Bayi Selalu Kembung Perut Ini Cara Berkesan Merawat Mencegah Kembung Perut Bayi


Masalah perut bayi kembung dan sering kentut, ada kalanya boleh mendatangkan kerisauan di hati ibu. Jom fahami punca bayi kembung perut dan cara mengatasinya yang dikongsi oleh hello doktor ini.

Perut bayi kembung dan sering kentut
Secara purata seorang bayi akan mengeluarkan gas antara 13 hingga 21 kali setiap hari. Punca bayi kembung perut sering disebabkan masalah angin dan biasanya ia tidak memerlukan sebarang rawatan perubatan khas.

Gas atau berangin perkara normal untuk terjadi pada bayi usia 1 hingga 4 bulan. Keadaan ini disebabkan oleh sistem pencernaannya yang masih dalam proses perkembangan.
Banyak perkara boleh mengakibatkan bayi mengalami perut berangin. Bayi akan menelan udara ketika menangis, menghisap puting dan menyusu – sama ada terus daripada payudara ibu atau botol susu.
Perut si kecil juga boleh menjadi berangin kerana menelan udara berlebihan apabila berada dalam posisi penyusuan yang salah, menyusu terlalu banyak atau mengalami sembelit.
Bayi baru lahir juga mungkin mempunyai alahan atau intoleransi terhadap bahan dalam susu formula atau susu ibu yang mengakibatkan perut berangin.
Makanan turut jadi punca bayi kembung perut
Bagi ibu menyusu, sesetengah makanan yang anda makan turut menjadi punca bayi mengalami kembung.
Contoh makanan seperti:
Makanan tinggi serat, terutamanya makanan yang mengandungi bran – lapisan luar bijirin yang keras Buah seperti aprikot, pic, prun, pir dan plum Buah sitrus Sayuran hijau seperti brokoli, asparagus dan kubis Sayuran berkanji seperti kentang Makanan berkanji seperti pasta Produk tenusu Coklat, minuman soda dan kafein Tip membantu masalah bayi kembung
Ibu boleh mencuba petua berikut bagi membantu melegakan keadaan perut bayi kembung dan sering kentut:
1. Tukar peralatan penyusuan bantu atasi punca bayi kembung perut
Jika perut bayi menjadi berangin disebabkan penyusuan botol, cubalah pelbagai jenis puting susu dan kombinasi botol.
Puting lembut, berkontur di sepanjang bibir dan mulut bayi dapat membantu mengelakkan aliran udara berlebihan semasa bayi menyusu. Pastikan juga aliran susu yang mengalir adalah perlahan untuk membolehkan bayi mempunyai cukup masa menyusu tanpa menghisap susu secara berlebihan.
Masa menyusu terbaik adalah antara 20 minit hingga 1 jam. Jika si kecil menghabiskan susu dalam tempoh 5 minit, bermakna mereka menghisap dengan cepat dan menelan udara berlebihan.
2. Posisi penyusuan
Semasa menyusu badan atau susu formula, kedudukan penyusuan juga memainkan peranan penting atau ia boleh menjadi punca bayi kembung perut.
Penting untuk memastikan kedudukan kepala si manja lebih tinggi berbanding perut mereka. Kedudukan ini juga membantu susu bergerak ke bahagian bawah perut dan menolak udara ke atas yang membolehkan si manja bersendawa.
3. Sendawakan si manja atasi punca bayi kembung perut lepas menyusu
Salah satu cara terbaik untuk mengeluarkan gas yang terperangkap dalam perut bayi adalah dengan membedung si manja semasa menyusu dan selepas penyusuan.
Selain itu, sebaiknya tunggu bayi berehat semasa menyusu sebelum cuba menyendawakan mereka. Jika tidak mereka mungkin akan meragam, menangis dan akhirnya menelan lebih banyak udara.
Gunakan posisi sendawa yang paling selesa bagi mereka. Melakukan urutan juga dapat membantu menghilangkan gas pada bayi anda.
Posisi sendawa bantu atasi punca bayi kembung perut
Antara kaedah melegakan perut si manja berangin adalah dengan mencuba cara menyendawakan bayi.
Menyendawakan bayi akan dapat membantu membuang sebahagian udara yang ditelan bayi semasa menyusu.
Di bahu
Ibu duduk dalam keadaan tegak dan pegang bayi ke dada. Sandarkan dagu si manja pada bahu dan pastikan anda memberikan sokongan pada bahagian punggung bayi dengan tangan. Tepuk perlahan bahagian belakang bayi menggunakan sebelah lagi tangan.
Baring di paha
Untuk mencuba posisi ini bagi mengatasi punca bayi kembung perut adalah dengan membaringkan bayi secara meniarap pada pangkuan paha. Angkatkan sedikit bahagian dada si kecil dan berikan sokongan menggunakan tangan anda. Pastikan anda memegang si manja dengan selamat.
Dengan sebelah tangan yang lain, lakukan gosokan atau tepuk secara perlahan belakang badan bayi sehingga mereka bersendawa.
Duduk

Pegang bayi seperti mendudukkan mereka di atas pangkuan anda. Bongkokkan sedikit tubuh bayi ke hadapan. Gunakan tangan untuk memberikan sokongan pada kepala dan dada. Sebelah yang lain pula, lakukan tepukan atau gosokan perlahan di belakang badan si manja.
4. Pemilihan makanan bersesuaian
Jika bayi sudah mula mengambil makanan pejal, berbincanglah dengan doktor untuk mengetahui lebih lanjut mengenai makanan yang boleh menyebabkan gas tambahan.
Sekiranya melakukan penyusuan eksklusif, anda juga perlu menjaga pemakanan kerana apa yang dimakan turut menyumbang kepada punca bayi kembung perut.
Seandainya bayi minum susu formula, cubalah untuk menukar jenama lain. Jika tidak pasti, berbincanglah dengan doktor terlebih dahulu.
_
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Pa&Ma BF VIP Eksklusif mengalu-alukan ibu yang sedang hamil dan menyusu anak mendaftar sebagai peserta.Harga promosi pendaftaran peserta hanya RM20 sahaja. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/
The post Bayi Selalu Kembung Perut? Ini Cara Berkesan Merawat & Mencegah Kembung Perut Bayi appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bayi-selalu-kembung-perut-ini-cara-berkesan-merawat-mencegah-kembung-perut-bayi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perut Kembung Antara Tanda Anak Ada Intoleransi Makan Ianya Tak Sama Dengan Alahan Ibu Ayah Wajib Peka

Perut Kembung Antara Tanda Anak Ada Intoleransi Makan Ianya Tak Sama Dengan Alahan Ibu Ayah Wajib Peka

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 306 hits
Intoleransi makanan adalah berkaitan dengan tindak balas makanan harian yang diambil dan langsung tidak berkaitan dengan alahan Intoleransi makanan Intoleransi melibatkan reaksi terhadap makanan harian yang anak ambil Tindak balas tak toler...
Takut Nak Potong Kuku Bayi Bimbang Terkena Isi Jari Ini Cara Yang Betul Untuk Potong

Takut Nak Potong Kuku Bayi Bimbang Terkena Isi Jari Ini Cara Yang Betul Untuk Potong

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 292 hits
Aspek kebersihan dan kecantikan si kecil adalah sesuatu yang sangat dititikberatkan oleh setiap ibu bapa Pun begitu ramai ibu bapa terutamanya ibu bapa yang baru masih mengalami kemelut setiap kali ingin memotong kuku bayi mereka Untuk meny...
Cara Rawat Panau Paling Berkesan

Cara Rawat Panau Paling Berkesan

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 252 hits
Panau satu penyakit kulit yang tak menyakitkan tapi akan menjejaskan penampilan terutama kalau panau kena kat bahagian muka Pelbagai jenis ubat panau terdapat di pasaran dari ubat hospital dan klinik sehinggalah ke toko ubat yang mahal dan ...
Mahfud Md Kenang Nasihat Gus Dur Yang Selalu Pakai Cara Jenaka

Mahfud Md Kenang Nasihat Gus Dur Yang Selalu Pakai Cara Jenaka

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 265 hits
Menteri Koordinator Bidang Politik Hukum dan Keamanan Mahfud MD mengenang saat menjadi menteri pertahanan era Presiden keempat Abdurrahman Wahid alias Gus Dur Khususnya saat mendapatkan nasihat dari Gus Dur
Kenali Tanda Kulit Sensitif Dan Cara Mengatasinya Pada Bayi

Kenali Tanda Kulit Sensitif Dan Cara Mengatasinya Pada Bayi

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 243 hits
Kulit bayi lebih rentan dari orang dewasa kenali tanda tanda kulit sensitif pada bayi dan cara mengatasinya
Pakar Kongsi Tanda Kuku Dijangkiti Kulat Cara Rawatan Berkesan

Pakar Kongsi Tanda Kuku Dijangkiti Kulat Cara Rawatan Berkesan

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 369 hits
Doktor kuku saya ni dia tumbuh tak cantik Kenapa eh Saya pun periksa kuku dia satu persatu Rupa rupanya dia menghidapi onychomycosis atau jangkitan kulat pada kuku Tahu tak apa tanda tanda jangkitan kulat pada kuku Kuning gelap hitam Mengge...
Bagaimana Cara Meningkatkan Imun Badan Bagi Mencegah Covid 19

Bagaimana Cara Meningkatkan Imun Badan Bagi Mencegah Covid 19

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 410 hits
Bagaimana Cara Meningkatkan Imun Badan Bagi Mencegah Covid 19 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua Dalam tak sedar sudah hampir 2 tahun kita bergelumang dengan virus covid 19 ini Sejak daripada itu rakyat Malaysia mulai sedar akan kepe...
Karakteristik Rayon Dan Cara Merawat Kain Rayon

Karakteristik Rayon Dan Cara Merawat Kain Rayon

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 261 hits
Kain rayon merupakan salah satu bahan kain yang populer digunakan pada berbagai produk industri tekstil seperti kaos hijab dan busana muslim Yah meskipun popularitasnya masih di bawah kain katun namun rayon kerap di pilih lantaran memiliki ...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand