Peruntukan Tandas Sekolah Dipantau Elak Bocor Fadhlina



Wawancara bersama Malaysiakini | Di kalangan rakyat Malaysia, pasti ramai yang pernah mengalami atau mendengar "kisah seram" berlaku di tandas-tandas sekolah sepanjang mereka berada dalam sistem pendidikan negara.

Bukan hanya kisah mengenai entiti ghaib yang disampaikan dari satu generasi ke generasi pelajar, cerita mengenai tandas di sekolah juga boleh ‘dilihat dan dihidu’ sebaik sahaja pintu-pintunya dibuka.

Bagi Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, Belanjawan 2024 merupakan satu peluang dan cabaran untuk meningkatkan sistem penyampaian kementeriannya dengan pemantauan rapi.

"Apabila ada peruntukan besar, terdapat cabaran untuk memastikan tiada ketirisan.

"Saya bertuah kerana mempunyai pasukan yang berpengalaman yang dipimpin oleh ketua setiausaha kementerian," kata Fadhlina dalam wawancara dengan Malaysiakini di kementeriannya minggu lalu.

Fadhlina mengakui terdapat banyak ruang berlaku amalan rasuah melalui pelbagai projek kementerian dan yang terbaru membabitkan siasatan Suruhanjaya Pencegahahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas pembantu kepada bekas menteri pendidikan, Radzi Jidin berkenaan projek pencetakan buku bernilai RM80 juta.

"Semua projek yang sedang berjalan dipantau rapi, termasuk projek tandas," katanya merujuk kepada projek penambahbaikan tandas yang sedang dilakukan di sekolah-sekolah kebangsaan.

Projek itu diumumkan tiga bulan lalu dengan peruntukan sebanyak RM70,000 untuk setiap sekolah dan dijangka siap menjelang akhir bulan ini.

"Tandas bukanlah sekadar tandas. Kita sedang menyelesaikan isu asas. Pertama, ia melibatkan kemudahan. Dan kedua, melibatkan nilai-nilai pelajar," kata Fadhlina.

Tangani isu kemiskinan haid

Katanya, rancangan itu mendapat pelbagai reaksi bercampur aduk, dengan ada pihak menggambarkan keadaan tandas di sesetengah sekolah sekarang seperti 'hotel', manakala ada juga yang mengatakan wang berkenaan sepatutnya dibelanjakan untuk tujuan yang lebih baik di sekolah-sekolah.

"Dalam membaik pulih tandas, apa yang kita ingin ajarkan kepada pelajar adalah tanggungjawab dan fungsi.

"Tetapi pada tahap tertinggi, dan ini mungkin yang ramai orang tidak nampak, adalah untuk mengatasi kemiskinan haid," katanya.

Walaupun ada yang meremehkan isu kemiskinan haid, Fadhlina menegaskan hasrat kementerian adalah untuk membantu pelajar-pelajar perempuan mengurus diri mereka.

"Harus ada air bersih, harus ada tong sampah, harus ada tempat bagi mereka mengurus diri.

"Ini (menaik taraf tandas) nampak macam projek mudah, tetapi kita harus bercakap tentang kesan, dan memberitahu orang ramai," katanya.

Peruntukan untuk baik pulih tandas adalah sebahagian daripada peruntukan tambahan RM1.4 bilion yang diluluskan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada Julai lalu, yang bertujuan untuk menambah baik sekolah yang usang.

Menjelang pembentangan Belanjawan 2024 yang akan datang, Fadhlina berkata perdana menteri telah berjanji bahawa sektor pendidikan akan menerima peruntukan tersbesar.

