Bayi Meneran Tak Semestinya Sembelit Pulihkan Anak Susah Buang Air Besar Dengan Cara Ni Mesti Lancar


Kita mula risau bila bayi kita tidak membuang air besar seperti biasa. Sembelitkah? Pelbagai pertanyaan dan keraguan yang mula kita fikirkan. Apa sebenarnya yang berlaku pada anak kita. Adakah sembelit atau ada punca lain.
Sesetengah bayi dan anak kecil kita hanya membuang air besar sehari sekali atau sekali bagi setiap 2 hari. Namun apa yang penting untuk kita perhatikan adalah tekstur najis itu. Paling penting, tekstur najis mereka lembut dan mudah melalui usus.
Walaupun sembelit merupakan perkara biasa untuk terjadi, namun ada beberapa kes, ia mungkin mengalami masalah kesihatan tertentu.

Baby tak buang air besar tandanya sembelit?
Si kecil mungkin mengalami sembelit sekiranya najis mereka tampak seperti pelet kering yang keras dan tidak meresap masuk ke dalam lampin.
Masalah sembelit bayi boleh berlaku disebabkan pelbagai faktor. Tetapi selalunya, tiada sebab atau punca yang jelas. Keadaan ini dikenali sebagai sembelit idiopatik – apabila penyebabnya tidak diketahui.
Jika anak tidak mengalami pergerakan usus untuk 1 atau 2 hari dan tekstur najis anak lembut atau cair, ia bererti tiada masalah sembelit bayi yang berlaku.
Ini kerana ada kalanya bayi juga memerlukan masa untuk mengatur jadual pergerakan usus sendiri dan kekerapan membuang air besar yang tidak teratur adalah normal.

Meneran
Ibu yang pernah menatap wajah si manja semasa berak pasti menyedari ada kalanya bayi kelihatan seakan meneran, bukan?
Tetapi itu tidak bermakna wujudnya masalah sembelit bayi. Ini kerana otot perut bayi masih lemah menyebabkan mereka perlu meneran untuk mengeluarkan najis. Si kecil tidak dikategorikan mengalami sembelit jika pergerakan usus yang lembut setelah beberapa minit meneran.
Tetapi jika proses meneran itu disertai dengan tangisan, tekanan, wajah kemerahan dan si kecil merengek, itu barulah petanda sembelit.

Jenis penyusuan dan masalah sembelit bayi
Tidak dinafikan jenis susu yang diberikan kepada bayi juga boleh menjadi punca sembelit.
Menyusu badan
Isu baby tak berak jarang dialami oleh si kecil yang diberikan penyusuan susu badan. Ini kerana susu ibu mengandungi julap semula jadi. Malah bayi yang menyusu badan juga cenderung mempunyai najis berwarna kuning yang agak lembut teksturnya. Bayi baru lahir yang diberikan susu ibu mungkin akan berak setiap kali selepas makan.
Manakala bayi lebih berusia mungkin tidak akan membuang air besar sehingga tempoh seminggu. Jangan risau, ia bukan masalah sembelit ya ibu jika najis lembut dan cair.
Susu formula
Bayi yang diberikan susu formula biasanya mempunyai najis yang banyak dan perlu berak lebih kerap berbanding si manja diberikan susu ibu. Jika menggunakan susu formula, pastikan anda mengikut arahan bancuhan yang betul atau ia boleh menjadi punca baby tak berak.

Elakkan:
* Mencampur adukkan jenis susu
* Membuat bancuhan susu yang cair – tidak mengikut arahan bungkusan
* Menambah makanan pejal seperti biskut atau nasi kerana anak boleh tersedak dan menjadi punca masalah sembelit bayi
Kaedah rawatan atasi keadaan baby susah buang air besar
Terdapat beberapa cara boleh ibu lakukan untuk mengatasi masalah bayi di bawah usia 6 bulan yang mempunyai masalah susah berak, seperti:
* Berikan mandian air suam kepada bayi untuk melegakan usus.
* Lakukan urutan perlahan pada perut bayi mengikut arah jam. Berikan sedikit tekanan pada perut bayi dan lakukan gerakan bulatan dari pusat ke luar.
* Baringkan bayi dan gerakkan kaki mereka seolah-olah sedang mengayuh basikal.
* Jangan berikan sebarang ubat julap melainkan atas arahan doktor.

* Berikan susu yang mencukupi. Bayi di bawah usia 6 bulan harus mendapatkan 700ml cecair setiap hari – sama ada daripada susu ibu atau formula.
* Anda boleh berikan antara 50 hingga 120 ml jus buah prun, pir, ceri atau epal setiap hari. Apabila najisnya semakin lembut, kurangkan jumlahnya.
Menarik: Ekzema Masalah Kulit Anak Berpunca Daripada Anak Stress, Ini Pencerahan Pakar

Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sumber: hellodoktor
The post Bayi Meneran Tak Semestinya Sembelit, Pulihkan Anak Susah Buang Air Besar Dengan Cara Ni, Mesti Lancar! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bayi-meneran-tak-semestinya-sembelit-pulihkan-anak-susah-buang-air-besar-dengan-cara-ni-mesti-lancar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ada Anak Lelaki Kena Extra Sabar Betul Cara Didikan Besar Nanti Dia Banggakan Kita

Ada Anak Lelaki Kena Extra Sabar Betul Cara Didikan Besar Nanti Dia Banggakan Kita

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 230 hits
Membesarkan anak lelaki perlu buatkan ibu ayah kena bersabar sikit Maklumlah orang kata anak lelaki dia lebih suka explore sesuatu perkara Kadang benda yang kita tak terfikir pun dia boleh buat Namun tak kurangnya juga jika ada anak perempu...
Cara Unik India Atasi Polusi Air

Cara Unik India Atasi Polusi Air

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 292 hits
Cara Unik India Atasi Polusi Air Tanaman penyaring air itu ditanam di atas danau oleh pemerintah Delhi untuk mengatasi pencemaran air Penggunaan tanaman yang bisa hidup di darat maupun di air ini dipercaya dapat membersihkan air yang tercem...
5 Cara Cerdas Selebritas Dunia Dalam Mendidik Anak Mereka Berperan Aktif Tanpa Memaksa

5 Cara Cerdas Selebritas Dunia Dalam Mendidik Anak Mereka Berperan Aktif Tanpa Memaksa

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 229 hits
Mendidik anak terutama jika sudah masuk usia remaja memang nggak semudah kelihatannya Tapi gimana ya cara para selebritas dunia ini
Pkpd Anak Kecil Minum Air Sungai Untuk Tidur 23 Kampung Didakwa Belum Terima Makanan

Pkpd Anak Kecil Minum Air Sungai Untuk Tidur 23 Kampung Didakwa Belum Terima Makanan

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 353 hits
Antara keadaan rumah orang Asli Gambar Ramesh Penduduk Orang Asli di 23 lokaliti dalam daerah Batang Padang Mukim Bidor Ipoh yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan sejak tiga hari lalu dilaporkan belum menerima sebarang ba...
Saya Dulu Garang Sampai Anak Takut Bila Buang Ego Anak Makin Rapat Dengar Kata

Saya Dulu Garang Sampai Anak Takut Bila Buang Ego Anak Makin Rapat Dengar Kata

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 259 hits
Setiap ibu bapa ada pendekatan masing masing untuk mendidik anak Cuma mana yang baik mungkin kita boleh manfaatkan kerana niat ibu bapa semuanya nak anak berjaya dalam hidup dan menjadi kebanggaan Melalui perkongsian saudara Taufiq Razif ya...
Boleh Ke Sekadar Renjis Air Lap Atas Tilam Yang Terkena Air Kencing Anak Ini Jawapan Mufti

Boleh Ke Sekadar Renjis Air Lap Atas Tilam Yang Terkena Air Kencing Anak Ini Jawapan Mufti

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 263 hits
Apabila mempunyai anak kecil pastinya akan ada situasi lampin anak bocor dan air kencing terkena tilam Adakah cukup sekadar renjis air dan lap pada bahagian yang terkena najis tersebut Jom ikuti perkongsian ini Soalan Assalamualaikum w b t ...
Sukar Membuang Air Besar Sebab Dan Puncanya

Sukar Membuang Air Besar Sebab Dan Puncanya

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 283 hits
Oleh Ms Dr Afizah Salleh Pakar Perunding Pembedahan Am Hospital Pakar An Nur Constipation sembelit atau sukar membuang air besar boleh berlaku kepada sesiapa sahaja namun adakah ini normal Bilakah masanya seseorang perlu berjumpa doktor unt...
Hiburan Htcm Nafi Gambar Bayi Tular Anak Shuib Sepahtu Dan Arwah Siti Sarah

Hiburan Htcm Nafi Gambar Bayi Tular Anak Shuib Sepahtu Dan Arwah Siti Sarah

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 603 hits
Wajah gambar bayi tular baru baru ini bukan anak keempat pasangan Shuib Sepahtu dan Allahyarham Siti Sarah Raissuddin iaitu Ayash Affan seperti yang disebarkan di media sosial itu ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementPerkara itu telah dinyatakan ...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat