Baru Berusia 4 Tahun Sudah Boleh Membaca Bijaknya Si Genius Ali Kongsi Cerita Di Pa Ma Tv
Ensiklopedia atau ertinya dalam Bahasa Melayu bermaksud kamus sebenarnya cukup dekat dengan anak-anak kita. Istilah ini didefinasikan bagi anak-anak yang sukakan benda-benda malah gemar mencuba pelbagai perkara baru dalam kehidupan mereka kini. Di sinilah, ibu bapa harus memainkan peranan yang cukup penting untuk memberikan input yang lebih baik sesuai dengan kehendak anak-anak yang inginkan ilmu baru agar tidak tersasar.
Pa&Ma Journey Bersama Joviannina minggu ini tidak terkecuali membincangkan topik ini dengan tajuk ‘Anak Ensiklopedia’. Satu kupasan yang begitu menarik di bawakan oleh Pa&Ma TV dimana pelbagai segmen dikupas bagi mendidik ibu bapa agar terus memberikan yang terbaik buat anak-anak yang sedang membesar.
Menariknya kali ini, menerusi slot Skuad Pa&Ma bersama Dr Iqbal, beliau turut berkongsi kisah hebat kebijakkan adik Ali yang sudah pun boleh membaca walaupun umurnya baru berusia empat tahun. Wow! Memang hebat!
Walaupun masih muda, namun adik Ali sudah boleh membaca malah tertarik dengan pelbagai bahan bacaan yang menarik ketika di rumah. Pastinya didikan dan teknik pengajaran yang digunakan oleh ibunya, Pn Syafina amat berkesan. Apakah teknik yang digunakan oleh ibu Ali? Inilah yang cuba dikongsikan oleh Dr Iqbal bersama team Skuad.
Menurut kata ibunya, cara untuknya menarik minat Ali adalah dengan membelikan buku yang lebih dekat dengan Ali misalnya buku mengenai anggota badan agar senang untuk Ali mengenal pasti dan cara ini juga buat Ali sentiasa tertarik untuk membaca.
” Alhamdulillah setakat ini kalau buku tu sangat menarik perhatian Ali, dia suka membaca lebih-lebih lagi jika bahan bacaan itu dekat dengan dia misalnya mengenai tubuh badan, bila dia baca dia lebih kenal. Contohnya bila saya kata otak, dia tahu otak berada di dalam kepala dan sebagainya. Jadi benda-benda ini yang buat Ali tertarik untuk membaca,” katanya.
Pun begitu kata ibunya, Ali merupakan anak yang cukup aktif dan cergas bermain. Namun ada waktunya ketika membaca dia tidak fokus dan hilang tumpuan. Apakah cara untuk mengembalikan fokus ini kepada anak? Inilah persoalan yang diajukan kepada Dr Iqbal.
” Lumrah kanak-kanak sememangnya bermain itu penting. Malah jangan jadikan regit anak untuk sentiasa membaca sahaja setiap masa. Kita boleh khaskan waktu untuk membawa dan khaskan juga waktu untuk bermain.
Dalam masa bermain juga kita boleh bermain dengan buku misalnya cari buku yang mengeluarkan bunyi, merasa dengan tangan atau jenis 3D yang menarik minat anak,” kongsi Dr Iqbal lagi.
Malah kata Dr Iqbal lagi, membentuk minat anak membaca perlu dimulakan sejak awal lagi. Bila kita dekatkan buku dengan bayi bukan hanya mendekatkan bonding bahkan mampu merangsang baik melalui ekspresi wajah muka kita.
“Ada kajian menunjukkan area otak yang terlibat dengan pembacaan bermula dengan imaginasi. Bila kita baca pada anak-anak, lama kelamaan akan merangsang otak anak dan membolehkan anak membaca di kemudian hari melalui imaginasi yang disimpannya.Jadi gunakan waktu ini setiap hari supaya anak menyimpan kemahiran ini dan membolehkan mereka membaca lebih cepat.
“Jadikan satu rutin satu hingga dua minit sehari. Apabila anak masuk usia dua tahun, gunakan buku yang sama dan menarik penuh warna supaya dapat perhatian anak. Ketika membaca juga dapatkan reaksi dan respon daripada anak bagaimana mengenai penceritaan buku itu. Bukan hanya boleh membaca bahkan komunikasi anak juga berjaya dirangsang dengan baik,” kongsi Dr Iqbal lagi.
Tips Skuad Pa&Ma
Dr Iqbal pula tidak lokek berkongsi tips bagi merangsang anak-anak kecil kita untuk lebih bijak membaca dan boleh membaca dengan baik lebih cepat. Ini yang dikongsikan oleh beliau.
Ini antara tip yang dikongsikan oleh Dr Iqbal menerusi Pa&Ma TV Episod 7, “Anak Ensiklopedia”.
1. Membaca untuk keseronokkan. Baca buku-buku yang sesuai dengan umur dan menyeronokkan anak-anak kita.
2. Jadikan sebagai rutin. Latih anak membaca setiap hari-hari dan pada masa yang sama.
3. Gunakan muzik atau irama ketika membaca agar dapat menarik perhatian anak-anak kita. Barulah anak tidak mudah bosan.
4. Setiap kali anak membaca dan memberi tumpuan, bagi ganjaran sebagai tanda penghargaan kerana anak membaca buku. Ini boleh menggalakkan minat anak.
5. Eratkan jalinan bersama anak-anak ketika proses pembacaan. Hal ini membuatkan anak tertarik untuk membaca dan menjadikan rutinnya setiap hari.
Jadikan tips dan teknik yang dikongsikan oleh Dr Iqbal ini untuk memupuk minat anak agar terus minat membaca. Dengan membaca akan membuatkan anak lebih berilmu malah mampu merangsang mindanya untuk menjadi seorang yang bijak dan cerdas.
Jangan lupa saksikan siaran ulangan PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA Episod 7 : “Anak Ensiklopedia” pada hari Ahad jam 9 30 pagi di Astro Ria, 104 dan 124 bagi mengetahui lebih informasi dan perkongsian mengenai dunia membaca ini.
Jadikan membaca sebagai salah satu rutin wajib pada anak-anak kita. Kita cipta bonding dan budaya dalam keluarga kita agar anak lebih berilmu malah merangsang mereka untuk menjadi lebih bijak dan cemerlang kelak.
EPISOD 7 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK ENSIKLOPEDIA
Anak-anak zaman sekarang lebih advance dan suka mempelajari benda baru. Dengan teknologi terkini, anak-anak banyak belajar dari program TV dan internet. Ibu bapa perlu menjadi kreatif untuk bercerita pada anak-anak namun pastikan anda memantau setiap yang mereka pelajari.
Saksikan Episod ke 7, Pa&Ma Journey Bersama JoviaNina pada 7 Oktober 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents
The post Baru Berusia 4 Tahun Sudah Boleh Membaca, Bijaknya. Si Genius Ali Kongsi Cerita Di Pa&Ma TV appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/baru-berusia-4-tahun-sudah-boleh-membaca-bijaknya-si-genius-ali-kongsi-cerita-di-pama-tv/