Kes Pertama Bayi Berusia Tiga Bulan Di Sabah Dijangkiti Virus Polio



Polio kembali! Kes pertama setelah 27 tahun Malaysia bebas jangkitan - KP Kesihatan
BERIKUT kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang dipetik daripada blog beliau di kpkesihatan.com berhubung jangkitan virus polio yang dikesan di Sabah pada Jumaat. Kejadian merupakan kes pertama setelah Malaysia diisytiharkan bebas polio.
Kesan akibat jangkitan polio.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan dukacita ingin memaklumkan kejadian satu kes yang disahkan dijangkiti virus polio di Malaysia, setelah 27 tahun Malaysia bebas daripada penyakit tersebut.

Kes melibatkan seorang bayi lelaki warganegara Malaysia berumur tiga bulan dari Tuaran, Sabah yang telah mengalami demam diikuti dengan lemah anggota badan dan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di hospital.

Beliau telah disahkan dijangkiti vaccine-derived poliovirus type 1 (VDPV1) pada 6 Disember 2019.

Hasil ujian pengesahan yang dijalankan oleh World Health Organization (WHO) Polio Regional Laboratory di Australia, virus tersebut mempunyai perkaitan genetik dengan virus polio yang dikesan pada kes Acute Flaccid Paralysis (AFP) di negara Filipina.

Seterusnya, vaccine-derived poliovirus type 1 ini diklasifikasikan sebagai circulating vaccine-derived poliovirus type 1 (cVDPV 1).

Pesakit kini masih dirawat di wad isolasi dan berada dalam keadaan stabil tetapi masih memerlukan bantuan pernafasan.

Memandangkan pesakit masih memerlukan rawatan rapi, orang ramai dan pihak media adalah dipohon untuk tidak mengganggu waris atau petugas kesihatan di hospital dalam menjalankan tugas memberi rawatan kepada pesakit tersebut.


Petikan daripada blog kpkesihatan.com

Circulating vaccine-derived poliovirus (cVDPV) berasal daripada virus polio yang telah dilemahkan di dalam vaksin polio yang diberi secara oral (Oral Polio Vaccine – OPV). Virus yang dilemahkan ini dikumuhkan oleh badan melalui najis.

Dalam persekitaran yang tidak sanitari, ia boleh menjangkiti orang lain yang tiada imuniti terhadap polio dan ia terus tersebar dalam komuniti yang liputan imunisasi polio kurang daripada 95%.

Semakin lama virus itu tersebar dalam komuniti tersebut, ia mengalami mutasi genetik hingga menjadi virus yang kembali aktif. Virus ini dipanggil vaccine-derived poliovirus (VDPV) dan boleh menyebabkan poliomyelitis.

Namun begitu, untuk mereka yang telah divaksinasi dengan vaksin poliomyelitis, mereka akan mendapat perlindungan daripada jangkitan penyakit tersebut (protected from infection).

Sehingga 5 Disember 2019, hasil siasatan di kawasan tempat tinggal kanak-kanak yang dijangkiti polio di Sabah ini mendapati 23 daripada 199 orang (11.6%) yang berumur di antara dua (2) bulan hingga 15 tahun tidak menerima vaksin polio.

Ini satu keadaan yang sangat merunsingkan kerana penularan jangkitan cVPDV hanya boleh ditamatkan dengan imunisasi polio.

Hasil penerangan mengenai kepentingan imunisasi polio bagi mencegah jangkitan polio, ibu bapa kesemua kanak-kanak tersebut telah bersetuju untuk mereka diberikan vaksin polio.

Aktiviti pencarian kes acute flaccid paralysis (AFP), proksi kepada poliomyelitis di kawasan tempat tinggal kanak-kanak itu juga telah dijalankan.


Sehingga 5 Disember 2019, seramai 646 orang telah diperiksa, dan tiada orang bergejala AFP dikesan.

Siasatan masih diteruskan di kawasan tersebut, termasuk pengambilan sampel najis dari kontak rapat kanak-kanak itu dan sampel persekitaran bagi pengesanan virus polio.

Bagi memastikan virus polio yang dikesan ini tidak terus menular di Malaysia dan menyebabkan poliomyelitis dalam kalangan mereka yang tiada imuniti terhadap jangkitan polio, aktiviti pemberian imunisasi polio akan diteruskan di kawasan tempat tinggal kes dan diperluaskan ke kawasan lain yang berisiko.

Ia bagi memastikan liputan imunisasi polio yang tinggi, iaitu melebihi 95%. Pendidikan kesihatan mengenai penyakit polio dan langkah pencegahan juga telah diberikan, termasuk penggunaan tandas yang sanitari dan penjagaan kebersihan diri termasuk tangan.

Perlu diingatkan bahawa penyakit Polio, seperti banyak penyakit yang lain, ditularkan melalui “fecal oral route”.

Penduduk juga dinasihatkan agar segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya mempunyai gejala AFP atau memaklumkan pihak KKM sekiranya mengetahui terdapat kes sedemikian yang tidak mendapatkan rawatan.

Untuk makluman, kes polio terakhir di Malaysia berlaku pada tahun 1992. Pada Oktober 2000, Malaysia bersama-sama dengan negara-negara Rantau Pasifik Barat (Western Pacific Region), telah diisytiharkan bebas daripada penyakit polio.

Kejayaan pembasmian penyakit ini adalah berikutan pencegahan melalui vaksin polio yang diperkenalkan di dalam Program Imunisasi Kebangsaan sejak tahun 1972 dan diteruskan sehingga ke hari ini.

Program ini dimantapkan lagi dengan pertukaran cara pemberian vaksin daripada secara oral (Oral Polio Vaccine – OPV) kepada secara suntikan (Inactivated Polio Vaccine – IPV yang menggunakan virus polio yang telah dimatikan) pada tahun 2008.

Langkah pertukaran ini dibuat bagi menghindari risiko berlakunya circulating vaccine-derived poliovirus (cVDPV). Bagi mencegah penyakit polio daripada berlaku, liputan imunisasi harus sentiasa melebihi 95%.

Bagi memastikan negara bebas dari penyakit polio, KKM melalui semua Pejabat Kesihatan Daerah dan fasiliti kesihatan hendaklah melaksanakan aktiviti berikut:

-    Memastikan pemantauan dan pengesanan AFP di semua fasiliti kesihatan diperkukuhkan;
-    Memperluaskan pemantauan sampel persekitaran di kawasan-kawasan berisiko tinggi seperti kawasan penempatan warga asing dari negara yang sedang mengalami polio.
-    Memastikan liputan imunisasi polio melebihi 95% di semua lokaliti di Malaysia pada setiap masa. Bagi negeri Sabah yang paling hampir dengan negara Filipina, liputan imunisasi yang tinggi adalah penting untuk melindungi kanak-kanak dari jangkitan polio;
-    Meningkatkan aktiviti pemantauan kes cicir imunisasi;
-    Meningkatkan kesedaran dan pendidikan kesihatan mengenai penyakit polio dan kepentingan imunisasi bagi mencegah polio, serta menangani pengaruh antivaksin.
-    Meningkatkan kesedaran dan pendidikan kesihatan mengenai kebersihan persekitaran dan juga penjagaan kebersihan diri dan tangan (personal and hand hygiene).

Manakala orang ramai khususnya ibu bapa dinasihatkan untuk memastikan anak-anak telah mendapat imunisasi polio yang lengkap.

Kanak-kanak yang cicir imunisasi boleh dibawa ke mana-mana fasiliti kesihatan berhampiran untuk mendapatkan imunisasi.

Di samping itu, sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan kebersihan persekitaran yang berterusan.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://penyakit-sifar.blogspot.com/2019/12/kes-pertama-bayi-berusia-tiga-bulan-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bayi 3 Bulan Dikejarkan Ke Icu Kes Pertama Setelah 27 Tahun Malaysia Bebas Polio

Bayi 3 Bulan Dikejarkan Ke Icu Kes Pertama Setelah 27 Tahun Malaysia Bebas Polio

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 517 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia harini dengan dukacita telah memaklumkan kejadian satu kes yang disahkan dijangkiti virus polio di Malaysia setelah 27 tahun Malaysia bebas daripada penyakit tersebut Kes melibatkan seorang bayi lelaki wargane...
Bayi 8 Bulan Maut Akibat Lemas Selepas Jatuh Tertonggeng Ke Dalam Tong Sampah Di Rumah Pengasuh

Bayi 8 Bulan Maut Akibat Lemas Selepas Jatuh Tertonggeng Ke Dalam Tong Sampah Di Rumah Pengasuh

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 503 hits
Seorang bayi perempuan berusia 8 bulan maut selepas terjatuh dari katil dan terus termasuk ke dalam bakul sampah Dalam kejadian yang berlaku pada jam 6 15 petang kelmarin di rumah pengasuh di Taman Pasir Pinji Ipoh kejadian itu hanya diseda...
Bayi 8 Bulan Maut Jatuh Katil Ditemui Dengan Keadaan Kepala Dalam Tong Sampah

Bayi 8 Bulan Maut Jatuh Katil Ditemui Dengan Keadaan Kepala Dalam Tong Sampah

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 363 hits
Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari katil di rumah pengasuhnya di Jalan Pasir Pinji kelmarin Mangsa ditemui dalam keadaan tertonggeng dalam sebuah tong sampah di tepi katil berkenaan o...
Wajib Tahu Alasan Bayi Di Bawah 6 Bulan Dilarang Konsumsi Makanan Selain Asi

Wajib Tahu Alasan Bayi Di Bawah 6 Bulan Dilarang Konsumsi Makanan Selain Asi

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 272 hits
Dilansir dari laman Ikatan Dokter Anak Indonesia orangtua sebaiknya memberikan nutrisi sesuai dengan usia anak Pada bayi berusia 0 6 bulan nutrisi pilihan yang paling baik diberikan hanyalah ASI saja
Bayi 15 Bulan Hampir Lumpuh Gara Gara Dicium Paksa

Bayi 15 Bulan Hampir Lumpuh Gara Gara Dicium Paksa

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 211 hits
Baru baru ini viral di media sosial bayi 15 bulan mendadak lumpuh akibat dicium paksa Kejadian ini diungkap oleh sang ibunda dengan akun Apri Apri di Facebook pada Selasa Tragedi tersebut bermula ketika Fatur Robbani dicium paksa Wajar oran...
Sempat Gagal Program Bayi Tabung Istri Arief Muhammad Akhirnya Hamil Anak Pertama Bikin Terharu

Sempat Gagal Program Bayi Tabung Istri Arief Muhammad Akhirnya Hamil Anak Pertama Bikin Terharu

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 324 hits
Nggak sedikit yang ikut nangis saat lihat video yang dibikin Poconggg buat istrinya Sweet abis
Kes Ketua Menteri Sabah Rayuan Musa Aman Didengar Hari Ini

Kes Ketua Menteri Sabah Rayuan Musa Aman Didengar Hari Ini

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 364 hits
KOTA KINABALU Rayuan bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman berhubung keputusan Mahkamah Tinggi menolak saman beliau yang mencabar pelantikan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah akan didengar hari ini di Mahkamah R...
Pertama Kali Nama Muhammad Masuk Daftar 10 Nama Bayi Teratas Di Amerika

Pertama Kali Nama Muhammad Masuk Daftar 10 Nama Bayi Teratas Di Amerika

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 341 hits
Untuk pertama kalinya Muhammad masuk ke dalam daftar 10 nama bayi paling populer untuk anak laki laki di Amerika Serikat Nama Muhammad ada di peringkat 10 atau naik empat peringkat dari tahun lalu Seperti dilansir CNN Sabtu data ini dikelua...
Hati Hati Dengan 3 Perkara Ini Terutama Pada 3 Bulan Pertama Kehamilan

Hati Hati Dengan 3 Perkara Ini Terutama Pada 3 Bulan Pertama Kehamilan

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 347 hits
Trimester pertama fasa kehamilan bermula daripada saat persenyawaan sperma dan ovum sehingga minggu ke 12 Pada ketika ini perkembangan embriologi sedang berlaku bagi membentuk fetus yang sihat Kebiasaannya si ibu akan mengalami simptom awal...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri