Bayi 1 Tahun Maut Terperangkap Dalam Kereta Bapa Tak Izinkan Polis Pecah Tingkap Kereta Baru


LAS VEGAS - Seorang lelaki berusia 27 tahun enggan menerima bantuan dari anggota polis peronda mahupun abangnya untuk memecahkan tingkap kereta bagi menyelamatkan anak perempuan berusia setahun terperangkap di dalam kereta. 


Dalam kejadian yang berlaku pada jam 3.33 petang Isnin lalu di Martin Luther King Boulevard, Sayah, 1, terperangkap di dalam kereta bapanya, Sidney Deal, 27, yang ketika itu sedang bertengkar dengan teman wanitanya. 


Difahamkan, Deal sebelum itu sedang bertengkar dengan teman wanitanya dan wanita itu menghalau Deal dan anak perempuannya keluar dari rumah. 


Deal mengambil Sayah yang masih kecil itu lalu diletakkan di dalam kereta dengan pendingin hawa dibuka, lalu kembali masuk ke rumah itu menyambung pertengkaran di antara mereka berdua kira-kira 15 minit. 


Deal memujuk teman wanitanya mengembalikan semula telefon bimbitnya. Wanita itu akur dan Deal keluar dari rumah itu tetapi tidak beberapa lama kemudian dia datang semula meminta bantuan menghubungi syarikat insurans kerana pintu keretanya terkunci. Kunci kereta juga tertinggal di dalam kenderaan itu bersama dengan Sayah.


Teman wanitanya bersetuju dan membuat panggilan tersebut pada jam 3.06 petang. Perbualan berlangsung selama 23 minit dan Deal meminta panggilan itu ditamatkan kerana dia tidak bersetuju dengan caj harga yang dimaklumkan oleh pihak insurans yang mahu dia membayar caj perkhidmatan.


Polis peronda yang membuat rondaan di kawasan tersebut datang menawarkan bantuan. Deal memaklumkan, anaknya berada dalam kereta itu lebih kurang 42 minit. Namun polis percaya Sayah sudah terperangkap dalam kereta itu lebih dari satu jam. 


Anggota berkenaan menawarkan diri untuk membantu menghubungi tukang kunci, trak tunda, termasuk bantuan untuk memecahkan tingkap keretanya. Malangnya, Deal menolak bantuan itu dan hanya mahu meminjam telefon bimbit mereka agar dia dapat menghubungi abangnya. 


Abangnya datang ke tempat kejadian dan membalut tangannya dengan baju supaya tidak cedera ketika memecahkan tingkap kereta. Hasratnya untuk membantu terbantut bilamana dia dihalang oleh Deal yang tidak mahu dia berbuat demikian pada kereta baharunya itu kerana dia tidak mempunyai wang untuk menggantikan tingkap itu. 


Deal menjelaskan, anaknya berada dalam keadaan baik dan pendingin hawa juga telah dibuka. Walaupun Sayah berada dalam keadaan terbaring di lantai kereta, Deal mengatakan anaknya itu sedang tidur. 


Tidak tahan dengan kedegilan lelaki itu, polis nekad memecahkan tingkap dan mengeluarkan mangsa dari kereta. Mangsa yang berusia satu tahun itu kemudian disahkan telah meninggal dunia dipercayai akibat strok haba. 


Ekoran kejadian itu, Deal ditahan dan akan didakwa atas pertuduhan mengabai dan melakukan kecuaian sehingga menyebabkan kematian Sayah.


Sementara itu, ibu kepada Sidney Deal, Artavia Wilson dengan tegas menafikan dakwaan kononnya anaknya cuai dalam menjaga cucunya itu. 


Artavia berkata, Deal menyangka Sayah berada dalam keadaan baik dengan pendingin hawa yang telah dibuka dan menegaskan Deal amat menyayangi anaknya itu. 


Sumber: Las Vegas Sun


Sumber : thereporter.my

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/10/bayi-1-tahun-maut-terperangkap-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ayah Menangis Peluk Mayat Anak Yang Baru Pandai Bawa Motor Maut Dilanggar Kereta

Ayah Menangis Peluk Mayat Anak Yang Baru Pandai Bawa Motor Maut Dilanggar Kereta

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 416 hits
The ReporterDalam dunia ini tiada hal yang lebih menyedihkan dari kehilangan orang tersayang apatah lagi jika orang itu adalah anak Bahkan ada orang tua yang rela berkorban demi kebahagiaan anaknya Seperti yang dialami oleh seorang bapa di ...
Remaja 16 Tahun Di Pasir Puteh Maut Motosikal Bertembung Dengan Kereta

Remaja 16 Tahun Di Pasir Puteh Maut Motosikal Bertembung Dengan Kereta

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 398 hits
Remaja lelaki berusia 16 tahun maut dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer 2 Jalan Tasik Pauh Banir Belikong dalam kejadian petang Selasa Mangsa Mohamad Daniel Hakim Rosdi berasal dari Kampung Gong Jering meninggal dunia di lokasi kejad...
Budak 12 Tahun Maut Dilanggar Lori Selepas Terjatuh Dari Basikal

Budak 12 Tahun Maut Dilanggar Lori Selepas Terjatuh Dari Basikal

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 698 hits
The ReporterSeorang kanak kanak lelaki berumur 12 tahun maut dilanggar sebuah lori selepas dipercayai terjatuh ketika sedang berbasikal di kawasan perumahan Taman Rekamas 2 Simpang Renggam dekat sini semalam Ketua Polis Daerah Kluang ACP Lo...
Tak Boleh Beri Makanan Ini Kepada Bayi Baru Aku Tahu

Tak Boleh Beri Makanan Ini Kepada Bayi Baru Aku Tahu

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 323 hits
Semak Makanan Yang Tidak Sihat Untuk Bayi Anda Aku selalu dengar daripada orang lama dulu dulu diorang tak kisah sangat untuk suap kan makanan pejal kepada anak
Jurutera Maut Dirempuh Kereta Terbabas

Jurutera Maut Dirempuh Kereta Terbabas

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 341 hits
Sebuah kereta Perodua Aruz terbabit dalam kemalangan selepas dirempuh kereta Proton Perdana dalam kejadian di Persiaran Tun Teja Alam Impian petang semalam Dalam kejadian yang berlaku pada jam 3 45 petang itu mangsa Ahmad Safwan Sulian 32 m...
Baru 5 Tahun Kanak Kanak Ini Hebat Kendalikan Eskavator

Baru 5 Tahun Kanak Kanak Ini Hebat Kendalikan Eskavator

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 387 hits
Kanak kanak berusia 5 tahun kebiasaannya menghabiskan masa dengan ke sekolah mahu pun bermain gajet atau pun bersama rakan rakan Namun berbeza bagi kanak kanak seusia ini di Kota Ambon Kepulauan Maluku Indonesia Kanak kanak bernama Theo Paa...
Baru Berusia 4 Tahun Sudah Boleh Membaca Bijaknya Si Genius Ali Kongsi Cerita Di Pa Ma Tv

Baru Berusia 4 Tahun Sudah Boleh Membaca Bijaknya Si Genius Ali Kongsi Cerita Di Pa Ma Tv

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 416 hits
Ensiklopedia atau ertinya dalam Bahasa Melayu bermaksud kamus sebenarnya cukup dekat dengan anak anak kita Istilah ini didefinasikan bagi anak anak yang sukakan benda benda malah gemar mencuba pelbagai perkara baru dalam kehidupan mereka ki...
Bapa Dijel 2 Tahun Dan 9 Bulan Bunuh Anak Perempuan Amp Hampir Bunuh Diri Angkara Perbuatan Anaknya

Bapa Dijel 2 Tahun Dan 9 Bulan Bunuh Anak Perempuan Amp Hampir Bunuh Diri Angkara Perbuatan Anaknya

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 461 hits
SINGAPURA Saban hari Desiree Tan Jiaping semakin bergantung kepada ibu bapa dan teman lelakinya selepas mengalami serangan panik Dia berkali kali memarahi mereka berhubung perkara yang remeh temeh dan menuduh mereka tidak menjaganya dengan ...
Pemkot Solo Izinkan Anak Usia 5 Tahun Masuk Mal Dan Kebun Binatang

Pemkot Solo Izinkan Anak Usia 5 Tahun Masuk Mal Dan Kebun Binatang

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 327 hits
SE wali kota tersebut mendapatkan tanggapan positif dari warga maupun pengelola pusat perbelanjaan dan tempat hiburan Mereka berharap masyarakat Kota Solo akan berkunjung lagi ke lokasi wisata maupun pusat perbelanjaan dengan tetap menerapk...
Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Manusia Pengkhianat Bongkar Datuk Dalang Kartel Pakistan Di Klia

Bekas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Tak Sedarkan Diri Dikejarkan Ke Hospital


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Jawatan Kogong Di Bahagian Marketing

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

Difference Between Pickleball And Badminton