Bayi 3 Bulan Dikejarkan Ke Icu Kes Pertama Setelah 27 Tahun Malaysia Bebas Polio


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) harini dengan dukacita telah memaklumkan kejadian satu kes yang disahkan dijangkiti virus polio di Malaysia, setelah 27 tahun Malaysia bebas daripada penyakit tersebut.
Kes melibatkan seorang bayi lelaki warganegara Malaysia berumur tiga bulan dari Tuaran, Sabah yang telah mengalami demam diikuti dengan lemah anggota badan dan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di hospital.
Vaccine-derived poliovirus type 1 (VDPV1
Dia telah disahkan dijangkiti vaccine-derived poliovirus type 1 (VDPV1) pada 6 Disember 2019. Hasil ujian pengesahan yang dijalankan oleh World Health Organization (WHO) Polio Regional Laboratory di Australia, virus tersebut mempunyai perkaitan genetik dengan virus polio yang dikesan pada kes Acute Flaccid Paralysis (AFP) di negara Filipina. Seterusnya, vaccine-derived poliovirus type 1 ini diklasifikasikan sebagai circulating vaccine-derived poliovirus type 1 (cVDPV 1).
Pesakit dalam keadaan stabil
Pesakit kini masih dirawat di wad isolasi dan berada dalam keadaan stabil tetapi masih memerlukan bantuan pernafasan. Memandangkan pesakit masih memerlukan rawatan rapi, orang ramai dan pihak media adalah dipohon untuk tidak mengganggu waris atau petugas kesihatan di hospital dalam menjalankan tugas memberi rawatan kepada pesakit tersebut.
Circulating vaccine-derived poliovirus (cVDPV) berasal daripada virus polio yang telah dilemahkan di dalam vaksin polio yang diberi secara oral (Oral Polio Vaccine – OPV). Virus yang dilemahkan ini dikumuhkan oleh badan melalui najis. Dalam persekitaran yang tidak sanitari, ia boleh menjangkiti orang lain yang tiada imuniti terhadap polio dan ia terus tersebar dalam komuniti yang liputan imunisasi polio kurang daripada 95%. Semakin lama virus itu tersebar dalam komuniti tersebut, ia mengalami mutasi genetik hingga menjadi virus yang kembali aktif. Virus ini dipanggil vaccine-derived poliovirus (VDPV) dan boleh menyebabkan poliomyelitis. Namun begitu, untuk mereka yang telah divaksinasi dengan vaksin poliomyelitis, mereka akan mendapat perlindungan daripada jangkitan penyakit tersebut (protected from infection).
Ramai yang tidak mengambil vaksin
Sehingga 5 Disember 2019, hasil siasatan di kawasan tempat tinggal kanak-kanak yang dijangkiti polio di Sabah ini mendapati 23 daripada 199 orang (11.6%) yang berumur di antara dua (2) bulan hingga 15 tahun tidak menerima vaksin polio. Ini satu keadaan yang sangat merunsingkan kerana penularan jangkitan cVPDV hanya boleh ditamatkan dengan imunisasi polio. Hasil penerangan mengenai kepentingan imunisasi polio bagi mencegah jangkitan polio, ibu bapa kesemua kanak-kanak tersebut telah bersetuju untuk mereka diberikan vaksin polio.
keadaan kaki pesakit polio Aktiviti pencarian kes acute flaccid paralysis (AFP), proksi kepada poliomyelitis di kawasan tempat tinggal kanak-kanak itu juga telah dijalankan. Sehingga 5 Disember 2019, seramai 646 orang telah diperiksa, dan tiada orang bergejala AFP dikesan. Siasatan masih diteruskan di kawasan tersebut, termasuk pengambilan sampel najis dari kontak rapat kanak-kanak itu dan sampel persekitaran bagi pengesanan virus polio.
Pemberian vaksin polia diteruskan