"Bajet besar mana pun untuk KPM ni tidak pernah cukup,” katanya berseloroh.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2023/10/peruntukan-tandas-sekolah-dipantau-elak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kpm Perlu Masa Untuk Laksana Sekolah Model Khas B40 Miskin Tegar Fadhlina

Kpm Perlu Masa Untuk Laksana Sekolah Model Khas B40 Miskin Tegar Fadhlina

papar berkaitan - pada 4/10/2023 - jumlah : 245 hits
BENTONG Kementerian Pendidikan memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan sekolah model khas bagi golongan B40 dan miskin tegar di negara ini Menteri berkenaan Fadhlina Sidek berkata model khas tersebut telah ada namun perlu ditambah baik d...
Siswa Sd Di Jombang Diduga Dibully Orangtua Kecewa Anak Bocor Di Kepala Tapi Sekolah Acuh

Siswa Sd Di Jombang Diduga Dibully Orangtua Kecewa Anak Bocor Di Kepala Tapi Sekolah Acuh

papar berkaitan - pada 28/9/2023 - jumlah : 255 hits
Lemparan itu mengenai kepala anaknya Akibatnya korban yang baru berumur 8 tahun itu mengalami luka bocor
Tandas Sekolah

Tandas Sekolah

papar berkaitan - pada 6/10/2023 - jumlah : 143 hits
Masa saya kecil saya ingat lagi Tobat nasuha nak masuk tandas sekolah Satu tak tahan baunya Satu lagi gelap ya rabbi Sejenis penakut ini yours truly Sanggup tahan la sepanjang masa sampai rumah baru cari toilet Tengokkan gambar tandas sekol...
Jerebu Pdpr Dilaksana Jika Sekolah Ditutup Fadhlina

Jerebu Pdpr Dilaksana Jika Sekolah Ditutup Fadhlina

papar berkaitan - pada 4/10/2023 - jumlah : 232 hits
GENTING HIGHLANDS Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah hanya akan dilaksanakan apabila sekolah ditutup dan bacaan Indeks Pencemaran Udara melebihi 200 kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek Beliau berkata pihak sekolah diminta untuk sentias...
Surat Untuk Uncle Anwar Pm Azam Selesai Masalah Tandas Sekolah

Surat Untuk Uncle Anwar Pm Azam Selesai Masalah Tandas Sekolah

papar berkaitan - pada 16/10/2023 - jumlah : 216 hits
Anwar Ibrahim berkata beliau akan menyelesaikan masalah tandas sekolah untuk keselesaan murid KUALA LUMPUR Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini memberi jaminan untuk meneliti dan mempercepatkan masalah tandas sekolah demi kesejahteraan an...
Kepala Sekolah Dipolisikan Buntut Dugaan Bully Siswa Sd Di Jombang

Kepala Sekolah Dipolisikan Buntut Dugaan Bully Siswa Sd Di Jombang

papar berkaitan - pada 28/9/2023 - jumlah : 225 hits
Dalam perkara ini keluarga korban tidak melaporkan pelaku karena sudah berdamai
Jawatankuasa Pantau Penyaluran Peruntukan Bajet 2024 Akan Ditubuhkan Kata Ahmad Maslan

Jawatankuasa Pantau Penyaluran Peruntukan Bajet 2024 Akan Ditubuhkan Kata Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 15/10/2023 - jumlah : 286 hits
JAWATANKUASA Pemantauan Bajet akan ditubuhkan dalam masa terdekat bagi menyemak dan memastikan peruntukan Belanjawan 2024 disalurkan sebaik mungkin kepada rakyat kata Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan Beliau berkata jawatankuasa berken...
Outpouring Of Tributes For Sumo Salad Founder Jane Lee Amid Mom S Inquiry Into Alleged Fake Injury Claim

Waspada Taktik Penipuan Yang Menjana Video Ai Dengan Menggunakan Wajah Kdymm Spb Yang Di Pertuan Agong

Much Anticipated Pmx S Trust Deficit Pill Must Not Be Lobsided By Favouring Only Civil Servants

Aliff Syukri Minta Rakyat Malaysia Bersabar Isu Jet Peribadi Video

Grand Beach Resort Port Dickson Your Ultimate Family Beach Getaway In Malaysia

Psychology Of Brand Names

Waspada Jerebu Rentas Sempadan Melanda Beberapa Negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia

15 September Hari Kelepasan Am Tambahan L 23 Julai 2025 Sinar Harian


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Academic Redirect Anger Over Preacher Pair Not At Agc

Malaysia S Leviathan Anwar S Pact For Order

Pm S Announcement Shows Comprehensive Effort To Address Rising Cost Of Living Says Fahmi

Pengalaman Guna Toyyibpay

Cara Penebusan Mudah Cepat

Gubahan Hantaran Nikah