Bayaran Bap Disalur Ikut Rekod Sekolah Tidak Perlu Isi Borang Fadhlina



Putrajaya: Ibu bapa dan penjaga tidak perlu mengisi borang permohonan untuk mendapatkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) RM150 yang diumumkan Isnin lepas kerana ia akan disalurkan mengikut rekod yang ada di sekolah anak masing-masing, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek

Bercakap kepada media selepas Majlis Penutup Persidangan Antarabangsa Kaunselor Pendidikan di sini hari ini, beliau berkata BAP yang akan disalurkan Januari 2024 kepada setiap pelajar, akan dibuat sama seperti sebelum ini

"(BAP) untuk semua pelajar. Kami mengekalkannya seperti tahun lepas. Dia (nama pelajar) memang ada di sekolah, rekod itu sudah ada, mereka (ibu bapa dan penjaga) hanya perlu pergi ke sekolah dan ambil macam biasa. Itu proses macam biasa, macam tahun-tahun sebelum ini," katanya

Isnin lepas, Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan kerajaan memperuntukkan sebanyak RM788.13 juta menerusi Belanjawan 2024 yang dibentangkan pada Jumaat lepas, khusus untuk tujuan BAP

Kementerian memaklumkan bayaran BAP akan diberikan secara sekali bayar melalui sekolah dan diagihkan kepada murid secara tunai atau kredit ke akaun masing-masing, yang akan memberi manfaat kepada lebih 5.25 juta murid

Dalam perkembangan lain, Fadhlina berkata KPM komited untuk mencapai sasaran nisbah seorang guru kaunseling bagi 250 murid sekolah rendah dan menengah bagi memastikan saranan dan intervensi yang diperlukan klien berjalan dengan efisien dan efektif

Tanpa menyatakan berapa nisbah terkini dan bila sasaran itu akan dapat dicapai, beliau berkata KPM bekerja keras untuk memastikan sasaran itu dapat dijayakan

Sementara itu ketika berucap, Fadhlina berkata pendekatan kaunseling khusus kepada Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) perlu diberikan tumpuan

"Dalam memberikan perkhidmatan kepada MBPK, guru bimbingan dan kaunseling perlu memahami aspek silang budaya, iaitu dalam konteks ini adalah budaya MBPK yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU)

"Justeru, guru bimbingan dan kaunseling perlu lebih kreatif dan membuat inovasi supaya proses bimbingan dan kaunseling yang khusus dan lebih sesuai dapat dijana dan dilaksanakan terhadap klien MBPK," katanya

Pada majlis itu, Fadhlina turut melancarkan enam dokumen iaitu Pelan Pembangunan Kompetensi Kaunselor Pendidikan Serta Guru Bimbingan dan Kaunseling; Buku Panduan Intervensi Krisis; Modul Pelaksanaan Intervensi Krisis; Pelan Strategik Perkhidmatan Psikologi Kaunseling KPM 2023/2025; Panduan Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling KPM dan Kit Pasca Insiden Bunuh Diri Dalam Talian


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2023/10/bayaran-bap-disalur-ikut-rekod-sekolah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peruntukan Tandas Sekolah Dipantau Elak Bocor Fadhlina

Peruntukan Tandas Sekolah Dipantau Elak Bocor Fadhlina

papar berkaitan - pada 11/10/2023 - jumlah : 401 hits
Wawancara bersama Malaysiakini Di kalangan rakyat Malaysia pasti ramai yang pernah mengalami atau mendengar kisah seram berlaku di tandas tandas sekolah sepanjang mereka berada dalam sistem pendidikan negara Bukan hanya kisah mengenai entit...
Keh Keh Jenis Baca Tak Mahu Malas Dari Sekolah Bawa Ke Tua Ikut Suka Ja Nak Bercakap Kata Bodo Marah

Keh Keh Jenis Baca Tak Mahu Malas Dari Sekolah Bawa Ke Tua Ikut Suka Ja Nak Bercakap Kata Bodo Marah

papar berkaitan - pada 21/10/2023 - jumlah : 282 hits
Aku tak ada MyTV dan tak pernah tengok Awesome TV ni Tapi bila banyak portal cover berita ni aku pun baca la Rupanya Awesome TV tak bayar fee ke MyTV walau dah banyak perbincangan dibuat Nampak macam Awesome TV ni jenis sombong la pulak Tak...
Apa Kata Tun M Isi Borang Keahlian Pas Terlebih Dahulu

Apa Kata Tun M Isi Borang Keahlian Pas Terlebih Dahulu

papar berkaitan - pada 22/10/2023 - jumlah : 224 hits
Presiden Pas Hadi Awang semalam menolak kemungkinan parti itu akan meletakkan Tun Mahathir Mohamad sebagai calon pada PRK Kemaman 2 Disember depan Kata beliau tak munasabah untuk Pas berbuat demikian Kalau nak timbulkan isu biar munasabah u...
Bekerja Kahwin Antara Punca Murid Berhenti Sekolah

Bekerja Kahwin Antara Punca Murid Berhenti Sekolah

papar berkaitan - pada 12/10/2023 - jumlah : 343 hits
KUALA LUMPUR Tidak berminat bekerja masalah keluarga berkahwin dan sukar ke sekolah disebabkan faktor jarak antara sebab utama murid berhenti berdasarkan rekod dalam Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid dari tahun 2019 hingga 2023 Timbalan ...
Pasang Logo Parpol Di Spanduk Kegiatan Sekolah Kepsek Dapat Sanksi Disiplin Etik

Pasang Logo Parpol Di Spanduk Kegiatan Sekolah Kepsek Dapat Sanksi Disiplin Etik

papar berkaitan - pada 12/10/2023 - jumlah : 308 hits
BKD Sulsel enggan mengungkapkan identitas Kepsek yang melanggar soal netralitas ASN
Berhenti Sekolah Untuk Berkahwin Bukan Pilihan Bijak

Berhenti Sekolah Untuk Berkahwin Bukan Pilihan Bijak

papar berkaitan - pada 12/10/2023 - jumlah : 260 hits
Imej hiasanBERKAHWIN merupakan antara sebab utama murid berhenti sekolah berdasarkan rekod dalam Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid dari tahun 2019 hingga 2023 Selain berkahwin tidak berminat bekerja masalah keluarga dan sukar ke sekolah ...
Saya Nak Rehat Dibuli Selama 12 Tahun Di Sekolah Mangsa Sebenar The Glory Pyo Yerim Ditemui Mati

Saya Nak Rehat Dibuli Selama 12 Tahun Di Sekolah Mangsa Sebenar The Glory Pyo Yerim Ditemui Mati

papar berkaitan - pada 11/10/2023 - jumlah : 419 hits
Kes buli di Korea telah menjadi sesuatu perkara yang biasa didengar ARTIKEL BERKAITAN Terbaru pada 10 Oktober Balai Polis dan Bomba Busan telah menerima laporan bahawa Pyo Ye rim telah maut selepas terjatuh ke dalam takungan air Selepas tib...
Hang Nak Kata Cikgu Gila Ka Hang Tak Sekolah Kot

Hang Nak Kata Cikgu Gila Ka Hang Tak Sekolah Kot

papar berkaitan - pada 11/10/2023 - jumlah : 323 hits
Bodoh ni sejenis penyakit Dan ia bukanlah penyakit biasa tapi penyakit berjangkit Terlalu kerap ikut dan dengar orang bodoh bercakap boleh buat sesorang itu dijangkiti kebodohan Contohnya yang tulis status di bawah ni Sayangnya namanya dah ...
Kotak Kurma Custom Untuk Ramadan 2026 Tingkatkan Nilai Produk

Kereta Parkir Halang Laluan Treler Empat Kenderaan Rosak Di R R Ayer Keroh

Lepak Makan Di Syed Bistro Seksyen 3 Shah Alam

Anggota Komando Pulpak Cedera Semasa Aktiviti Payung Terjun Di Pantai Klebang

Rpm2026 Guru Malaysia Rekod Peribadi Fail Pengurusan Sekolah Lengkap

Malaysia Cemerlang Raih Tempat Ketiga Dalam Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025

Keajaiban Tersembunyi Sejarah Dan Warisan Gunung Afghanistan

Tidak Mudah Tapi Alhamdulillah


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


2025 Bukan Tahun Sempurna Tetapi Cukup Bermakna

Kenapa Ramai Bercerai Sebab Tiktok

Doorgift Kenduri Dapat Kek Coklat Moist

Tabir Jendela 2026 Bermula Selamat Tahun Baru Buat Semua

Hari Bonus 2025 30 12 25

Ppim Gesa Hapus Sistem Tawar Menawar Tetapkan Tambang Lantai E Hailing Sinar Harian 31 12 2025