Bagi memastikan virus polio yang dikesan ini tidak terus menular di Malaysia dan menyebabkan poliomyelitis dalam kalangan mereka yang tiada imuniti terhadap jangkitan polio, aktiviti pemberian imunisasi polio akan diteruskan di kawasan tempat tinggal kes dan diperluaskan ke kawasan lain yang berisiko. Ia bagi memastikan liputan imunisasi polio yang tinggi, iaitu melebihi 95%. Pendidikan kesihatan mengenai penyakit polio dan langkah pencegahan juga telah diberikan, termasuk penggunaan tandas yang sanitari dan penjagaan kebersihan diri termasuk tangan. Perlu diingatkan bahawa penyakit Polio, seperti banyak penyakit yang lain, ditularkan melalui “fecal oral route”. Penduduk juga dinasihatkan agar segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya mempunyai gejala AFP atau memaklumkan pihak KKM sekiranya mengetahui terdapat kes sedemikian yang tidak mendapatkan rawatan.
Untuk makluman, kes polio terakhir di Malaysia berlaku pada tahun 1992. Pada Oktober 2000, Malaysia bersama-sama dengan negara-negara Rantau Pasifik Barat (Western Pacific Region), telah diisyhtiharkan bebas daripada penyakit polio. Kejayaan pembasmian penyakit ini adalah berikutan pencegahan melalui vaksin polio yang diperkenalkan di dalam Program Imunisasi Kebangsaan sejak tahun 1972 dan diteruskan sehingga ke hari ini. Program ini dimantapkan lagi dengan pertukaran cara pemberian vaksin daripada secara oral (Oral Polio Vaccine – OPV) kepada secara suntikan (Inactivated Polio Vaccine – IPV yang menggunakan virus polio yang telah dimatikan) pada tahun 2008. Langkah pertukaran ini dibuat bagi menghindari risiko berlakunya circulating vaccine-derived poliovirus (cVDPV). Bagi mencegah penyakit polio daripada berlaku, liputan imunisasi harus sentiasa melebihi 95%.
Bagi mengekalkan negara terus bebas dari penyakit polio, KKM melalui semua Pejabat Kesihatan Daerah dan fasiliti kesihatan hendaklah melaksanakan aktiviti berikut:
-Memastikan pemantauan dan pengesanan AFP di semua fasiliti kesihatan diperkukuhkan;
-Memperluaskan pemantauan sampel persekitaran di kawasan-kawasan berisiko tinggi seperti kawasan penempatan warga asing dari negara yang sedang mengalami polio.
-Memastikan liputan imunisasi polio melebihi 95% di semua lokaliti di Malaysia pada setiap masa. Bagi negeri Sabah yang paling hampir dengan negara Filipina, liputan imunisasi yang tinggi adalah penting untuk melindungi kanak-kanak dari jangkitan polio;
-Meningkatkan aktiviti pemantauan kes cicir imunisasi;
-Meningkatkan kesedaran dan pendidikan kesihatan mengenai penyakit polio dan kepentingan imunisasi bagi mencegah polio, serta menangani pengaruh antivaksin.
-Meningkatkan kesedaran dan pendidikan kesihatan mengenai kebersihan persekitaran dan juga penjagaan kebersihan diri dan tangan (personal and hand hygiene).
Pesakit polio Orang ramai khususnya ibu bapa dinasihatkan untuk memastikan anak-anak telah mendapat imunisasi polio yang lengkap. Kanak-kanak yang cicir imunisasi boleh dibawa ke mana-mana fasiliti kesihatan berhampiran untuk mendapatkan imunisasi. Di samping itu, sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan kebersihan persekitaran yang berterusan.
Sumber:KPKKESIHATAN
The post Bayi 3 Bulan Dikejarkan Ke ICU, Kes Pertama Setelah 27 Tahun Malaysia Bebas Polio appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bayi-3-bulan-dikejarkan-ke-icu-kes-pertama-setelah-27-tahun-malaysia-bebas-polio/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Pertama Bayi Berusia Tiga Bulan Di Sabah Dijangkiti Virus Polio

Kes Pertama Bayi Berusia Tiga Bulan Di Sabah Dijangkiti Virus Polio

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 486 hits
Polio kembali Kes pertama setelah 27 tahun Malaysia bebas jangkitan KP Kesihatan BERIKUT kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang dipetik daripada blog beliau di kpkesihatan com berhubung jangkitan virus ...
Virus Polio Kembali Lagi Selepas 27 Tahun Malaysia Bebas Dari Virus Ini

Virus Polio Kembali Lagi Selepas 27 Tahun Malaysia Bebas Dari Virus Ini

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 695 hits
Kali terakhir Malaysia terima kes virus polio pada 1992 Selepas 27 tahun kita dikatakan bebas dari virus ini akhirnya Malaysia telah dikejutkan dengan 1 kes virus Polio apabila seorang bayi lelaki dari Tuaran Sabah dilaporkan telah terkena ...
Bayi 19 Bulan Maut Terjatuh Tingkat 5 Bangunan Ketika Bermain Dengan Abang

Bayi 19 Bulan Maut Terjatuh Tingkat 5 Bangunan Ketika Bermain Dengan Abang

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 493 hits
Seorang bayi perempuan berusia 19 bulan maut selepas terjatuh dari tingkat lima sebuah bangunan di Jalan Bundusan Penampang Sabah Dalam kejadian pada jam 4 30 petang itu mangsa yang dibawa ke wad kecemasan Jesselton Medical Centre oleh ahli...
Bayi Lahir Dengan Topeng Batman Selamat Jalani Rawatan Pertama

Bayi Lahir Dengan Topeng Batman Selamat Jalani Rawatan Pertama

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 543 hits
Sumber gambar dari Daily MailKejadian pelik tapi benar dilaporkan berlaku di Amerika Syarikat dimana seorang bayi dilahirkan dengan tanda lahir seakan topeng Btaman yang memenuhi kawasan muka Bayi berkenaan yang bernama Luna dilahirkan di F...
Sempat Gagal Program Bayi Tabung Istri Arief Muhammad Akhirnya Hamil Anak Pertama Bikin Terharu

Sempat Gagal Program Bayi Tabung Istri Arief Muhammad Akhirnya Hamil Anak Pertama Bikin Terharu

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 329 hits
Nggak sedikit yang ikut nangis saat lihat video yang dibikin Poconggg buat istrinya Sweet abis
Penyebab Bayi Gumoh Setelah Minum Asi

Penyebab Bayi Gumoh Setelah Minum Asi

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 309 hits
Gumoh pada bayi bukan merupakan sesuatu yang perlu dikhawatirkan Gumoh merupakan sebuah kondisi yang umum terjadi selang beberapa saat bayi meminum ASI Bagi Ibu muda mungkin kondisi ini akan sedikit menimbulkan kekhawatiran Karena biasanya ...
Wajib Baca Benarkah Chin Peng Ada Hak Pulang Ke Malaysia Setelah Perjanjian Hatyai 1989

Wajib Baca Benarkah Chin Peng Ada Hak Pulang Ke Malaysia Setelah Perjanjian Hatyai 1989

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 475 hits
SIAPA KATA CHIN PENG BOLEH MENETAP DI MALAYSIA IKUT PERJANJIAN DAMAI Mereka yang berhujah bahawa Chin Peng berhak untuk balik ke Malaysia mengikut Perjanjian Damai Hadyai pada 2 Disember 1989 perlu membaca dengan teliti dokumen bertajuk Pen...
Menderita Paru Paru Bocor Setelah Merokok Sejak 13 Tahun Lalu

Menderita Paru Paru Bocor Setelah Merokok Sejak 13 Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 2398 hits
Sering kali kita baca perkongsian orang ramai mengenai individu yang bertarung nyawa dengan pelbagai penyakit berbahaya kesan daripada rokok Tidak terkecuali seorang lelaki Seam Firdaus yang kini menderita paru paru bocor setelah merokok se...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah