Bbm Bahan Simulasi Haji Cilik
Assalamualaikum
semua :)
Pada
bulan Julai yang lepas, tadika nia ada buat event Simulasi Haji Cilik.
Sudah beberapa tahun sebenarnya kami buat Simulasi Haji Cilik ini di tadika dan
tidak mengikuti program yang dianjurkan oleh PERTIM setiap tahun.
Pandangan
peribadi nia, buat simulasi haji secara sendiri tanpa mengikuti program anjuran
PERTIM adalah lebih selesa dan santai. Sebabnya bila ikut simulasi haji anjuran
PERTIM tu, pesertanya sangat ramai. Mereka memang nak bagi murid – murid
merasai sendiri pengalaman sebenar ketika menunaikan haji di Mekah bagaimana.
Bila
pesertanya dah ramai, tentulah akan rasa panas. Kalau cuaca pada hari tersebut
panas elok, habis basahlah ketiak memasing. Dengan rasa dahaganya lagi,
ditambah pulak perut berkeroncong sebab tak makan sarapan. Lepas tu mulalah
rasa pening mabuk nak pengsan sebab perut rasa sebu.
Nak
buat aktiviti pun rasa tak selesa sebab pesertanya bertolak – tolak dan
memasing nak habis awal. Nak pergi mana entah laju – laju macam tu. Cuba ikut
nasihat Faizal Tahir, santai – santailah sayangku, pergi mana laju – laju,
ini bukan kereta baru, asalkan aku dengan mu.
Ewaaahhhh
~
HAHA
Tapi
itu semua terpulang atas kehendak dan keinginan masing – masing. Kalau tak
pernah merasai lagi pengalaman simulasi haji anjuran PERTIM, pergilah sekurang
– kurangnya sekali. Timba pengalaman baru.
Nia
dah pernah pergi simulaji haji anjuran PERTIM sebanyak dua kali sebelum ini.
Kalau kau orang nak baca pengalaman nia, bolehlah klik pada pautan yang nia
letak kat bawah ni yee.
[ PENGALAMANMENGIKUTI SIMULASI HAJI CILIK ANJURAN PERTIM ]
Kalau
tanya nia antara buat simulasi haji sendiri ataupun ikut anjuran PERTIM, nia
akan pilih buat simulasi haji sendiri.
Aktiviti
boleh dilakukan secara santai, tak perlu nak berebut – rebut, bertolak – tolak
dan bersesak – sesak. Lepas tu, boleh selitkan sekali sesi penerangan ringkas
dan sejarah beberapa tempat yang penting. Dan paling utama, boleh pilih tempat
yang sejuk untuk buat aktiviti simulasi haji, KEKE
Jadi
sekiranya ada cikgu – cikgu yang nak buat aktiviti simulasi haji di tadika, tak
perlu risau dengan bahan simulasi haji yang diperlukan oleh murid. Nia dah
buatkan untuk cikgu – cikgu semua dan nia terbuka hati untuk kongsikan bahan
tersebut di sini.
Nia
izinkan cikgu – cikgu semua untuk guna bahan simulasi haji cilik yang telah nia
buat untuk tadika nia sebelum ini. Harapnya takdelah orang yang jual bahan ni
yee sebab nia bagi secara percuma dengan harapan agar ramai boleh mendapat
manfaatnya. Kalau nia dapat tahu ada yang jual bahan simulasi haji ni, lepas ni
memang nia tak nak kongsi apa – apa bahan percuma dahlah kat sini. Kecewa bila
orang buat macam tu.
EH
MERAJUK PULAK PEREMPUAN NI, HAHA
Untuk
yang memerlukan bahan simulasi haji cilik, boleh klik link dekat ni
okeyy.
[ BAHAN SIMULASI HAJI CILIK PERCUMA ]
Nia
doakan agar semua yang membaca perkongsian ini dapat menjejakkan kaki ke Mekah
untuk menunaikan umrah dan haji pada satu hari nanti. Amin Ya Allah, Ya Mujib
:)
Sumber
Gambar: Google.com
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://nia-emkay.blogspot.com/2023/10/bbm-bahan-simulasi-haji-cilik.html