Alang Alang Buat Sasaran Biar Sampai Pecah Rekod Baru Berbaloi Untuk Berusaha
Artikel kali ini, nak kongsikan pemahaman baru, yang saya belajar tentang urusan berusaha jadi yang terbaik.
Macam mana nak tahu kita sedang bergerak menjadi yang lebih baik dan seterusnya jadi yang terbaik?
Pertamanya, perlu lihat di mana kedudukan kita sekarang.
Selepas itu perlu lihat ke mana nak pergi.
Untuk lihat kedudukan dan buat perbandingan, perlu ada satu ukuran.
Kalau tak ada ukuran, perlu ada rujukan yang boleh dibandingkan.
Benda yang dirujuk itu, dalam bahasa Inggeris, orang sebut 'benchmark'.
Perkataan yang digunakan dalam Bahasa Melayu pula adalah 'tanda aras'.
Menentukan tanda arasAmalan manusia selama ini, menjadikan hasil kerja mereka yang cemerlang dalam bidang masing-masing sebagai tanda aras yang kita sebut di atas tadi.
Dalam apa saja lapangan, akan ada mereka yang sangat cemerlang jauh melebihi semua orang lain.
Orang-orang cemerlang tersebut akan mencipta satu tanda aras baru yang sukar untuk kebanyakan orang memecahkan atau menandinginya.
Sebagai contoh dalam dunia seni lukisan.
Nama seperti Leonardo Da Vinci, Vincent Van Gogh, Rembrandt, Michelangelo, Claude Monet, Pablo Picasso dan beberapa nama lain lagi berjaya menempa nama dan buat sejarah yang sangat luar biasa sampai sekarang masih disanjung
Dalam dunia perniagaan juga ada ramai nama-nama besar samada di peringkat antarabangsa, mahupun sekadar di negara kita sendiri.
Siapa tak kenal Robert Kwok di Malaysia?
Kalau saya tanya anda yang berniaga, ada tak hasrat nak jadi lebih bagus dari Robert Kwok dari segi kejayaannya menempa nama sebagai antara yang terkaya di Malaysia dari dulu sampai sekarang?
Mungkin jawapan anda sama macam saya selama ini. Percaya yang saya tak akan mampu jadi macam Robert Kwok.
Saya akan rasa lebih selesa untuk berharap dapat ikut jadi sekadar 10% dari kejayaannya sahaja sudah cukup baik.
Ada satu kekangan yang merasakan bahawa, hampir mustahil untuk saya jadi macam dia. Apatah lagi berjaya jauh lebih tinggi dari apa yang Robert Kwok capai.
Ringkasnya, selama ini, cara tentukan tanda aras adalah dengan melihat mereka yang terbaik. Kemudian berikan peratusan dari tahap yang mereka berjaya capai. 10% macam contoh di atas.
Mungkin ada yang bercita-cita lebih besar akan kata 50% atau separuh dari kejayaan penanda arasnya.
Yang pastinya, teramat jarang kita nak letakkan sasaran melebihi tanda aras yang orang cemerlang sebelum ini berjaya capai.
Sasaran biar tinggiTapi baru-baru ini saya terasa cara berfkir dan buat sasaran selama ini adalah salah.
Idea itu datang setelah terbaca perkongsian dari penulis buku Atomic Habits.
Dia kongsikan tentang pengalaman seorang arkitek, Christopher Alexander, memberi suntikan semangat besar kepada para pelajarnya.
Arkitek itu lihat para pelajar, anak-anak muda di bawah pengawasannya punya tanda aras yang rendah.
Mereka meletakkan sasaran yang tidak berbaloi.
Christopher Alexander sering menguji pelajar dengan bertanya samada rekabentuk yang mereka buat adalah sehebat Chartres.
Nota: Chartres merupakan sebuah Katedral atau Gereja Besar lama di negara Perancis yang dibina pada awal abad ke-13
Selalunya, pelajar akan tersengih menafikan yang rekaan mereka hebat sampai ke tahap itu.
Mereka jujur mengaku takkan mampu buat sebegitu.
Di situlah masalahnya.
Jawapan pelajar yang sebegitu menunjukkan mereka dari awal sudah berikan gambaran tak akan berusaha untuk mencapai tahap lebih tinggi dari mereka yang cemerlang.
Sebab mereka percaya tak boleh. Mereka sendiri yang percaya macam tu. Macam mana nak ubah!
Bagi Christopher Alexander dia memang lansung tidak setuju dengan sikap sedemikian.
Dia percaya, kalau nak jadi seorang arkitek, perlu letak satutanda aras yang tinggi untuk dikejar.
Jika tiada hasrat begitu, tidak berbaloi untuk teruskan usaha jadi seorang arkitek.
Jadi atau tidak adalah perkara kedua.
Tapi usaha mesti ke arah itu.
Betulkan sasaranSemenjak baca artikel itu, saya tersedar betapa selama ini, saya juga ada sikap yang sama macam apa yang berlaku pada pelajar arkitek di atas.
Takut untuk meletakkan sasaran tinggi.
Tidak hairanlah saya hanya sampai ke tahap macam sekarang sahaja. Suam-suam kuku saja. Hidup segan mati tak mahu.
Oleh itu. Terutamanya jika anda masih muda. Alang-alang nak berniaga umpamanya, letakkan sasaran tinggi dan berusahalah.
Tahap paling tinggi perlu dijadikan sasaran kita semua jika mahu jadikan segala usaha berbaloi untuk diteruskan
Sekali lagi saya ingatkan.
Berjaya atau tidak, jadi atau tak jadi, adalah perkara kedua.
Tapi usaha perlulah menuju ke arah sasaran paling tinggi melebihi apa yang telah ditempa oleh orang-orang yang hebat dalam sejarah sebelum ini.
Buang sikap rasa dah lewatMungkin bagi sesetengah orang yang dah sampai ke tahap umur macam saya akan rasa dah terlewat nak mula berusaha kepada sasaran yang sangat tinggi.
Kalau ada perasaan sebegitu, elok buang saja sikap macam itu.
Itu juga satu peringatan untuk diri sendiri.
Selagi masih bernyawa, berusaha menjadi yang paling baik adalah cara paling betul untuk mensyukuri nikmat kehidupan yang masih ada.
Tanam pokok sekarangAda seorang kawan sama belajar dulu berkunjung ke pejabat baru-baru ini.
Dia nak cari semangat untuk terus berusaha dalam bisnes yang diceburinya.
Dia memang teringin nak terus berusaha, tapi ada masalah yang sering menghantui pemikiran.
Dikongsikan masalah itu dengan saya dan bertanya, 'apa yang akan saya jawab pada orang yang ada perasaan sudah terlewat untuk memulakan sesuatu yang baru?'
Dengan dunia yang jauh berbeza, pantas berubah, di zaman ini, adakah masih sempat untuk dia terus berusaha mengejar sasaran yang dirasakan terlalu jauh ketinggalan?
Saya berikan pepatah Cina di bawah. Bunyinya begini ..
“The best time to plant a tree was 20 years ago. The second best time is now.”
Pepatah Cina Bila berhadapan dengan rasa macam dah lewat, pepatah itu perlu ditulis semula atas kertas dan diulang membacanya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.hidupringkas.com/2022/01/alang-alang-buat-sasaran-biar-sampai.html