Wartawan MalaysiaGazette Prof. Dr. Teo Kok Seong

KUALA LUMPUR – Kerajaan diminta segera menangani isu kenaikan sara hidup yang membebankan kehidupan rakyat Malaysia terutama golongan miskin dan berpendapatan rendah serta sederhana.

Isu yang perlu diberi keutamaan pada masa ini adalah kenaikan harga bahan mentah makanan secara berterusan.

Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, isu ini kritikal kerana ia menjejaskan kehidupan rakyat pada masa sekarang, tidak kira yang menetap di bandar mahupun di luar bandar.

Kerajaan sewajarnya memantau dan menangani isu ini dengan pantas sebagaimana yang diharapkan oleh rakyat.

Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menambah, meskipun kerajaan menunjukkan kesungguhan memperbaiki ekonomi negara dengan memperkenalkan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) tetapi itu adalah dasar jangka panjang.

Keberkesanan atau kejayaannya hanya akan dilihat dalam tempoh 10 tahun lalu.

Tetapi dalam realiti sekarang rakyat berdepan dengan isu kehidupan yang sungguh sukar terutama apabila barang-barang mentah makanan naik, langsung tidak turun.

“Kita menyambut baik usaha kerajaan untuk mengurangkan jurang kekayaan dalam WKB 2030 tetapi ia perancangan jangka panjang.

“Apa yang rakyat mahu kerajaan sekarang ialah atasi isu kenaikan harga barang terutama barang makanan mentah yang digunakan setiap hari.

“Sebagai contohnya harga ikan, sayur-sayur, telur yang meningkat. Sardin dalam tin dan ikan bilis yang dahulunya menjadi sumber makanan ‘hujung bulan’ pun seakan sudah sama harga dengan ikan mentah.

“Kalau semua barang mahal, apa yang tinggal dalam poket rakyat. Oleh sebab itu, kualiti hidup rakyat semakin merosot,” soalnya.

Teo berkata, isu kenaikan kos sara hidup tidak boleh dipandang remeh oleh kerajaan meskipun rakyat dimaklumkan bahawa kerajaan tidak boleh mengawal harga secara keseluruhan.

Namun, pada pandangannya, sebagai sebuah kerajaan yang prihatin, kerajaan perlu mencari jalan dan kaedah yang sesuai dan terbaik untuk menanganinya,

“Isu ini bukan kecil kerana telah menjejaskan ‘poket rakyat’. Lagipun kenaikan yang berlaku tidak seiring dengan kenaikan pendapatan. Ini adalah realiti sebenar.

“Sebab itu di media-media sosial kita lihat pelbagai kisah sedih rakyat dalam mencari pendapatan lebih bagi menampung kehidupan yang semakin mencabar,” katanya.

Menurut beliau, sudah 20 bulan kerajaan mengambil alih pemerintahan dan setakat ini belum ada pendekatan ketara diambil oleh kerajaan menerusi menerusi agensi-agensinya dalam menangani isu kenaikan harga secara total.

“Sehubungan itu, saya berharap kerajaan segera menangani masalah ‘perut’ rakyat berbanding isu-isu politik yang mendominasi kerajaan pada masa ini,” ujarnya. – MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/01/semuanya-mahal-sekarang-poket-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Letusan Taal

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Letusan Taal

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 260 hits
KUALA LUMPUR Setakat ini Wisma Putra menjelaskan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dengan insiden letusan gunung berapi Taal yang terletak kira kira 100 kilometer dari Manila Susulan letusan itu pihak berkuasa Filipina menangguhkan ...
Kerajaan Menyangkal Etunai Rakyat Ialah Inisiatif Mengumpul Data Peribadi

Kerajaan Menyangkal Etunai Rakyat Ialah Inisiatif Mengumpul Data Peribadi

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 462 hits
Kita kini di hari ketiga dan inisiatif diagihkan kepada rakyat Malaysia yang layak Tetapi beberapa jam selepas ia diberikan mula tular di media sosial isu data peribadi pengguna akan dikumpul oleh pihak kerajaan membuat sesetengah pengguna ...
Orang Muda Lihat Autonomi Umno Sabah Baik Untuk Parti Dan Rakyat Ghazali Ansing

Orang Muda Lihat Autonomi Umno Sabah Baik Untuk Parti Dan Rakyat Ghazali Ansing

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 388 hits
KIMANIS 17 Jan Ketua UMNO Tawau Ghazali Ansing berkata autonomi UMNO Sabah merupakan sesuatu yang cukup baik dan perkara yang amat baharu sekaligus memberi kelebihan dan juga manfaat yang cukup besar bukan sahaja kepada parti malah kepada r...
Cara Tebus Rm30 Etunai Rakyat

Cara Tebus Rm30 Etunai Rakyat

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 556 hits
Semalam 3 penyedia eWallet mengalami gangguan rangkaian akibat jumlah trafik ke aplikasi meningkat secara mendadak Situasi ini disebabkan pengguna eWallet mula menebus RM30 eTunai seperti yang dijanjikan oleh Kerajaan semasa pembentangan Ba...
Don T Forget To Claim Your E Tunai Rakyat With Boost To Enjoy Rewards Up To Rm10 000

Don T Forget To Claim Your E Tunai Rakyat With Boost To Enjoy Rewards Up To Rm10 000

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 362 hits
You can start claiming e Tunai Rakyat on 15 January 2020 Published for BOOST 16 Jan 2020 06 20 PM Cover image via jrmdzn klia2 In Oct 2019 the government announced that they would be giving Malaysians a one time incentive of RM30 to encoura...
Cara Dapat Duit Percuma Etunai Rakyat 2020

Cara Dapat Duit Percuma Etunai Rakyat 2020

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 499 hits
Cara Dapat Duit Percuma eTunai Rakyat 2020 betul ke Ke ni Clickbait je nak kumpul traffic je Siapa je nak bagi duit percuma Hehe tak percaya sudah p Lebih Info akan
E Tunai Rakyat Maklum Balas Orang Ramai Berbeza Ikut Usia

E Tunai Rakyat Maklum Balas Orang Ramai Berbeza Ikut Usia

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 237 hits
Diterbitkan Hari ini 10 00 pagi BERITATINJAUAN Kira kira 15 juta rakyat Malaysia layak menuntut wang RM30 pemberian kerajaan daripada mana mana tiga pengendali e dompet terpilih iaitu Grab Boost dan Touch n Go Menteri Kewangan Lim Guan Eng ...
Srikandi Dakwa Rakyat Tak Mahu Anwar Ganti Tun M

Srikandi Dakwa Rakyat Tak Mahu Anwar Ganti Tun M

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 250 hits
Zuhuraina Makmur KUALA LUMPUR Exco Srikandi Bersatu Zuhuraina Makmur mendakwa rakyat tidak mahu berlaku peralihan kuasa Perdana Menteri Menurutnya rakyat mahu Tun Dr Mahathir Mohamad mengetuai Pakatan Harapan bukan Presiden PKR Datuk Seri A...
Pss Iktiraf Pti Berkahwin Beranak Pinak Dan Diberi Hak Sama Seperti Rakyat Sabah

Pss Iktiraf Pti Berkahwin Beranak Pinak Dan Diberi Hak Sama Seperti Rakyat Sabah

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 472 hits
Impian Kerajaan Warisan sejak 20 bulan lalu nampaknya tercapai bulan jun 2020 ini Pelarian IMM13 PTI Kad Banci dan Burung burung kini sudah boleh menetap sepanjang hayat hanya perlu sambung 3 tahun sekali PSS juga dapat hak sama dengan raky...
Kempen Keselamatan Dalam Talian Anjuran Mcmc Disambut Para Baik Ibu Bapa

Top Marketing Strategies For Buzz

Menikmati Hidangan Malam Di Halal Kitchen Restaurant Nippori

Bisnes Yang Macam Mana Lagi Nak Dicari

Fadhlina Offers Help To Alleged Child Abuse Victim In Perlis

Cara Mohon Biasiswa Yang Di Pertuan Agong

Bernama Rtm Urged To Promote Awareness Campaigns On Repaying Loans

Tapak Niaga Berhawa Dingin Rm13 Sehari Di Expo Raya Galaxy Mall Ampang Anjuran Ppim Ehailing Fm 11 02 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Drama Viu Bidaah

Best Buat Rawatan Wajah Dengan Teknologi Korea Di Kskin

Shell Out Delivery Ke Rumah Sempena Pkp Di Port Dickson

Hiasan Kelas Jata Negeri Printable

Rasa Macam Mandi Bunga Dengan Rose Shower Gel Green Herbology

Settle Baju Raya Sebelum Ramadan