Apa Kata Tun M Isi Borang Keahlian Pas Terlebih Dahulu






Presiden Pas, Hadi Awang semalam menolak kemungkinan parti itu akan meletakkan Tun Mahathir Mohamad sebagai calon pada PRK Kemaman, 2 Disember depan.


Kata beliau, tak munasabah untuk Pas berbuat demikian.


“Kalau nak timbulkan isu biar munasabah,” ujar beliau.


Begitu pun kenyataan Hadi itu agak tidak disenangi oleh penyokong Tun Mahathir.


Antaranya, Presiden Putra, Ibrahim Ali yang tampil membidas kenyataan Hadi itu.


Ibrahim mempersoalkan jika faktor usia menjadi ukuran tidak sesuai dijadikan calon di Kemaman, mengapa bekas Perdana Menteri itu dilantik sebagai penasihat empat kerajaan negeri yang ditadbir Pas (SG4)?


Malah katanya, jika faktor usia diambil kira, Hadi juga perlu memberi laluan kepada pemimpin yang lebih muda untuk menyandang jawatan sebagai Presiden Pas.


“Presiden Pas telah membuat kenyataan menolak bulat-bulat cadangan Tun Mahathir sebagai calon Parlimen Kemaman dengan alasan tidak munasabah.


“Agak terkejut juga saya alasan yang diberi Hadi itu.


“Apa yang dikatakan tidak munasabah? Apakah kerana umur atau Tun Mahathir tidak layak?


“Jika kerana umur, maka Hadi juga kena beri laluan jawatan Presiden PAS kepada pihak yang lebih muda kerana umurnya sudah lanjut dan sudah bertongkat, sementara Tun Mahathir belum lagi bertongkat dan cergas bergerak ke sana sini.


“Jika Tun Mahathir tidak munasabah dicalonkan untuk Parlimen Kemaman, apakah munasabah beliau dilantik sebagai penasihat SG4?” soal Ibrahim lagi.


Walaupun Hadi dilihat menolak Tun Mahathir, tetapi sebenarnya Pas belum membuat keputusan muktamad lagi.


Peluang masih terbuka kerana Pas masih menilai siapa yang paling layak untuk dijadikan calon.


Memetik kata-kata Tuan Ibrahim Tuan Man dalam Ceramah Perdana di Shah Alam malam tadi sempena Muktamar Pas, beliau menyebut – “Insya Allah calon Kemaman ialah daripada Pas”.


Tetapi, beliau tidak menyebut nama sesiapa yang akan dijadikan calon.


Dalam hal ini, apa kata Tun Mahathir segera mengisi borang keahlian Pas terlebih dahulu?


Meskipun menjadi ahli Pas bukanlah syarat wajib untuk dipilih sebagai calon mewakili parti itu – misalnya Ibrahim Ali sendiri pernah bertanding atas tiket Pas di Kelantan tanpa menjadi ahli – tetapi barangkali kedudukan Tun Mahathir agak berbeza sedikit.


Selain dikenali keras memusuhi Pas sebelum ini, Tun Mahathir juga pernah menuduh Pas sebagai parti kafir.


Tuduhan paling terbaru dibuat Tun Mahathir ialah pada September 2022 lalu – di sini – https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2022/09/1000959/pas-kini-parti-kafir-kata-tun-dr-mahathir


Dengan itu, barangkali jika Tun Mahathir sedia menjadi ahli Pas terlebih dahulu, tidak mustahil akan segera terbuka pintu hati Hadi untuk memilihnya sebagai calon di Kemaman nanti?


Tun Mahathir pun tidak berparti ketika ini, jadi apa salahnya memilih Pas untuk disertai?


Lagi pula, Tun Mahathir sendiri  pasti sedar, mana sedapnya main politik tanpa jadi ahli mana-mana parti? – ShahbudinHusin 22/10/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/10/22/apa-kata-tun-m-isi-borang-keahlian-pas-terlebih-dahulu.html






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/10/apa-kata-tun-m-isi-borang-keahlian-pas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bayaran Bap Disalur Ikut Rekod Sekolah Tidak Perlu Isi Borang Fadhlina

Bayaran Bap Disalur Ikut Rekod Sekolah Tidak Perlu Isi Borang Fadhlina

papar berkaitan - pada 20/10/2023 - jumlah : 318 hits
Putrajaya Ibu bapa dan penjaga tidak perlu mengisi borang permohonan untuk mendapatkan Bantuan Awal Persekolahan RM150 yang diumumkan Isnin lepas kerana ia akan disalurkan mengikut rekod yang ada di sekolah anak masing masing kata Menteri P...
Pas Sudah Ada Tun Mahathir Jangan Buang Masa Nak Bawanya Sertai Kerajaan

Pas Sudah Ada Tun Mahathir Jangan Buang Masa Nak Bawanya Sertai Kerajaan

papar berkaitan - pada 16/10/2023 - jumlah : 440 hits
Tidak kira siapa yang memulakan bicara sebarang usaha untuk membawa masuk Pas ke dalam kerajaan adalah suatu langkah yang sia sia serta membuang masa Tidak lama sebelum ini veteran DAP Lim Kit Siang pernah mencadangkan agar Pas dibawa menye...
Walau Hadir Muktamar Pas Hadi Awang Tetap Tolak Tun Mahathir

Walau Hadir Muktamar Pas Hadi Awang Tetap Tolak Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 20/10/2023 - jumlah : 270 hits
Presiden PAS Hadi Awang menepis desas desus bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad akan dinamakan sebagai calon Perikatan Nasional bagi PRK Parlimen Kemaman Tidak munasabah Kalau nak timbulkan biar munasabah katanya pada sidang media di ...
Penyertaan Pas Hapus Pengaruh Umno Dalam Kerajaan Perpaduan Kata Penganalisis

Penyertaan Pas Hapus Pengaruh Umno Dalam Kerajaan Perpaduan Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 20/10/2023 - jumlah : 283 hits
Amirul Aiman dan Lynelle ThamPETALING JAYA Kemungkinan PAS menyertai kerajaan perpaduan boleh menghapuskan pengaruh Umno dalam pentadbiran kata seorang penganalisis Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata sokongan kuat Melayu terhadap pa...
Pergolakan Pas Perlis Selesai Dalam Seminggu Kata Mursyidul Am

Pergolakan Pas Perlis Selesai Dalam Seminggu Kata Mursyidul Am

papar berkaitan - pada 27/10/2023 - jumlah : 313 hits
Anne MuhammadPETALING JAYA Mursyidul Am PAS Hashim Jasin berkata pergolakan dalaman parti itu di Perlis akan diselesaikan dalam masa seminggu Menurutnya tidak bersetuju antara satu sama lain adalah sebahagian dalam proses pentadbiran yang d...
Negeri Negeri Pas Sg4 Tidak Mahu Bergantung Kepada Kerajaan Persekutuan

Negeri Negeri Pas Sg4 Tidak Mahu Bergantung Kepada Kerajaan Persekutuan

papar berkaitan - pada 22/10/2023 - jumlah : 305 hits
1 Telah tersebar kenyataan kurang cerdik dari MB Perlis kononnya SG4 nanti tidak lagi perlu bergantung kepada kerajaan Persekutuan 2 Faktanya MB Perlis yang pertama berjumpa PMX mohon untuk bayar gaji kakitangan negeri 3 Faktanya juga PMX t...
Belajar Maksud Sebenar Kafir Pas Beritahu Ahli Parlimen Dap

Belajar Maksud Sebenar Kafir Pas Beritahu Ahli Parlimen Dap

papar berkaitan - pada 21/10/2023 - jumlah : 251 hits
Tuan Ibrahim Tuan Man menolak gesaan Lim Lip Eng yang meminta parti itu menerima Malaysia sebagai negara sekular SHAH ALAM DAP disaran belajar maksud sebenar kafir kerana ia bukan berkait bahasa sebaliknya melibatkan soal akidah kata Timbal...
Generasi Perfect 10 Angkat Kisah Tekanan Dan Pencarian Identiti Anak Muda

Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal

Lirik Lagu F Nyanyian Floor 88

Sepasang Telekung Siti Khadijah

Barca Gah Di Puncak Liga

Ds Anwar Balun Kerajaan Sakau Ada Kuasa Tapi Langsung Tak Buat Apa

Jangan Jadi Penyebar Berita Palesu

Konsert Lagenda Nada Murni 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Staycation 3h2m Di Jakarta Indonesia Part 1

Fiwdee 27 Fiwdee Top 66 By Dillon

Waspada Taktik Penipuan Yang Menyamar Sebagai Anggota Pdrm Di Platform Whatsapp

Semakan Penyata Akaun Muip Berjaya Bongkar Ada Pemohon Zakat Dikesan Miliki Simpanan Puluhan Ribu Ringgit

Remaja Jual Buah Pinggang Demi Iphone Hidup Menderita Kini Berstatus Oku

Bakar Isteri Kerana Enggan Masak Mi Segera